Monday, 30 July 2012

HIV DAN AIDS - APA YANG ANDA PERLU TAHU

Apakah Itu HIV?


HIV adalah singkatan untuk Human Immunodeficiency Virus. Ianya dikenalpasti pada awal tahun 1980-an dan tergolong dalam kumpulan virus yang dipanggil retrovirus.

HIV menghentikan system imun badan daripada berfungsi dengan betul. Ia melakukan ini dengan memasuki sel-sel (yang dipanggil CD4 atau T-sel) di dalam sistem imun kita. HIV memusnahkan atau merosakkan sel-sel ini, membuat salinan dirinya sendiri dan kemudian terus menjangkiti dan memusnahkan atau merosakkan lebih banyak sel.

Ketika lebih banyak sel dimusnahkan, sistem imun menjadi kian lemah dan tidak boleh melawan jangkitan dengan betul. Ini bermakna anda boleh mendapat penyakit dengan lebih mudah. Rawatan HIV boleh menghentikan proses ini supaya sistem imun boleh menjalankan tugasnya dengan baik.

Walaupun HIV tidak boleh diubati, ia boleh dirawat. Rawatan HIV moden bermakna bahawa ramai orang dengan HIV hidup dengan lebih panjang dan sihat. 


Apakah Itu AIDS? AIDS adalah singkatan bagi Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit.


Jika HIV tidak dirawat, kelemahan sistem imun akan menyebabkan badan mudah terdedah kepada penyakit yang serius yang biasanya dapat dilawan. Jika anda mendapat sesetengah penyakit definisi AIDS atau jangkitan oportunis, anda didiagnosis sebagai mempunyai AIDS - kadang-kala juga dipanggil 'peringkat lewat HIV'.

Anda tidak boleh mendapat AIDS dan tidak ada ujian AIDS. AIDS tidak dianggap penyakit, tetapi satu sindrom - koleksi tanda-tanda dan gejala-gejala yang berlainan, semuanya disebabkan oleh virus yang sama, HIV.

Jika anda telah mengembangkan kepada penyakit-penyakit definisi AIDS yang tertentu, ini tidak bermakna anda berada di atas jalan kearah penyakit dan kematian. Terima kasih kepada rawatan HIV, ramai orang yang telah didiagnos sebagai mempunyai AIDS pada masa lalu kini hidup panjang dan sihat. 



HIV membawa kepada AIDS

Anda perlu dijangkiti HIV dahulu untuk mendapat AIDS.

Sebilangan kecil orang menafikan bahawa HIV menyebabkan AIDS. Terdapat beberapa dakwaan bahawa AIDS telah dicipta secara tiruan sebagai sebahagian daripada konspirasi atau untuk membuat keuntungan untuk syarikat perubatan, misalnya, tetapi hal ini tidak pernah berlaku. Tanpa rawatan dan penjagaan HIV, orang-orang yang hidup dengan HIV akan mendapat AIDS.  


Ujian HIV

Ujian boleh memberitahu jika anda telah dijangkiti dengan HIV. Jika anda dijangkiti, ini digambarkan sebagai HIV positif. Terdapat dua jenis ujian yang boleh mengesan HIV.

Salah satu daripada nya menjejak antibody yang dihasilkan oleh system imun untuk menentang jangkitan HIV. Satu lagi mencari HIV itu sendiri (kadangkala dipanggil ujian antigen, atau ujian p24). Kebanyakan klinik akan menjalankan kedua-dua jenis ujian - ujian antibody dan antigen. Ini bermakna HIV boleh dikesan lebih awal, selepas jangkitan berbanding menggunakan ujian antibody sahaja. Menggunakan ujian ini, majoriti yang ada HIV boleh didiagnos dalam masa sebulan setelah dijangkiti.

Bagi orang di mana pendedahan kepada HIV sekurang-kurangnya satu bulan yang lalu, keputusan negatif perlu sangat meyakinkan. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah kecil orang, ianya boleh mengambil masa sehingga tiga bulan bagi ujian untuk memberi keputusan yang tepat. 


 

Bagaimana HIV dipindahkan? 

Untuk memindahkan virus itu, cecair badan yang dijangkiti (air mani, cecair faraj, lendir dubur, susu ibu, atau darah) perlu masuk ke dalam aliran darah orang lain. Terdapat beberapa cara HIV boleh dipindahkan.Cara-cara utama pemindahan HIV adalah:

  • Seks melalui dubur atau faraj yang tidak selamat. Risiko dari seks oral adalah lebih rendah tetapi masih wujud.
  • Melalui perkongsian alat-alat suntikan .
  • Dari seorang ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.
HIV boleh dipindahkan melalui penerimaan pemindahan darah atau produk darah yang lain yang berkaitan dari orang yang dijangkiti, atau derma air mani (permanian beradas), cantuman kulit dan pemindahan organ. 


Faktor-faktor Lain yang Memberi Kesan Sama Ada HIV Dipindahkan

HIV tidak sebenarnya tidak mudah berjangkit seperti kebanyakan jangkitan kelamin (STI) yang lain. Ianya tidak dipindahkan secara automatik pada tiap-tiap kali seseorang yang positif dan negatif menjalankan hubungan seks tanpa perlindungan, sebagai contohnya.

Terdapat faktor-faktor yang boleh mempengaruhi risiko pemindahan. Ini termasuk:
  • timbunan virus (viral load). Mempunyai timbunan virus yang tinggi menjadikannya lebih besar mungkinan anda akan memindahkan HIV.
  • mempunyai STI yang lain. Jika pasangan anda mempunyai STI, adalah lebih besar kemungkinan untuk HIV dipindahkan.
  • jenis pendedahan. Berkongsi peralatan menyuntik memiliki risiko tinggi untuk memindahkan HIV.
  • Beberapa aktiviti seksual mempunyai risiko yang lebih besar untuk jangkitan HIV daripada yang lain.
  • rawatan HIV. Ini mengurangkan timbunan virus anda dan menjadikan anda kurang berjangkit. 

 

Bagaimana HIV tidak dipindahkan?


Sesetengah cecair badan, seperti air liur, peluh dan air kencing, tidak mempunyai cukup virus HIV menjangkiti seseorang. HIV tidak boleh dipindahkan dengan meludah, bersin atau batuk. Anda tidak boleh memindahkan virus HIV dengan mencium, memeluk atau dengan berjabat tangan dengan seseorang - atau mana-mana kontak sosial normal yang lain.

Anda juga tidak akan memindahkan HIV kepada orang lain dengan berada di tempat yang sama seperti mereka, dengan menggunakan tandas yang sama, ataupun berkongsi barang-barang rumah seperti cawan, pinggan, kutleri, atau cadar.

Apabila di luar badan, HIV biasanya tidak boleh bertahan lama. Sentuhan dengan darah atau air mani di luar badan tidak menimbulkan risiko untuk jangkitan HIV.

Ada kemungjinan seseorang itu boleh dijangkiti oleh seseorang yang tidak sengaja terpotong diri mereka dengan pisau atau jarum yang mereka telah digunakan untuk merawat orang yang hidup dengan HIV. Ini dipanggil kecederaan jarum dan risiko dijangkiti adalah sangat rendah. Walau bagaimanapun, jika seseorang itu fikir mereka telah terdedah kepada HIV dengan cara tersebut, Pasca Pendedahan Profilaksis (PEP) boleh menjadi pilihan.

Begitu juga dengan risiko memindahkan HIV kepada orang lain jika anda tercedera adalah sangat rendah. Basuh darah dengan sabun dan air panas dan tutup luka dengan plaster pelekat atau balutan.

 Sumber : MSM Poz

1 comment:

  1. Salam.Kepada sesiapa yang menderita sakit HIV saya sarankan anda dapatkan rawatannya yang selamat dan berkualiti di LUQMAN AYURVEDIC HERB CENTRE. Dr Luqman merupakan satu-satunya doktor di Malaysia berjaya mengubati dan berpengalaman lebih 20 tahun merawat pelbagai penyakit kronik seperti HIV,kanser,skoliosis,strok,ekzema, masalah tulang belakang ,sakit puan@tuan dan sebagainya .Anda bolehlah membuat temu janji dahulu dengan menghubungi DR. LUQMAN-0146332307 .Untuk info lanjut bolehlah layari website dan facebook ini.
    https://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre/377645228950903

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST