Tuesday, 10 July 2012

"SERIAU" NURSE SODOMI URAT DARAH AKU

Tik...tik...tik...bunyi air jatuh diatap bumbung yang menandakan hujan renyai di luar rumah ketika saya terjaga pada pukul 5.40 pagi. Selepas tahajjud dan subuh, saya capai jaket hijau dan terus keluar rumah, mengayuh "porsche" menuju ke hospital besar.

Sempat jugak ambil photo haha

Pukul 6.35 pagi saya tiba di hospital setelah mengayuh selama setengah jam. Saya perhatikan dikaunter menunggu sudah menanti lebih 20 orang yang nak diambil darah hari ini. Saya duduk mengikut barisan kerusi dibelakang 17 orang yang sudah menanti dihadapan.

Tengok sudah ramai yang menanti
Kena puasa, makna jangan makan apa-apa sebelum ambil darah

Uncle baju putih tu marah seorang kakak yang potong "queue"

Sebenarnya tidak sakit mana ambil darah ni, tetapi entah kenapa hati saya ni ada sikit rasa "seriau" atau risau setiap kali nak datang ambil darah. Sejak malam semalam dah mula resah tapi nak buat macam mana hidup mesti diteruskan, nak tak nak kaki terpaksa melangkah juga kehadapan.


Pukul 7.00 pagi kaunter mengambil nombor giliran dibuka, rosak pulak mesin nombor giliran dan terpaksa guna cara manual. Setelah saya serahkan borang dan dapatkan nombor giliran saya duduk menanti dipanggil sekali lagi untuk diberi pegang beberapa tabung pengisi darah. Tidak sempat panas kerusi yang saya duduk sudah dipanggil dan mengambil tabung dan kemudian diarah bediri didepan pintu bilik ambil darah.

Kakak nurse tu sampai herot wajah ia masa menarik darah

Ketika berdiri didepan pintu bilik darah tu, saya perhatikan ada tiga nurse yang bertugas mengambil darah iaitu seorang kakak, seorang nyonya dan seorang lagi aci. Tiga bangsa utama Malaysia yang bertugas pada hari ni. Saya tengok mana yang "cool" ketika meng"sodomi" urat darah orang tu, kakak tu saya perhatikan semasa ia sodomi urat darah budak lelaki melayu tu sampai senget mukanya ketika darah ditarik. Dalam hati kata aku tak nak kakak ni sodomi aku, yang aci tu saya tak nampak cara ia sodomi urat kerana belakang badannya menghala ke arah saya tetapi yang si nyonya tu nampak lebih relek, so bila nyonya tu selesai sodomi urat seorang apek tu, saya terus meluru ke mejanya.

Diambilnya borang saya, dibaca kemudian diperhatikan wajah saya, kemudian diperhatikan kembali borang dan berkata

"Aiya... saya mau tengok muka mau ingat lain kali saya sudah boleh kenal".

Jika tidak silap saya sudah beberapa kali urat darah saya di sodomi oleh nyonya ni dan seingat saya pernah ia berkata pada saya satu ketika dulu.

"Aiya.... saya ingat lu cina".

Hahaha ini adalah kata-kata yang sering sangat saya dengar dalam hidup ini. Kemudian diikatnya lengan saya dengan pengikat dan disapukan "alcohol" di tempat yang nak  di"sodomi"nya tu.

Oppsss... langsung tidak rasa apa-apa pun semasa jarum dicucuk

Saya pulak sibuk standby kamera handphone nak ambil photo semasa jarum dicucuk dan darah diambil. Hati ketika itu sudah tidak ada lagi rasa "seriau". Semasa nak adjust handphone di jari dan menjeling sikit mata kearah screen mencari arah dan masa yang sesuai untuk di "klik", saya tengok darah sudah ditarik keluar memang langsung tak terasa bila waktu jarum tu ditusuk ke dalam urat darah saya. Tulah bezanya antara mereka yang sudah berpengalaman dengan yang tidak kan, kalau nasib kita tidak baik dan bila kita dapat nurse yang kurang berpengalaman mahu dua tiga kali ia menyucuk lengan kita dan kadang-kadang boleh jadi lebam.

Pukul 7.35 pagi selesai, alhamdulillah hari ini proses mengambil darah berjalan memang terlalu cepat, jika tidak kebiasaan yang selalu saya alami akan mengambil masa paling cepat pun berakhir pada pukul 8 pagi, kalau saya datang lewat ke hospital maka proses mungkin akan berakhir sampai tengah hari. Insyaallah seminggu dua akan datang ada temujanji pula dengan doktor, mudah-mudahan CD4 ok.


Dalam perjalanan balik ke rumah, saya melalui Padang Polo, nampak kereta Sultan Perak di sini bersama beberapa pegawai polis pengiring, sebenarnya Sultan Perak hampir setiap pagi datang berjalan "exercise" mengelilingi Padang Polo ni dua tiga rounds, sudah lama baginda excersice bersama ribuan rakyaat disini. Dan seperti biasa di padang ini setiap pagi penuh dengan orang ramai yang "takut mati" disini hehehe kebanyakkannya bangsa cina. Mereka ini berhempas pulas setiap pagi untuk jaga kesihatan sebaik mungkin kalau boleh mereka ni tak nak mati, hmmmm bagus lah tu, tetapi dalam berjaga-jaga tu pernah juga saya mendengar cerita seorang lelaki cina yang tiba-tiba tumbang ketika berjogging disini dan mati kerana serangan jantung. Mati kalau nak mati dimana sahaja boleh pun berlakukan.

Pukul lapan pagi saya sampai di rumah, tukar baju terus capai lap top.



10 comments:

  1. Salam. Saya paling takut ambil darah Naj Mi, tetapi sebaliknya dengan naj Mi. Siap ambil gambar lagi. InsyaAllah CD4 akan terus meningkat VL akan terus berkurangan. Actually, PLHIV sama je macam orang lain, cuma sakit yang berbeza. Jaga diri baik2, jangan miss medicine 10 am, 10 pm, exercising & relax. Bestnya orang Perak exercise dengan Sultan...

    ReplyDelete
  2. Mak Wardah,

    Itu yang saya harapkan CD4 naik sikit pun tak pa, asal naik mintak jangan turun. Tapi kali ni VL tak di check (save budget hospital kut) may next appoitment akan di check VL lagi kut (setahun sekali)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami doakan CD4 naik dan jangan turun lagi lagipun Naj Mi active...Relax aje sebab CD4 akan increase kalau PLHIV dari segi mental & physical fit. Kalau naik lebih dari 80, Naj Mi belanja saya,hehehe

      Delete
  3. Tak sejuk ke pagi2 naik basikal? Result nye kuar lambat lagila kan? Ade next appointment lagi la? Once kita da sakit, hospital jadi rumah ke-2 kita la kan?naj mi, since you are not working anymore,what do u do for ur life? Hehehe...sibok tnya hal org, kalau sensitif, tak yah jawab...chill n sori..

    ReplyDelete
  4. Tchr Shda,

    Ya appoitment dengan doktor pulak.

    Alhamdulillah walaupun saya tak kerja, rezeki saya masih ada walau pun amat sikit maknanya cukup untuk kegunaan sebulan hasil sedekah orang hehehe. Saya rasa semua hotel dan shopping komplex sekitar sini saya telah pohon, may be keran dah tua kut ia orang tak nak terima, terfikir juga nak kerja di 7 Eleven dekat rumah ni dan pernah minta tapi tak dipanggil pun.

    Di KL rasanya ada tapi saya tak nak menetap luar dari bandar ni, nanti susah nak ulang alik ambil ubat setiap bulan kan. Jadi sekarang saya nak tunggu kerja cari saya dah fed up mencari. Maksud kerja cari saya tu ya maybe ketika saya merayau2 dan tiba2 nampak jawatan kosong dimana2 tempat maka saya akan apply. Yang penting biar Allah gerakkan hati saya dan tunjuk tempat yang paling sesuai untuk saya kerja. Solat Dhuha setiap hari saya amalkan kerana itu lah rasanya rezeki tu ada. May be kalau ada banyak duit kemungkinan langkah kaki saya lagi panjang utk melakukan pekara2 tak elok lagi kan. Allah sahaja yang tahu :)

    Alhamdulillah rumah yang saya beli walaupun share dengan kakak sudah lama langsai, tak perlu fikir hutang piutang apa pun, insyaallah jika panjang umur saya akan keluarkan semua wang simpanan saya dalam CPF dan investment di negara tersebut beberapa tahun lagi bila cukup tempoh matang. Jumlahnya boleh tahan juga tapi rasanya saya akan melabur sebahagian bsar dalam bank di Msia pulak, lebihnya nak enjoy kah kah kah.

    Ya walau pun semua tu atas nama saya hasil titik peluh kerja disana tetapi jika Allah tak nak bagi kat saya pun saya tak leh buat apa2kan. Cuma saya harap jika kuat tubuh badan dan tinggi CD4 saya nak kembara insyaallah jika diizin kan...

    Mak Wardah,

    Thanks kerana mendoakan saya, naik 80 mak oiii tak pernah naik sebanyak tu naik 10 pun okey alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gulppppp...huhuhu..panjangya penerangan....sori kalau terasa hati.org kaya rupanya, patutla senang hati, g hospital pon selamba jer naik basikal...
      Diberi kesihatan makin baik pon, rezeki juga..alhamdulillah. Semoga makin sihat...

      Delete
  5. Maaf ye Najmi..kenapa saya tak perasan N3 ni...?? Entahlah..tiba-tiba tergerak nak klik
    petang tadi...
    N3 ni mengingatkan saya dengan pertama kali buat ujian darah haritu...staf yang amik darah tu sangat baik...ada juga beberapa doktor pelatih yang lihat sama cara staf tu amik darah saya...tak dapat nak luahkan dengan kata2 perasaan saya masa tu.." zero "
    ....:(


    Moga CD4 abg kali ni bacaannya bertambah baik ..baik dan terus baik yer...saya doakan kuat-kuat nih...!
    Memang best baca N3 yang ni..seolah-olah life is simple jer...tapi dalam hati bagi yang PLHIV...hanya ALLAH saje yang tahu kan...!

    Tak mengapakan...itu cara ikhtiar kita utk terus menjaga kesihatan kan bang...?
    segala2nya kita serahkan pada ALLAH....:)

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  6. syukran jazillan

    tak mengapa kalau tak perasan... kerana banyak entry dlm blog ni kan...

    CD4 saya akan diambil pada tahun depan kerana budget hospital pada tahun ini dah habis....:(

    Terima kasih kerana membaca...:)

    ReplyDelete
  7. Dulu selalu pegi ipoh lepak kt tasik taiping.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. zamanee75,

      Tu dulu sekarang dah tak datang lepak kat Ipoh lagi ker?

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST