Followers

Wednesday, 11 July 2012

PUAN WANNA B WISE - DERITA ISTERI YANG BERSUAMIKAN SEORANG GAY

Dibawah entry saya yang bertajuk “BERJUTA WANITA BERKAHWIN DENGAN LELAKI GAY” yang lalu seorang isteri yang menamakan dirinya “wannaBwise” telah meninggalkan komen nasihat yang saya rasa baik untuk renungan dan diambil ikhtibar buat para suami gay mahupun isteri yang punya suami gay diluar sana.

Setelah bernikah lebih 17 tahun baru terbongkar segala rahsia - gambar hiasan

Beliau telah meluahkan rasa kecewa dihati beliau setelah mengetahui bahawa suaminya adalah seorang gay setelah 17 tahun bersama. Saya katakan suaminya gay dan bukan bisexual kerana naluri suaminya lebih menjurus kearah sex sejenis, jika ia seorang pengamal bisexual tentu suaminya itu masih punya keghairahan bila isteri datang minta dibelai dan dimanja. Bisexual dalam kefahaman saya ialah seorang yang boleh terangsang dan ghairah terhadap kedua-dua jenis jantina. Walaupun perkahwinan wannaBwise telah dikurniakan dengan 3 cahayamata, bagi saya itu tidak bermakna suaminya itu seorang bisexual kerana sang suami tidak menunjukkan ciri-ciri yang ia menyukai seorang wanita yang bernama isteri.

Pandangan saya; Saya percaya malah ramai para gay diluar sana yang kebanyakannya dikalangan kami mempunyai hati untuk berkahwin (terpaksa) dan pejam mata ketika bersama isteri (terpaksa) semata-mata untuk dapatkan seorang dua anak bagi menutup mulut kaum keluarga yang sentiasa mendesak menyuruh untuk berkahwin selain menutup malu takut ditertawakan kerana faktor umur yang sudah lanjut. Kemudian mereka ini akan cari jalan untuk bercerai dan akan menduda sepanjang hayat. Title duda pada saya lebih bagus dipegang malah dalam status Facebook yang saya miliki pun saya letak perkataan duda, jika tidak akan bertali arus kawan-kawan lama sekolah walaupun tidak pernah berjumpa akan bertanya bila kahwin, berapa anak dan sebagainya. Hanya setelah saya letak status duda, semua senyap.

Tekanan dalam jiwa golongan songsang - kita kena beralih kepada Yang Maha Pencipta

Okey berbalik kisan wannaBwise, selama 17 tahun beliau bersama dan langsung tidak dilayani sempurna sebagai layaknya sebagai seorang yang bernama isteri dari suami malah ia sendiri tidak mengesyaki akan naluri suaminya itu cuma ada rasa pelik sahaja, sehinggalah ia akhirnya mendapat tahu tentang status sebenar suaminya itu. Walaupun telah tahu yang suaminya gay, demi anak-anak beliau masih tetap mahu hidup bersama dengan suami gay nya itu, malah cara wnnaBwise menghadapi situasi yang berlaku dalam hidup beliau amat saya kagum. Bagi kita semua apabila membaca coretan dan keluhan wannaBwise dibawah ini mungkin nampak senang akan segala tindakan yang telah diambil olehnya itu tetapi bak kata pepatah;

“berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”.

Buat wannaBwise semoga anda dan anak-anak akan sentiasa tabah menghadapi hari depan dan tidak lupa doa dari kami semua yang membaca keluhan wannaBwise ini juga berdoa agar suami gay puan akan kembali menyayangi puan dan paling tidak doa saya agar suami puan walaupun nalurinya tetap tegar pada kaum sejenis tetapi ia dapat mengawal dan tidak melakukan aktiviti berisiko diluar, insyaallah.

Saya faham juga apa yang sedang dialami oleh suami puan, nafsu dan godaan syaitan sentiasa datang bertali arus. Bagi diri saya jika kita tidak keluar mencari “keseronokan”, maka “keseronokan” itu akan datang mencari kita, ianya akan berlaku secara sepontan dan boleh terjadi dimana-mana sahaja maybe akan terserempak disekitar shopping mall, pejabat, tempat letak kereta, kedai mamak dan dimana-mana sahaja semuanya diarah digoda ditunjukkan jalan oleh syaitan laknatullah mempengaruhi semua hati-hati para gay yang kebanyakannya lemah. 

Seperti kata wannaBwise kita kena berbalik kepada Allah, balik kepada yang pencipta dan bermuhasabah diri fikir kenapa diri kita dihidupkan didunia sementara ini. Rasanya tidak ramai yang kuat seperti wannaBwise walaupun ramai yang pernah mengalami situasi seperti wannaBwise hadapi. Allah tidak memberi dugaan, kesengsaraan atau pun sakit melainkan segalanya  itu (Allah tahu) ianya mampu ditanggung oleh insan tersebut. Wallahuallam


Dibawah keluhan Puan WannaBwise (dengan sedikit pembetulan perkataan bahasa)


Assalam,
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan pandangan tentang isu yg jarang mendapat pendedahan yg tulus dari orang yg berada dalam situasi ini. Saya adalah seorang isteri yang berkahwin dengan seorang lelaki gay yang saya ketahui dengan sahih tentang aktiviti gaynya setelah mencapai 17 tahun usia perkahwinan.

Puan wannaBwise diluar mungkin nampak happy tapi didalam hati tuhan yang tahu - Gambar hiasan

Namun perkahwinan ini, Alhamdulillah telah dikurniakan 3 orang anak lelaki yang kini sudah meningkat remaja.  Jiwa ni begitu pedih dan terseksa sepanjang perkahwinan kerana tidak merasa diri ini dilayan sebagai seorang isteri, tidak boleh bermanja, berpegangan tangan, berbisik mesra atau apa-apa sahaja yang seorang isteri akan lakukan pada suami tersayang atau apa-apa yang seorang isteri dambarkan dari seorang suami. Kami dilihat sebagai pasangan suami isteri yang ideal, sebab kami amat akrab tetapi hakikat sebenarnya hanya sebagai sahabat baik.

Saya diperlukan oleh suami sebagai orang yg sentiasa menyokong dan pemberi perangsang bila dia tidak berkeyakinan. Namun, jiwa saya tertekan sebenarnya kerana saya adalah seorang yang berjiwa romantik dan suka kan sentuhan dan belaian yang tidak mungkin saya perolehi dari suami saya. Saya faham suami saya juga menderita kerana nalurinya tertahan. Oleh itu saya juga berterima kasih kepadanya kerana telah memberikan saya 3 orang anak yg tampan, bijak dan pandai.  Alhamdulillah, anak-anak inilah kebahagian sebenar buat diri saya. Saya cuba mendidik mereka untuk tidak menjadi songsang dengan membekalkan mereka dengan ilmu agama yang tinggi. Quran adalah sahabat mereka yang paling akrab kini. 

Alhamdulillah. 


Jiwa yang terseksa ini, saya pujuk dengan menganggap ini adalah dugaan Allah keatas saya dan menerima suami saya sebagai “hadiah” terbaik dari Allah dan meyakini bahawa dialah suami yang
 terbaik untuk saya, yang Allah mahu saya pelajari sesuatu dari dirinya atau sesuatu melalui perkahwinan ini, dan saya juga menganggap kehidupan dunia yang sementara ini adalah ujian yang saya perlu lulus untuk kebahagiaan hakiki di akhirat kelak. Jadi saya dapat memujuk naluri ini yang inginkan belaian manja dan pelukan hangat suami dengan kepercayaan saya hanya kepada qada dan qadar Allah 100 peratus dan ia adalah rukun iman yang ke 6, so wajib saya percayai.

Sebagai seorang isteri, saya sentiasa memohon pada Allah agar melindungi suami dari melakukan maksiat, agar Allah memantapkan imannya, semoga beliau menjadi suami dan bapa yang soleh. Saya juga memohon agar Allah sentiasa mengikat hubungan kami dengan ikatan kasih sayang yang sukar untuk diputuskan kecuali ajal dan memohon supaya Allah menguatkan iman saya agar tidak terpikat dgn lelaki lain yang cuba untuk memikat saya.
Tazkirah yang saya buat untuk anak-anak saya pada setiap malam Jumaat adalah secara tidak langsung juga untuk membentuk suami  saya,  kerana sebagai isteri saya tahu saya tidak boleh mengajar suami untuk berubah dan itu adalah mustahil. Apa yg saya mampu buat hanyalah berdoa dan saya yakin dengan kuasa doa. Dalam konteks ini, hanya kuasa Allah sahaja yg dapat mengubah segalanya. Meletak Allah nombor  satu.

Berdoa memohon kepada Allah

Jadi nasihat saya pada mereka yang gay dan sudah beristeri juga  kepada isteri yang mempunyai suami gay, supaya sentiasa mencari keredhaan Allah dan menahan nafsu dengan meletakkan bahawa nikmat dunia adalah sedikit dan sementara, so kejarlah nikmat akhirat. Di dunia kita mungkin tidak dapat kecapi nikmat berkasih sayang tetapi sekiranya kita redha maka nikmat di syurga adalah milik kita insyaallah dan ia adalah kekal dan nikmatnya berlipat kali ganda serta berpanjangan..….so jadi orang yang wise yang mencari nikmat dan kebahagiaan hakiki... Untuk dapat kekuatan iman, ia perlu dipupuk dengan membanyakkan membaca alQuran, menghadiri ceramah agama, sentiasa mendampingi orang orang soleh, mendengar hanya yang baik (radio IKIM yg terbaik) dan lidah yang sentiasa tidak putus berzikir kepada Allah…...insyaAllah, syaitan yang sentiasa ingin menggoda akan menjadi lemah dan nafsu kita juga akan lemah juga. Jauhi diri kita dari segala punca maksiat.

InsyaAllah.. ……….wallahu'alam

oleh wannaBwise


 

Naj Mi, 
Terima kasih kerana sokongan saudara. sepanjang 17 tahun berkahwin, saya cuma berasa pelik tetapi tidak mengesyaki apa-apa tetapi kerana kedhaifan dan kesabaran saya, Allah tunjukkan kebenarannya apabila Allah tahu saya telah bersedia menerima berita tersebut dan dapat menanganinya. Sudah tentu berita itu mengejutkan (menggetar semua tubuh) tetapi ketika itu, apa yang saya fikir ialah,


"aku pastinya telah berbuat dosa besar hingga aku diduga dengan sesuatu yg amat berat".

So saya buat solat taubat pada Allah pertama kali saya mendapat tahu...saya banyak buat muhasabah diri dan berterusan membaca Quran untuk mencari petunjuk. Dari kacamata saya, apa yg berlaku ini adalah kerana Allah menyayangi suami saya dan terlalu banyak jalan kebenaran yg Allah tunjukkan padanya dan dia masih ada peluang untuk pilih syurga atau neraka kerana hayat masih dikandung badan semua ini menampakkan pada diri saya bahawa dunia ini adalah dugaan Allah semata-mata dan akhiratlah tempat hakiki yg perlu kita kecapi,

Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah kerana dikurniakan suami yang dengan tidak secara langsung mendekatkan diri saya pada Allah dan memperlihatkan saya tentang pentingnya kejar akhirat, Ia juga mengajar saya bagaimana untuk redha...

Saudara Naj Mi yg dikasihi Allah, saya izinkan saudara share sekiranya ia boleh membantu. saya juga akan sentiasa mendoakan saudara dan suami gay diluar sana supaya sentiasa diberi kekuatan utk beristiqomah dalam mencari keredhaan Allah dan memantapkan iman. Sabarlah dan sabar itu adalah SEPARUH iman.. wallahu'alam

oleh wannaBwise


Teringat saya satu ketika dulu dalam perjalanan pulang semasa kembara ketika termenung keluar tingkap didalam bas yang sedang menuju keselatan di Wilayah Yunnan, terlintas dikepala saya ketika itu, bila balik nanti aku rasa nak kahwin, lepas tu cerai lah… hahaha itu fikiran saya dulu yang tidak pernah fikir sesuatu pekara itu samaada baik atau tidak disisi Allah swt. Syukur segalanya tidak menjadi dan syukur kerana saya dikurniakan HIV dalam darah ini.


62 comments:

  1. AHP,

    Apa yang boleh saya buat saya buat lah mana yang terdaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naj Mi, sedih baca entry ni...ada email pada Naj Mi tapi so far Naj Mi tak jawab. Plss read & reply

      Delete
    2. Mak Wardah,

      Sorry saya baru perasan ada email dari Mak Wardah, saya dah baca sepintas lalu insyaallah saya akan bacan dan cuba teliti lagi tentang e mail tersebut... agak menarik cerita tersebut. Nanti saya balas ya :)

      Delete
    3. Naj Mi, terima kasih byk2. Hargai sgt2 jasa baik Naj Mi.

      Delete
    4. Replied your email...trillions thanks for you valueable feedback. YWNWA.

      Delete
  2. Salam,dalam blog naj mi ni banyak isu pasal gay...Dan setelah saya baca beberapa Entries berkaitan, jadi dapatlah saya simpulkan disini yang perasaan gay tidak akan hilang dalam jiwa sehingga ke akhir hayat...gitu ke?
    Seriau saya baca luahan hati puan wannabwise ni...ohhhhh.....

    ReplyDelete
  3. Saya salah tulis ker tu? I meant any gay men, not specific pada any individuals...
    Maaf n seriously saya takut bile baca luahan hati diatas...

    ReplyDelete
  4. Tchr shda,

    Bila saya layar internert bila jumpa kisah gay banyak pulak yang boleh dibuat pengajaran, so saya sharekan selagi ada, blog ni barkait rapat dengan hidup saya, jadi apa yang saya fikir itu lah yang saya luah kan dlam blog. Isu gay ini tak ramai yang nak bangkitkan so tak salah saya war2 dengan lebih detail sikit kerana kalau asyik citer pasal HIV ajer orang boringkan, so kena ada rempah ratus untuk menyedapkan masakan tom yam feveret saya hehehe, dan ikut mood juga jika kena mood saya nak masuk dan sharekan tentang hukum hakam agama nanti orang ingat ustaz pulak, apa pun saya buat yang terbaik dan semampu yang saya boleh.
    Pada pandangan saya perasaan itu memang tak boleh dihilangkan yang boleh kita buat hanya mengawal perasaan itu dengan kembali ke landasan Islam. Naluri itu juga adalah antara dugaan Allah kepada para songsang, yang kuat iman akan dapat mengawal diri manakala yang lemah imannya akan terus hanyut. Wallahuallam :)

    ReplyDelete
  5. Salam,blog ni blog awak.saya cuma tumpang lalu n tumpang baca jer...komen saya diatas adalah spontan.jgn marah yer en naj mi..
    Saya terlalu naive bab ni,skrang da baca n makin memahami sedikit demi sedikit isu berkaitan...thanks...

    ReplyDelete
  6. Tchr shda,

    sekiranya kita lihat only kebahagiaan dunia, kita akan terus meratap dan kesali nasib yg menimpa diri kita, tetapi sekiranya kita lihat setiap dugaan Allah itu sebagai kasih sayang dari Allah utk membetulkan hidup kita didunia utk kebahagian diakhirat, kita akan dapat kebahagiaan rohani dan akan dapat bertahan dengan tenang. Sebagaimana kata saudara Naj Mi, dugaan yg Allah berikan pada kita adalah sepadan dgn kekuatan kita...kerana Allah maha pengasih dan penyayang. Oleh itu utk lihat kuat atau lemahnya kita, lihatlah besar atau kecilnya dugaan yg Allah berikan pada kita. sekiranya kita rasa dugaan itu besar, bermakna Allah melihat kita sebagai seorang hebat, so dont under rate ourselves.

    Dugaan juga adalah salah satu cara Allah meningkatkan darjat kita disisi Allah sekiranya kita redha. Dan dengan redha jugalah, sesuatu yg tidak terduga dan sesuatu yg bagi kita mustahil akan kita perolehi (dari Allah) utk membantu kita menyelesaikan masalah atau menghadapi musibah dengan lebih mudah. so kenapa kita perlu bersedih, malah kita perlu bersyukur dan tenang. Di akhirat nanti, orang yg lalai dan leka dengan ujian keseronokan dan kekayaan serta kebahagiaan dunia akan menangis hiba diakhirat nanti, mahu dikembalikan didunia utk diduga dengan dugaan yg berat supaya mereka perolehi kemewahan dan kebahagian di syurga...derita di dunia yg tersangat berat sebenarnya tidak sehebat derita di akhirat yg dahsyat dan berpanjangan.

    so let us be wise and choose the right choise. Ikut nafsu binasa. Put Allah number 1 and interpret the TEST from Allah as LOVE of Allah. My PhD works also relate to this concept of qada and qadar Allah, how far our Muslim brothers and sisters who involved in business believe in this and how well they do in business. So let us change perception, be committed to the teaching of Islam... Anak anak saya sudah faham bahawa the holy book of Quran adalah sumber bagi semua masalah. Apabila anak saya hadapi masalah, mereka akan buka Quran setelah berdoa semoga Allah berikan petunjuk...dan buka muka surat secara rawak, ayat yg dibaca pastinya mengandungi kata nasihat yg sungguh bermakna bagi mereka ketika itu. Quran itu adalah kalam Allah, salah satu cara Allah berkomunikasi dengan kita... so never stop referring to Quran.. wallahu'alam.

    saya harap perkongsian cerita saya yg dikongsikan oleh Naj Mi tidak memberi kesan negatif kepada semua yg membaca, tetapi kekuatan spiritual utk menghadapi kehidupan dunia yg tidak lah lama, sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya wannaBwise, anda benar. Anda mengambil the best for kids, diri sendiri & family. RESPECT.

      Delete
    2. blh saya tau email pn wannaBwise

      Delete
    3. Salam,

      Saya tidak tahu email puan WannaBwise ini.. Maaf ya sebab kisah yang beliau ceritakan itu ditinggalkan didalam ruang komen dalam entri blog ni, kalau dia kirim kisah melalui email, mungkin saya boleh beri email beliau kepada saudara dg kebenaran dia..

      Delete
  7. Sorry saudara Naj Mi, kerana mengambil banyak ruang di blog saudara...saya sekadar berkongsi.. :)

    ReplyDelete
  8. Tchr schda,

    Tak da menda nya, nak marah apa pulak kan :)


    wannaBWise,

    Saya rasa kekuatan dan ketabahan yang ditunjukkan awak boleh membantu insan lain diluar sana untuk dijadikan ikhtibar. Sedangkan ramai wanita yang sanggup minta diceraikan suami gara2 hubungan dg wanita lain, ini kan hubungan dg lelaki.

    Pernah saya baca seorang yang wanita yang mempunyai suami yang tiba-tiba jatuh sakit, kemudian didapati suaminya ada HIV. Suaminya kata ia pernah bermain dg pelacur wanita hanya sekali sahaja... ya ke dg pelacur wanita (jika lelaki pun siapa tahukan). Wanita tersebut ada niat nak bercerai. Sekarang apa yang berlaku dalam hidup wanita itu wallahuallam.

    Tapi dlm kes awak walaupun tak ada kaitan dg HIV, ketabahan awak perlu dicontohi oleh wanita lain, bijak memikirkan tentang masa depan anak-anak, kelangsungan hidup diri, tenang sebaik mungkin, beralih pada yang Esa dan paling bagus dalam diam awak berusaha menjinakkan suami awak semula. Dalam usia 50 tahun, mudah-mudahan dihati suami awak itu semakin bekurangan tompok-tompok hitam akibat perbuatan lalu, moga hati itu kembali cerah dan bersih tanpa sebarang noda hitam lagi.

    Apa kata awak mengajak suami sekerap mungkin ke Kota suci Mekah, setahun sekali dan kalau boleh habiskan masa sebulan dalam Ramadhan di sana, maybe tahun depan,duit boleh dicari jika kita kerja masih boleh lagi bercutikan, hendak seribu daya biar kerinduan terhadap Kota Suci itu menebal muncul dalam sanubari suami awak. Sedikit sebanyak kebanyakan kita akan berubah ke arah yang lebih baik selepas kita ke Kota Suci tersebut, sekiranya awak biasa ke sana saya sarankan ulangi lagi kesana sekerap semampu yang boleh bersama suami.

    Insyaallah benda yang baik, doa yang baik akan dimakbulkan Allah. Hahah itu nasihat dari seorang yang tak pernah alami alam perkahwinan, yang man belut kita ambil yang mana kita rasa salah abaikan sahaja.

    Thanks wannaBwise

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naj Mi, u will become Kaunselor perkahwinan sonner or later, heheheh

      Delete
  9. wannaBwise,

    Tak da hal punya,

    oppsss.perenggan akhir komen saya diatas salah tulis... sebenarnya "yang mana betul kita ambil yang mana salah abaikan sahaja"

    ReplyDelete
  10. thanks alot for the advice. niat dihati memang nak ke tanah suci tahun ni, tapi lepas viva yg bila bila masa saja dari sekarang.

    usia kita sebaya. saya juga berusia 45 tahun, lahir dibulan january. ibu tak boleh sakit, dan kena tabah selalu utk jaga keluarga. Alhamdulillah kami bebas dari HIV... suami juga sudah berjinak dengan agama, Alhamdulillah.. (hope consistent, insyaAllah).

    thanks again for the good advice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. U on the way to your happiest moments in life

      Delete
    2. Mak Wardah,

      spiritually happy, insyaAllah... kalau syahwat tu, sperti kata suadara Najmi, sekiranya ia gay tegar (betul ke?) it could be impossible for me to get it, so kena terima seadanya dan berlapang dada (terima ia sebagai takdir Allah ke atas saya di dunia ni (kejap je hidup didunia compared to akhirat, right?))...

      Delete
  11. Pengalaman dan usia juga mematangkan fikiran kita..terima kasih semua atas nasihat anda, sis wannabwise n naj mi..malu pula saya rasa,mcm feeling good2.rupanya selama ni naj mi 16 tahun tua dari saya, saya ingatkan 30's or late 30's, sbb pegi hospital rilex je naik basikal macam remaja2 gitu...huhuhu...

    Content of the entries pon sgt2 best dan matang...minta maaf la yer kalau secara langsung dan tak langsung komen saya macam kebudak-budakan dan ntah ape ape...malu..:-p

    ReplyDelete
  12. Mak Wardah,

    Pandai lah kata kita jadi kaunselar pkahwinan ni... :)

    wannaBwise,

    Seperti kata Mak Wardah...U on the way to your happiest moments in life

    Tchr shda,

    Betul tu umur 45 tahun tapi perangai sedikit macam remaja lain lah tu, ini kerana hidup tidak bergelumang dengan masaalah dalam rumah tangga kut, so kurang stress, seorang rakan saya sampai sudah sangka saya berumur sekitar 30 an seperti umur ia hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan naj mi, sayapun sama....tak lebih tak kurang...Naj Mi, memangpun anda layak jadi kaunselor...tak kawin pun tak ada salahnya jadi kaunselor janji clients satisfied. Naj Mi jgnlah malu2...

      Delete
  13. Assalamualaikum..bermakna sungguh entry ni pada saya..1001 maksud tersirat yg Najmi dan Pn wannaBwis ingin luahkan..serta
    pandangan dari mereka yg memiliki hati-hati yg mulia...sangat
    bererti..ya..apa yg Allah takdirkan pd saya..sesungguhnya itulah
    yang terbaik dari Allah...syukran.
    Terus menulis lagi ye Najmi...:-)

    ReplyDelete
  14. Anonymous,

    W Salam...Alhamdulillah semoga entry diatas akan dpt memberi ikhtibar buat insan2 diluar sana, saya pasti ada pengajaran yang boleh kita ambil dr kisah diatas... :) Thanks

    ReplyDelete
  15. Salam semua

    syukur alhamduillah...dlm saat saya diduga...dan baru 4 hr menerima berita bahawa suami adalah bisexual selepas 4 bulan berkahwin...hati saya sedikit lapang membaca entry dr pn wannaBwise...

    TAMBAHAN PULA,

    saya dan suami dlm perancngan melanjutkan pljran ke prigkat PhD...ttba ALLAH buka segala rahsia dia (yg tak pernah terlintas dibenak fikiran saya) di saat tak terduga dengan pelbagai urusan perlu diselesaikan. suami seorg pendidik yg dihormati dan anak yg sgt baik kpd kedua org tuanya...bagai kilat memanah tatkala terbaca sms nya 4 hr lepas...jika di izin Allah...saya trign bertemu dgn pn wannBwise...untuk mengumpul segenap kekuatan...saya mahu bantu suami hingga hujung nyawa agar dpt dia bertaubat dan berada mulia disisi Allah kelak...insyaAllah

    yang benar
    Fildza(zr)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fildza (zr)

      Puan kena tabah ni... ya bantu sedaya upaya suami puan... yang penting suami puan ada keinginan nak berubah (walaupun pada pandangan saya naluri tu tak boleh dihapuskan tetapi suami puan boleh mengawalnya)

      alangkah baiknya kalau suami puan bersikap seperti RON (baca entry saya bertajuk "GAY GENE" - CINTA SAYA HANYA KEPADA ALLAH" Ron ada kata;

      " demi Allah sekiranya saya diberikan Allah rasa cintan dan nafsu walau hanya sebanyak 1% untuk saya mencintai (suka) kepada seorang wanita, saya pasti akan cuba mengasahnya bersungguh-sungguh dan pastinya akan berkahwin, berkeluarga dan tidak akan berfikir banyak lagi ketika itu."

      Dalam hal ini alhamdulillah kerana suami telah berterus terang dg Puan.... ingin saya tanya sepanjang perkahwinan, pernahatau tidak suami terlibat hubungan sejenis tanpa condom? sekiranya ya... Puan Filza kena menjalani ujian darah HIV bagi memastikan puan dan suami bebas HIV.

      Mudah2an anda berdua bebas HIV

      Saya hanya mengenali Pn wannBwise melalui email sahaja ...sejak entry ini keluar sehingga kini saya tidak tahu dimana Pn wannBwise dan tak pernah berhubung lagi. Alangkah baiknya kiranya saya tahu dimana Pn wannBwise dan perkenalkan Fidza dgnya kan....

      Bagaimana pun Fildza lebih beruntung jika dibandingkan dg kisah Nurunn dlm entry "TELAH DIPERKOSA, BERSUAMI GAY DAN DISAHKAN HIV +VE - KISAH MALANG SEORANG WANITA"

      Semoga Fildza bersabar dan dipermudahkan hidup suami isteri dimasa depan....

      Delete
  16. Assalamualaikum, Di Sini apa yang saya luahkan saya(suami) gay , dah berkahwin 2 tahun dan masih belum di kurniakan anak, apa jua ujian saya hadapai adakala hanyut adakala saya akui memang susah untuk saya menjauhi aktiviti ini,,, saya berkahwin semua dijodohkan oleh ALLAH dan mengenal isteri dan bercinta selepas berkahwin ( saya kenal isteri memlalui kawan )...saya tidak salah isteri saya dan dia(isteri) akhir tahu aktiviti saya selama ini yang saya sorokkan<<,ALLAH maha mengetahui isteri saya sukar hendak dikata,kamai sering bergaduh, bebrbaik, bergaduh dan berbaik.... kerana dia masih belum sepenuh mempercayai saya ( kerana kami skrg duduk jarah jauh dan isteri masih belum duduk bersama dengan saya kerana perkerjaan), dalam keadaan saya adakala kuat utk berhenti lagi kuat syaitan menggoda saya...dia setiap kali kekadang kesibukkkan kerja...adakala saya lambat msg.lambat jawab telefon membuat dia bertambah curiga...sedangkan saya memang sibuk dengan tugasan ,bila saya sms dia sms kembali dengan perkataan tidak mempercayai saya,mengatakan saya berjumpa lelaki...apabila dia msg mcm mcm mukadimah , bila saya baca saya menjadi marah,,adakala saya tak faham sokongan untuk membantu saya,,,adakala dia lemah untuk menyokong,,,sedangkan saya tgh berusaha untuk berubah ( bukan mamcam kilat dan bukan mcm bas ekspress,pos laju untuk saya nak berubah dengan cepat) dan membuat saya adakala kembali ke aktiviti lama dan adakala saya terfikir ingin hidup seorang diri kembali...saya akui saya ingat mudah apabila kita berkahwin untuk mengelak masiat tetapi syaitan mengoda kembali...., saya ingat saya boleh mengawal naluri tetapi saya tidak yakin pada diri saya...hinggga skrg saya berfikiran ingin hidup sendiri...apabaila difikir harus saya selamatkan rumahtangga saya...atau saya melepaskan isteri saya kerana saya taknak dosa yg saya tanggung ini pada diri saya,,sebagai suami.

    ReplyDelete
  17. W Salam Anonymous

    Terima kasih kerana bercerita, semuanya kena tanya pada hati kita kembali, kalau kita boleh berhenti dari berterusan melakukan aktiviti songsang, saya nasihatkan jangan bercerai

    tetapi sekiranya kita masih terus berhubung dan berterusan melakukan aktiviti songsang dengan lelaki sebaiknya kita lepaskan sahaja isteri kita itu.

    Saya tahu isteri anonymous pasti sentiasa bersyak wasangka buruk pada anonymous selalu, tapi sampai bila?

    Kena tanya pada diri sendiri.

    Jika benar anonymous mahu berubah tapi isteri masih bersyak wasangka saya nasihatkan agar anonymous sentiasa mohon pertolongan dari Allah, saya pasti Allah boleh bantu menyelesaikan segala permasaalahan yang anonymous hadapi ketika ini.

    Wallahuallam...

    ReplyDelete
  18. terima kasih Naj Mi ...saya bersyukur kepada ALLAH walau isteri banyak kali kecewa dengan sikap saya dan dia bertungkus lumus untuk menyedarkan saya....kekadang saya ego , kekadang mungkin cara dia mendesak (saya ada bagi tau isteri saya bahawa saya perlukan nasihat yg lembut dan mendalam, insyaALLAH hati saya akan terbuka )bukan dengan cara mendesak ataupun megeluarkan hadis sampai penuh sms saya nak baca....(saya mcm nak minta pn wannaBwise menerangkan dan menjelaskan pada isteri saya boleh ker ) alhamdulilah masa entry sebelum ini ditulis isteri saya disah mengandung dan sebelum ini pernah keguguran....tetapi sejak baru baru ini kami ada krisis lagi kerana saya tidak menjawab panggilan dan sms kerana hp bateri saya habis dan dlm masa sama saya sibuk dengan tugasan (sedangkan saya sudah sms sebelum ni saya sibuk dan bateri habis)dan membuat prangsaka yg buruk dan sms bertimbun mengenai nasihat....puas saya terangkan..(isteri suka buat andaian dan adakala tak logik pada sms diberi kepada saya) membuat saya marah dan tertekan...sekarang saya tidak tahu bagimana ingin memberi kepercayaan kepada isteri sedangkan dia adakala memberi sokongan adakala berubah hati....Saya ucapakan terimakasih pada Naj Mi dan saya berfikir ayat diberi "TANYA PADA DIRI SENDIRI"...."DAN MOHON PERTOLONGAN DARI ALLAH"dan saya sentiasa berdoa ALLAH mengambulkan permintaaN hati saya untuk berubah...aminn

    ReplyDelete
  19. Anonymous

    Niat dalam hati awak itu penting... niat awak baik Allah maha mengetahui segala apa yang awak fikirkan. Pada saya perasangaka isteri berlaku kerana anda berdua tinggal berjauhan dan jarang sekali bertemu. Kalau ditanya pada saya (berada ditempat isteri anda) saya juga pasti cemburu dan beperasangka buruk apatah lagi bila saya dah tahu awak seorang songsang sebelum ini...

    Jalan penyelesaiannya mudah tapi maybe sukar dilaksanakan; anda berdua perlu tinggal sebumbung, bekerja ditempat yang sama. Ini boleh mengelak dari rasa prasangka yang berpanjangan.

    Maaf cakap, awak sememangnya songsang walaupun berjauhan dr isteri ianya pasti melegakan diri anda (maybe perasaan utk sentiasa bersama isteri berhubung intim dg isteri kurang berjauhan adalah jalan terbaik) Walaupun sekiranya anda tak lagi melibatkan aktiviti songsang tapi saya pasti rasa suka kepada kaum sejenis masih tetap ada tapi awak dapat mengawalnya dg menyibukkan diri dengan bekerja)

    Tetapi isteri awak seorang yang normal seorang yang perlukan perhatian belaian kasih dari seorang suami, bukan saya nak sokong isteri awak tetapi ia punya hak untuk mendapai kasih perhatian dari seorang yang bernama suami. Sudah pasti dia risau apabila anda hidup jauh dari pandangan mata nya.

    Itu lah jalan terbaik anda berdua perlu tinggal sebumbung, perhubungan jarak jauh ni sememangnya boleh membawa masaalah kepada sesiapa sahaja boleh berlaku kepada pasangan normal juga.

    Insyaallah anda Anonymous perlu fikir jalan terbaik untuk kembali tingga sebumbung dengan isteri. Tetapi sekiranya isteri masih tetap berperasangka buruk walaupun sudah sebumbung...sememangnya isteri anda kemungkinan bermasaalah seorang yang sangat cemburu.

    Wallahuallam itu hanya pandangan peribadi saya sahaja.

    Ya jalan terbaik sentiasa berdoa pada Allah semoga Allah memberi jalan penyelasaian terbaik buat anda berdua...Allah tahu niat ikhlas ddalam hati anda anonymous....Semoga anda dilindungi dan dirahmati serta dipermudahkan menjalani kehidupan berkeluarga....:)

    ReplyDelete
  20. Anonymous,

    Saya sudah jadikan kisah anda didalam entry terbaru saya, saya minta pandangan pembaca tentang kemelut yang sedang anda hadapi hari ini. Sila komen di entry terbaru itu nanti ya..di;

    "SUAMI GAY CUBA BERUBAH RIMAS DENGAN PRASANGKA ISTERI"

    mudah2an awak dirahmati Allah Anonymous...:)

    ReplyDelete
  21. Astagfirullahalazim, sy ingat masalah sy hebat rupanya kalian punya lagi berat, Ya Rabb tolong lah kami semua, kami lemah ya Rabb, kami mohon kekuatan untuk melalui ujianMU ini, tak sabarnya nak ke alam yang abadi tanpa ujian walaupun amal sekelumit cuma, airmata saja la yang melegakan kala rasa tertekan yang maha dasat, zikir dan solat mmg membantu tapi sitanduk itu makin bawak army berbaris mencucuk segala agar jauh dari Allah swt...Ya Rabb tolong la kami, tolong lah kami melalui ujian ini dengan sebijaknya..aamin..

    ReplyDelete
  22. Anonymous

    Saya hanya mampu mengamin kan.... Amin....

    ReplyDelete
  23. Abg Najmi..berlinangan air mata saya membaca kisah Saudari Puan nie..memang berat bagi yg berfikiran positif yg membawa masalah nie tp mudah bagi yg berfikiran negative mengata akan hal sedemikian..sbb tu lah ramai lelaki gay terpaksa menyiksa dirik kerna sikap public...tmpias nya pempuan yg dpt trauma.
    Sya kagum sagat dgn Puan dlm kisah nie..dia begitu tabah dan mangambil tindakan yg positif dan relevnt.. Sya mendoakan PUan nie sentiasa di tabahkan hati dan terus mengambil langkah positif walo apa pun yg akan terjadi..

    Izas (

    ReplyDelete
  24. Izas

    Terima kasih saya harap Puan wannaBwise akan membaca komen serta doa dari Izas ni....:)

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Abg NajMi,

    Sebenarnya dah lama jugak saya follow blog ni. Terima kasih banyak2 atas perkongsian ilmu dan pengalam yg abg NAjMi perolehi spnjang perjalanan hidup, banyak memebri peringatan kepada yg di luar sana termasuk saya sendiri. Sgt informative dan kini, blog ni adalah sumber tazkirah saya jugak. Minta maaf saya katakn, sebelum ini, saya jugak antara org yg skeptikal thadap golongan LGBT. Sehingga suatu hari, saya juga diuji Allah hampir sama seperti yg dialami oleh Puan wannaBwise setahun yg lalu, namun masih jauh diperingkat awal..bukan suami tetapi tunang. Entry ini mmg sgt bererti bg saya,dan saya sgt kagum dgn Puan wannaBwise, Alhamdulillah dgn ketabahan dan kekuatan yg Allah kurniakan kpd Puan, Puan sgt positive. Namun saya percaya, bukan sesuatu yg senang utk dilalui, sbb saya faham betapa gementarnya seluruh tubuh saat mula2 mengetahui rahsia itu. Sedar tak sedar, sudah setahun saya simpan rapi rahsia ini drpd sesiapa sahaja, termasuk tunang sy sendiri. Selama itu jgk, sy masih lagi mencari2 hikmahnya setelah beberapa kali Allah telah membuka hijab rahsia itu utk sy. Dan saya YAKIN ALLAH SANGAT SAYANGKAN SAYA DAN JUGA TUNANG SAYA. Saya ingin benar mendapatkn nasihat drpd Puan wannaBwise personally. Harap abg NajMi dpt share contact Puan wannaBwise sekiranya ada atau Puan sendiri sekiranya membaca komen saya. Thanks a lot. Semoga Allah merahmati kita semua :) Wassalam.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum Abg NajMi:

    Sebenarnya dah lama jugak sy follow blog ni, so informative dan kini menjadi sumber tazkirah utk saya jgk. Terima kasih banyak2 atas perkongsian ilmu dan pengalaman Abg NajMi sepnjg perjalan hidup, dengan orang di luar sana termasuk saya sendiri. Minta maaf saya katakan, sebelum ini saya adalah antara org yg skeptikal thdap golongan LGBT. Sehingga saya sendiri diuji Allah dgn perkara yg hampir sama dgn Puan wannaBwise, namun masih jauh diperingkat awal..bukan suami tetapi tunang. Sedar tak sedar, dah setahun saya simpan rahsia itu drpd sesiapa sj, termasuk tunang saya, yg saya telah mengetahuinya. Hanya Allah yg lebih mengetahui segalanya. Dan sehingga skrg, saya masih mencari2 hikmahnya setelah bbrp kali Allah membuka hijab rahsia itu untuk saya. Saya tahu Allah sayangkan saya.Entry ni sgt bermakna buat saya, saya sgt kagum dgn Puan wannaBwise menghadapinya sbb bukannya senang, saya faham betapa gementar seluruh tubuh saat mula mengetahui perkara itu. Alhamdulillah ketabahan dan kekuatan yg Allah berikan kpd Puan mmbuatkan Puan sgt positive. Saya jugak bersykur, perkara yg saya lalui mmg mendekatkan diri saya kpd Allah. Saya ingin benar dptkan nasihat personally drpd Puan wannaBwise. Sy harap abg NajMi dpt share contact Puan wannaBwise sekiranya ada, atau Puan sendiri sekiranya Puan membaca komen saya. Thanks a lot. Semoga Allah merahmati usaha kita semua..:)

    ReplyDelete
  27. Sakinatul Ahya,

    Alhamdulillah terima kasih kerana membaca, untuk pengetahuan Sakinatul kebanyakkan entry dr blog ini haya saya copy dan paste dari sumber lain cuma hanya terdapat beberapa entry hasil perkongsian pembaca dengan saya yang saya publishkan dengan kebenaran mereka untuk renungan kita semua.

    Saya harap Sakinahtul juga tabah menghadapi ujian yang Allah turun kan.

    Untuk pengetahuan Sakinatul, saya memang tak tahu dan tak pernah berhubung dengan Puan WannaBwise sejak entry ini dipublishkan hingga kini, saya mendapat kisah pengakuan dari Puan WannaBWise pun melalui ruang komen didalam entry saya yang bertajuk "BERJUTA WANITA BERKAHWIN DENGAN LELAKI GAY"

    Walau bagaimana pun saya harap Puan WannaBWise akan singgah membaca semua komen yang ditinggalkan oleh pembaca termasuk komen Sakinatul ini tentang diri kehidupannya.

    Insyaallah....

    ReplyDelete
  28. Salam sakinatul,

    Saya pun mempunyai masalah yang sama..harap kita tabah..seboleh2nya sy sedang mlupakannya.sy berharap sakinatul pun begitu..apa2 pkembangan update ye

    ReplyDelete
  29. Salam Abg Najmi dan Anonymous..

    Terima kasih atas response yg dberi oleh abg NajMi dan Anonymous(dan mohon maaf lambt sy reply).
    Kepada Anonymous yg mengalami masalah sama dgn saya, boleh saya tau, apa tindakan awak bila dapat tau ttg hal sebenar? Sebelum ini, saya mmg agak celaru utk buat keputusan, tapi Alhamdulillah,lately Allah telah bagi kekuatan utk saya memilih. Tapi walaupun saya sudah buat keputusan utk batalkan pertunangan saya, saya masih belum berterus terang dgn dia sebab banyak perkara yg saya fikir utk kebaikan masing2 dan keluarga kedua belah pihak. Tambah pula sy dan dia masing study di North America utk PhD, dan masing2 masih ada 3thn lagi, insyaAllah.Saya rasa dia pun tak berkeinginan utk berkahwin sehingga kami tamat study. Jadi, buat masa ini, yg terbaik adalh simpan dulu. Tapi saya dah maklumkan pada keluarga sy ttg hal utk batal pertunangan tapi saya xcakap kenapa. Alasan yg saya bagi adalah atas sebab perasaan yg saya ada thadap dia saya rasa masih belum cukup utk hidup sebagai suami isteri. Keluarga respect keputusan saya, cuma kami semua masih pendamkan utk kebaikan semua pihak.
    Walaupun saya buat keputusan mcm ni (yg sbnrnya mmg bukan mudah), jika diizin Allah, saya tetap nak terus menjadi sahabat baik dia, dan saya berniat utk tarik dia semula walaupun sukar. Saya tertarik dgn satu komen abg Najmi..yg sentuh bab peranan kita sbg org terdekat utk bawak semula dia ke jalan Allah,mmg dah jadi tgjawab kita sbg org yang tahu.. Tapi skrg ini, perkara ni yg membuatkan saya fikir, bukan mudah. Dan saya juga pasti, kalau saya sendiri berterus terang dgn dia yg saya tahu keadaan dia, pasti dia memberontak dan menjauhkan diri drpd saya. Dan lagi saya takut sekiranya dia terus hanyut..Dan apa yg saya risau sekarang, situasi bila kami berada di sini, di luar negara..golongan mcm tu sgt berleluasa, dan saya dpt rasa dia mmg ada contact/kwn2 mcm tu yg semakin hari semakin ramai. Dalam univ pun mmg ade club utk LGBT.Itu cabaran yg kuat..serba salah saya, takut dia semakin menyimpang jauh.Bayangkan kami masih ada 3 tahun disini, mcm2 boleh jadi. Saya yakin tiada seorang pun keluarga dia tahu, dan saya berdoa agar saya sendiri diberi kekuatan utk terus menyimpan aib dia ini smpai akhirat, dan semoga dia diberi hidayah drpd Allah utk kembali..InsyaAllah.
    Saya cuma nak tanya pendapat dprd Abg Najmi dan sesiapa saja, agaknya mcm mana cara terbaik utk mendekati dia? Apa yg saya buat skrg selain doa, saya cuba selitkan apa2 sj cerita yg berkaitan..tapi nak selit pun agak susah, takut tak kena topik, tiba2 sebut jadi pelik. Dulu sebelum saya tahu keadaan sebenar, saya pernah tanya dia mcm mana kita nak kenal golongan gay pd dia..Dia mmg tersentak dan marah bila saya tanya mcm tu pdhal saya mmg xde niat langsung, dan xde syak langsung..Saya tau dia pasti sensitif dgn isu2 ni kalau itu yg keluar dr mulut saya sendiri.Dan atas sebab ini, walaupun bg diri saya sudah ada keputusan utk putuskan pertunangan, saya masih fikir jalan terbaik utk sampaikan hasrat saya tu.

    Thanks,
    Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakinatul Ahya

      Berdoa supaya dia berubah adalah cara terbaik. Selit bercerita kisah dan kemudaratan tentang gay ketika berbual juga jalan terbaik. Saya tak dapat fikir jalan lain yang boleh awak ubahkan sikapnya itu, sebab naluri gay itu pada saya tak akan dapat diubah selama-lamanya (pandangan saya)

      TETAPI gay hanya boleh mengawal naluri nafsu itu sahaja, jika diizinkan Allah mereka boleh mengawal diri dan pada sesetengah gay mereka boleh kahwin (tanpa kerelaan atau terpaksa) dan boleh dapat anak TETAPI naluri asal gay tu tetap ada, mereka perlu kembali ke jalan Allah sebenarnya.

      Pada saya bila pertunangan saudari sudah diputuskan nanti, saudari hanya berdoa sahaja kebaikannya dari jauh, hanya Allah sahaja yang mampu mengubah keadaan dirinya itu atau memberi hidayah padanya. Wallahuallam

      Delete
    2. Sakinatul Ahya

      Saya jadikan komen anda sebagai salah satu entry dalam blog saya bertajuk

      SAKINAH PELAJAR WANITA LUAR NEGARA RESAH TUNANG GAY

      http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2013/01/sakinah-pelajar-wanita-luar-negara.html

      Maaf dientry itu saya silap letakkan nama Sakinah bukan Sakinatul....:)

      Delete
  30. yuppp.... saya adalah seorang yang bernaluri begitu... tidak menjadi satu dosa untuk mempunyai naluri begitu.... Allah tidak menghukum seseorang yang mempunyai naluri sonsang kerana Dia yang menjadikan setiap makhluk itu, namun Allah hanya mengutuk keras insan yang mengamalkan perbuatan sonsang tersebut. memang sukar untuk kami buang, tapi kami boleh mengawalnya dengan bantuan dan sokong serta kepercayaan... Saya pernah menyalahkan diri saya sendiri. kenapa lahir mempunyai naluri begini... saya atau kami tak pernah mintak, tapi kami harus lalui hidup dengan naluri sebegini. So saya harap pandangan negativ terhadap golongan macam kami dapat dikurangkan... saya akui ada adalah tipikal untuk orang berfikir golong naluri sebegini adalah begini.. begini... tapi bukan semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ryzz,

      yuppp...saya juga bernaluri seperti anda dan pernah bertanya kenapa saya yang dipilih menjadi insan seperti ini (sonssang) Tetapi seperti yang kita tahu segalanya adalah kehendak Allah...kita sedang diuji oleh Nya, mudah2an kita selamat didunia dan diakhirat....:)

      Delete
  31. Thanks Abg Najmi, saya dah tinggal my long comment kat entry tu :) Syukran jazilan..

    Kepada Ryzz, Alhmdulillah, apa yg saya alami telah membuka mata saya skrg..pandangan saya terhdp golongan ni telah berubah sama sekali..saya yakin ini mmg UJIAN ALLAH utk anda, sememangnya tak salah..dan saya juga tak salahkan tunang saya mengalami situasi mcm ni. Dan skrg saya juga dah tahu, mmg sukar utk hilangkan sbb ini juga fitrah yg Allah kurniakan, sy cuba letakkan diri sy sbg org straight utk hilangkan perasaan suka saya kpd lelaki..mmg sukar,dan dapat bayangkan mcm mana yg anda alami..Saya tahu besarnya dugaan Allah pd anda utk lalui naluri ini, dan sbb itu juga saya berhasrat utk membantu, menyokong golongan ni utk berubah (bukan 100%) tp sekurang2nya berusaha..Allah mengetahui setiap sesuatu dlm diri hamba Dia..Semoga kia semua dberkati Allah dunia akhirat..

    Wassalam...

    ReplyDelete
  32. Bagaimana bole sy contact pn wanna b wise personally krn kes sy sama dgn pn wanna bwise. sy baru dpt tahu yg suami sy ada fb lain dan gambar2 lelaki gay dan juga laman sembang yg lucah bersama kwn nya. sy dah syak lama sebab lihat suami bw hp ke bilik air dan selalu cat di fb dan sms . sy ingat dia ada affair ngn perempuan rupanya lelaki. sy baru tahu jumaat lepas 1/3/2013 slps sy terjumpa fb suami. Sy nak dapatkn nasihat dr Pn wanne b wise bagaimana nak handle . sy sayangkan suami dan tak mahu bercerai berai.. usia perkahwinan kami pun 17 thn dan ada 2 anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Maaf saya sendiri tidak mempunyai sebarang contact seperti no phone atau email mahu pun facebook Puan Wanna B Wise ini, kerana saya hanya mengenali beliau melalui komen didalam blog ini sahaja, dan sudah lama saya tidak mendengar kisah tentang beliau, harap jika beliau membaca komen dari saudari ini, beliau akan membalas komen saudari diruang komen dalam entry ini juga.

      Delete
    2. Anonymous
      blh tak contact kakak. kita senasib.
      motivasikeluargabahagia@gmail.com

      Delete
  33. skit jiwa kn dpt naluri cmni. kdg2 mcm nk rba je adik sppu sya..yg pmpuan.. nk tgok jgk sya dpt x feel tu.... sdp tak?.. tp sya lbih bnpsu ngn llki.. knpa lh .. tp sya rsa bole kut klo sya kwin.. stiap sya naik npsu sya trus ngn istri sya. musthil xblekn.. llki gay.. ni pun mcm llki sjatu.. sya rsa bile lh.. sya kwin ni.. tp sblum sya kwin sya nk bgtau kt istri sya dlu.. insyaallah.. sya xjgk tpu dea.. skurng kurngny dea ble trma sya s'adanya.herm tgok jk lh . sya psti bolehhhhhh

    ReplyDelete
  34. "Suamiku Ingin Hidup Bersendirian" Alhamdulillah...saya dipertemukan dengan blog ini. Saya mempunyai nasib yang sama seperti Pn WannaBWise. Saya sudah berkahwin selama 4 tahun dan mempunyai seorang anak yg lelaki yg comel dan bijak. Saya mengetahui suami saya gay masa umur anak kami 4 bulan. Isteri kepada skandal suami saya menghantar email memberitahu perkara sebenar. Ya, Allah Maha Mengetahui...saya diberi ujian ini namun saya tabah menghadapi...tahun demi tahun ada saja hijab mengenai suami saya terbongkar tanpa saya perlu siasat. Demi anak dan perkahwinan, saya teruskan walau kadangkala saya tidak kuat untuk hadapi. Seringkali saya meminta suami untuk bercerita perkara sebenar namun dia sering mengelak. Saya sabar...sepanjang perkahwinan kami, x pernah terlintas sedetik suami akan curang. Saya tanamkan sikap percaya pada suami. Namun, suami saya sering mengucapkan yang dia tidak bahagia bersama saya. Saya bukan isteri impian dia...not meet his expectation as his wife...luluhnya hati saya. Demi anak saya perlu buat satu keputusan...in shaa Allah walau kami berpisah saya tetap doakan agar hatinya terbuka untuk berubah. saya ingin masih bersamanya namun itulah permintaannya...dia ingin hidup bersendirian. Ya Allah, tabahkanlah hatiku...

    ReplyDelete
  35. Salam
    Suami ingin hidup bersendirian

    Dugaan hidup, mudah2an puan tabah menghadapi, harap2 Allah memberi jalan petunjuk buat puan. Berdoalah kepadaNYa minta dipermudahkan jalan buat diri Puan. Kalau berpisah yang dia pinta, puan rujuk lah pada yang pakar (kauseling) maybe kehidupan Puan akan lebih bahagian dengan insan lain, maybe jodoh puan dg insan lain ada sedang menunggu diluar sana. Banyakkan berdoa pada Allah..insyaallah Allah akan bukan jalan pada Puan...Semoga Puan tabah...Saya doakan yang terbaik buat Puan dan anak2

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum.,,.sy ada masalh skrg..sy berdepan perkara yg sama dgn pn wannabwise,.,tpsy xtau nk ckp suami sy nie gay ataupun bisex.,dier mgkin lebih kepada gay.,tp ntah lah,.tp masalah utama sekarang nie,.,sy xtau mcm mana nak berterus terang dgn suami sy yg sy tau dia seorang bisexual tanpa buat dia rasa tekejut sbb suami sy nie panas baran orangnya. kami berkahwin tahun lepas dan sekarang sy sdg mengandung 4 bulan lebih.,.sejak sy mengandung dia lgsg x sntuh sy..kami lgsg x bersama..dr dulu dia selalu x balik rumah..ada sekali smpai 2 minggu dia xbalik.,lepas tu balik sehari esoknya x balik lg...sekarang makin teruk...kalau dia balik pun lgsg sepatah apa pun x b'ckp dgn sy..melainkan bila nk minta dibuatkan air atau mau disediakan makanan.,.,selebihnya.,dgn hp 24jam.,.,dia belum tahu yg sy tahu naluri dia sebenar.,kalau boleh sy nak minta pendapat..bila waktu yg sesuai sy terus terang dgn dia,.?mcm mana sy nak mulakan? kalau dia mengelak atau x mengaku juga apa yg sepatutnya sy buat??minta tolong pada siapa yg sudi beri pendapat.,.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Puan berjumpa lah dengan mereka yang arif, mengadu di pejabat agama, susah bila terpakda berhadapan dengan suami yang panas baran ni, kalau sekadar bernaluri bisekual tapi agak lembut ok, ni panas baran bimbang diapa2kan puan nanti. Dapatkan nasihat rakan2 wanita yang boeh dipercayai, mungkin boleh mereka temankan puan kepejabat agama bagi mendapatkan pandangan mereka yang pakar disana.

      Puan boleh juga cuba baca enti didalam blog ini tentang pandangan seorang ustaz bertajuk..."SUAMI TIDAK BERI NAFKAH BATIN" mungkin ada nasihat yang boleh puan ikut.

      Delete
    2. Pilu ngan apa yg terjadi..puan jumpa lah kaunsling kerna meka lebih arif.. suami yg panas baran,puan harus berlembut utk kemukakan sesuatu, biar berlembut tp isinya jitu...supaya tidak berlaku apa2 yg akn memudaratkn puan...andai terjadi pertahan diri puan..

      Delete
    3. Kepada yang ampunya diri ini pandangan saya ,walaupun puan tahu suami puan seorang gay atau bis ada baiknya puan jangan bertanya kepada dia penapian tetap akan berlaku,dan munkin mambuat dia marah,lantas ada baiknya puan pendamkan dulu perasaan itu,

      Bersuamikan saorang gay memang ada sedikit terguris namun itu bukan satu penghalang bagi puan untuk meneruskan kesenembongan hidup dengan suami puan,mungkin tengkah laku dia masa ini terkesan dari pembawa bayi yang dikandong oleh puan ini biasa terjadi kepada sesiapa sahaja (lebih tepat pembawa budak dalam kandongan).

      Setiap manusia mempunya naluri ingin mempunyi anak sendiri.mungkin apabila puan selamat melahirkan anak,perasaan suami puan pasti akan berubah bila melihat wajah anak dari bakanya.saya mempunyi ramai kenalan dari kelompok gay.

      Kebanyakan mereka berkhawin dan mempunyai anak,ada dua ada tiga malah ada sampain enam orang anak, mereka kekal,malah ada yang sampai mendapat cucu, dan ada yang kekal sehinga akhir hayat.yang penting kalau puan sayangkan suami puan jaga dia dengan sempurna panas baran dia akan hanya luntur dengan kesabaran puan

      Saya penuh yakin sabar itu satu azimat yang cukup berharga,sesuatu yang berlaku dimasa hadapan kita manusia tidak mengtahwinya hanya allah yang menentukan segalanya,dengan usaha dan ketabahan puan dengan saizin allah suami puan boleh berubah,sesunguhnya puan adalah manusia yang amat mulia sisi allah.

      Saya hanya dapat mendoakan agar rumah tangga puan kekal selamanya amiin.

      Delete

    4. Sedih tetapi itulah hakikatnya dunia. saya sangat kagum dengan Puan WannaBWise. bukan ramai yang nak menjadi Pak Sanggup dan penyabar. sekiranya golongan seperti Puan bertambah, maka mungkin penyelesaian boleh dicapai kerana ini sajalah jalan penyelesaian yang dapat saya fikirkan tentang isu perkahwinan bagi golongan sonsang. saya harap dengan perkongsian ini, ramailah yang tahu. isu ini yang merunsingkan saya juga, walaupun saya tahu saya masih muda. bila kahwin jadi mcm ni pula.

      Adakah golongan sonsang ini ditakdirkan untuk tidak berkahwin. mustahil sebab walaupun tidak memilih untuk berkahwin, dengan faktor zaman yang serba canggih ini kahwin seolah- olah menjadi satu keperluan. (dan memang ianya satu keperluan) kerana jika seseorang tu tidak berkahwin, maka masyarakat akan bertanya dan mengeluarkan pendapat mereka masing2. abang saya umur 30 tahun memilih untuk tidak berkahwin kerana faktor kemampuannya. faktor lain saya tidak tahu. saudara mara asyik bertanya malah adik beradik sendiri. katanya untuk masa depan abang saya juga.

      Walaupun memilih untuk tidak berkahwin, tapi sampai ke mana? diakhirnya masih juga mempunyai naluri ingin berkahwin dan mempunyai anak dan berkeluarga. takkan tak nak kahwin sampai ke tua. jadi bagaimana? adakah seharusnya untuk golongan songsang untuk jangan berkahwin. sekiranya memilih untuk berkahwin adakah kahwin selepas itu cerai. jadi sekiranya begitu, apa matlamat kahwin? adakah untuk mendapat zuriat sahaja? saya rasa seperti orang bodoh sekiranya kahwin dapat anak lepas tu cerai. ya Allah, bodohnya kalau menjadi seperti itu.

      Kalau kahwin cerai kadang2 sebab suami itu sendiri. tak suka atau memang tidak serius untuk berubah. kakak saya dah kahwin sekarang dah ada tiga orang anak. yang sulung sekali lelaki umur 6 tahun. masa melahirkan anak yang kedua, saya ada tinggal kat rumah kakak untuk menolong sampai tempoh pantang. kakak saya pun memang tiada siapa2 disana jadi saya pergi. saya cuti masa tu saya tengah belajar. abang ipar saya ni suka keluar malam setahu saya keluar dengan kawan2 dia pergi main badmintonlah futsallah.

      Sekarang masih juga macam tu. masa kakak saya kat hospital dah sarat, sampai pesan dia "jangan keluar malam sangat, tengok anak" anak yang sulung tu saya yang kena tengok2 kan masa tu. kalau sayalah bukan tak boleh berkawan, ini tinggalkan isteri kat rumah dengan anak2 melayan karenah. masa mengandung pun sibuk jumpa kawan2. siang masing2 berkerja, boleh jumpa malam tapi tu pun masih keluar jumpa kawan2. sekali sekala bolehlah ini selalu kesian saya tengok kakak seorang yang tabah dan penyabar. apatah lagi bagi golongan sonsang - Aslan

      Delete
  37. Terima Kasih pada yg memberi pendapat dan sokongan.,sy amat menghargai jasa anda.,.terima kasih banyak.,doakan kebahagiaan sy.,apa pun yg berlaku selepas ini.,harap sy terus tabah menghadapi semua ini.,.sy pernah cuba nak berterus terang,.nk minta pengakuan dari suami sy.,.tp mulut seakan terkunci.,.,mcm x sanggup.,mcm belum bersedia pun ada juga,.,ntah lah.,,.kadang2 letih memujuk hati.,.,rasa nak bercerai.,tp fikirkan balik.,kalau sy bercerai pun,,.tp istughfar balik.,rasa tenang sikit,.,sy cuma berdoa supaya suatu hari nanti suami sy akan berubah.,.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan dapatkan nasihat dari mereka yang arif terlebih dulu, sebelum mengambil sebarang tindakan..kerana pandangan mereka yang arif pasti dapat membantu Puan berfikir dengan untuk mengambil tindakan yang sebaiknya..Mudah-mudahan Allah sentiasa bersama Puan...Amin3

      Delete
  38. assalam...saya ingin bertanya pendapat...saya ada seorg kwn yg mengalami nasib yg sama bersuamikan gay..mempunyai 2 org cahaya mata..kawan saya ni dah lama tahu suami dia gay..tetapi dia cuba tabahkan hati dan sentiasa berdoa agar suaminya kembali kepangkal jalan..tapi lama kelamaan tetap xde perubahan apa2...dan baru2 ni dia ada tgk telefon suami dia dan terjumpa gambar bogel suaminya..rupanya suaminya buat wall gambar bogel tu kat laman web gay...Ya Allah saya terkejut bila kawan saya mengadu hal suaminya tu..dan saya sangat kesian kt kwn saya dia dh jadi down skrg ni..pikir nak lari keadaan ni..saya cuma boleh nasihatkan dia supaya banyak bersabar n dekatkan diri dengan Allah..saya juga ada menyuruh dia pergi ke pejabat agama dan mintak nasihat(tp belum pergi lagi)..pada pandangan saudara apa yang perlu dilakukan oleh kawan saya tu..sama ada bercerai atau sebaliknya??umur kwn saya tu dalam lingkungan akhir 20an..tolonglah bantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Pertama sekali dapatkan nasihat dikalangan mereka yang pakar seperti jabatan agama, itu yang penting sebab nasihat mereka lebih bernas. Kalau tanya saya, si isteri kena berbincang dengan suami tapi kalau sisuami nampak tak nak berubah jalan terbaik ialah berpisah, sebab suami yang gay ni kalau masih bergiat aktif dalam aktiviti songsang berkemungkinan dia boleh mendapat berbagai jangkitan penyakit kelamin dan juga HIV, penyakit ni akan dibawa kerumah dan boleh berjangkit kepada isteri tanpa pengetahuan isteri.

      Ramai suami yang bersifat biseksual diluar sana yang masih aktif dibelakang isteri, dan ramai kaum wanita yang mendapat jangkitan HIV daripada suami yang suka makan luar.

      Ya pergilah kejabatan agama, atau mana2 pertubuhan wanita dan tanya pandangan drp mereka. Saudari sebagai kawan bolehlah bantu temankan kawan itu apabila dia nak ke pejabat agama, bantuan sokongan dr saudari pada saya amat diperlukannya ketika ini. Dalam masa yang sama simpan bukti2 yang menunjukkan suami dia itu mempunyai naluri yang menjurus kepada aktiviti songsang itu.

      Wallahuallam

      Delete
  39. Hope kakak x letak anak kat asrama la. sbb ank akak tu hensem, mesti lakia kakak p0n same. So sgt2 bahaya klu dorang duk kat asrama. Plu everywhere kak.. Hope Allah sentiasa kuatkan dan tabahkan kakak .. Kakak hebat n terbaik sbb bertahan :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST