Saturday, 7 July 2012

PUAN JAMALIAH SULAIMAN - PEGAWAI PERUBATAN TURUT DISKRIMINASI PESAKIT HIV

Eh, engkau ini ada HIV, kau ada bawa sudu? Kau ada bawa cawan? Kau ada bawa mangkuk sendiri?

Lontaran kenyataan sedemikian mungkin bukan sesuatu yang asing dalam kalangan mereka yang jahil. Namun, bagaimana pula sekiranya ungkapan "sinis" ini datang daripada seorang pegawai perubatan yang sepatutnya sudah arif akan bagaimana HIV berjangkit? Pengalaman mereka dengan HIV menunjukkan terdapat segelintir pegawai perubatan yang menunjukkan diskriminasi atau mengecap golongan ini ketika mendapatkan rawatan sama ada di hospital mahupun klinik.

"Saya pernah disuruh oleh seorang pegawai hospital untuk membawa perkakas sendiri seperti pinggan, cawan ketika berada di wad selepas bersalin," kata Jamaliah Sulaiman kepada Bernama baru-baru ini.

Ibu kepada empat orang anak ini berasa kecil hati apabila dijerkah sedemikian rupa di hadapan pesakit lain yang turut dikelilingi keluarga masing-masing, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang kepada mereka.Paling menyedihkan apabila seorang pegawai hospital bertindak acuh tidak acuh selepas mengetahui status penyakitnya itu ketika mendapatkan  rawatan bagi keracunan makanan yang akhirnya menyebabkan komplikasi buah pinggang kepada beliau.

"Saya boleh saman dia. Tetapi, apabila dia datang dan minta maaf secara peribadi dan mengakui kesilapannya, saya memaafkannya. Sekiranya pegawai perubatan sendiri tidak boleh menunjukkan teladan baik kepada masyarakat supaya tidak sisihkan mereka yang dijangkiti HIV, apatah lagi masyarakat?," kata Jamaliah yang mendapat HIV daripada arwah suaminya.

"PUBLIC FIGURE" ... Jamaliah Sulaiman (kiri) bersama suaminya mengharapkan semua kakitangan perubatan menjadi "public figure" kepada masyarakat. - Foto BERNAMA

KAMI TIDAK MINTA LAYANAN ISTIMEWA
Senario ini merungkai kepada satu kesimpulan iaitu faktor kurangnya kesedaran dan pengetahuan mengenai HIV bukanlah punca utama mengapa stigma dan diskriminasi masih menebal terhadap golongan ini.

Pegawai perubatan sedia maklum bahawa HIV hanya berjangkit melalui perkongsian jarum tercemar, hubungan seks tidak selamat dan daripada ibu kepada anak dan bukannya melalui perkongsian tandas, berpegang tangan, berkongsi perkakas makanan dan minuman.

Namun, segelintir pegawai perubatan masih stigma, masih menunjukkan diskriminasi terhadap golongan ini.

"Saya tidak minta layanan istimewa tetapi kami pun ada hati dan perasaan.

"Mereka ini sebenarnya adalah "public figure" jadi apabila mereka melayan kami sedemikian rupa di hadapan masyarakat, masyarakat akan mengandaikan tidak salah melayan golongan dijangkiti HIV seperti itu," kata Jamaliah.

Berbeza pula layanan diterima daripada seorang rakannya yang hanya bekerja sebagai petani dan tidak mempunyai pendidikan khusus dalam perubatan.

"Bayangkan dia hanya bekerja sebagai seorang petani, tetapi dia tahu HIV hanya boleh dijangkiti melalui tiga cara sahaja.

"Sebenarnya, ia bukan disebabkan faktor pengetahuan atau kesedaran kerana semua itu sudah ada. Tetapi ia berbalik kepada soal hati dan perasaan kasih sesama manusia.

"Bila dua faktor penting itu ada, maka stigma dan diskriminasi boleh dihapuskan," kata Jamaliah.

Jamilah Sulaiman

DISEBABKAN NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA
Jamaliah yang disahkan positif HIV pada tahun 1998, bagaimanapun berkata pengalamannya juga menunjukkan bukan semua kakitangan perubatan bersikap dingin terhadap mereka yang dijangkiti HIV (OHH).Beliau menceritakan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Dr Kamarul Zaman di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur semasa anak ketiganya disahkan HIV  sebaik dilahirkan. Jamaliah berkata layanan Dr Kamarul ketika merawat anaknya itu sedikit sebanyak memperbaharui harapannya.

"Dia bukan sahaja menjaga kepentingan anak saya, tetapi orang di sekeliling yang rapat dengannya. Baginya, kalau hendak anak itu sihat dia perlu jaga orang di sekelilingnya.

"Ini akan memberi satu gambaran dan contoh kepada masyarakat di luar sana. Lagipun kami bukannya minta simpati cuma sokongan sahaja," katanya. 

PERLU HAPUS STIGMA DAN DISKRIMINASI
Jurucakap Persatuan Perubatan HIV Malaysia (MaSHM) Dr Mazliza Zaid dipetik oleh satu laporan akhbar bertarikh 9 Mei lepas sebagai mengakui kewujudan diskriminasi seperti itu di kalangan sebilangan kecil pegawai perubatan.

"Pegawai perubatan perlu menghentikan diskriminasi dan stigma ini dan sebaliknya perlu membantu mereka menjalani hidup lebih baik seperti mereka yang lain," kata Dr Mazliza.

Mengulas perkara itu, Presiden Majlis Aids Malaysia (MAC) Datuk Mohd Zaman Khan berkata memang ada rungutan daripada beberapa OHH mengenai layanan tidak sepatutnya diterima daripada pegawai perubatan. Namun, ia semakin berkurangan berbanding empat atau lima tahun sebelum ini.

"Kementerian Kesihatan sentiasa menganjurkan kursus bagi menghakis stigma dan diskriminasi dalam kalangan pegawai perubatan ketika merawat OHH. 

PROGRAM "IT BEGINS WITH YOU 2011"
Bagi menghapuskan stigma yang wujud ketika berhadapan dengan golongan OHH, pelbagai program atau inisiatif dilakukan sama ada pihak kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO). Turut mengambil inisiatif itu, MAC Malaysia dengan kerjasama antara (MaSHM) dan MAC menganjurkan program "It Begins With You" (Ia Bermula Dengan Anda).

Program yang bermula pada tahun 2005 itu bertujuan menghapuskan stigma serta nada kerisauan dalam kalangan bakal kakitangan perubatan ketika berhadapan dengan OHH semasa proses rawatan.

"Program ini berbentuk serampang dua mata, selain fokus kepada penuntut perubatan ia turut mendidik masyarakat. Di sebabkan itulah, ia diadakan di tempat awam," kata Mohd Zaman.

Menyertai program itu sejak tahun lepas, pelajar Fakulti Perubatan tahun dua, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhd Khair Mohd Yunus, 21, berkata pendedahan sebegini sememangnya wajar dilakukan. Bagaimanapun, pelajar berasal dari Kuala Lumpur ini mengharapkan agar program ini diadakan di tempat tumpuan ramai. - BERNAMA

Sumber : mStar Online 
KUALA LUMPUR:  Khamis Jun 2, 2011



Haaa itu kes atau berita pada Jun tahun lalu, mudah-mudahan adalah perubahan dikalangan pegawai perubatan yang mendiskriminasi PLHIV setelah sudah hampir setahun berlalu. Bagi saya tidak semua mereka yang berkelakuan begitu hanya segelintir kecil mereka yang masih tidak memahami sepenuhnya tentang HIV/AIDS. Saya sendiri pernah mendengar bisikan jururawat ketika terlantar di Hospital Besar kira-kira 2 setengah tahun yang lalu. Jururawat (maybe pelatih kut) berbual dengan rakannya dihujung katil saya lebih kurang begini,

"Eh ko jaga-jaga hari tu aku terpegang seorang pesakit HIV"

Dalam masa yang sama ketika itu mereka di hospital masih tidak tahu yang saya ini sebenarnya ada HIV kerana ketika itu setelah beberapa hari terlantar saya masih tetap merahsiakan status saya, segala ubatan yang diberi pada saya semuanya main agak-agak sahaja ketika itu, sehinggalah datang seorang doktor yang minta kebenaran saya untuk diambil darah dan ketika itu lah saya bongkarkan rahsia saya.

Selepas itu tidak pula saya menerima sebarang bentuk diskriminasi dari mana-mana pegawai perubatan. Walaubagaimana pun lain orang, lain pengalaman yang dihadapikan, entah kadang-kadang kita sendiri yang mudah terasa kut... itu pendapat saya lah, mana tahu esok lusa kena kat saya pulak. Apa pun saya tidak nafikan tentu masih ada kejadian diskriminasi yang berlaku bukan sahaja di hospital malah ditempat kerja atau dimana-mana pun. Mudah-mudahan pekara ini terutama yang melibatkan pegawai perubatan akan semakin berubah.



16 comments:

  1. tidak semua pegawai perubatan atau kakitangan hospital bersikap prejudis dan meletakkan stigma kpd PLHIV...hanya segelintir je yg mcm tu..saya pernah dimasukkan ke wad dan status sya sebagai OHDA diketahui oleh doktor2 yang merawat saya dan alhamdulillah mereka melayan saya sebagai pesakit lain yg bukan PLHIV..tp ad jugak saya alami pengalaman berurusan dgn MA di KK yg masih cetek pengetahuan berkenaan HIV/AIDS

    ReplyDelete
  2. homealone,

    Ya saya setuju apa yang awak katakan itu, tidak semua hanya segelintir kecil sahaja pegawai perubatan yang bersikap prejudis terhadap PLHIV. Bagi diri saya selama menerima rawatan di hospital, saya bertemu dengan mereka yang baik dan ramah melayan, cuma kita sahaja yang nak tak nak melayan keramahan mereka, di masa akan datang tak tahu lah lagikan.

    Kerana itu lah disebabkan setitik nila habis rosak susu sebelanga.

    Pandangan saya, sikap pegawai perubatan ini boleh kita jumpa dan berada dimana2, jika kita ke wad bersalin misalnya tentu ada sahaja yang pesakit yang rasa tidak puas dengan sikap mereka.

    Semua ini bergantung juga pada sikap diri kita sendiri, sebagai manusia semua ada buat silap, kita pandang pula dari sudut cara mereka yang bekerja yang setiap hari terpaksa melayan kerenah orang ramai. Dan jangan pula kita asyik menunding jari salahkan mereka sahaja.

    Satu jari kearah mereka, empat jari lagi menunding kearah kita pula. Fikir2 kan lah kan.

    Saya pernah terlantar di hospital dulu boleh dengar beberapa pesakit dikiri kanan yang tak henti-henti menjerit memanggil nurse sampai saya sendiri naik geram hehehe.

    Apa pun harap-harap hari ini dengan kefahaman yang dititik beratkan dikalangan pegawai perubatan berkaitan HIV/AIDs, mudah-mudahan diskriminasi, stigma dan prejudis terhadap PLHIV berkurangan dan paling baik sudah tidak kita dengar lagi. Insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Maaf jika apa yang akan kongsikan ini akan menyebabkan isu berbangkit.... bagi mereka yang tidak mengalami, bersyukurlah....baru2 ni ketika saya masih menerima aduan dari kawan PLHIV kita,dirawat di hospital*******,mungkin dia tidak bernasib baik kerana katil di ID Wad penuh, jadi terpaksa diadmidkan ke wad lain....ada kakitangan yang dengan lantangnya bercerita mengenai statusnya...kawan kita tu hanya mampu berselubung kerana sepanjang hari2 dia di wad tersebut akibat dari insiden itu....

      Saya tidak menafikan ini kes terpencil...tapi jumpa anda ditempat dia...fikir2 kanlah dan renung2kanlah...

      Delete
    2. Anonymous

      Kita tak boleh harapkan yang semua kakitangan dihospital tu bertanggung jawab merahsiakan status PLHIV tu, saya juga mengalami pekara yang hampir sama seperti kawan awak tu.

      Tetapi bila saya mengadu kepada doktor tentang perangai seorang kakitangan baru (maybe pelatih kut) Saya dipindah kan jauh dari wad asal, diwad baru tu,saya dikatakan penginap TB langsung tidak diungkit tentang HIV saya, malah kakitangan yang merawat saya disitu termasuk doktor tetap merahsiakan status HIV saya, sehingga adik ipar perempuan saya bertanya kepada kakitangan disitu tentang sakit saya pun mereka merahsiakan.

      Dihari lain ketika saya pula melawat anak saudara yang terlantar dihospital akibat denggi, sampai aje disana adik perempuan saya tunjuk arah seorang pesakit di hujung sebaris dengan katil anak saudara saya, dia kat "tu lelaki tu ada HIV"...saya terfikir cam na ia boleh senang2 tahu yang lelaki tu ada HIV....kan

      Kenapa pekara itu masih berlaku? Sebab pemahaman mereka tentang PLHIV masih ditahap teruk, mereka anggap PLHIV ni sesuatu yang ganjil sesuatu yang seronok utk digossipkan.

      Ya saya setuju ianya kes terpencil, tetapi saya juga pasti peristiwa seumpama itu boleh berlaku lagi dari masa kesemasa...:(

      Delete
  3. Hampir 1 bulan saya jage arwah ayah saya,MA,doc or nurses semuanya layan dgn baik pada pesakit2 di wad tu...yg tua,muda dan dgn mcm2 penyakit dan ada juga banduan di wad tu...walaupon arwah ayah saya yg paling kritikal n dressing mau makan 1 jam,tapi dgn penoh sabar nurses buat sebaiknya...
    Tapi mungkin juga sbb same2 orang kelate,jadi perasaan tu lain sikit kot,kelaseran dan gurauan doc n nurses dan omelan pesakit lain kalau dgr mcm lawak plak sbb loghat kelate sgt unik...hmmmmm,hihihi..

    ReplyDelete
  4. hai...kalau pegawai perubatan sendiri dah bersifat macamni, susahlah jawabnya.

    ReplyDelete
  5. Tchr shda,
    Al Fatihah buat arwah awak... ya tak semua yang sebegitu.. ramai yang baik tapi kita tak endahkan... kan

    InsanFakir,
    Sifat sebegitu memang tak baik, terutama bila berlaku dikalangan pegawai perubatan tetapi sifat ini pasti akan ada terutama dikalangan mereka yang tidak pernah nak cuba memahami info sebenar berkaitan HIV/AIDS yan yang asas seperti cara HIV merebak.

    Logik nya disini, sekiranya saya sendiri tidak mendapat virus ini sudah tentu saya tak akan nak ambil tahu sangat apa sahaja kaitan tentang HIV maka kemungkinan saya juga antara individu yang akan memandang sinis terhadap golongan PLHIV.

    Syukur saya dapat HIV ini.

    Dan saya tabik kepada mereka yang tidak ada kena mengena dalam hidup kaitan dg HIV tetapi terbuka untuk cuba memahami permasaalahan PLHIV seperti awak InsanFikir (ya ker?) dan Tchr shda. Bravo....semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya quote balik:
      "Al fatihah buat arwah awak....
      Bila pulak saya meninggal?oh takutnya?

      Delete
    2. Tchr shda,

      Kah kah kah sorry... maksud saya arwah ayah awak hehehe :)

      Delete
  6. AHP,
    Patut lah macam biasa ajer bila membaca ayat -

    "Eh, engkau ini ada HIV, kau ada bawa sudu? Kau ada bawa cawan? Kau ada bawa mangkuk sendiri?"

    Dan rasa macam pernah tengok photo kakak diatas ni... ya rasanya mungkin pernah saya singgah dan baca dalam blog AHP dulu.

    Ya, nampak wajah Kakak Jamaliah di photo ni pun sudah dapat agak ia seorang yang tabah,kuat lagi hebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Mudah-mudahan saya diberi kekuatan untuk mengharungi saat2 dan hari mendatang yang Allah tetapkan pada saya...Amin ...Doakanlah...

      Delete
  7. Tak semua bersikap begitu, ramai yang sangat memahami. Baru2 ni kat KPJ saya lihat seorang nurse melayan PLHIV dgn begitu baik dan kasih sayang. Nasihat saya kepada yang prejudis macam tu...bayangkan anda ditempat mereka, kalau saya agaknya mesti saya tak akan pergi ke hospital yang teruk macam tu. Tak kira siapa mereka, berikan layanan yang sama rata, walaupun PLHIV mereka tetap manusia. Sama2 berkongsi rasa, buatkan hati mereka gembira, banyak pahala kita. Naj Mi saya declared "SAHABAT DUNIA AKHIRAT" dengan anda semua. Nanti saya nasihatkan kawan2 yang kerja kat KKM tentang benda2 ni, itu aje yang mampu saya buat selain dari berdoa.

    ReplyDelete
  8. Mak Wardah,
    Ya saya setuju tidak semua yang berkelakuan sedemikian, hanya seorang dua sahaja. Alhamdulillah jika semakin ramai yang memahami permasaalahan begini insyaallah dimasa hadapan pekara ini tidak akan timbul lagi kan.... :)

    ReplyDelete
  9. saya rasa bukan semua mcm tu,walaupun ada segelintir sahaja.Mungkin stigma yg ada sbb kadang2 PLHIV datang dgn penyakit lain spt PTB,Hepatitis B or herpes membuatkan mereka mcm tu,mereka juga mahu protect diri sendiri tp layan tetap sama..

    kadang-kadang pesakit demand buat mereka jadi kurang untuk bersemagat kerja spt pesakit suka complaint benda yg remeh,mengada-gada walaupun benda yg tidak perlu.Tun Mahatdir sendiri pernah cakap "datang hospital seperti pesakit bukan seperti orang sihat".Kalau kita demand orang yg menjaga kita jadi keikhlasan tiada,sebab itu hubungan antara pesakit dengan kakitangan hsopital jadi tidak mesra.

    Pernah kawan saya kerja hospital cakap"pesakit yang lama duduk di hospital adalah pesakit yang banyak kerenah dan demand termaksud keluarga yg fasi"kenapa boleh duduk lama dan penyakit sukar sembuh sebab pertama :Kesabaran sebagai pesakit tidak sabr kerana mereka lupa penyakit satu ujian dari tuhan untuk menhapus dosa kita tapi bila kita asyik merungut dan menyalah takdir penyakit pun boleh bertambah teruk.sentiasa bersabar dgn ujian tuhan.Kedua : sebab kita telah melukakan hati orang yg hendak tolong kita tp kita bersikap kurang sopan jadi rawatan mereka beri pun tawar hati.Ketiga : sikap kelaurga yg tidak berterima kasih dan complaint tp pesakit seperti redha dgn sakit membuatkan kakitangan hospital juga jadi sama macam sebab kedua.

    Jadi sebagai pesakit dan keluarga pesakit kesabaran adalah paling utama.Jika kita tidak sabar dan mengeluh terutama beragama islam,mereka lupa penyakit adalah ujian dari tuhan jika kita mengeluh kepada tuhan dan tidak sabar spt kita menyalahkan kepada tuhan,jadi ujian diberikan kita hendaklah bersabar walaupun sedikit.Complaint boleh kita buat jika rasa memang patut tp demand jgn kita berlebihan kerana demand itu ego.sombong bukan sesuatu yg tuhan suka pada hambanya.

    ReplyDelete
  10. Anonymous,

    Hahaha.... saya setuju 100% apa yang awak kata kan itu, hanya segelintir itu pun maybe bersebab.

    Kita juga kena faham kerja mereka. Kadang2 pesakit itu sendiri contoh pesakit HIV bila nampak orang yang ambil darah mereka pakai 2 atau 3 glove atau mask pun mereka boleh jadikan isu.

    Kebanyakan pesakit malah keluarga pesakit yang lebih2 sehingga menimbulkan rasa tak puas hati. Ya saya setuju apa yang awak katakan itu..... :)

    Terima kasih

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST