Saturday, 14 July 2012

KHATAN - PERSPEKTIF AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Amalan Berkhatan Masyarakat Islam

Al-Quran sendiri tidak menyebut khatan. Pada zaman Nabi Muhammad a.s., khatan dijalankan oleh banyak Puak Semenanjung Arab, di kalangan mereka umat Yahudi dan Kristian untuk alasan agama. Nabi Muhammad sendiri telah dikhatan selepas lahir, dan mengkhatan anak lelakinya. Banyak para pengikut awalnya dikhatan untuk menandakan kemasukan mereka dalam masyarakat Islam yang menimbul. Fakta-fakta ini disebutkan kerap kali dalam hadis

Sesetengah khatan kumpulan hadis dengan fitra (tindakan dianggap seorang yang halus). Yang lain termasuk: mengetip atau menyukur rambut kelamin, memotong kuku, membersih gigi, memetik atau menyukur rambut di bawah ketiak dan mengetip (atau memotong) misai. (Dilaporkan dalam hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim). Oleh itu, sungguhpun ketidakhadirannya dari al-Quran, ia telah menjadi suatu kebiasaan agama dari mulanya Islam. 

Meskipun, ada suatu lagi versi hadis yang tidak menamakan khatan sebagai salah satu ciri fitrah dan suatu lagi hadis yang menamakan sepuluh ciri, sekali lagi tanpa menamakan khatan. Ada perdebatan dari al-Quran yang menentang khatan, banyak para pengikut al-Quran sahaja mengikut prinsip ini dan mendebat bahawa khatan bertentangan dengan al-Quran.

Di kalangan Ulama (cendekiawan legal Islam), ada banyak pendatan berbeza tentang kewajiban khatan dalam Syariat Islam. Imam Abū Ḥanīfa, pengasas mazhab Hanafi Fiqh (jurisprudens Islam), dan Malik ibn Anas mengekalkan bahawa khatan adalah suatu Sunnah Mu'akkadah—tidak wajib tetapi digalakkan. Mazhab Syafi`i dan Hanbali melihatnya sebagai wajib pada semua umat Islam.

Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab

Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh.

Hukum Berkhatan
Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintahkan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam supaya mengikut ajaran-ajaran agama Nabi Ibrahim ‘alaihissalam, dan di antara ajaran-ajaran Nabi Ibrahim ‘alaihissalam itu ialah berkhatan. Perkara ini jelas dikuatkan lagi dengan perbuatan Nabi Ibrahim ‘alaihissalam itu sendiri yang mengkhatan dirinya pada masa umurnya lapan puluh tahun, sebagaimana riwayat Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Berkhatan Nabi Ibrahim ‘alaihissalam ketika Baginda berumur lapan puluh tahun dengan alat qadum.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Menurut kitab Syarh al‑Muhadzdzab ulama berkata, salah satu perkara dalam agama Nabi Ibrahim ‘alaihissalam ialah berkhatan. Berkhatan itu adalah wajib dalam agamanya.
Sementara itu, dalil dari hadis yang menunjukkan wajib berkhatan itu ialah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Buanglah rambut-rambut kamu yang ada ketika kamu kufur dan berkhatanlah.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Dalam mengambil dalil dengan hadis ini, para ulama Syafi‘e mengatakan bahawa jika berkhatan itu tidak wajib, nescaya tidaklah diharuskan membuka aurat ketika berkhatan dan tidaklah diharuskan tukang khatan melihat aurat orang yang dikhatan, kerana kedua-duanya itu adalah haram. Jadi apabila kedua-dua yang diharamkan itu diharuskan bagi tujuan berkhatan, ini menunjukkan bahawa berkhatan itu hukumnya adalah wajib.

Asy-Syirazi, al-Ghazali (kedua-duanya dari ulama mazhab asy‑Syafi‘e) dan sebahagian ulama pula berdalil dengan qiyâs. Mereka mengatakan bahawa berkhatan itu ialah dengan memotong anggota yang sejahtera. Jika berkhatan itu tidak wajib, nescaya tidaklah boleh memotongnya (memotong selaput kulit zakar) sebagaimana tidak boleh memotong jari, kerana tidak harus memotong anggota yang sejahtera melainkan jika kerana dijatuhkan qishâsh.


Amalan Berkhatan Masyarakat Kristian
 circumcision

Masyarakat Kristian yang memilih untuk mengkhatankan  anak kecil mereka di rumah berbanding hospital kerana suasan lebih aman. Masyarakat Kristian sebenarnya jarang melakukan khatan kerana beranggapan meniru perilaku orang yahudi.

Ini adalah berdasarkan Kitab Bible New Statement:

   "For freedom, Christ has set us free; stand fast therefore, and do not submit again to a yoke of slavery. Now I, Paul, say to you that if you receive circumcision, Christ will be of no advantage to you. I testify again to every man who receives circumcision that he is bound to keep the whole law. You are severed from Christ, you who would be justified by the law; you have fallen away from grace. For through the Spirit, by faith, we can wait for the hope of righteousness. For in Christ Jesus neither circumcision nor uncircumcision is of any avail, but faith working through love." Galatians 5:1-6

    "It is those who want to make a good showing in the flesh that would compel you to be circumcised, and only in order that they may not be persecuted for the cross of Christ. For even those who receive circumcision do not themselves keep the law, but they desire to have you circumcised that they may glory in your flesh. But far be it from me to glory except in the cross of our Lord Jesus Christ, by which the world has been crucified to me, and I to the world. For neither circumcision counts for anything, nor uncircumcision, but a new creation. Peace and mercy be upon all who walk by this rule, upon the Israel of God." Galatians 6:12-16.


Amalan Berkhatan Masyarakat Yahudi
still from 'Cut'

Amalan berkhatan di kalangan masyarakat Yahudi di dalam bahasa Hebrew disebut “brit milah”, manakala di dalam loghat ashkenazi disebut “Bris Milah”, loghat suku Sephardi disebut “Berit Milah” dan loghat Yiddish disebut “Bris”.

Brit Milah atau bahasa Inggerisnya disebut circumcision merupakan amalan berkhatan yang dilakukan oleh penganut agama Judais sejak zaman Nabi Ibrahim hinggalah sekarang. Amalan ini dilakukan dalam suatu majlis yang sempurna dan teratur serta dilengkapi penuh adat-adat agama Judais. Masyarakat Yahudi melakukan khatan berdasarkan suatu ayat dalam kitab Taurat yang berbunyi;

“And God spoke to Abraham saying: …This is my covenant which you shall keep between Me and you and thy seed after you -every male child among you shall be circumcised.”
(Bab Genesis, ayat ke-12)

Sehingga sekarang ini walau di mana masyarakat Yahudi itu tinggal walau di luar Israel, amalan Brit Milah harus dilakukan. Amalan ini dihukumkan wajib bagi masyarakat Yahudi kerana ia melambangkan identiti keyahudian seseorang Yahudi itu. Meninggalkan amalan ini dipercayai boleh menggugurkan identiti tulen seseorang Yahudi.

Upacara Brit Milah
Upacara Brit Milah tidak boleh dilakukan oleh sebarangan orang, ianya perlu dilakukan oleh individu yang benar-benar layak yang digelar Mohel. Dikalangan masyarakat Melayu, orang yang berperanan dalam amalan berkhatan dipanggil ‘Tok Mudim’.

Menurut agama Judais, Mohel (Mudim) hendaklah orang yang faham tentang hal ehwal perubatan walaupun dia bukanlah seorang doktor. Menurut Rabbi Shulman, Mohel seharusnya mempunyai kemahiran asas dalam perubatan kerana ia bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman ketika upacara Brit Milah.

Setiap Mohel hendaklah melakukannya dengan pantas agar kesakitan itu dapat dikurangkan. Penggunaan krim-krim yang boleh melegakan kesakitan amat digalakkan tetapi seharusnya mendapat persetujuan dari kedua ibu bapa.

Pisau pemotong yang digunakan juga harus dibersihkan dengan sempurna agar tidak dijangkiti kuman. Amalan membersihkan pisau pemotong ini pula digelar sebagai Mit’zitzah.


Amalan Berkhatan Puak Asli Afrika

Berkhatan untuk orang asli Afrika tiada unsur keagamaan sama sekali tetapi mereka melakukannya kerana percaya bahawa kanak-kanak yang berkhatan akan menjadi lelaki yang hebat apabila dewasa. 



PERSPEKTIF DEWASA

Amalan Berkhatan Untuk Lelaki dewasa.
 
Jika sebut sahaja berkhatan pastinya merujuk kepada kanak-kanak lelaki. tetapi pada hakikatnya amalan ini juga dilakukan pada usia lebih dewasa.yang dilakukan untuk mencantikan zakar. Selain itu untuk menghidarkan dari penyakit dan memudah saluran kencing.


PERSPEKTIF PEREMPUAN
Amalan Berkhatan Untuk Kanak-Kanak Perempuan.
Selain itu terdapat juga amalan berkhatan untuk kanak-kanak perempuan yang yang melibatkan pemotongan genitalia.

Secara umum nya dilakukan oleh, masyarakat Islam tetapi tidak digalakan kerana akan mengurangkan rasa nikmat perempuan apabila berkahwin. Jika pemotongan genitalia secara berlebihankan mengakibatkan perempuan itu apabila berkahwin akan terasa tersiksa ketika bersama suami dan melahirkan anak. Disebahagian negara telah dikeluarkan fatwa mengharamkan berkhatan perempuan.

Kerajaan Mesir menguatkan larangan ke atas berkhatan perempuan dengan memansuhkan jurang perundangan yang membolehkan wanita menjalani prosedur itu atas alasan kesihatan.

Keputusan dibuat selepas kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Badour Shaker,
meninggal dunia ketika menjalani prosedur itu di sebuah klinik persendirian wilayah Minya.

Amalan berkhatan pada perempuan turut dilakukan pada masyarakat Afrika tetapi bilangannya agak kecil kerana melibatkan puak  asli Afrika.

 Sumber : SUMBAT123

No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST