Thursday, 5 July 2012

PREJUDIS HAMPIR BUNUH SAYA, BUKAN AIDS

HANCUR luluh hati si balu berusia lewat 20-an apabila mendapati pemergian suaminya secara tiba-tiba adalah disebabkan jangkitan HIV. Manakan Anu (bukan nama sebenar) sangka selepas terlantar akibat demam panas dan cirit-birit selama hampir dua bulan, Kumar pergi meninggalkan dia dan anak tunggal mereka yang baru masuk Darjah Satu.
Diskriminasi berlaku apabila masih ramai tidak faham sepenuhnya tentang AIDS.

Anu fikir dunia sudah kiamat. Selama dua tahun Anu berada dalam keadaan murung. Doktor mengesahkan dia juga dijangkiti AIDS setelah dinasihati membuat ujian dan ketika itu juga Anu membuat keputusan menyerahkan anak tunggal kesayangannya di bawah jagaan ibu agar si kecil itu tidak perlu melihat kesengsaraan ibunya.

“Sebaik keluarga tahu, mereka langsung tidak boleh terima. HIV/AIDS merupakan satu hukuman mati pada pandangan mereka. Mereka sanggup membiarkan sahaja saya mati daripada membuang masa dan duit mencari jalan untuk mengubati saya.

“Anak tidak berada dengan saya ketika itu, jadi kesunyian dan diskriminasi daripada keluarga membuatkan saya putus asa dengan diri sendiri dan lebih rela mati daripada menanggung kesengsaraan akibat penyakit ini,” akuinya sambil menitiskan air mata.

Tambah Anu lagi, sehinggalah pada akhir 2004 apabila dia hampir nazak, abangnya membawa dia berjumpa pakar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pada ketika itu barulah Anu tahu pakar tersebut adalah Prof Dr Adeeba Kamarulzaman (Presiden Majlis AIDS Malaysia dan Ketua Unit Kawalan Penyakit Berjangkit PPUM).

Dalam pada tahap kesihatannya semakin baik, ibu tunggal itu bagaimanapun terpaksa menempuhi pelbagai stigma dan prejudis daripada masyarakat di sekeliling. Malah diskriminasi sama turut dialami anak gadisnya yang sedang meningkat remaja.


Ibu tunggal ini hampir tewas dalam perjuangan menentang HIV akibat diskriminasi keluarga sendiri. - Foto THE STAR Oleh YAP CHEE HONG

“Bayangkan sebagai HIV positif, tidak banyak majikan ingin mengambil anda bekerja apatah lagi memberi anda kelonggaran untuk mendapatkan rawatan dan mematuhi waktu pengambilan ubat yang tepat. Bagaimana pula dengan tanggungjawab kerja dan sebagainya?

“Tetapi saya cukup beruntung, majikan saya sangat memahami malah meringankan bebanan tugas saya di pejabat apabila kesihatan saya semakin merosot. Pun begitu, saya masih dibebani masalah kewangan kerana perlu mengeluarkan sejumlah belanja untuk menanggung kos ubat yang tinggi,” ujarnya lagi.

Pada satu tahap, kesihatan Anu semakin merudum. Berat badannya tinggal 28 kilogram dan anak perempuan tunggalnya dibawa menemani Anu tinggal di rumah perlindungan khusus untuk pesakit AIDS sepertinya bagi menjalani rawatan pemulihan.

Entah bila, Anu merasakan dia mula diterima kembali oleh keluarganya apabila abang yang banyak membantu dirinya ketika dalam kesusahan berjaya menemukan keluarga mereka dengan pakar perubatan, kaunseling dan NGO untuk menyedarkan mereka tentang HIV/AIDS.

Hari ini, 10 tahun kemudian, Anu kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat tetapi masih dihantui stigma sama. Baru-baru ini sahaja, dia dihalau keluar dari rumah sewanya gara-gara ‘kisah’nya itu disiarkan sebuah media yang ditulis dalam corak penuh prejudis selain memaparkan gambarnya secara jelas tanpa melindungi identiti sebenar Anu.

“Tidak kira siapa pun, masih ramai prejudis kepada golongan yang hidup dengan HIV/AIDS kerana mereka tidak faham. Stigma itu berpunca daripada kurangnya pengetahuan dan kesedaran mereka terhadap penyakit itu sendiri,” tegas Anu yang kini membantu golongan sepertinya bangkit menempuhi kehidupan.

Adam bergantung kepada fasilitator dan kumpulan sokongan untuk mengatur masa depannya selepas ini. - Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN

Selain bekerja sepenuh masa di sebuah institusi perubatan, Anu turut aktif mengendalikan program memperkasakan ibu tunggal yang hidup dengan HIV/AIDS dan program cuti sekolah berilmiah untuk anak-anak penghidap HIV bagi menguatkan semangat mereka untuk berdikari.

Sumber : mStar Online

No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST