Tuesday, 26 June 2012

2 ARTIKEL POSITF MENGENAI PENGURUSAN DAN BANTUAN KEWANGAN HIV AIDS DI MALAYSIA

1) PENGURUSAN HIV/AIDS MALAYSIA JADI IKUTAN NEGARA LAIN

Tan Sri Zaman Khan menghargai sokongan PDRM dalam usaha mengurangkan penyebaran jangkitan HIV di Malaysia.

TIDAK ramai yang sedar bahawa Malaysia sebenarnya menjadi penanda aras bagi negara-negara maju dan sedang membangun dalam aspek pengurusan kemudaratan dan kawalan jangkitan HIV. Sebaik sahaja ditubuhkan pada 1992, Majlis AIDS Malaysia (MAC) memulakan tugas berat menyediakan khidmat jagaan dan sokongan sukarela kepada penghidap HIV.

Sehinggalah pada awal 1990-an apabila penularan wabak semakin ketara akibat jangkitan melalui darah daripada pengguna dadah jenis suntikan, MAC mengubah pendekatan kepada meningkatkan kesedaran mengenai HIV/AIDS di Malaysia selain mengumpulkan dana melalui pertubuhan saudaranya, Yayasan AIDS Malaysia (MAF).

Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF) Prof Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, masyarakat umum tidak sedar bahawa walaupun setelah didiagnosis dengan HIV, penghidap jangkitan berkenaan berpeluang pulih seperti normal malah kembali menjalani kehidupan dan bergaul dengan masyarakat.

“Negara Iran, Kemboja dan Vietnam antara yang sedang mendalami kaedah pengurusan dan pencegahan penyebaran jangkitan daripada Malaysia. Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Penjara Malaysia mendapat kepujian tinggi kerana melaksanakan program sama di fasiliti masing-masing,” katanya.

Beliau ditemui pada Seminar ‘Persekitaran Yang Kondusif dalam Pengurangan Kemudaratan Melalui Advokasi’ Kedua anjuran Majlis AIDS Malaysia (MAC) bersama pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

MMT dan NSEP elak jangkitan, kurangkan IDU

STATISTIK 2010 Kementerian Kesihatan menunjukkan, 47.7 peratus daripada keseluruhan punca jangkitan di negara ini didorong oleh pengguna dadah jenis suntikan (IDU). Anggaran itu juga menunjukkan terdapat 170,000 IDU di Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa jangkitan melalui hubungan seks juga meningkat dengan ketara. Secara relatifnya, peratusan kes HIV mengikut faktor risiko perkongsian jarum didapati menurun dari 55.2 peratus pada 2009 kepada 47.5 pada 2010. Sementara peratusan jangkitan HIV melalui hubungan seksual meningkat dari 31.9 peratus pada 2009 kepada 48.5 peratus pada 2010.

“Secara tidak langsung, ia menunjukkan keberkesanan Terapi Gantian Methadone (MMT) dan Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan (NSEP) oleh Kementerian Kesihatan dan MAC dengan 78 kemudahan MMT baru diwujudkan sepanjang tahun lalu.

“Hari ini, terdapat sejumlah 240 pusat MMT di Semenanjung Malaysia melibatkan seramai 3,209 klien baru, menjadikan jumlah keseluruhan klien aktif MMT seramai 10,664 orang. Manakala NSEP pula melibatkan 298 kemudahan dengan seramai 24,999 klien terkumpul NSEP di seluruh negara sehingga tahun lalu,” jelasnya.

Menurut Dr Adeeba, meskipun kes jangkitan HIV didapati menurun sejak 2006 namun usaha mengawal epidemik HIV/AIDs di negara ini masih giat dilaksanakan. Ini juga berpunca daripada kesukaran klien MMT dan NSEP mendapatkan akses apabila terpaksa berdepan kemungkinan ditahan pihak berkuasa pada bila-bila masa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim menjelaskan, tidak menjadi masalah bagi pihaknya untuk memberikan sokongan kepada usaha mengawal kemudaratan di kalangan IDU yang positif HIV.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim menyokong inisiatif program pertukaran jarum suntikan (NSEP) bagi mengekang penularan HIV di kalangan pengguna dadah tegar.

Katanya, di kebanyakan negara maju, penagih dadah tidak ditangkap dan kondom yang digunakan oleh pekerja seks tidak dirampas polis sebagai bahan bukti. Sebaliknya, anggota polis menjalankan tugas dengan mengambil kira usaha pengawalan kemudaratan di kalangan penghidap HIV.

“Saya turut bersetuju jika undang-undang khusus digubal bagi melindungi hak penghidap HIV dan usaha mengawal kemudaratan serta penularan jangkitan di kalangan masyarakat secara keseluruhannya, bukan sahaja golongan berisiko tinggi.

“Pengurangan kemudaratan (Harm Reduction) juga sebahagian sukatan matapelajaran di Pusat Latihan Polis (Pulapol) untuk memberi pendedahan awal kepada rekrut baru agar mereka lebih terdedah kepada isu jangkitan apabila berdepan persekitaran sebenar kelak,” ujarnya.

Berani hidup positif

DEMI meringankan bebanan rakyat Malaysia yang hidup dengan HIV, terutama golongan kurang bernasib baik, Yayasan AIDS Malaysia (MAF) baru-baru ini melancarkan skim bantuan perubatan PAL sebagai akses mudah kepada Terapi Anti-Retroviral Berkeaktifan Tinggi (HAART) peringkat kedua.

Dirasmikan oleh Dr Adeeba sendiri dengan disaksikan duta Skim Pal, Faizal Tahir di Tesco Academy Kuala Lumpur, Bandar Manjalara Kepong baru-baru ini, Skim PAL merupakan kependekan slogan Positive Audacious Living (Kehidupan Positif Yang Berani) sebagai langkah penjenamaan semula Skim Bantuan Perubatan MAF yang diperkenalkan pada 1998.

“Skim PAL merupakan sebahagian inisiatif untuk membantu golongan terpinggir yang hidup dengan HIV. Oleh sebab kos perbelanjaan peringkat kedua HAART adalah tinggi, kami yakin satu-satunya cara untuk Skim PAL berjaya adalah menerusi usahasama organisasi korporat dan sokongan masyarakat umum secara berterusan.

“Mungkin apabila dana lebih besar dapat dikumpulkan kelak, lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang hidup dengan HIV berpeluang menerima manfaat daripada Skim PAL dan menjalani kehidupan positif dengan lebih bermakna, Insya-Allah,” ujar Dr Adeeba.

Isu pengurangan risiko HIV/AIDS paling dekat di hati Prof Dr Adeeba Kamarulzaman.

Sehingga kini, hanya terdapat kira-kira 50 penerima Skim Bantuan Perubatan yang sumber kewangan terasnya adalah MAF. Mengikut laporan terkini Kementerian Kesihatan, hanya 9,962 daripada anggaran 26,722 atau 37.3 peratus rakyat yang layak menerima HAART berjaya mendapat rawatan.

Selain berdepan dengan stigma dan diskriminasi, ODHA juga terpaksa berdepan isu kos rawatan HAART yang tinggi sebagai faktor penghalang mereka mendapatkan rawatan.

HAART merupakan rawatan terkini bagi ODHA. Ia membantu memanjangkan jangka hayat dan menggalakkan kehidupan lebih sihat. Rawatan HAART terdiri daripada gabungan sekurang-kurangnya tiga ubat anti-retroviral berlainan yang terbahagi kepada tiga kumpulan;

1. Perencat Salinan Terbalik Nukleosida (NRTI) - Bertindak sebagai blok bangunan pecah, menyebabkan HIV membiak dalam sel-T yang dibina dengan blok-blok pecah untuk melemahkan HIV.

2. Perencat Salinan Terbalik Bukan Nukleosida (NNRTI) - Memberi arahan salah kepada HIV semasa proses pembinaannya supaya HIV menjadi lemah dan mudah musnah.

3. Perencat Protease (PI) - Bertindak sebagai pekerja yang meletakkan bahan-bahan rosak dalam setiap virus yang terbina. Ini turut melemahkan HIV.Kombinasi ubat-ubatan tersebut membina perlindungan di sekeliling sel-T yang menghalang HIV daripada menyerangnya. Jika ubat tidak diambil tepat pada waktu ditetapkan, jumlah sel CD4 berkurangan, sistem daya tahan bertambah lemah dan penghidap mudah terdedah kepada penyakit. Bilangan kandungan virus (HIV) juga bertambah.

"Sekadar renungan berita ini tersiar pada pada August 16, 2011" - Sumber : Disini



2) KEMENTERIAN TIDAK POTONG PERUNTUKAN HIV AIDS KEPADA NGO

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak pernah mengurang atau memotong jumlah peruntukan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang terlibat dalam program berkaitan HIV/AIDS seperti yang didakwa.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, apa yang berlaku ialah kementerian terpaksa menyekat peruntukan kepada NGO yang gagal mengemukakan laporan tahunan mereka kepada pihaknya.
“Kita tidak pernah memotong bantuan kepada mana-mana NGO, mereka perlu faham bahawa ini adalah dana awam dan kita tidak boleh beri sesuka hati jika tiada laporan tahunan yang lengkap,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan kali ke-11 Majlis Aids Malaysia (MAC) di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai dakwaan segelintir NGO berkaitan HIV/ADIS bahawa peruntukan daripada Kementerian Kesihatan kepada mereka semakin berkurang.

Dr Lokman Hakim berkata bagi tempoh 2003 hingga 2012 sebanyak RM64.9 bilion diperuntukkan oleh kementerian kepada NGO yang berkaitan.

Sehubungan itu beliau berharap supaya NGO yang berkaitan dapat bekerjasama dengan pihak kementerian terutama dalam menyediakan laporan tahunan yang lengkap supaya mereka dapat terus menikmati segala bentuk bantuan.

Dalam perkembangan lain, Dr Lokman Hakim berkata sehingga akhir tahun lalu, bilangan Orang Yang Hidup Dengan HIV (OHDA) di seluruh negara dianggar berjumlah 81,000 dan djangka meningkat kepada 81,317 menjelang tahun 2015.

Sementara itu Presiden MAC, Tan Sri Mohd Zaman Khan mencadangkan supaya satu peraturan atau undang-undang bagi melarang majikan memberhentikan kakitangan mereka yang dijangkiti HIV/ADIS diperkenalkan.

Katanya, undang-undang sedemikian perlu kerana pesakit HIV/AIDS juga mempunyai hak untuk berkerja dan menyara kehidupan. Tanpa menyatakan jumlah kes yang wujud, Zaman Khan berkata “Kita tak mahu lihat pesakit ini mati terbiar di tepi jalan.” — Bernama

Sumber : Borneo Post Online
Posted on May 27, 2012, Sunday
 
TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST