Wednesday, 11 July 2012

HIKMAH BERKHATAN DALAM ISLAM

KHATAN semakin menjadi amalan bagi masyarakat berbilang bangsa. Malah, pada kini dianggarkan sepertiga lelaki di seluruh dunia berkhatan sama ada disebabkan anjuran agama seperti Islam dan Yahudi, mahupun kerana faktor kesihatan.

Circumcision central Asia

Dalam Islam, khatan atau khitan adalah perkara khilafiyah ( tiada nas yang qatei atau putus) dibincangkan dalam semua mazhab, namun menurut pendapat sahih dalam Mazhab Syafie, ia wajib ke atas lelaki dan perempuan. Demikian juga pendapat kebanyakan ulama silam.

Imam Ahmad bin Hambal mengatakan wajib manakala Imam Malik dan Imam Abu Hanifah berpendapat khatan itu hukumnya sunat bagi lelaki dan perempuan.

Tetapi ada pula pendapat dalam Mazhab Abu Hanifah mengatakan wajib bagi lelaki dan sunat bagi perempuan.

Antara dalil yang dijadikan hujah dalam melaksanakan khatan ialah firman Allah yang bermaksud: “Ikutilah wahai Muhammad susunan agama Ibrahim.”

Hadis diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun di suatu tempat bernama ‘al-Qudum’ (di Syam). (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan Imam Ahmad daripada Syaddad bin Aus dengan terputus sanadnya dan juga oleh Imam Baihaqi daripada Saidina Ali, beliau berkata berkhatan itu sunat bagi lelaki dan suatu perkara yang terpuji bagi perempuan.

Selain itu Imam Abu Daud, Ibnu Sandah dan Ibnu ‘Asakir meriwayatkan suatu hadis daripada ad-Dahak bin Tias, katanya di kota Madinah ada seorang wanita bernama Ummu ‘Atiyyah kerjanya mengkhatankan anak gadis.

Rasulullah s.a.w berkata kepada wanita itu: “Apabila engkau mengkhatankan anak perempuan jangan engkau potong terlampau banyak kerana potongan itu jika disederhanakan akan menambahkan seri muka dan menyebabkan suami lebih gembira.”

Dalam amalan perubatan di Malaysia, khatan bagi perempuan hanya melukakan kulit atas faraj yang berbentuk segi tiga. Bahagian itu adalah kulit lebihan di sebelah atas dan tidak sampai ke pangkalnya.


Bagi lelaki, ada dua kaedah iaitu tradisional dan moden. Kaedah tradisional ialah memotong bahagian kulit berlebihan pada zakar menggunakan pisau. Zakar terlebih dulu dibius pada bahagian atas, tepi dan hujung supaya kebas, kemudian dipotong, dilipat dan dijahit dengan benang larut sendiri.

Bagaimanapun, kaedah moden lebih mudah kerana hanya menggunakan plastik yang sudah berbentuk bulat untuk diletakkan pada bahagian hujung kulit zakar. Ia bertujuan menghentikan perjalanan darah dalam tempoh seminggu dan secara tidak langsung akan gugur dengan sendiri.

Selain mengikut sunnah generasi terdahulu, khatan mempunyai banyak kelebihan, terutama dari sudut kesihatan.

Khatan kepada lelaki mempunyai banyak kebaikan dari sudut kesihatan, terutama menghindarkan diri daripada terkena virus berbahaya seperti HIV. Sila lihat [SINI]

Disesuaikan dari Mymetro Oleh Idris Musa Sumber dari DRHALIMAHALI


7 comments:

  1. Salam, di malaysia ni,non muslim ada kesedaran tak utk berkhatan dengan rela hati?selain daripada sbb2 masuk islam atau nak kawin dengan muslim?

    ReplyDelete
  2. Tchr shda & AHP,

    Setahu saya ramai non muslim yang berkhatan, diSingapore juga amalan berkatan dikalangan orang cina macam dah biasa tak da lagi yang luar biasanya, alasan mereka ialah kerana bersih... itu yang saya tahu lah.

    ReplyDelete
  3. Ok,tq for explanation...

    ReplyDelete
  4. Salam , saya nak tanya , potongan kulit hanya di bahagian atas sahaja atau di bahagian atas dan bawah

    ReplyDelete
  5. Boboy sempoi

    Saya tak faham maksud awak bhg bawah tu di mana? Setahu saya kulit dibahagian kepala zakar..

    ReplyDelete
  6. Maksud saya kulit di bahagian kepala zakar itu dipotong di bahagian atas kepala zakar atau atas dan dibawah kepala zakar itu

    ReplyDelete
  7. Bobby sempoi

    Saya rasa (saya tak pasti mengenainya sangat) kalau melihat photo didalam entry ini kulit yang menutup kepala zakar yang dipotong, saudara boleh menlihat dan baca entry lain dalam blog ini di bawah label "khatan" ada video lagi kalau tak silap saya...Saya bukan doktor...saya hanya sharekan maklumat mengenai khatan ni dari sumber lain sahaja sahaja...untuk memaklumkan bahawa khatan boleh merendahkan risiko daripada dijangkitan HIV...:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST