Sunday, 8 July 2012

SOAL JAWAB 'PROBLEM' REMAJA GAY

KERANA AYAH KAKI PEREMPUAN SAYA JADI GAY


SOALAN;
KELUARGA saya bercerai sejak berumur tiga tahun dan sejak peristiwa hitam itu, saya berubah menjadi antisosial, malah terjebak dengan hubungan songsang (gay).

Saya jadi begitu kerana marahkan ayah seorang kaki perempuan dan berdendam dengannya. Hampir tiga tahun terjebak, saya rasa bebas walaupun tidak pernah melakukan persetubuhan dengan mana-mana lelaki. 

Saya lebih mencintai dan menyukai lelaki berbanding wanita. Kadang-kadang saya menyalahkan diri sendiri, malah hampir membunuh diri kerana terjebak dalam dunia gay. Saya jijik, malah kotor dengan diri sendiri kerana menyukai lelaki. Malah, jiwa kecil mengatakan ingin berubah, tapi tidak bertahan lama, saya kembali terjebak. Saya ingin sangat untuk berubah normal seperti orang lain, namun tetap kembali ke dunia itu.

Apa yang perlu saya lakukan?

Remaja Gay

Pantai Timur. 


JAWAPAN;
TRAUMA perceraian ibu bapa dan sikap ayah mengubah gaya hidup dan orientasi seksualiti adik. Rentetan dari peristiwa pedih, perasaan dendam (terhadap ayah), pembinaan persepsi dan sikap menyebabkan adik terpalit dengan hubungan songsang sejenis.

Dr mengandaikan adik memilih untuk tidak terbabit dengan mana-mana wanita atas sebab sama ada mahu membuktikan adik tidak 'sejahat' ayah, tidak mahu menganiaya kaum wanita atau membalas dendam terhadap ayah.


Apa pun sebabnya, adik memilih untuk menjadi dominan sebagai pasangan serta mencintai lelaki. Dalam konteks adik, orientasi seksual songsang bukanlah dibawa dari lahir, tapi terbina melalui pengalaman, seperti kompleks dalam keadaan hidup dan pengaruh keadaan.


Cerita adik ada sebab dan akibatnya. Ia satu lingkaran. Untuk adik berubah dari berorientasi seksual songsang kepada normal, lingkaran kehidupan ini perlu dipecah. Kita lihat lingkaran ini.


Kisah adik bermula dengan perceraian ibu bapa akibat sikap bapa kaki perempuan. Adik merasa marah dan dendam terhadap ayah. Sebagai mekanisme bela diri dan jalan keluar, adik memilih lelaki sebagai objek untuk disayangi.


Adik menyukai keadaan ini dan merasa bebas, tapi pada waktu sama merasa bersalah dan jijik. Lingkaran hidup adik menjadi bertambah celaru dengan percubaan untuk membunuh diri.


Positifnya ialah adik mempunyai keinginan untuk menjadi insan normal, iaitu ingin keluar dari lingkaran ini. Namun, atas sebab-sebab tertentu, adik tidak dapat bertahan lama.


Dr tidak mengetahui sama ada adik masih berdendam dengan ayah atau tidak. Jika ya, adik perlu menilai kembali perasaan ini untuk memutuskan lingkaran gay itu. Segala 'perkara yang tidak selesai' dengan ayah perlu diatasi.


Dengan sentiasa mengaitkan sikap ayah serta dendam adik terhadapnya dengan diri sekarang akan lebih menyukarkan adik untuk berubah kerana tidak akan dapat memecahkan lingkaran itu. Setiap kali adik ingin berubah, perasaan marah dan dendam terhadap ayah akan wujud.


Jika adik tidak mengaitkan orientasi songsang dengan perbuatan ayah, adik lebih bertanggungjawab untuk berubah. Maksudnya, segala perubahan yang adik ingin lakukan ialah untuk diri sendiri. Sudah tiba masanya adik tidak membabitkan orang lain dalam penyelesaian masalah adik. Dr akui bukanlah satu perkara mudah untuk tidak kembali ke dalam dunia gay.


Hanya keinginan yang amat kuat saja dapat membantu adik mengalihkan pandangan dan keinginan terhadap kaum sejenis.


Memandangkan adik belum pernah melakukan persetubuhan dengan mana-mana lelaki menunjukkan elemen tarikan seksual belum begitu kuat, perubahan menjadi lebih mudah. Ubah pemikiran dengan melihat tidak semua lelaki seperti ayah adik. Segala perasaan dendam dan marah kepada ayah hilangkan sedikit demi sedikit.

 
Setiap kali adik tidak dapat menahan keinginan untuk kembali ke dunia gay, lihat kepada perspektif agama yang mengharamkan hubungan sejenis. Fikirkan kesannya kepada hidup dan perasaan bersalah adik.

Penting sekali untuk menjauhi diri dengan kawan-kawan gay atau apa saja persekitaran yang boleh mempengaruhi perlakuan seksualiti songsang. Walaupun sukar, tapi bukan mustahil untuk adik tidak terbabit lagi dengan hubungan sejenis.


Dr mendoakan adik berjaya kembali menjadi lelaki normal dan mempunyai kehidupan berkeluarga yang bahagia pada masa depan.


Sumber : my Metro
Artikel ini disiarkan pada : 2011/02/13


Soal jawab remaja gay ini tersiar pada bulan Feb 2011, bermakna sudah lebih setahun berlalu, walau bagaimana pun masih boleh kita renungkan kembali nasihat Dr (maybe doktor kut) diatas ini.

No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST