Wednesday, 25 July 2012

2 - TEMUJANJI SAYA DENGAN DOKTOR PADA 25 JULAI 2012

HAART - SAYA TELAN SEKALI SEHARI SAHAJA

Alhamdulillah mulai esok pada pukul 10 malam saya akan menelan ubatan yang berbeza daripada yang sebelum ini. Jika sebelum ini saya hanya menelan ubatan jenis SLN30 bersama BACTRIM sahaja setiap hari pada pukul 10 pagi dan 10 malam tetapi mulai esok saya hanya menelan HAART hanya sekali sahaja dalam sehari iaitu pada pukul 10 malam :)

Tenvir-EM tidak mempunyai tanda pada badan pil tersebut seperti no atau huruf sebagaimana pil-pil ubat yang lain
Malam semalam saya tidur agak lewat hampir pukul 2 pagi, sehingga terpaksa dikejutkan dengan deringan talipon mak dari dapur. Bimbang jugak takut akan rasa mengantuk sangat dihospital nanti. Dari masjid setelah selesai solat subuh saya terus begerak ke hospital kerana ada temujanji dengan doktor pada hari ini. Saya perlu sampai sebelum pukul 7.30 pagi untuk merebut angka giliran. Alhamdulillah saya dapat nombar 3.

Selesai bacaan tekanan darah diambil B/P 111/68, P 65 dan berat badan ditimbang 65.5 kg, saya terus ke lorong ruang menunggu menanti nombor dipanggil. Kira-kira pukul 9 pagi saya diarah masuk berjumpa pembantu doktor untuk di "interview" terlebih dulu. Dicatatkan apa yang pernah berlaku sepanjang tempoh beberapa bulan yang lalu supaya senang kerja doktor nanti. Berbual dengan Kak Zaiton dan pembantu yang lain terasa amat menyenangkan, mereka melayan PLHIV bagai sahabat rapat, mereka melayan sambil bergurau mengambil hati para PLHIV yang hadir. Saya terus bertanya kepada Kak Zaiton mengenai ubatan HAART yang pernah Dr Ker Hong Bee (doktor pakar) "merekemenkan" kepada saya tahun lalu (2011). Pernah saya ceritakan dalam entry saya yang bertajuk ANTI RETROVIRAL TELAN UBAT SEHARI SEKALI? 

Sepatutnya saya telah pun mula menelan ubatan sekali sehari ini pada awal tahun ini (2012) tetapi oleh kerana Dr Ker Hong Bee tidak ada ketika temujanji pada 8 January 2012, maka saya terpaksa menunggu hampir 7 bulan, ya sehingga kehari ini.


Saya masih ingin tahu siapa PLHIV yang telah mengambil Tenvir-EM dan hanya menelannya sekali sehari ini.

Saya masih ada rasa was-was antara percaya dan tidak. Benarkah wujudnya HAART yang boleh diambil hanya sekali dalam sehari ini. Adakah doktor sengaja nak "experiment" body saya dulu, kerana saya masih tidak pernah mendengar dikalangan PLHIV yang pernah atau ada mengamalkan ubatan HAART yang hanya ditelan sekali sehari sahaja ini. Penjelasan Kak Zaiton sedikit sebanyak dapat memberi keyakinan kepada saya.

Berbual dengan Kak Zaiton mengenai makanan, minuman dan suplement yang dikatakan mampu memberi kesan baik dalam meningkatkan CD4, mudah nasihat Kak Zaiton anda boleh mencuba sekiranya kita masih belum memulakan HAART, elakkan mencuba sekiranya kita telah memulakan HAART kerana beliau kerap kali bertemu dengan kes seseorang yang CD4nya jatuh mendadak dan apabila ditanya mereka kebanyakannya telah mengambil makanan atau minuman sampingan lain. Sempatnya ia melarang saya dari mencuba satu product yang agak terkenal kerana dikatakan mengandungi steroid. Selesai di"interview", saya kembali duduk diluar bilik, senyum sendirian  manakala bibir mula mungucapkan alhamdulillah tanpa henti.

Pukul 10 pagi, saya diarah masuk kebilik berjumpa doktor, tetapi masih bukan Dr Ker. Walau bagaimana pun doktor lelaki india itu berkata ia akan merujuk kepada persetujuan Dr Ker dahulu sebelum ubatan boleh ditukar. Sekali lagi saya terpaksa menunggu diluar bilik menanti kedatangan Dr Ker Hong Bee yang buzy ketika itu.



Saya perhatikan ada sekitar 15 orang PLHIV yang datang untuk temujanji pada hari ini dan kebanyakannya ialah kaum cina. Melayu termasuk saya hanya ada dua orang sahaja. Lorong menunggu diluar bilik doktor sungguh sejuk sehingga saya terpaksa berulang alik saya ke tandas. Pada hari ini saya saya berpeluang melihat PLHIV wanita cina yang masih muda dan cantik dan remaja lelaki. Kebiasaannya jika saya datang hanya orang tua sebaya saya sahaja yang ramai, wajah pulak semuanya hampir sama legam maybe kerana kesan ubatan bactrim dan kesan lipoatrophy.

Saya terfikir sejenak ketika menunggu, memikirkan tentang kesan ubatan HAART keatas PLHIV, alhamdulillah walaupun ada kesan didalam tubuh badan malah diluar anggota tubuh sehingga boleh mengubah sedikit bentuk kulit dan wajah tetapi masih tidak keterlaluan dan orang ramai diluar sana masih tidak menyedari bahawa diri kita ini ada HIV. Saya bayangkan macam mana sekiranya kesan HAART mengubah PLHIV menjadi seperti wajah pesakit "down syndrome" atau seperti wajah mereka yang membengkak akibat dicucuk botox dimuka yang mudah sangat kita kenali, hendak tak nak kita terpaksa juga telan ubatan HAART. Dan bayangkan wajah kita yang membawa virus HIV semuanya hampir sama dan mudah pula orang disekeliling mengenali status HIV kita dengan hanya sekali pandang pada wajah kita sahaja, tu kan lagi teruk. So, alhamdulillah dengan segala kesan yang ada, yang Allah jadikan itu. Alhamdulillah. 

Kira-kira pukul 12.40 tengahari saya dipanggi jururawat bertugas, dan ia beritahu Dr Ker Hong Bee telah "approved" menukar ubatan saya kepada yang lain. Tidak perlu untuk saya bertemu dengannya lagi.  Setelah saya diberi penerangan oleh jururawat tersebut dia menyerahkan kad temujanji akan datang.

Saya kemudian ke bilik khas untuk mengambil ubatan baru serta diterangkan tentang segalanya berkaitan ubatan baru tersebut. Saya diberi;

Ubatan baru yang saya akan telan Bactrim, Tenvir-EM dan Stocrin
1) Bactrim - ubat yang telah saya telan sejak dari mula lagi kira-kira dua setengah tahun yang lalu. Ubat ini sudah tiga kali berubah pembalutnya, maybe dari kilang yang lain kut?? Kesannya dikatakan boleh merubah warna kulit menjadi gelap, saya tidak nafikan. Saya menelan 2 biji sekali dalam sehari dan saya memilih untuk menelan pada pukul 10 malam.

2) Stocrin - Saya belum pernah menelan ubatan jenis ini yang dikatakan boleh memberi beberapa kesan sampingan seperti mimpi ngeri...mimpi basah tidak ada ker? Ramai dikalangan PLHIV yang menelan Stocrin, mudah-mudahan tubuh badan saya dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan sebati dengan mudah ubatan jenis ini. 

3) Tenvir-EM - Tenvir ada dua jenis satu yang ada penghujungnya dengan perkataan EM, manakala satu lagi tanpa perkataan tersebut. Saya diminta dan diajar supaya setiap kali ketika mengambil ubatan ini, pastikan ada perkataan EM. Bermakna terdapat perbezaan antara Tenvir dengan Tenvir-EM. Kesan Tenvir-EM ialah kepada buah pinggang. Kerana itu saya telah dikehendaki supaya datang ke hospital untuk diambil darah dan diuji air kencing pada setiap bulan selama 4 bulan akan datang untuk melihat kesan Tenvir-EM ini kepada buah pinggang saya nanti. Dah lah ada "seriau" setiap kali nak kena cucuk setiap enam bulan sekali tu, kali ini terpaksa pulak dicucuk pada setiap bulan...adoiii....... tentu ada dosa yang pernah saya buat kut, maybe ngata kakak nurse yang jadi tukang cucuk ambil darah dulu tu kut.

Sekiranya kesan ubatan ini "okey" bermakna saya dapat meneruskan ubatan ini, tetapi sekiranya ada masaalah kemungkinan akan digantikan dengan ubatan yang lain. Seperti yang semua tahu dan seperti yang diberitahu kepada saya, lain orang lain tahap kesan sampingannya, mudah-mudahan tidak ada kesan besar keatas buah pinggang saya kelak. Mudah-mudahan.


Katanya tidak semua orang yang sesuai dengan ubatan ini, wallahuallam
Saya diberitahu gabungan kedua ubatan ini (Stocrin dan Tenvir-EM) adalah yang terbaik dan disarankan diseluruh dunia pada hari ini. Wallahuallam. Selain itu dapat mengelak PLHIV dari kesan Lipodistrofi (Lipoatrophy) akibat pengambilan ubatan jenis Stavudine. Stavudine juga terdapat didalam ubatan jenis SLN30.

Perasaan was-was berterusan sehingga saya berulang kali berkata dan bertanya "betul makan sekali sehari sahaja" baik kepada nurse, doktor malah kepada yang menyediakan ubatan, seolah-olah ketika itu saya memerlukan sangat seorang lain bersama saya untuk mendengar bahawa mereka telah berkata "makan ubatan hanya sekali sehari sahaja". Almaklumlah sudah hampir dua setengah tahun saya menelan ubatan 2 kali sehari dan sudah sebati dalam hidup saya. Sebaik saya melihat "prescription slip" baru lah saya kembali yakin kerana tertulis jelas "once daily" (OD).

Selesai mengambil ubatan untuk sebulan saya terpaksa menyerahkan lengan saya untuk dicucuk, diambil darah sekali lagi. Ya sebelum pulang kerumah darah saya diambil sekali lagi untuk bacaan Viral Load terkini (viral load saya pada 8 January 2012 ialah bawah 20 copies).

Ingat lagi atau tidak? saya ada kata tidak mahu kakak nurse yang sampai herot mulutnya ketika mengambil darah orang tu cucuk mengambil darah saya dulu (disini), tadi dengan takdir Allah (maybe balasan kepada saya kut) saya terpaksa ke meja kakak ni untuk dicucuk, lebih malang lagi bukan ia yang cucuk tetapi budak perempuan cina yang baru nak belajar mencucuk. Pertama kali ia cucuk tak dapat urat, sempat saya sergah ia " bukan urat tu, mana ada darah", kesian ia. Tetapi alhamdulillah kali kedua jarum terus masuk keurat dan darah terus cantik ditarik. Ketika saya mula hendak beredar kakak nurse tu kata, "sorry ya dik". Hahaha adik 45 tahun kak oiii...



Selesai urusan dihospital pada pukul 1 tengah hari. Cuaca punyalah panas, sempat juga saya mencalit sunsreen SPF45 kekulit muka terlebih dahulu dan terpaksa juga saya redah dibawah cuaca panas untuk pulang ke rumah.

Untuk rekod bacaan CD4 saya yang lalu pada :

Sebelum makan ubatan HAART
02-11-2005 - CD4 351  di GH Johor Baharu
08-12-2006 - CD4 248  di GH Kuala Lumpur
08-03-2007 - CD4 329  di GH Kuala Lumpur meningkat 81
12-07-2007 - CD4 280  di GH Kuala Lumpur menurun    49
27-11-2007 - CD4 183  di GH Kuala Lumpur menurun    97

Darah diambil lagi pada 19-12-2007 untuk pastikan bacaan CD4 tersebut sebelum memulakan HAART tetapi saya tidak ambil keputusan tersebut dan berhenti terus dari menerima rawatan di GH Kuala Lumpur lagi. STOP kerana takut dan tidak mahu menelan ubatan HAART, sehingga jatuh sakit dan terlantar di GH Ipoh pada November 2009.


Dibawah ini bacaan CD4 dan kolesterol saya yang diambil di GH Ipoh.

Mula makan ubat SLN30 dan Bectrim:
16-12-2009 - CD4 12
26-05-2010 - CD4 80    meningkat 68 - kolesterol 5.6 mmol/L
13-10-2010 - CD4 106  meningkat 26 - kolesterol 5.4 mmol/L
13-04-2011 - CD4 126  meningkat 20 - kolesterol 6.1 mmol/L
28-09-2011 - CD4 174  meningkat 48 - kolesterol 5.8 mmol/L
08-01-2012 - CD4 202  meningkat 28 - kolesterol 5.1 mmol/L

Terkini - 25-07-2012 -  CD4 229 meningkat 27 - kolestrol 6.3 mmol/L 
*Boderline High Cholesterol 5.2 – 6.2 mmol/L

Alhamdulillah berkat bulan Ramadhan Malam ini pada pukul 10 malam, adalah malam terakhir saya menelan SLN30 (mudah-mudahan akan berterusan). Esok pukul 10 pagi saya tidak perlu menelan SLN30 lagi bermakna saya boleh berpuasa penuh pada esok hari. Saya akan memulakan rutin baru menelan HAART (stocrin dan Tenvir-EM) bermula pada pukul 10 malam esok dan seterusnya (mudah-mudahan akan berterusan).

Sekiranya saya mempunyai kesan sampingan teruk seperti lebam dimuka dan badan, gatal-gatal dan sebagainya saya diarah segera kembali ke hospital secepat mungkin. Walau bagaimana pun saya berharap sangat agar Stocrin dan Tenvir-EM ini sesuai mengalir sebati didalam tubuh badan saya dan insyaallah bukan sahaja tahun ini malah tahun-tahun akan datang saya akan dapat berpuasa penuh seperti orang lain malah insyallah segala puasa sunat diluar bulan Ramadhan juga saya dapat lakukan kembali seperti dahulu. Insyallah.

Bukankah ini satu keajaiban buat diri saya, kerana selama ini, tertanam didalam minda ini terkunci erat mengatakan bahawa diri ini tidak lagi mampu akan dapat berpuasa sempurna seperti insan lain seumur hidup ya sehingga mati, rupa-rupanya masih ada cara dan peluang yang diberikan Allah pada diri ini, semoga saya tidak akan mensia-siakan peluang ini. Syukur kehadratNya.

Note: Bulan Ramadhan 1433H puasa yang ditinggalkan hanya 5 hari. Insyaallah fidyah hanya 5 hari tetapi saya akan beri lebih sebagai sedekah nanti... insyaallah

8 comments:

  1. semoga ubat2an itu sesuai dgn najmi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah taniah naj mi... seronoknya dapat berpuasa kan..

    ReplyDelete
  3. Dik naj mi,
    Saya nak tanya food supplement jenama apakah yang nurse larang makan tu, nak tau jugak...sbb saya 1hari makan pelbagai jenis food supplement,ade yang mahal n ade yang murah...kalau tak leh sebut sepenuhnya pon bagi hint je la produk ape...
    Eh,,,nape plak saya panggil dik naj mi...hahahah. Sedangkan nurse k.zaiton (nak pencen dah kot) panggil dik, awet muda la tu maksudnya.tapi haritu rasanya ada bagitau macam nk kearah lipodiistrophy ke ...betul ke ejaanya tu..? So, tak terlalu tua la kalau nak mimpi basah pon kalau makan stocrin dan ngam ngan badan...hahahahhaa...jokingggg je, sori.

    ReplyDelete
  4. Anonymous,
    Terimakasih insyaallah mudah-mudahan sesuailah hendaknya.

    Anonymous One,
    Alhamdulillah, mudah-mudahan saya dapat melakukan dengan sempurna kerana selama 2 setengah tahun, walaupun berpuasa (cara saya) banyak pekara yang membatalkan puasa saya tak ambil kisah, tetapi skrg kena lebih berhati-hati supaya puasa sempurna.

    AHP,
    Alhamdulillah

    Tchr Shda,
    Kak Zaiton masih muda jugak, yang mencucuk lengan adik najmi tu orang lain yang bertugas di bilik mencucuk aje, pun sekitar 40an jugak. Product tu...hujungnya ada bunyi macam "moga".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tau je produk ape, depannya 'pa' ke?..alamak,saya belikan untuk mak saya, baru 2 botol la dia minum...apepon terima kasih banyak kerana inform

      Delete
  5. Alhamdulillah Naj mi,
    Itulah kuasa Allah, berkat ketabahan dan kesabaran Najmi sendiri. Doa saya ubat tersebut ok dan sesuai untuk Najmi. Sama2 kita berdoa dan tawakkal. Selamat berpuasa dengan sempurna dan mendapat barakah dari Allah untuk kita semua.

    ReplyDelete
  6. Mak Wardah,
    Alhamdulillah dan terimakasih :)

    ReplyDelete
  7. Oppsss.... kalau saya mampu berpuasa fidyah tak perlu lah saya bayar lepas raya nanti insyaallah kena ganti puasa lah

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST