Thursday, 12 July 2012

JANET JACKSON AKHIRNYA DIDAPATI HIV POSITIF

Janet Jacksson - Kehidupan mewah, berjaya dalam hidup serta kaya raya masih tidak dapat menghalang HIV dari singgah kedalam tubuh.

Semalam saya terlekat dikerusi depan TV ditingkat atas menonton DVD filem "For Colored Girls", kebiasaan bila sesebuah filem jika kurang menyengat saya akan cepat rasa bosan menonton, sebelum itu saya telah pun menonton filem 'Captain America" yang sangat membosankan dan sebuah DVD bertajuk "Joyful Noise" lakunan Dolly Parton yang boleh tahan aje.

Tetapi tidak bagi filem arahan Tyler Perry ini, yang bagi pendapat saya amat menarik padat dalam memaparkan isu persoalan wanita. Filem ini telah ditayang pada tahun 2010 yang lalu, rasanya tidak pernah ditayang dinegara kitakan. Perlu diingat Oprah Winfrey sendiri selalu meyarankan agar penonton menonton semua hasil karya Tyler Perry yang dikatakan menarik.

Terry Perry
SYNOPSIS - About existence from the perspective of 20 nameless black females. Each of the women portray one of the characters represented in the collection of twenty poems, revealing different issues that impact women in general and women of color in particular. 


Tarikan utama yang menyebabkan saya rasa teruja menonton ialah kerana adanya penampilan Janet Jackson malah ramai pelakun wanita (kesemuanya berkulit gelap) yang boleh diketogerikan berada didalam klas A bersama turut menjayakan filem ini.

Whoopi Goldberg bertengkar bersama anak lakunan Thandie Newton

Antara yang lain ialah Whoopi Goldberg yang berlakun dengan baik sebagai ibu yang alim kuat pegangan agama dan kepercayaannya serta mempunyai dua anak perempuan yang bermasaalah, seorang anak yang tinggal berasingan jelas akan kelakuan "sundal" nya yang hampir setiap malam membawa lelaki kerumah sewanya yang dilakunkan oleh Thandie Newton.

Manakala adik perempuannya yang yang tinggal bersama ibunya dan sangat disayangi dan dipercayai kerana sentiasa pandai menjaga maruah diri dari ternoda lakunan Tessa Thompson, tetapi akhirnya ter"mengandung" juga ketika umurnya masih 16 tahun, untuk menutup malu ia telah mengugurkan kandungan tersebut. 

Ya, ramai remaja atau wanita muda diluar sana yang mudah mendapat anak (terutama yang melakukannya diluar nikah) malah mahu menbuangkan pula kandungan tersebut. Ramai pula wanita yang telah berkahwin secara sah begitu sukar mendapat anak. Ketika itu juga telah muncul watak Kerry Washington seorang pegawai kebajikan masyarakat yang mengendalikan kes anak-anak Kimberly Elise dan juga merupakan seorang isteri kepada pegawai polis yang hidup dalam delima kerana masaalah kesukaran mengandung dan sangat berkeinginan seorang anak.

Kesemua watak penting wanita seramai 9 orang ini berkait rapat antara satu sama lain. Mereka bertemu, berselisih bahu, berjiran, mempunyai hubungan ibu dan anak, hubungan dengan Tuhan, hubungan dengan suami, hubungan dengan teman lelaki, ada yang rapat malah ada juga yang tidak mengenali antara satu sama lain tetapi masih mempunyai hubungan kuat sesama mereka dalam filem yang berkisar tentang 20 poem atau puisi ini.

Kimberly Elise yang didera sang suami

Kimberly Elise, berlakun dengan cemerlang sekali sebagai ibu kepada dua anak kecil. Dia mempunyai suami yang tidak bekerja, panas baran dan kaki botol suka mendera, dalam masa yang sama beliau terpaksa bekerja mengadap seorang bos wanita yang agak sombong. Yang mana akhirnya ia terpaksa menderita melihat depan mata bagaimana suaminya mencampakkan kedua anaknya dari tingkat 15 pangsapuri kediaman ke bawah. Kejadian itu turut disaksi sendiri oleh bos wanitanya ketika beliau sedang menunggu diluar bawah bangunan dan seorang "nurse" 

Kerry Washington (baju biru),  bersama jiran (tengah) dan Anika Noni Rose

Loretta Devine melakunkan watak sebagai seorang "nurse" yang perihatin tentang masaalah sosial dikalangan wanita dan bekerja secara sukarela dalam menyebarkan maklumat betul tentang masaalah sosial yang dihadapi oleh wanita berkaitan sex selamat, pengunaan condom dan sebagainya. Dalam masa yang sama ia juga menghadapi masaalah dengan teman lelaki yang dicintainya. Seorang lelaki yang suka-suka datang, suka-suka pergi tanpa khabar berita. Perangai teman lelakinya itu telah membuat dirinya marah.

Anika Noni Rose yang pernah berlakun dalam filem "Dream Girl" guru tari kepada watak Tesse Thomson. Dia yang sangat mempercayai seorang lelaki, lelaki yang nampak manis dan bersopan santun, serta menghormatinya, mereka keluar "date" ditempat awam tetapi akhirnya ia telah dirogol oleh lelaki tersebut didalam rumahnya sendiri yang datang atas jemputannya juga untuk makan malam.


Akhir sekali watak yang dilakunkan oleh Janet Jackson. Dia seorang bos wanita yang nampak tegas dan bengis, bekerja disebuah syarikat penerbitan majalah. Bos kepada watak Kimberly Elise. Janet Jackson hidup mewah dirumah yang besar bersama seorang suami yang macho dan gagah. Tetapi diam tak diam rupanya suaminya itu seorang bisexual, seorang yang suka atau enjoy bermain dengan lelaki. Suaminya pernah ditangkap ketika sedang di "blow job" oleh seorang lelaki didalam kereta oleh pegawai polis iaitu suami kepada watak Kerry Washington. Bagi anda jika hendak melihat para songsang mengoda dan main mata bolehlah tonton filem ini.

Janet Jackson bersama suami macho lagi songsang

Kesihatan Janet terganggu sedikit, kemudian ia mendapati dirinya positif HIV, ia mengesyaki telah dijangkit melalui suaminya. Rupa-rupanya ia juga telah menyedari dan perhatikan akan tingkah laku songsang suaminya selama ini, dengan driver, waiter dan ramai lagi tetapi hanya mendiamkan diri sahaja kerana sibuk bekerja. Adegan ketika Janet meluahkan rasa hatinya ketika didalam bilik tidur bersama suaminya agak menarik, so saya terbayangkan maybe beginilah antara gambaran cara penerimaan para isteri yang tabah diluar sana, ketika terpaksa berterus terang berbincang bersama tentang permasaalah hubungan songsang suami mereka.


Sebuah filem penuh dengan drama, bagi saya sangat menarik tetapi bagi orang lain tidak tahu lah. Filem ini sesuai untuk ditonton terutama bagi anda wanita diluar sana. Walaupun filem berkisar tentang kehidupan dibarat, tetapi bagi kita disini apa yang baik dalam filem ini perlu kita contohi dan yang tidak elok kita jadikan teladan. Permasaalahan dalam filem ini boleh berlaku walau dimana-mana sahaja di serata pelusuk dunia. Isu adalah sama cuma latar belakang kehidupan harian sahaja yang berbeza.

Itulah serba sedikit ulasan saya tentang filem yang saya suka ini, disebabkan bahasa Inggeris saya berteraburan, so saya bercerita mengikut tahap kefahaman yang saya dapat ketika menonton dan sedikit men"google". Jika ada salah silap abaikan okey..
 
Enjoy



Antara pelakun utama lelaki dan wanita dalam filem "For Colored Girls"

13 comments:

  1. I'm sorry poem from For colored girls.

    one thing i don’t need
    is any more apologies
    i got sorry greetin me at my front door
    you can keep yrs
    i don’t know what to do wit em
    they dont open doors
    or bring the sun back
    they dont make me happy
    or get a mornin paper
    didnt nobody stop usin my tears to wash cars
    cuz a sorry
    i am simply tired
    of collectin
    i didnt know
    i was so important toyou
    i’m gonna haveta throw some away
    i cant get to the clothes in my closet
    for alla the sorries
    i’m gonna tack a sign to my door
    leave a message by the phone
    ‘if you called
    to say yr sorry
    call somebody
    else
    i dont use em anymore’
    i let sorry/ didnt meanta/ & how could i know about that
    take a walk down a dark & musty street in brooklyn
    i’m gonna do exactly what i want to
    & i wont be sorry for none of it
    letta sorry soothe yr soul/ i’m gonna soothe mine
    you were always inconsistent
    doin somethin & then bein sorry
    beatin my heart to death
    talkin bout you sorry
    well
    i will not call
    i’m not goin to be nice
    i will raise my voice
    & scream & holler
    & break things & race the engine
    & tell all yr secrets bout yrself to yr face
    & i will list in detail everyone of my wonderful lovers
    & their ways
    i will play oliver lake
    loud
    & i wont be sorry for none of it
    i loved you on purpose
    i was open on purpose
    i still crave vulnerability & close talk
    & i’m not even sorry bout you bein sorry
    you can carry all the guilt & grime ya wanna
    just dont give it to me
    i cant use another sorry
    next time
    you should admit
    you’re mean/ low-down/ triflin/ & no count straight out
    steada bein sorry alla the time
    enjoy bein yrself

    ReplyDelete
  2. wee... mcm best je citer ni. nanti nk beli lah dvd ni. sgt menarik. tenks sbb sudi share!

    ReplyDelete
  3. Naj Mi, saya selalu tidak berkesempatan tengok DVD, Along control Tv kat umah. Dia tgk National Geographic, nat Geo dan yang sewaktu dgnnya, Wardah pulan sinetron, big boss sports dan saya tak minat nak mengadap Tv biasa RTM1, RTM2, TV3 san sbgnya.

    ReplyDelete
  4. Walaupon ini bukan local movie, tapi seharusnya yang baik jadikan tauladan,yang buruk jadikan sempadan...yang pastinya tiada satu pon kejadian allah itu dijadikan sia2...pasti ada sebab musabab nya...wallhualam...
    Based on all da entries posted by naj mi regarding the gay issues lately nih, saya merasakan saya masih tidak cukup sempurna dan baik untuk allah kurniakan lelaki yang baik dalam hidupku...sob sob

    ReplyDelete
  5. Anonymous,

    Ini adalah conversation between Janet Jackson and her husband ketika didalam bilik tidur. Ya ini lah puisinya.

    Chenta Saya,

    Jika jumpa dvd tersebut beli ya...

    Mak Wardah,

    Alhamdulillah kat rumah ni setiap ceruk ada TV nak tengok kat mana2 pun boleh so tak yah lah rebut2 hehehe. Saya pun pernah ada rasa satu ketika dulu langsung tak nak tengok TV.

    Tchr shda,

    Ya mana elok kita ambil yang tak elok kita buang kan... Usah risau jodoh dah ditentukan oleh Allah, yang penting awak jangan jual mahal pulak nanti hehehe susah lah orang nak masuk meminang.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke?dalam bilik air pon ada tv?
      Tak jual mahal pon,biasa2 je...hehe.okla tq la atas kata2 semangat n nasihat tu...i luv u abang naj mi...(tiba2 plak,terkejut tak?)

      Delete
  6. dah tayang dah hari tu kat astro, tapi tak ingat dalam channel citra ker salah satu movie channle kat astro..damn good movie..superb by all actresses ... 2 thumbs up

    ReplyDelete
  7. Anonymous:nanti kalu tayang lagi gtaw lah. susah nk dapat dvd ni skrg.
    Tchr shda: sama lah kite. ;-)

    ReplyDelete
  8. Anonymous
    Ya ke dah ditayangkan... hmmmm saya terlepas di TV lagi satu tak semua saluran saya ada..

    Chenta Saya,
    Kdg2 kalau benda yg kita nak cari memang susah nak dpt, tapi bila tak cari akan asyik jum aje dimana2... tak pa nanti awak akan jumpa gak insyaallah

    ReplyDelete
  9. sy sgt suka tgk filem yg ada org kulit hitam
    bg saya mereka berbakat dan kisah yg difilemkan itu mmg real sgt
    harus cari filem ni nanti ;)

    ReplyDelete
  10. OK should find one.
    Thanks for sharing :)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST