Saturday, 28 July 2012

PEMEGANG PINGAT EMAS OLIMPIK HIDUP BERSAMA HIV - VIDEO

Hari ini, hari kedua saya menelan Stocrin dan Tenvir-EM dan baru ada terasa kesan "ting tong". Semalam selepas menelan Stocrin pada pukul 10 kemudian disekitar pukul 1 pagi tiba-tiba saya rasa terawang-awang dan blur. Keadaan yang sama pernah saya rasai ketika saya keluar dari bas cabuk di waktu malam untuk buang air disatu kawasan dataran tinggi, diketinggian melebihi 5000 meter dari paras laut, dalam perjalanan menempuh antara jalan yang tertinggi didunia suatu ketika dulu.
Saya terus baring ke katil seperti khayal antara sedar tak sedar dan terlelap seketika, bila melihat jam sudah pun menunjukkan pukul 3.40 pagi, saya paksakan diri juga bangun melakukan apa yang perlu sebelum mengadap ke screen TV untuk menonton "Opening Ceremony" Sukan Olimpik di London. Komen saya; pembukaan yang pada saya langsung tidak boleh menyamai dengan pembukaan di Beijing 4 tahun yang lalu. Ada kebosanan ketika menonton tidak seperti sukan di Beijing dahulu yang jauh lebih hebat.

Hari ini pada 28 Julai 2012 tarikh dan waktu di Malaysia, telah bermulanya temasya Sukan Olimpik yang diadakan di London. Temasya sukan yang terbesar didunia yang berlangsung selama dua minggu ini pasti ditunggu-tunggu ramai peminat sukan diserata dunia. Apa kata kita kaitkan sukan ini dengan HIV.

Mari berkenalan dengan dengan Greg Louganis, seorang penerjun yang handal dan pernah mengegarkan dunia kerana mempunyai HIV. Beliau telah mengetahui status HIV beliau sebelum temasya sukan Olimpik pada tahun 1988 lagi. Akibat kecederaan dikepala kerana terhantuk pada papan anjal sehingga berdarah maka bermulalah fasa baru dalam kehidupan yang memaksa beliau untuk mengakui tentang status diri beliau dan segala-galanya kepada umum.

Menyertai Sukan Olimpik sebanyak tiga kali pada tahun 1976, 1984 dan 1988 dan memenangi emas berganda dalam dua Olimpik terakhir beliau dalam acara terjun papan anjal 3 meter dan 10 meter.
video

Pemegang Pingat Emas Olimpik Bercakap Mengenai Hidup dengan HIV 
Kemajuan dalam bidang perubatan telah membantu memanjangkan kehidupan ramai orang yang mempunyai virus HIV yang menjadi penyebab AIDS. Penerjun sukan olimpik dan pemenang pingat emas, Greg Louganis telah disahkan menghidap HIV pada tahun 1988. Video diatas ini adalah profil "Suara Amerika", yang dihasilkan oleh Mike O'Sullivan Sultan Abu Bakar, Louganis bercakap mengenai kehidupannya dengan HIV.

Pada tahun 1995 Greg Louganis telah mengeluarkan buku autobigraphynya yang berjudul Breaking the Surface. Didalam buku tersebut mengungkapkan banyak hal, selain pengakuan bahawa beliau adalah seorang homosexual dalam masa yang sama adalah seorang pembawa virus HIV. Pengakuan HIVnya mengegarkan banyak pihak, pada ketika stigma dan diskriminasi terhadap PLHIV masih berada ditahap teruk.

Saya teringat ketika menonton rancangan Oprah Winfrey pada tahun lalu, dimana dalam rancangan tersebut Oprah menyorot kembali beberapa insiden menarik dalam rancangannya yang lalu. Antaranya berkaitan stigma dan diskriminasi masyarakat Amerika Syarikat pada sekitar tahun 80an (jika tidak silap saya). Saya melihat seorang PLHIV yang dijemput hadir dalam rancangan tersebut telah dimaki hamun oleh sebilangan besar penonton ketika itu. Mereka melarang pengidap HIV dari mengunakan kolam renang awam dan berbagai kerenah stigma penonton terhadap HIV terserlah dalam rancangan Oprah ketika itu (sekitar 80an). Dikaitkan juga soal agama dan sebagainya. Terdapat seorang penonton lelaki yang benar-benar marah terhadap PLHIV yang dijemput dalam rancangan tersebut ketika itu sehingga ia diarah keluar dari dewan rancangan tersebut kerana membuat gangguan yang keterlaluan.

Tetapi setelah beberapa tahun berlalu, PLHIV yang dijemput Oprah sudah pun lama meninggal dunia, Oprah menemubual kembali beberapa penonton yang berang itu dalam rancangan ditahun terakhir rancangan Oprah pada tahun lalu. Kebanyakan mereka melahirkan rasa kesal kerana memandang serong terhadap PLHIV tersebut. Seingat saya lelaki yang paling kuat marahnya itu masih tinggi egonya itu, sukar untuk ia mengaku kesalahannya yang pernah memaki hamun PLHIV tersebut. Jelas stigma dan diskriminasi masyarakat Amerika terhadap pembawa virus HIV begitu tebal pada sekitar tahun 80an.

Walaubagaimanapun stigma dan diskriminasi semakin kurang tahun demi tahun. PLHIV semakin diterima oleh masyarakat terutama di Amerika Syarikat pada hari ini malah sekarang umum sudah tidak gentar untuk bergaul rapat dengan golongan PLHIV lagi disana.
Beliau telah mengetahui dirinya HIV -ve sebelum temasya Sukan Olimpik 1988 di Seoul Korea, tetapi terpaksa merahsiakannya dari pengetahuan umum.
Saat bermulanya fasa baru dalam hidup beliau selepas terhantuk kepala dipapan anjal dalam sukan olimpik. Walaupun tidak ditemui penularan HIV didalam kolam renang ketika itu, Greg tetap dirundung rasa bersalah bertahun-tahun kerana menyembunyikan kebenaran.

Olympic Gold Medalist Talks About Living with HIV 
Medical advances have helped prolong the lives of many who have the virus that causes AIDS. Olympic diver and gold medalist Greg Louganis was diagnosed with HIV in 1988. In this "Voices of America" profile, produced by VOA's Mike O'Sullivan, Louganis talks about life with HIV. 

Buku berjudul Breaking the Surface telah difilemkan. Klik Disini

The great diving legend (four Olympic gold medals and one silver medal) is a half century young today. He is such an inspiration and authored one of the most moving memoirs: Breaking the Surface. Inspired by his honesty about being gay, abusive boyfriends, a distant father, his low self-esteem despite being the very best in his sport and about living with HIV.

Dilahirkan pada 29 November 1960 di El Cajon, California dengan nama asal Geogory Efthimios Louganis.

He is a true survivor.

Greg has been living with HIV for decades and, thankfully, has remained healthy and productive and devastatingly handsome.

Masih cergas diusia 52 tahun pada tahun ini
Published July 16, 2012

6 comments:

  1. :) Dulu saya pun terbal perasaan kepada PLHIV ni... kini dah tidak lagi hehe.. semoga PLHIV di Malaysia di terima dengan baik.

    ReplyDelete
  2. yep, still handsome, heheheh. and ye saya dah google tempat tu hehe. Memang susah nak mengaku tentang seksualiti kita. AMat-amat susah. Macam kata-kata Batman dalam Dark Rises..kita pakai topeng, bukan untuk melindungi diri kita, tetapi untuk orang yang kita sayangi.

    kadang-kadang, saya terfikir, HIV ni macam kanser sahaja. Cuma kanser tidak berjangkit, tetapi tetap mempengaruhi genetik. HIV pula tidak mempengaruhi genetik. Orang cuma takut sebab ia berjangkit, tapi kena faham jangkitannya cuma dengan beberapa cara sahaja. Bila tak faham, itulah yang jadi masalah.
    -DA

    ReplyDelete
  3. Anonnymous One,
    Ya satu hari nanti masyarakat di sini boleh menerima PLHIV tetapi maybe akan mengambil masa yang panjang lagi. Maybe masa tu kita dah tak ada didunia ni lagi kut.

    AHP,
    :)

    Anonymous,
    Saya setuju bila awak kata "bukan untuk melindungi diri kita, tetapi untuk orang yang kita sayangi". Saya fikir balik jika saya ni sebatang kara mungkin keadaan sikap saya berlainan maybe lebih terbuka. Rasanya majoriti PLHIV bimbang ahli keluarga terdekat mendapat malu sekiranya status mereka diketahui orang lain. Selagi stigma dan diskriminasi masih menebal selagi itu kebanyakan PLHIV akan cuba merahsiakan status mereka.

    ReplyDelete
  4. Najmi,
    Pendapat peribadi saya dari tinjauan melalui kawan2 dan kehidupan harian, Insyaallah rasanya kita masih ada lagi dan sebelum Najmi tengok cucu saya sikap masyarakat akan berubah. Dulu mereka kurang faham dan menganggap PLHIV ni pembawa sakit maut dan kuman maut tetapi saya yakin melalui pendedahan yang betul, mereka akan faham. Jangan risau...PLHIV mesti tunjukkan sikap positif kepada umum.

    ReplyDelete
  5. Setiap penyakit yang Allah turunkan kepada manusia tidak kira sama ada ianya barah, hiv, ebola dan lain2 adalah beserta dengan ubatnya sekali cuma manusia yang belum menemui vaksinnya lagi. Insya allah setahun dua lagi saintis akan menemui vaksin bagi membunuh virus HIV. Sama2 kita berdoa kepada Allah SWT (Tuhan yang merupakan raja kepada segala raja dan yang maha gagah perkasa).

    ReplyDelete
  6. Anonymous,

    Insyaallah mudah2an akan ada vaksin membunuh virus ini dijumpai satu hari nanti, sama-sama lah kita berdoa.... :)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST