Wednesday, 4 July 2012

HARI AIDS SEDUNIA 2011 - MENUJU SIFAR

Kerajaan Komited Bendung Jangkitan HIV/Aids Ibu Kepada Anak Menjelang 2015

KUALA LUMPUR, 30 Nov 2011 -- Kerajaan komited untuk menangani jangkitan HIV/Aids serta memastikan golongan amat berisiko tinggi diberi perhatian sewajarnya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Aids Sedunia 2011 esok, beliau berkata jangkitan dari ibu ke anak atau transmisi vertikal (vertical transmission) akan terus diberi perhatian serius dalam usaha memastikan ia dapat dihindarkan sepenuhnya menjelang 2015.
 

"Kerajaan mahu fasiliti swasta yang masih belum melaksanakan ujian saringan HIV terhadap ibu-ibu mengandung agar melakukan aktiviti ini supaya liputan saringan HIV dapat dipertingkatkan kepada setiap ibu mengandung," katanya.
 
Selain itu, Liow berkata usaha akan dibuat bagi memastikan wanita di peringkat umur kesuburan dibendung daripada jangkitan HIV.
 
"Pasangan yang akan berkahwin harus mengetahui status HIV masing-masing dan bakal pasangan mereka supaya tindakan pencegahan dalam dilaksanakan dengan sewajarnya," katanya.

Tema global sambutan Hari Aids Sedunia bagi 2011-2015 ialah "Menuju Sifar". Bagi sambutan tahun ini, Malaysia memilih slogan "Ke Arah Eliminasi Transmisi Vertikal" iaitu jangkitan dari ibu kepada anak untuk mengiringi tema global itu.
 
Kes jangkitan HIV pertama dikesan di Malaysia pada 1986 dan sehingga Sept 2011, 93,827 kes jangkitan HIV telah dikesan. Daripada jumlah itu, 17,232 ialah pesakit Aids manakala 14,804 pula melibatkan kematian berkaitan HIV dan Aids. Bagi sembilan bulan pertama tahun ini, 2,465 kes jangkitan HIV baru dilaporkan.-- BERNAMA




MENUJU SIFAR 0 
Kearah Eliminasi Transmisi Vertikal


Hari AIDS Sedunia disambut setiap tahun pada 1hb Disember sebagai memperingi jutaan manusia diseluruh dunia yang hidup dengan HIV/AIDS.

HARI AIDS SEDUNIA 2011
Kini mereka yang hidup dengan HIV/Aids boleh meningkatkan jangka hayat serta menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

SIFAR JANGKITAN HIV BARU
 * Mengurangkan jangkitan HIV baru melalui transmisi seksual kepada separuh; termasuk dikalangan orang muda, MSM serta pekerja seks.
 * Eliminasi jangkitan HIV secara vertical (jangkitan dari ibu kepada anak).
 * Mencegah semua jangkitan baru dikalangan pengguna dadah.
 * Mengurangkan kematian ibu berkaitan AIDS kepada separuh:
     - Jalani ujuan bagi mendapatkan rawatan dan pencegahan yang berkesan.
     - Rawatan antiretroviral (ARV) mengurangkan risiko penularan kepada pasangan serta bayi dalam kandungan.
 
SIFAR KEMATIAN BERKAITAN AIDS
 * Mengurangkan kematian orang HIV positif akibat penyakit Tibi kepada separuh.
 * Meningkatkan kebolehcapaian (accessibility) kepada rawatan antiretroviral bagi mereka yang layak.
 * Rawatan ARV mengurangkan kematian akibat Tibi serta meningkatkan kualiti kehidupan orang HIV positif.
 * Orang HIV positif serta ahli keluarga mereka memperolehi kebolehcapaian kepada jagaan asas dan sokongan.

SIFAR DISKRIMINASI
 * Keperluan spesifik HIV bagi wanita dan gadis diberi perhatian dalam sekurang-kurangnya separuh dari respons HIV kebangsaan.
 * Tiada tolak ansur (sifar kesabaran) terhadap keganasan berasaskan jantina.
     - Stigma membunuh. Ia menyebabkan orang ramai enggan:
                    - Menjalani saringan HIV.
                    - Berterus terang mengenai status mereka.
                    - Mengambil rawatan.


PROGRAM PENGURANGAN MUDARAT
 Selari dengan hasrat warga sejagat global yang ingin membendung penularan jangkitan HIV dikalangan kumpulan tertentu yang mengamalkan tingkah laku berisiko. Malaysia juga telah melaksanakan Program Pengurangan Mudarat ( Harm Reduction).

Program ini merangkumi;
      - Program Rawatan Gantian Metadon. (Methadone Maintenance Therapy-MMT)
      - Program Pertukaran Jarum Dan Alat Suntikan. (Needle Syringe Exchange Programme-NSEP)
Melalui pendekatan ini, penagih dadah suntikan diharap dapat mengubah tingkahlaku berisiko dari berkongsi jarum kepada tidak lagi berkongsi jarum ataupun dari menagih dadah suntikan kepada tidak lagi mengambil dadah suntikan dan seterusnya menghentikan tabiat tersebut.


PENCAPAIAN PROGRAM PENGURANGAN MUDARAT

Program Rawatan Gantian Metadon
Methadone Maintenance Therapy-MMT

Program Pertukaran Jarum Dan Alat Suntikan
Needle Syringe Exchange Programme-NSEP


KEJAYAAN PROGRAM PENGURANGAN MUDARAT
 * Bilangan jangkitan HIV menurun dari 4,035 orang (2005) kepada 1,737 orang (2010).
 * Peratus amalan berkongsi jarum menurun dari 42.1% (2004) kepada 12.7% (2009).
 * Kekerapan berkongsi jarum menurun dari 15.9% (2004) kepada 2.3% ( 2009).
 * Kesedaran dan pengetahuan HIV/AIDS meningkat 95%.
 * Kualiti kehidupan meningkat;
     - menjadi ceria dan mampu berdikari
     - berinteraksi dengan keluarga serta masyarakat.



KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Sumber : Dari risalah yang aku ambil di Hospital Besar Ipoh


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST