Sunday, 8 July 2012

BERKHATAN ATAU BERSUNAT - CIRCUMCISION REDUCES HIV RISK

Kaedah 'clamp' mudah

PENGALAMAN berkhatan pastinya antara detik yang tidak dapat dilupakan kebanyakan kita. Berkhatan atau bersunat adalah detik penting bagi kanak-kanak lelaki, khususnya beragama Islam, kerana ia menandakan seseorang itu memasuki fasa alam dewasa.

PERIKSA... teknik rawatan menggunakan bius kurang sakit tapi masih lagi mengerikan.

Dalam Islam, berkhatan bermakna memotong lebihan kulit kemaluan bagi mengelakkan ia menutupi keseluruhan kemaluan. Tujuannya pula bagi memastikan kemaluan seseorang itu bersih daripada kekotoran yang terhasil di bawah lebihan kulit berkenaan.

Dalam kaedah sains perubatan pula, berkhatan bermaksud membuang lapisan kulit yang membalut bahagian depan alat kelamin lelaki yang disebut ‘Qulfah’ kerana lapisan ini mengandungi najis dan lebihan alat kelamin lelaki. Kekotoran itu pula mampu menyebabkan seseorang lebih mudah mengalami keradangan dan penyakit berjangkit berpunca daripada hubungan seks.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Program HIV/Aids Bersama Bangsa-bangsa Bersatu dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) juga mendapati berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan virus HIV.

Ia mungkin disebabkan kulit penghujung zakar lelaki berkhatan lebih tebal berbanding lelaki tidak berkhatan dan ia dapat mengurangkan kemungkinan kulit melecet atau tercedera ketika melakukan hubungan seks.


Bagaimanapun perlu diingat, lelaki berkhatan tetap mempunyai peluang tinggi dijangkiti virus HIV atau virus penyakit kelamin lain jika mengadakan hubungan seks dengan pasangan yang ada virus berkenaan.

Berdasarkan Persatuan Pakar Pediatrik Amerika, jika tidak berkhatan, seseorang lelaki itu perlu menarik lebihan kulit (kulup) itu ke belakang sehingga mendedahkan hujung zakar. Ia bagi membolehkan kemaluan dibersihkan setiap hari. Jika tidak dilakukan, sel kulit yang mati akan terkumpul lalu membentuk kekotoran. Pakar perubatan berpendapat kulit kulup inilah yang mungkin menjadi punca jangkitan saluran kencing sehingga menyebabkan keradangan. Justeru, berkhatan adalah cara terbaik untuk mengelakkan jangkitan ini, terutama bagi kanak-kanak lelaki yang mempunyai masalah buah pinggang.

Malah, hasil kajian juga mendapati kanak-kanak lelaki yang berkhatan mempunyai masalah jangkitan saluran kencing lebih rendah berbanding kanak-kanak tidak berkhatan. Masalah zakar seperti keradangan, kerengsaan dan jangkitan sangat kerap berlaku di kalangan lelaki tidak berkhatan.

Menurut Pakar Perunding Kanan Perubatan Keluarga (Kesihatan Lelaki), Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Shaiful Bahari Ismail, berkhatan pada masa kini bukan saja dilakukan oleh umat Islam, malah mula dilakukan oleh masyarakat bukan Islam, termasuk di Barat. Katanya, ini kerana mereka mendapati proses berkhatan menjadikan kemaluan mereka lebih bersih dan mudah dijaga.

“Di dalam Islam, berkhatan memang dituntut dan jika kita lihat kenapa ia dituntut, ia sememangnya berkait dengan soal kesihatan. Kajian sains perubatan sendiri mengesahkan berkhatan mengurangkan risiko jangkitan HIV dan menjadikan kemaluan seseorang lebih bersih,” katanya.

Shaiful berkata, walaupun kaedah rawatan membabitkan operasi pembedahan kecil sama ada secara tradisional ataupun moden, evolusi rawatan pada masa kini menyebabkan berkhatan semakin mudah dan paling utama kurang menyakitkan. Namun yang pasti, katanya berkhatan menerusi kaedah tradisional atau moden adalah sesuatu yang baik untuk kesihatan.


TRADISIONAL... teknik berkhatan cara lama yang menyakit dan mengerikan.

Berkhatan secara tradisional dan moden 
Dalam proses berkhatan, ia boleh dibahagikan kepada dua cara iaitu tradisional dan moden. Jika ditanya mana-mana lelaki 20 atau 30 tahun dulu, pastinya tidak ada seorang pun dapat melupakan detik cemas berdepan tok mudim bagi menjalani proses berkhatan.

Sebut saja nama tok mudim mendatangkan perasaan takut kepada kebanyakan kanak-kanak yang belum berkhatan ketika itu. Malah, kaedah rawatan tanpa bius itu juga menyebabkan ia menyakitkan. Namun, bagi mengurangkan risiko sakit sewaktu berkhatan, terlebih dulu kanak-kanak yang akan melalui proses berkenaan dibiarkan berendam di dalam air untuk satu tempoh tertentu. Namun, ia belum cukup untuk mengurangkan rasa ngeri, terutama apabila terpaksa duduk di atas batang  pisang sebagai alas tempat duduk bagi proses berkhatan.

Dengan menggunakan pisau, gunting dan penyepit, ia cukup membuatkan proses khatan sebagai proses yang mengerikan untuk dihadapi. Bukan itu saja, proses berkhatan dengan cara ini juga dikatakan rumit dan leceh kerana ia memerlukan teknik jahitan bagi menjahit luka.

Proses penjagaan selepas selesai berkhatan juga dikatakan sedikit rumit dan luka memakan masa lama untuk sembuh. Namun, kaedah sains perubatan menyebabkan proses berkhatan melalui beberapa proses evolusi, yakni kurang sakit dan lebih mudah.

Antara kaedah rawatan adalah dengan menggunakan bius dan terbaru menggunakan teknik sepitan atau ‘clamp’.

Kaedah rawatan menggunakan bius mampu mengurangkan rasa sakit sewaktu berkhatan, namun masih lagi menggunakan peralatan sama seperti digunakan tok mudim. Bezanya, ia dikatakan lebih selamat dan dilakukan oleh pakar perubatan atau pembantu perubatan bertauliah saja. Namun, dengan kaedah berkhatan menerusi teknik sepitan, ia membawa proses berkhatan kepada satu dimensi baru. Ini kerana, dengan teknik sepitan, ia lebih cepat, tidak menyakitkan, kurang risiko jangkitan dan langsung tidak mengerikan. Menurut Shaiful, teknik sepitan ini menjadikan proses berkhatan lebih mudah.

“Dulu bila orang sebut berkhatan, ia memang dianggap detik yang menakutkan. Namun dengan pengenalan proses berkhatan menerusi teknik terbaru ini, rasanya ia melenyapkan rasa takut berkenaan. Paling utama, ia tidak mengganggu emosi kanak-kanak dan selamat digunakan,” katanya.


Kebaikan berkhatan menerusi kaedah tradisional dan moden 

Proses berkhatan sememangnya berkait dengan soal emosi kanak-kanak. Ini kerana kaedahnya yang dikatakan menyakitkan menyebabkan ada kanak-kanak tidak sanggup menghadapi saat untuk dikhatankan, terutama jika dilakukan oleh tok mudim. Disebabkan itu, boleh dikatakan kerap berlaku insiden kanak-kanak melarikan diri gara-gara takut untuk dikhatankan.

Shaiful berkata, antara penyebab gangguan emosi ini kerana mereka sering diceritakan mengenai kesakitan sewaktu berkhatan atau komplikasi jangkitan yang berlaku selepas berkhatan. Katanya, kaedah rawatan tradisional sememangnya lebih terdedah kepada risiko jangkitan jika tidak dilakukan dengan betul.

“Sebenarnya sama ada secara tradisional atau moden, berkhatan mempunyai matlamat sama iaitu untuk memastikan lebihan kulit berkenaan dipotong, sekali gus memastikan kemaluan kanak-kanak itu lebih bersih.

“Cuma kita khuatir kerana kaedah rawatan tradisional mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat komplikasi atau jangkitan jika tidak dilakukan dengan betul,” katanya.

Berlainan dengan teknik sepitan, prosesnya tidak membabitkan penggunaan alat seperti pisau atau gunting.Malah, dengan hanya menggunakan satu peralatan, teknik jahitan tidak perlu dilakukan dan penjagaan lebih mudah serta lebih cepat sembuh. Kaedah ini tidak  menyebabkan pendarahan dan menghasilkan khatan yang cantik.


Alat sepitan ini direka khas pada kedudukan tempat untuk menyepit kulit dan memastikan sepitan yang kuat dan terkunci pada posisinya. Ia turut disediakan dengan pilihan saiz yang dapat disesuaikan dengan saiz kepala zakar, sama ada bagi kegunaan kanak-kanak hinggalah orang dewasa.





Berkhatan bagi kanak-kanak perempuan
Berlainan dengan lelaki, hukum berkhatan bagi perempuan adalah harus. Ada juga yang berpendapat berkhatan mampu membendung nafsu syahwat melampau apabila dewasa kelak. Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Al-Islam Kampung Baru, Dr Rosilawati Abdul Ghani, berkhatan adalah memotong daging di sebelah atas faraj yang seakan-akan bonggolan atau jambul kepala ayam. Lebih afdal ialah memotong sedikit saja daripada daging berkenaan.

Perkara ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW menegur Ummu ‘Athiah dengan bersabda bermaksud: “Apabila engkau mengkhatan, maka khatanlah (dengan memotong sebahagian al-bazhr) dan jangan engkau berlebih-lebihan (dalam memotong), kerana yang demikian itu menjernihkan air muka perempuan dan mendatangkan kesukaan kepada suami (boleh menambah kelazatan bersetubuh).” (Riwayat Ath-Thabrani)

“Berkhatan bagi perempuan adalah sesuatu yang sangat disarankan, terutama bagi masyarakat Melayu, malah hingga kini amalan berkenaan masih diteruskan dan menjadi pilihan ibu bapa.

“Ada banyak pendapat mengenai hukum berkhatan bagi perempuan. Ada yang mengatakan wajib, harus dan sunat. Namun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-86 memutuskan amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan umat Islam,” katanya.

Pun begitu, Islam juga mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran jika sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudaratan pada diri.

Untuk itu, pandangan Jumhur Ulama muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib.

Dalam hadis riwayat Muslim, hukum berkhatan bermula bermaksud: “Lima perkara fitrah yang perlu dilakukan iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur) dan memendekkan misai. Namun, hadis itu tidak memberi pengkhususan sama ada untuk kanak-kanak lelaki atau perempuan.”

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi berpendapat, hadis yang mewajibkan khatan bagi wanita adalah lemah. Justeru, khatan adalah wajib bagi lelaki saja dan harus bagi wanita. Malah, khatan digalakkan jika boleh membawa kepada manfaat dan tidak digalakkan jika ia merosakkan wanita. Ditanya mengenai umur yang sesuai bagi mengkhatankan kanak-kanak perempuan, Rosilawati menjelaskan seelok-eloknya sebelum mereka aktif bergerak supaya memudahkan kerja berkhatan.

“Ada juga dakwaan mengatakan berkhatan mampu membendung tahap seksualiti melampau bagi wanita. Namun benar atau tidak hingga kini masih tiada penyelidikan dijalankan. Sehingga kini amalan berkhatan masih dikekalkan meskipun memasuki zaman moden. Cara berkhatan pula berbeza mengikut negara dan bangsa,” katanya.

Di negara Islam seperti Afrika, Sudan dan Mesir, kanak-kanak dikhatankan dengan cara yang ‘menyeksakan’ sehingga mendatangkan kemudaratan. Mereka dikhatankan bukan setakat dibuang ‘prepuce’, tetapi sehingga keseluruhan bahagian klitoris.

Lebih menyeksakan sehingga ada yang dibuang keseluruhan klitoris, bibir luar dan bibir dalam kemaluan serta dijahit semula sehingga mengecilkan saluran faraj semata-mata mahu memuaskan nafsu lelaki ketika bersetubuh. Selain itu, kebaikan berkhatan bagi kanak-kanak perempuan adalah kebersihan diri iaitu menghalang pengumpulan kuman di sekeliling klitoris. Seterusnya ketika berkahwin kelak, ia memudahkan suami memuaskan kehendak seksual isteri supaya diberikan keadilan mendapat kenikmatan ketika bersama.

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD
metahad@hmetro.com.my
Sumber : my Metro

No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST