Saturday, 14 July 2012

KHATAN - PERSPEKTIF TRADISI BEBERAPA NEGARA DUNIA

Amalan Berkhatan Masyarakat Malaysia
Berkhatan di Malaysia kebiasaanya disambut secara besar-besaran apabila melibatkan kanak-kanak yang ramai dan dianjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk Tempatan . Tujuan utama dibuat secara berama-ramai adalah untuk memudahkan penjagaan dan menjadikan kanak-kanak itu lebih berani bersama kawan-kawan seusianya. Kanak-Kanak yang dikhatankan perlu dimandikan untuk melembutkan kulup zakar sebelum proses pemotongan. Kebiasaan di Malaysia disembur dengan pili bomba bagi kumpulan kanak-kanak berkhatan yang ramai. Tok Mudim merupakan orang paling penting dalam upacara  berkhatan secara tradisional dikawasan kampung

Ubat dan perkakasan yang digunakan :

  • Kulit pokok Pauh dan kapur makan (kulit pokok Pauh diperah dan dicampur dengan kapur dan air)
  • Putih telur
  • Serbuk arang batu
  • Kapur
  • Penisilim
  • Iodine
  • Minyak ubat (ramuan daripada akat kayu) 
  • Berus
  • Pisau
  • Penyepit
  • Pembaris
Batang pisang digunakan untuk dijadikan tempat duduk ketika upacara berkhatan. Manakala dikawasan bandar tugas tok mudim  digantikan dengan doktor dan pembantu perubatan mengunakan teknologi berkhatan yang lebih canggih. Apabila selesai berkhatan kanak-kanak itu dikumpulkan di satu tempat.

Amalan Berkhatan Masyarakat Indonesia

Berkhatan di Indonesia tidak jauh beza dengan berkhatan di Malaysia. Seperti mana nama khatan disebut khitan di Indonesia. Akan tetapi di Indonesia jarang sekali di buat secara beramai-ramai hanya melibatkan keluarga terdekat. Kenduri kesyukuran turut dilakukan untuk membawa keberkatan.

Amalan Berkhatan Masyarakat Filipina
 

Di Filipina berkhatan kebiasaan dilakukan oleh pasukan tentera. Akan tetapi dikawasan pendalaman alatan untuk berkhatan adalah kurang dan tidak mementingkan kebersihan. Kebiasaannya tiada majlis untuk kanak-kanak Filipina berkhatan dan dibuat secara terbuka. Adalah mengerikan bagi kanak-kanak di Filipina untuk berkhatan.

Amalan Berkhatan Masyarakat China

Sebagaimana yang kita tahu di China juga terdapat komuniti islam walaupun China ini terkenal dengan sebagai negara komunis. Komuniti islam di sana turut mengkhatan anak mereka terutama nya ketika musim luruh.

Amalan Berkhatan Masyarakat Korea

Ibu bapa di korea mengkhatankan anak mereka adalah untuk menjaga kesihatan dan kebersihan. Menjadi hak peribadi bagi ibubapa di Korea sama ada hendak mengkhatan anak mereka atau tidak.Sepenuhnya dilakukan di hospital oleh pakar perubatan.

Amalan Berkhatan Masyarakat Perancis

Berkhatan bagi masyarakat Perancis dilakukan sepenuhnya di hospital. Kanak-kanak yang berkhatan juga di masukan ke dewan bedah seolah-olah pembedahan besar dengan alat bantuan pernafasan. Bilangan yang berkhata di Perancis adalah kurang dan apabila ibu bapa hendak menkhatankan anak mereka perlu dilakukan dengan teliti. Pembedahan berkhatan ini juga dilakukan oleh pakar bedah kulit.

Amalan Berkhatan Masyarakat Amerika

Sebahagian besar  masyarakat  Amerika (bukan muslim) menentang sekeras-keras perilaku berkhatan yang konon penganiayaan terhadap kanak-kanak. Banyak demontrasi dilakukan untuk menarik perhatian dunia. Diantara kumpulan yang banyak mengeluarkan kenyataan menentang khatan pada hari ini ialah kumpulan NOCIRC (National Organization of Circumcision Information Resource Centers), NOHARMM (National Organization to Halt the Abuse and Routine Mutilation of Males), NORM (National Organization of Restoring Males), RECAP (Re-cover A Penis) dan BUFF (Brothers United for Future Foreskins) Alterna Moms Unite (ATU).

Amalan Berkhatan Masyarakat Turki 
 
 

Di Turki upacara berkhatan kebiasaan dibuat secara persendirian. Terdapat juga secara beramai-ramai tetapi untuk kalangan orang miskin dan anak yatim. Suatu perkara yang menarik tentang majlis berkhatan di Turki adalah suit pakaian khas yang lengkap dengan cokmar seperti "Putera Raja". Kanak-kanak akan di arak dikawasan sekitar  seperti memberi penghormatan. Terdapat juga acara tari-menari untuk meraikan kanak-kanak yang berkhatan Kanak-kanak juga diberi sijil pengiktirafan menunjukan sudah berkhatan dan sudah dewasa.

Amalan Berkhatan Masyarakat Uzbekistan
 
 

Di Uzbekistan juga mempunyai cara dan tradisi tersendiri. Kanak-kanak yang berkhatan juga mempunyai pakaian yang direka khas untuk acara itu. Tetamu yang hadir akan dijamu dengan makanan tradisi Uzbekistan.

Amalan Berkhatan Masyarakat Tunisia
 

Di negara Tunisia juga terdapat pakaian rasmi ketika berkhatan. Baju putih dan bertarbus merah sudah menjadi identiti bagi negara ini.

Amalan Berkhatan Masyarakat Arab
 

Di negara Arab umur paling lewat untuk berkhatan adalah 7 tahun dan paling awal adalah 7 hari. Digalakan berkhatan pada umur kurang 7 tahun adalah untuk memudahkan pendidikan berkaitan agama dan menghindarkan rasa malu.

Amalan Berkhatan Masyarakat Algeria

Di negara Algeria sama seperti negara Arab  kanak-kanak dikhatankan seawal usia 7 tahun. Diadakan secara sederhana dalam keluarga terdekat sahaja.

Amalan Berkhatan Masyarakat Israel

Di Israel, hampir semua anak lelaki beragama Yahudi, Kristian dan Islam dikenakan berkhatan. Tetapi bagi agama Yahudi lebih menjadi keutamaan. Hal ini dianggap suatu kewajipan yang tidak dapat dihilangkan atau dipersoalkan. Ibu bapa yang melindungi bayi mereka dari berkhatan yang dikenakan hukuman yang berat dan sering juga untuk pengecualian daripada keluarga mereka. 

Amalan Berkhatan Masyarakat Afrika

Negara-negara Afrika turut mengamalkan berkhatan akan tetapi prosesnya amatlah mengerunkan. Kulup zakar akan ditarik seterusnya di parang serta-merta. Tiada ubat bius diberikan.

Sumber : SUMBAT123  

3 comments:

  1. Macam macam ragam budak budak ni nak khatan...comelll

    ReplyDelete
  2. Naj Mi,

    Berkhatan ini buatkan anak2 lelaki jadi kecut perut dulu2 tapi sekarang dah moden...semuanya mudah

    ReplyDelete
  3. AHP,
    :)

    Tchr shda,
    Masa kecil comel lah bila besar comot

    Mak Wardah,
    Rasa berbeza sangat cara dan proses yang dijalankan dulu dan sekarang. Dan berbeza pula antara negara2 kan. Paling seriau khatan yang dilakukan di Africa, gilar kalau tengok ... anak lembu pun cabut lari...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST