Thursday, 26 July 2012

RUMAH WAHIDAYAH TEMPAT BERGANTUNG

Dibawah ini pengalaman silam dua orang penghuni Rumah Wahidayah (wanita HIV yang telah diberikan hidayah) rumah yang membantu golongan wanita yang dijangkiti HIV/AIDS untuk meneruskan kehidupan.

Bertekad majukan diri 


Bagi Along (bukan nama sebenar), 25, kedatangannya ke Rumah Wahidayah beberapa minggu lepas seolah-olah memberikan satu kelegaan kepada dirinya untuk mencari tempat penginapan. Berasal dari Kuala Selangor, dalam usia yang masih muda pada tahun 2000 ia telah mendirikan rumahtangga dengan bekas suaminya dan tinggal dalam keadaan melarat didalam sebuah rumah kecil di Kuala Kangsar, Perak bersama suami dan mertua.

"Suami saya seorang nelayan dan hasil perkahwinan kami telah dianugerahkan dengan seorang anak perempuan yang berusia 5 tahun.

"Hasil perhubungan sebelum itu saya telah didianogsis mempunyai virus HIV pada tahun 2007 dan sehingga kini saya tidak tahu sama ada bekas suami saya telah pun menjalani ujian darah untuk menentukan kedudukan statusnya sekarang," katanya.

Along memberitahu, dia bercerai dengan suaminya kerana suaminya seorang kaki pukul dan menyimpan perempuan lain. Kerana tidak lagi gagal mengawal perasaan dan tidak mahu hidup dalam keadaan tertekan dia meminta suaminya menceraikannya biarpun pada mulanya bekas suaminya enggan berbuat demikian.

Dalam pada itu Along memberitahu sebaik kakinya melangkah keluar dari rumah mertuanya, dia tidak tahu hendak pergi kemana. Kebetulan dia menyertai bengkel HIV/AIDS di Perak waktu itu dan mengetahui mengenai rumah berkenaan.

"Saya pun mengambil keputusan untuk menjadi antara penghuni yang terawal dirumah ini untuk mendapatkan perlindungan. Sekurang-kurangnya disini saya mendapat perlindungan sementara untuk saya dan anak sebelum mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian," katanya.
Sementara itu Along berkata, dia sejujurnya memerlukan tempat perlindungan yang boleh memberikan dia tempat untuk belajar kemahiran.

"Menjadi insan yang hidup dengan HIV/AIDS sebenarnya bukanlah satu pekara yang boleh menyekat kemahuan saya untuk menjadi insan yang lebih maju pada masa depan. Apa yang saya perlukan ialah bimbingan," katanya telus.


Mendapat motivasi diri

 

Pernah dahulu, Mimi (bukan nama sebenar) 17, hilang pertimbangan dalam hidup. Dia merasakan adalah lebih baik mati daripada menjalani kehidupan yang penuh keperitan sebagai insan yang hidup dengan HIV/AIDS.

"Saya dilahirkan oleh ibu sebagai insan yang mewarisi darah HIV. Sejak umur tiga tahun saya terpaksa memakan ubat untuk memastikan saya terus sihat. Kini saya remaja dan saya mula merasakan saya tidak mampu lagi hidup berkeadaan seperti itu," katanya yang dipelihara oleh keluarga angkat yang amat menyayanginya setelah kematian ibu dan bapanya ketika dia berusia dua bulan.

Tindakannya enggan memakan ubat membimbangkan ahli keluarga angkatnya. Pelbagai usaha telah dijalankan agar Mimi hidup dengan cara positif dan memakan ubatnya semula.

"Seterusnya saya telah dimasukkan ke wad kerana sakit. Di hospital saya telah bertemu dengan Kak Lela (Pengerusi Pewahim) dan dia memberikan saya motivasi dan mencadangkan agar saya menginap sementara di Rumah Wahidayah untuk membantu memberikan ketenangan kepada saya.

"Disinilah bermula sejarah kehidupan saya berada disini dan sentiasa diberikan sokongan dan bimbingan kerohanian oleh penghuni lain," katanya yang memberitahu dia turut dilawati oleh keluarga angkatnya hampir setiap hari.

Rumah Wahidayah boleh dihubungi ditalian 019-2595864 atau 017-3665570

Sumber : Mega Utusan Malaysia oleh Rosmah Dain


4 comments:

  1. bc dah td kt paper.. moga lps ni adik2 ni dpt maju dlm pelbagai bidang drsegi akedemik hingga ilmu akhirat

    ReplyDelete
  2. Anonymous one,
    Mudah-mudahan mereka berjaya, sepekara lagi ramai juga diluar sana yang tak ada berkesempatan nak baca paper, harap mereka akan terserempak dan dapat membaca melalui alam maya ni :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih memaparkan cerita mereka di sini dan di group warriors yang x sempat baca di utusan ....

    ReplyDelete
  4. Norlela Mokhtar,
    Alhamdulillah, ya sebab utama kenapa saya paparkan berita ini disini kerana saya pasti ramai yang tidak sempat menyelak Utusan, saya mencari berita ini dalam Utusan Online tetapi tidak jumpa, jadi saya menyalin semula artikel ini berjam2 menaip satu persatu, alhamdulillah sudah pun tersiar diblog ini dan mudah2an ramai diluar sana yang jarang membeli akhbar akan terserempak dan dapat membaca menerusi alam maya ini.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST