Monday, 16 July 2012

PUASA RAMADHAN SAYA SEJAK BERGELAR PLHIV

Sebelum kita ke topik sebenar entry ini apa kata kita layan sepintas lalu tentang Ramadhan dan Kewajiban Didalamnya. Bagi kebanyakan kita penerangan asas berkaitan puasa dibawah ini hanya dicelah gigi sahaja, tetapi saya percaya ramai juga yang masih "blur-blur" terutama para remaja diluar sana berkaitan puasa ini.


PENGENALAN 

Ramadhan merupakan salah satu bulan daripada bulan-bulan islam. Dari segi bahasa, Ramadhan membawa maksud panas terik dan dari segi istilah syara’ pula ialah bulan Rahmat yang diwajibkan berpuasa padanya. Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai “Shahrun Mubarak” yang bermaksud bulan keberkatan. Dikatakan sebagai bulan yang penuh rahmat dan keberkatan kerana di dalamnya mengandungi beberapa keistimewaan antaranya diturunkan kitab suci al-Quran yang menjadi petunjuk dan pedoman umat manusia, umat islam diwajibkan melakukan ibadah puasa di siang hari, ibadah solat sunat tarawikh pada waktu malam dan juga ibadah sahur.

IBADAH PUASA

Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu kewajipan umat islam dan ianya adalah salah satu daripada Rukun Islam. Sekiranya meninggalkan ibadah ini maka tidak lengkaplah islam seseorang. Perintah mewajibkan ibadah puasa ini telah turun pada bulan Sya’ban Tahun kedua Hijrah.

PENGERTIAN PUASA 

Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri manakala dari segi istilahnya memberi erti menahan diri daripada makan dan minum dan dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari dengan syarat-syarat tertentu.

DALIL KEWAJIPAN PUASA 

Ibadah puasa adalah ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap individu yang cukup syarat. Dalil pensyariatannya adalah  berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183:
Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

RUKUN-RUKUN PUASA

Rukun puasa ada tiga (3) iaitu:

1. Orang yang berpuasa
2. Niat
3. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula terbinya fajar hingga terbenam matahari.


Keterangan mengenai niat puasa 

1. Wajib ditakyinkan (ditentukan) jenis puasa fardhu seperti Ramadhan, Nazar, Kifarah dan sebagainya

2. Dilakukan pada waktu malam mulai selepas maghrib sehingga sebelum terbitnya fajar bagi puasa wajib. Ada pun puasa sunat boleh diniatkan pada siang hari dengan dua syarat. Pertama, masanya sebelum tergelincir matahari, kedua, sebelum melakukan sesuatu yang membatalkan puasa.

3. Menurut imam Syafie wajib niat puasa pada tiap-tiap malam. Imam Malik pula berpendapat, boleh niat puasa bagi 30 hari sekaligus dengan niat pada awal Ramadhan (malam pertama). Berhubung dengan pendapat imam Malik ini, kita pengikut Mazhab Syafie adalah diharuskan bertaklid dengannya sekiranya dikhuatiri kita akan terlupa untuk berniat setiap hari.

4. Perlu diniatkan di dalam hati dan bukan semata-mata menyebut lafaz niat semata-mata
 
Lafaz niat puasa Ramadhan (harian): 
“Sahaja aku berpuasa pada esok hari bagi menunaikan fardhu Ramadhan kerana Allah Ta’ala”
Lafaz jika niat selama sebulan: 
“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala”
SYARAT WAJIB PUASA 

 1. Islam - Tidak wajib puasa ke atas orang kafir kerana tidak ada maknanya puasa mereka selagi tidak memeluk Islam (tidak beriman).

 2. Mukallaf – Mukallaf bermaksud seorang muslim yang baligh dan berakal. Jika tidak cukup dua sifat ini maka ia tidak dikira sebagai mukallaf dan tidak tertaklif keatas mereka sebarang tanggungjawab keagamaan termasuk berpuasa.

3. Bebas daripada Uzur Syar’i – Keuzuran dalam konteks ini dibahagikan kepada dua iaitu pertama, keuzuran yang menegahnya daripada berpuasa seperti datang haid atau nifas bagi perempuan dan pengsan atau gila sepanjang hari. Kedua, keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa iaitu sakit yang memudaratkan sekiranya berpuasa, musafir, dan mereka yang tidak mampu berpuasa seperti orang tua atau orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh.

4. Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.


SYARAT SAH PUASA 

1. Beragama Islam
2. Lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz dan beraqal
3. Suci dari haid dan nifas.
4. Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
5. Niat pada waktu malam bagi puasa Ramadhan
6. Bukan pada hari yang tidak sah puasa seperti hari raya aidil Fitri, hari raya aidil adha dan hari syak (30 Sya’ban).



Apa aktiviti saya disepanjang bulan Ramadhan setelah begelar PLHIV. 
 

Sebenarnya saya ni bukan seorang yang hebat sangat berkaitan dengan segala amalan baik sama ada yang dilakukan didalam atau diluar bulan Ramadhan. Bukan maksud hendak riak tetapi sekadar berkongsi pengalaman, mana yang baik anda boleh contohi mana yang tidak baik tolak terus ketepi.

Sebelum didiagnosis sebagai HIV positif lebih 5 tahun yang lalu saya tetap berpuasa disiang hari, ya seumur hidup saya berpuasa sejak usia baligh lagi tetapi solat lima waktu tidak pernah saya amalkan secara sempurna inikan pulak solat sunat tarawih disepanjang bulan Ramadhan, "sebijik haram" pun saya tidak tahu cara melakukannya malah tidak pernah hendak ambil tahu. Solat sunat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha tidak pernah saya buat walau sekali pun sepanjang 40 tahun hidup saya dulu. Solat Jumaat boleh dikatakan "zero" melakukannya. Sepanjang hampir 10 tahun bekerja dinegara orang lagi lah tidak ada masa langsung hendak ke masjid. Nak masuk masjid pun takut kerana memang tidak tahu langsung sembahyang atau mengambil air sembahyang.

Kerana itu saya selalu berkata bahawa saya amat bersyukur kerana dikurniakan HIV ini, bersyukur kerana hiv ada didalam darah aku. Kerana HIV lah telah mengubah sebahagian besar corak hidup saya pada hari ini.

Saya juga seperti kebanyakan orang lain, ada turun naik dalam mood ketika melakukan amal ibadat semenjak disahkan HIV positif. Ada suatu ketika dulu saya terlampau "extreme" ketika melakukan segala amalan. Yang sunat sudah menjadi seolah-olah wajib untuk saya lakukan kerana ada perasaan seronok ketika melakukannya, saya hanya bayangkan hendak mengumpul pahala sebanyak mungkin seperti mana kita mengumpul duit, sehingga menziarahi orang mati dan menghantar jenazah kekawasan perkuburan menjadi antara kegemaran saya kerana tamakkan "kirat" - Jika kita turut solat jenazah saudara kita, maka Allah akan memberikan kita satu kirat pahala dan sekiranya kita menemani jenazahnya hingga ke kubur kita akan diberi satu lagi kirat pahala. Bermakna dua kirat ini lah yang saya harapkan.

Nota: satu kirat pahala sebesar gunung Uhud. Gunung Uhud itu adalah satu banjaran gunung di Mekah yg panjangnya adalah 7.5 kM. 


Sehingga alunan muzik dan TV menjadi satu kesalahan atau terasa berdosa untuk menonton dan mendengar. Surah Yasin menjadi halwa telinga saya  samaada ketika menunggang dan juga ketika berjogging di tengah padang malah ketika hendak tidur, CD surah ini akan saya pasang hingga terlena, selagi tidak lena dalam hati akan turut  sama membaca mengikut bacaan tersebut.

Pada suatu ketika dulu masjid menjadi tempat saya melepak. Membaca segala buku diatas rak didalam masjid menjadi minat saya. Pernah saya berguling-gelantang dilantai masjid sepanjang hari menghabiskan masa membaca sebuah buku kecil yang agak tebal yang saya beli sendiri berkenaan Kisah Riwayat Hidup Rasulullah SAW. Sebuah sejarah hidup yang boleh membuatkan air mata kita mengalir tanpa disedari.

Saya akan pergi kemerata masjid disekitar kediaman kawasan tempat tinggal saya untuk berjemaah. Terus terang ada suatu ketika dulu dalam jangka masa yang lama juga saya tidak pernah langsung meninggalkan walau sekali pun solat berjemaah di masjid. Pernah beberapa kali hujan turun amat lebat diwaktu maghrib dan subuh tetapi ianya tidak menghalang diri saya untuk berpayung meredah berjalan kaki kemasjid melalui lorong gelap yang sunyi kemasjid yang terletak dibelakang rumah yang jaraknya kira-kira 100m.

Pernah suatu ketika selesai solat asar saya tidak berganjak dari tempat duduk berzikir memohon berbagai doa dan hajat pada Allah sehingga masuk waktu Maghrib disebuah masjid disini. Hafalan 99 nama Allah sudah ada didalam kepala dan bermain dibibir ketika itu.


Ya, saya tidak nafikan kerana ketika itu saya telah berkawan rapat dengan seorang pemuda yang lebih muda dari umur saya dan boleh tahan handsomenya kah kah kah. Kami hanya bertemu ketika dimasjid bertukar-tukar cerita dan berbual-bual. Bersama-sama berbuka puasa dimasjid dan bertarawih juga bersama. Saya kagum mendengar kisah pengalaman beliau menunaikan haji bersama ibunya dan menghabiskan masa lebih sebulan di Kota Suci Mekah. Saya menjadikan ia contoh, dan saya juga "jeles" bila melihat ia amat rajin melakukan solat sunat ketika dimasjid, kerana itu lah saya cuba berlumba melakukan pekara yang sama dan kalau boleh hendak buat lebih daripada yang ia lakukan. 

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Begini lah ciri-ciri yang saya rasa ada pada kawan saya ini, melihat wajahnya sahaja buat diri kita rasa tenang dan seronok untuk bersama dan sekali sekala memang ada rasa rindu (rindu yang bukan ada kaitan tentang sex okey...) walaupun setiap hari ketika waktu maghrib kami berjumpa.

Ada ketika solat tahajjud ditengah malam sudah menjadi wajib buat diri saya, kerana saya percaya walaupun masih tidak berpeluang lagi untuk bersolat memohon doa dan mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda ketika melakukannya di depan Kaabah tetapi melakukan solat tahajjud walau sekadar dua rakaat ditengah malam sunyi mampu untuk kita memperolehi pahala yang lebih berganda;


Abu Al Syaikh dan Ibnu Hibban menukilkan dalam kitabnya “al Tsawab” dari Anas, bahawa Nabi saw bersabda, 

“Sembahyang dimasjidku sama nilainya dengan 10,000 sembahyang. Sembahyang di Masjid-al-Haram sama nilainya dengan 100,000 sembahyang. Sembahyang di medan jihad sama nilainya dengan 2 juta sembahyang. Tetapi yang lebih tinggi nilainya daripada semua itu, ialah sembahyang 2 rakaat yang dikerjakan oleh seseorang hamba di tengah malam”

Kerana taksub melakukan tahajjud setiap malam, pendengaran telinga saya kerap kali mendengar suara azan ditengah malam, kadang kala bunyi deruan kipas angin juga boleh mengeluarkan bunyi seolah-olah orang sedang mengazan dan bila dilihat jam ketika itu masih belum lagi masuk waktu subuh. Kadang-kadang saya bangun kearah tingkap untuk mendengar adakah suara itu datangnya dari masijd yang pada ketika itu sekitar pukul dua atau tiga pagi.

Saya percaya dengan bangun malam sejam sebelum masuk waktu subuh, kita mandi bersihkan diri dan berdiri lakukan tahajjud dan beberapa solat sunat yang lain boleh membuatkan tubuh badan kita menjadi segar malah semakin sihat walaupun dalam diri kita ada virus HIV. Hampir semua solat sunat saya pernah lakukan termasuk juga solat Tasbih.

Ada ketika saya menjadi ketagih untuk mendengar ceramah agama dimasjid, pantang dengar ada ceramah atau kuliah agama saya akan pergi. Pernah tidak tidur malam hanya kerana mendapat tahu seorang ustaz "feveret" saya yang akan mengajar kuliah subuh satu ketika dulu. Kuliah harian yang dianjurkan oleh sebuah masjid disini juga saya hadiri pada setiap petang bersama rakan baik saya itu.

Malam jumaat ketika bukan dalam bulan Ramadhan adalah hari yang paling saya suka untuk ke masjid kerana ada bacaan surah Yassin dan tahlil serta ada makan free.

Tapi itu dulu............


Bulan Ramadhan
Biasanya tiga bulan sebelum masuk bulan Ramadhan saya sudah mempersiapkan diri, tak nak gaduh-gaduh dengan orang, tak nak buat dosa dan akan berjemaah setiap waktu di masjid dan selalu berdoa agar diri ini dipertemukan dengan secebis rahmat ketika malam lailatul qadar kelak. Tidak minta banyak jika diberi rahmat lailatul qadar sebesar zarah pun alhamdulillah.

Rutin harian saya ketika dibulan Ramadhan; 

Kebiasaannya saya bangun setengah jam awal iaitu sebelum ketika pintu bilik saya diketuk atau handpone saya berdering dengan panggil mak yang ketika itu sudah ada didapur untuk bersahur. Sebaik bangun saya buat sedikit "excersice" kebiasaanya saya lakukan 100 kali push-up dan 30 angkat besi (dumb bell) dan seterusnya mengambil air sembahyang, kemudian lakukan solat tahajjud dua rakaat dan jika ada mood saya lakukan solat sunat yang lain, ini bergantung kepada masa yang saya ada ketika itu, jika awal bangun lebih banyaklah sunat yang boleh saya lakukan. Kemudian saya akan turun ke dapur dan bersahur. Saya tidak makan banyak cuma sedikit nasi dan makan apa sahaja yang terhidang. "Arca buah" gerenti ada diatas meja ketika bersahur.

Setelah selesai bersahur, saya mandi dan keluar ke masjid untuk solat subuh berjamaah. Saya pastikan tiba awal kemasjid untuk buat solat sunat, jika boleh solat hajat juga saya lakukan sebelum azan berkumandang. Kembali kerumah, saya akan "membuta" diatas katil dan biasanya akan terjaga pada pukul 10 pagi untuk menelan ubatan HAART. Saya menelan ubatan dengan seteguk air. Puasa saya walaupun telah terbatal tetapi saya masih meneruskan puasa seperti biasa sehingga waktu berbuka. Solat Dhuha dua rakaat juga saya sempurnakan.

Saya biasa berbuka puasa disebuah masjid yang terletak agak jauh dari rumah, saya kesana hanya menunggang. Berbuka beramai-ramai memang rasa seronok. Kebiasaannya setengah jam sebelum waktu berbuka ketika semua telah berkumpul bersila dihadapan hidangan, bacaan tahlil akan kami baca beramai-ramai untuk disedekahkan pada ahli keluarga yang telah meninggal dunia atas permintaan mereka yang bersedekahkan "moreh" pada hari itu. Masa ini lah "part" yang paling saya suka kerana, bertahlil.

Setelah kenyang barulah solat Maghrib akan dilaksanakan, selesai solat Maghrib saya akan pulang kerumah dan bersedia untuk kemasjid dibelakang rumah pula untuk solat Isyak dan bertarawih. Kebiasaannya saya melakukan hanya 8 rakaat (tarawih) sahaja. Balik kerumah saya tengok TV lah.....

Paling seronok ialah 10 malam terakhir dibulan Ramadhan, hari yang paling saya tunggu-tunggu. Kebiasaannya apabila masuk hari ke 20 dalam bulan Ramadhan setelah selesai solat Tarawih saya akan rest atau cuba lelapkan mata sebentar dirumah, lebih kurang antara pukul 12.30 malam hingga pukul 2 pagi saya akan menunggang kesebuah masjid yang lebih besar yang terletak kita-kira 1 setengah kilometer dari rumah untuk berikhtikaf sepanjang malam selama 10 hari diakhir bulan Ramadhan.

So, beramal lah sebanyak mungkin ketika 10 malam akhir ini, yang pasti solat hajat, taubat dan solat sunat Tasbih pasti saya buat, membaca al-Quran adalah satu kelemahan besar buat diri saya tetapi ianya tidak menghalang saya dari terus membaca apa sahaja surah yang saya ingat dan hafal termasuk Surah Yasin yang mesti dibaca pada setiap malam, selain berterusan berzikir dimana-mana sudut gelap didalam masjid. Bersahur dimasjid pada 10 hari terakhir sudah menjadi kebiasaan buat saya. Setelah selesai solat suboh saya akan kembali kerumah dan menyambung "membuta"......

Rutin ini memang saya lakukan setiap tahun dan insyaallah akan saya praktikkannya lagi dibulan Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun kebanyakan aktiviti seperti yang saya ceritakan diatas ini sudah tidak lagi saya praktikkan pada hari ini (kecuali amalan dalam bulan Ramadhan tu). Terasa susah hendak mengamalkan sesuatu yang baik itu berterusankan sehingga keluar dari bulan Ramadhan. Mendengar ceramah agama sudah lama saya tinggalkan ini kerana semakin bosan apabila disogok serta diselitkan dengan ceramah yang bukan-bukan (politik). Solat tahajjud juga semakin kurang saya lakukan cuma masih rajin bersolat Dhuha.

Tidak ada lagi kedengaran bunyi suara azan disebalik deruan angin kipas. Kencing syaitan juga melempah rauh ditelinga saya hari ini sehingga kerap terlajak waktu solat suboh. Rakan rapat saya ketika dimasjid juga sudah jarang saya bertemu kerana ia kurang menghadirkan diri dimasjid dibelakang rumah setelah berkahwin dan menimang cahaya mata. Saya juga kurang menghadirkan diri solat berjamaah dimasjid belakang rumah kecuali untuk solat Jumaat sahaja.

Kuliah agama setiap petang sudah lama saya tinggalkan dan 99 nama Allah sudah kembali bercelaru dalam fikiran saya, hanya surah Yasin masih menebal didalam kepala ini sehingga kehari ini. Alunan muzik didalam handphone semakin bertambah terbaru telinga kerap mendengar suara dari lagu Rolling In The Deep - Adele, walau bagaimananpun surah Yasin masih menjadi keutamaan.

Saya tidak sempurna dan tidak sebaik mana;

Godaan syaitan semakin kuat datang menghasut, seorang rakan pengamal maksiat tegar tiba-tiba kembali berhubung, hendak "tak nak" terpaksa saya melayan berbual dengannya dan kami kerap juga berjumpa berbual dan topik yang dibualkan lebih kepada pekara yang "lucah". Rakan saya ini sekitar 30an, ya saya mengaku pernah terlajak dengannya dulu, ibunya seorang muallaf cina dan sudah tentu ia seorang yang berwajah menarik dan langsung tidak nampak ciri-ciri "bengkok". Mirip wajah pelakun Gambit.

Berbual dengannya sempat juga saya selitkan persoalan berkaitan bahayanya HIV/AIDS dan STD dalam masa yang sama ia tidak tahu akan status saya ketika ini. Semakin berkawan dengannya seperti yang saya katakan godaan syaitan menghasut semakin dasyat, walaupun lajaknya tidak jauh tetapi secepat kilat saya akan memohon ampun dari Allah. Alhamdulillah saya masih dapat mengawal dari terjebak keperingkat yang lebih teruk. Mungkin berkat doa berterusan saya yang tidak henti-henti kepada Allah agar lindungi serta kuatkan iman dalam hati ini. Dimasa hadapan wallahuallam, mudah-mudahan saya terus dilindungi olehNya.

Saya pada hari ini tidak sebaik mana pun. Jika hendak berkawan bukan orang jenis seperti saya. Pilih kawan yang boleh membawa kita kesyurga bukan kawan yang berpotensi membawa kita keneraka. Saya hanya melakukan solat dirumah sahaja dan sudah lama tidak melakukannya dimasjid dan tidak lagi seperti dulu.

Walau bagaimanapun kedatangan Ramadhan tahun ini insyaallah saya akan cuba meneruskan rutin seperti yang pernah saya lakukan dibulan Ramadhan seperti tahun-tahun yang lalu itu, paling penting sehingga kini saya masih tetap berdoa supaya amalan baik yang saya buat itu biar lah berterusan bukan hanya dibuat dalam bulan Ramadhan sahaja. Kadang-kadang malu juga kerana kita ni hanya beria-ia beramal ibadat ketika dalam bulan Ramadhan sahaja. Malu sendiri kepada Allahkan.

Banyak kerosakan tubuh badan yang telah saya lakukan kepada diri ini semoga Ramadhan kali ini akan membuka satu lambaran baru yang lebih baik daripada yang lalu dan supaya dapat saya memperkukuhkan dan mamperkuatkan iman dan hati ini dalam melawan segala hasutan syaitan yang direjam itu dan semoga hidup ini selamat didunia dan diakhirat. 

Insyaallah saya ingin kembali mengasah minda menghafal 99 nama Allah yang sebenarnya mudah dihafal itu tetapi semakin saya lupa. Dan akan cuba menghabiskan masa kembali dengan menbaca kisah riwayat Rasullulah SAW sekali lagi. Al-Quran?... walau merangkak-rangkak sekali pun, insyaallah akan saya cuba menyelak semula.......insyaallah


Selamat meyambut bulan Ramadhan 1433H kepada anda semua, semoga kita semua dapat memperbanyakkan amalan kebaikan didalam bulan yang mulia ini. Dan sentiasa dirahmati Allah SWT.


10 comments:

  1. Salam Ramadhan...kerana membaca blog Naj Mi juga saya dan keluarga rajin membuat solat duha...Alhamdulillah. Semuga Ramadhan ini memberi sinar bahagia kepada kita semua, InsyaALLAH.

    ReplyDelete
  2. Kalau dulu naj mi jahil bab agama, sekarang dah celik agama...alhamdulillah.
    Semua manusia ada buat salah,salah kecik salah besar, dosa kecil dosa besar...
    Saya pon banyak khilaf nya,solat sunat pon jarang buat kecuali solat hajat cumanya saya harap tahun ni dapatlah kiranya khatam quran sekali pon jadilah, tapi dugaan tu punyalah banyak, sibuk dengan urusan duniawi...
    Pengalaman dan coretan naj mi dan ahp dalam blognya tentang persediaan menghadapi puasa ni sangat la bagus untuk panduan manusia yang jahil macam saya ni...
    Apa yang baik dijadikan contoh yang sebaliknya buang jauh2 kat dalam lombong..Wallhualam

    ReplyDelete
  3. Mak Wardah,
    Alhamdulillah...

    Tshr shda,
    sebab tu saya selalu kata yang saya sebenarnya sangat bersyukur dan tidak ada sedikit pun perasaan menyesal dan sebagainya itu...jika tidak kerana virus ini saya percaya sudah lama saya menemuiNya kerana sebab penyakit yang lain.

    ReplyDelete
  4. Semoga naj mi terus istiqamah. kuatkan semangat.
    kalau kita nak buat benda baik, lagi hebat usaha iblis datang hasut kita.

    ReplyDelete
  5. I cried reading ur entree. I was like that and knowing that I am far from istiqomah, I can relate to ur story. Nama jek dah ke rumah Allah but ibadah masih lagi banyak yang lompong. I pray that both of us will be more istiqomah and diberikan kekuatan untuk menghadapi setiap dugaan yang melanda. Insya Allah. Thank for reminding and semoga Ramadan kali ini akan membawa kita ke satu fasa hidup yang lebih sempurna.- mizan

    ReplyDelete
  6. shahirahkhaiudin,
    Itu yang saya cuba buat, kdg2 bila teringatkan perkara yang tidak baik cepat2 saya beristighfar banyak, insyaallah saya nak jadi kalau iblis tu pandang kita sahaja ia akan cabut lari... boleh ker??? insyaallah

    Mizan,
    Ya mudah-mudahan kita berdua dan semua diluar sana diberi kekuatan untuk menghadapi setiap dugaan. Alhamdulillah awak sudah tiba di rumah Allah, saya masih belum diberi kesempatan untuk kesana, may be Allah tahu yang diri saya ini belum cukup sedia utk kesana, kerana antara doa saya pada Allah supaya jemput saya dalam keadaan saya cukup bersedia dalam serba serbi untuk melaksanakan amalan di sana nanti... insyaallah saya ada keyakinan akan menjejaki kaki disanan nanti... insyallah... doakan.

    ReplyDelete
  7. Assalam Naj Mi. Sy terjumpa blog anda. Anda org yg paling beruntung kerana terkna virus HIV kerana ianya akan mengingatkan kita kpd mati. Igt mati adalah kunci kepada kesempurnaan hidup :)

    Sy benar2 faham perasaan dan naluri anda. Tulisan yg ikhlas walau apa gaya lenggok bhs akan sampai juga mesejnya kpd pembaca. Dan saya sebak bila membaca entri2 anda.

    ReplyDelete
  8. Fitri Shahrizat Jailani

    W salam Fitri, ya kerana itu kerap kali saya katakan yang saya bersyukur dikurniakan HIV tidak ada penyesalan langsung dihati ini diduga Allah dg HIV.

    Tapi tu lah... sukarnya nak mengawal nafsu melawan godaan syaitan... walau bagaimana pun saya cuba melawan dan minta selalu minta perlindungan Allah.

    Alhamdulillah terima kasih kerana membaca Fitri...:)

    ReplyDelete
  9. salam naj mi...saya baru jer menemui tuan di blog ini..syukur bnk yg dapat d pelajari tntang khdupan ini khususnya golongan sprti kita @ plhiv. saya baru jer di diagnose so hidup masi terkontang kanting lgi mencari rakan yg fhm. nmun saya sempat juga mnjddi ttamu Allah slpz d sahkan. saya kagum dgn semangat dan kkuatan tuan. bagi saya sblom ini saya hampir tergolek sendirian. tapi Allah itu masih sayang n kasih lagi pada saya.smuga kekuatan semangat sdra adan saya suntik terus bersulamkan positif thingking yng masih n
    berbaki di kotak minda. khidupn saya mgkin tak seindah tuan. saya x punya bnyk ruang kosong krn perlu dmi kelangsungan idup. klau diikutkan ati nak saja idup sntiasa dimasjid berjmaah.tapi saya x bleh buat tu semua. perut perlu diisi.saya berharap tuan dapat mnjdi sahabat saya kalau diizinNya. demi tuhan tujuan saya hanyalah ingin mencari sahabat senasib dan faham siapa kita. saya dah puas menangis tuan..sendirian

    ReplyDelete
  10. Anonymous,

    Wsalam.alhamdulillah kerana sudi membaca, saya juga cuba menjalani kehidupan sebaik mungkin tetapi ada kalanya sukar kerana godaan syaitan tu. Pasang surut ada masa dalam jangka masa lama saya suka menghabiskan masa dimasjid, tapi ada kala tidak.

    Pada hari ini kunjungan saya ke masjid agak kurang, saya sedari tentang itu, tapi dlm masa yang sama saya terus berdoa agar Allah permudahkan saya dan timbulkan kembali keikhlasan dlam diri ini semula keseronokan untuk selalu berjemaah di masjid.

    Bagi saudara, lakukan mengikut kemampuan dan saya faham saudara juga perlu bekerja untk meneruskan hidup. Yang penting jangan lupa kepada Allah, terus berdoa untuk kebaikan diri saudara.

    Alhamdulillah sudah tentu saya sudi berkawan dg saudara... lebih mudah jika saudara mengutus email kepada saya bila ada masa waktu terluang....:)

    najmi620@gmail.com

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST