Thursday, 26 July 2012

PUSAT WANITA HIV/AIDS - RUMAH WAHIDAYAH


Rumah Wahidayah disediakan untuk golongan wanita HIV/AIDS bagi mendapatkan bantuan serta membantu mereka yang untuk meneruskan kehidupan.

Kes-kes wanita dijangkiti HIV/AIDS bukan lagi satu isu yang boleh dipandang remeh. Pada tahun lepas sebanyak 9,494 wanita yang berumur 20 tahun keatas dilaporkan menghidap AIDS. Dengan peningkatan yang mendadak semenjak sepuluh tahun, iaitu tiga kali ganda sebanyak 1.2 peratus pada 1990, 9.4 peratus pada tahun 2000 dan 18.3 peratus pada tahun 2010, jangkitan yang terbanyak dilaporkan ialah menerusi hubungan seks dengan suami sendiri.

Apabila virus HIV semakin menular, pastinya golongan ini seringkali menjadi mangsa keadaan. Jikalau diketahui mereka dijangkiti virus ini masyarakat bertindak memulaukan mereka menyebabkan mereka terpaksa dihalau dari rumah kerana ada segelintir ahli keluarga yang tidak mahu bertanggung jawab dengan keadaan wanita yang hidup dengan HIV. Ini menyebabkan golongan ini terumbang ambing. Apa yang menyedihkan sekiranya mereka berstatus ibu tunggal dan mempunyai anak kecil, anak itu terpaksa diheret kesana sini untuk mencari perlindungan apatah lagi dalam keadaan mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Mahu tidak mahu mereka terpaksa menyembunyikan status penyakit mereka sendiri atas alasan tidak mahu disingkirkan oleh ahli keluarga.

Berdasarkan kemelut yang dihadapi oleh golongan ini, Rumah Wahidayah diwujudkan dalam usaha membantu golongan wanita, ibu tunggal dan anak-anak mereka untuk meneruskan kehidupan.

Norlela Mokhtar

Pengerusi Persatuan Rumah Wahidayah Malaysia (Pewahim). Norlela Mokhtar 48 berkata, atas dasar membantu golongan ini, Pewahim telah menubuhkan Rumah Wahidayah (wanita HIV yang telah diberikan hidayah) dalam usaha menyediakan penempatan asas dan selamat bagi wanita dan kanak-kanak yang terjejas akibat epidemik HIV.

Ujur Norlela, Pewahim merupakan satu-satunya pertubuhan wanita HIV dinegara ini dan baru sahaja didaftarkan menerusi Pejabat Pendaftaran Pertubuhan pada bulan Mei lalu.

"Malah, Rumah Wahidayah juga merupakan satu tempat strategik bagi para pesakit HIV untuk datang mendapatkan bantuan atau menginap sementara selepas mendapat rawatan di Hospital Sungai Buluh." katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Norlela, Rumah Wahidayah yang beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor itu memberikan perkhidmatan kepada penghuni secara percuma melalui perkhidmatan kesihatan, keperluan asas dan sokongan yang berterusan.

Tujuan penubuhan Rumah Wahidayah katanya, adalah untuk mengurangkan kesan akibat HIV/AIDS dan menjadi pertubuhan wanita peneraju dalam pengurangan kemudaratan virus itu di negara ini.

Keadaan didalam Rumah Wahidayah

"Dalam pada itu, selain menjadi pusat penempatan sementara bagi penghuni rumah berkenaan, ia juga menjadi pusat sokongan rakan, kumpulan sokong bantu dan perhimpunan ketika hari-hari perayaan dan seterusnya bertindak sebagai pusat kemahiran buat penghuni dengan memberikan latihan berbentuk kemahiran seperti menjahit, memasak dan kraf tangan," katanya.

Apabila ditanya apakah beza rumah itu daripada rumah-rumah perlindungan untuk penghuni HIV yang lain, Norlela berkata, seperti rumah WAKE2, di Setapak Kuala Lumpur yang dibina untuk mangsa HIV yang kebanyakan mangsanya masyarakat gelandangan dan menetap terus disitu.

Begitu juga rumah Soleha disediakan dengan menyediakan program paliatif kepada mangsa HIV. Namun Rumah Wahidayah lebih berfungsi sebagai penempatan sementara bagi wanita yang tidak terlantar (mampu melakukan kerja) untuk menerima sebarang latihan kemahiran dan kursus-kursus yang ditawarkan selain menguruskan untuk mendapat rawatan menepati temujanji diklinik dan dihospital.

"Setakat ini terdapat empat penghuni dirumah ini dan kita menganggarkan hanya 20 orang penghuni wanita dan kanak-kanak akan ditempatkan dirumah ini pada satu-satu masa. Selain rumah ini, kita juga mempunyai cawangan disemua negeri," katanya yang turut memberitahu Rumah Wahidayah masih memerlukan sumbangan berbentuk dana mahupun barangan dalam usaha melengkapkan instrastruktur rumah berkenaan.

Antara bay-bayi ibu tunggal yang menetap di Rumah Wahidayah

Kelayakan menginap;
- Wanita dan kanak-kanak berusia dibawah 12 tahun dijangkiti HIV dan tiada tempat tinggal.
- Wanita yang kehilangan suami dan kanak-kanak yang kehilangan ibubapa yang meninggal dunia akibat jangkitan HIV dan tiada tempat tinggal.
- Wanita dan kanak-kanak berusia dibawah 12 tahun yang mana suami atau ibubapa mereka berada dipenjara atau dipusat pemulihan dadah yang tiada tempat tinggal tetap.

Objektif Rumah Wahidayah;
- Memberi kesedaran mnegenai HIV/AIDS dan impak pencegahan positif kepada wanita yang hidup dengan virus itu dan terjejas.
- Memberi kesedaran mengenai isu kesihatan reproduktif seksual kepada wanita yang hidup dengan HIV/AIDS dan yang terjejas.
- Memperkasakan wanita yang hidup dengan HIV/AIDS dan yang terjejas.
- Memberi kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menjana pendapatan untuk bekalan keluar dari rumah berkenaan.

Pengalaman penghuni Rumah Wahidayah

Rumah Wahidayah boleh dihubungi ditalian 019-2595864 atau 017-3665570.

Sumber : Mega Utusan Malaysia oleh Rosmah Dain

3 comments:

  1. Alahai,comelnye baby2 ni...moga allah beri saya kesempatan dan ruang waktu untuk berbakti dan mengajar sekelumit ilmu yang ada pada saya untuk anak2 ni,anak-anak yatim or dirumah2 kebjikan...iallah.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST