Tuesday, 26 June 2012

LUMPUR KOTA - BERMULANYA KISAH AKU HIDUP BERSAMA HIV AIDS

photo hiasan
Bermula segalanya

Segalanya bermula dengan satu panggilan telefon, panggilan yang merobah hidupku selamanya. Berita yang pastinya tidak mahu di dengar namun terpaksa ku terima. Qada dan qadar sudah tertulis. Dan aku tak pasti bagaimana menghadapinya. Namun itulah suratan, yang pahit terpaksa ditelan walau seksa dan pedih aku terpaksa terima.

Beberapa minggu lalu, tanpa dirancang ku ikutkan juga pelawaan seorang teman untuk sama-sama menderma darah. Walau tidak pernah menderma dan agak fobia dengan jarum suntikan, ku turutkan jua. Apa salahnya sakit sedikit untuk sesuatu yang baik. Kata teman, apa-apa soalan yang luarbiasa, jawab sahaja tidak. Agak terpingapinga pada mulanya namun faham akhirnya. Teman itu merujuk pada soalan no 14 (dalam borang derma darah)
Begini lebih kurang bunyinya:

"adakah anda pernah terlibat dengan perkara di bawah?

  • pernah berkongsi jarum suntikan
  • pernah terlibat dengan aktiviti homoseksual @ hubungan sejenis
  • pernah melakukan sex rambang @ berbilang pasangan"
Untuk mengelakkan sebarang masalah, dan ku yakin tiada apa yang tak kena dengan darahku, aku ikut kata teman tadi. Aku pulang dengan perasaan bangga kerana telah melakukan sesuatu yg mulia - berbakti kepada insan lain.

2 minggu berlalu, hidupku biasa seperti sebelumnya. namun segalanya berubah dengan satu panggilan telefon. Aku ingat lagi pada hari itu aku sedang bersiap untuk pergi kerja. 21 november 2008. Jam 9.30 pagi seseorang dari hospital menelefonku dan menyatakan bahawa aku harus ke hospital untuk menjalani ujian darah kerana ada sedikit 'masalah' dengan darah yang kudermakan tempohari. Pihak hospital tidak mahu bercakap lanjut tentang 'masalah' pada darah ku dengan alasan mesin ujian darah amat sensitif dan mungkin melakukan kesilapan. Kerana itulah diminta supaya ku datang untuk ujian semula. Temujanji ditetapkan pada 26 november 2008. 

Sejak itu hidupku berubah, bermacam-macam andaian bermain di benak. Segala dosa dan noda yang pernah dilakukan terlintas diminda. Wajah-wajah insan yang ku kasihi terbayang di mata. Fobia menghantui diri, bagaimana jika betul ada masalah pada darah aku? dan jika benar, masalah apa? AIDS??H epatitis?? Siflis?? tidak.. minta-minta jangan. Hari-hari berlalu dengan keresahan dan serba serbi tak kena.

26 november 2008

Tepat jam 10 pagi aku sudah tiba di unit tabung darah hospital besar. Bermacam perasaan berkecamuk di benak. Mungkin ternanti-nanti jawapan pasti, mungkin juga tidak mahu mendengar apa-apa jawapan, tapi yang pasti aku takut jika memang ada masalah dengan darahku.


Selepas memperkenalkan diri, aku dibawa ke dalam sebuah bilik untuk ditemu ramah. Seorang doktor lelaki yang membahaskan "aku" dan "kau" ketika berbicara (mungkin supaya kedengaran lebih mesra dan aku merasa selesa. - jujur ku katakan, ia langsung tidak membantu!) Doktor menyoal berbagai soalan, semuanya untuk mengkaji latar belakang dan sejarah silam. Dua perkara yang tak suka diceritakan kepada sesiapa namun terpaksa juga ku ceritakan.

Selesai sesi soal jawab, aku diminta ke ruang menderma. Contoh darahku di ambil dan aku disuruh menunggu di ruang tetamu. Seketika kemudian doktor tadi memaklumkan yang aku boleh mengambil keputusan ujian pada 2 disember 2008. Aku tak pasti samada aku mampu menunggu seminggu lagi untuk mengetahui apa yang tak kena dengan sampel darah ku. arggghhhh.

1 disember 2008

Hari ini adalah hari AIDS sedunia, aku tak sanggup menunggu 1 hari lagi. Dah berminggu jiwa terseksa, makan tak lalu, tidur tak mahu. Segalanya serba tak kena. tanpa memperdulikan tarikh temujanji yg sepatutnya, aku pergi juga ke hospital besar. Namun hampa. kerana kes aku tergolong dalam kes sulit dan doktor biasa tidak ada kuasa untuk memberikan keputusan ujian. Keputusan ujian hanya boleh diberikan oleh ketua unit patologi hospital. Aku pulang dengan hampa.

2 disember 2008
Semalam aku tidur dengan nyenyak sekali, dah berminggu tak tidur selena ini. Segala keresahan, ku buang jauh-jauh. segala keputusan, aku harus tempuh. Aku tiba di hospital jam 2 petang, masuk sahaja ke dalam, aku terpaksa tunggu lagi kira-kira 30 minit kerana ketua unit patologi belum tiba. argghhhhh!! tension.

Kira-kira jam 2.30 petang aku diminta masuk ke bilik ketua unit. Seorang doktor wanita yang dipanggil datin oleh rakan sejawat menyapa mesra sambil menyuruhku duduk. Datin mula bertanya khabarku dan meminta aku bersabar serta bersedia menerima apa jua keputusan ujian darah.
 
"setelah ujian semula dilakukan terhadap darah encik, saya mengesahkan yang ianya positif H.I.V..."

kepalaku bagai dihempap dengan beban yg maha dahsyat...
ronggaku tersekat lemas tak mampu bernafas...
seluruh urat dan nadi bagai disiat...
dan jantungku terasa di rentap...
dunia ku rasakan gelap...

........mak, bapak yg ku kasihi..
........adik beradik yg ku sayangi..
........kekasih yg ku cintai..
........sahabat yg ku kagumi..
aku tak tahu bagaimana lagi.
untuk tempuhi semua ini.

"siapapun yang berada ditempat awak, pasti sukar menerima kenyataan ini..., saya harap awak ada seseorang yang boleh dikongsi masalah.." itu kata-kata datin.

Siapa? memang aku kenal ramai orang. tapi siapa? Siapa yang sanggup mendengar berita tentang penyakit ku ini? keluarga? teman? kekasih? Aku takut aku tak punya lagi tempat di hati mereka selepas ini. Keluargaku orang baik-baik, dihormati dan dikenali. Aku tak mahu mereka mendapat malu. Teman? aku tak bersedia lagi kehilangan teman. Kekasih? entahlah, ujian ini terlalu berat utk ditanggung.

Seterusnya datin merujuk kes aku ke unit pakar di tingkat bawah. ku cuba kuatkan semanagat. menahan keresahan dan air mata yg bergenang. aku dijadualkan untuk menghadiri sesi kaunseling dan ujian pallet darah pada tanggal 17 disember 2008. Mengesan sejauh mana penyakit ini merebak dalam tubuh.

Ku pulang dengan seribu kekesalan, segalanya sudah terlambat. adakah ini pengakhiran hidupku? beginikah caranya ku mati nanti? diselaputi kehinaan dan perasaan malu yang ku tahu, hidupku takkan sama lagi selepas ini.



Episod baru dalam hidup 

ya ALLAH,
berikanlah aku kekuatan.
teguhkanlah iman.
moga-moga tak ku hilang pedoman.

Segala-galanya ketentuan tuhan sesukar mana sekalipun, aku harus tempuh. Memang pada mulanya imanku seakan goyah, mahu sahaja menamatkan segalanya, namun sokongan dan perhatian kalian amat besar ertinya..

APIS - kekasihku. Cinta hatiku. Terima kasih kerana mengerti. Terima kasih kerana di sisi. Hubungan kami masih baru belum lagi menjejak setahun namun ku akui, kau banyak berkorban demiku memberikan aku kekuatan. Selepas sahaja diberitahu tentang apa yang berlaku, Apis bergegas menemaniku, tak mahu aku sendiri kerana bimbang berlaku sesuatu yang bukan-bukan. Terima kasih sayangku kaulah sumber kekuatan. i love u.

EDRY - sahabat baikku,. Teman serumahku, rakan sekerjaku yang ku kagumi dan kasihi. terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. Terima kasih kerana berkongsi kesusahan yang ku tanggungi. Kau berikanku inspirasi, sayang kamu sebagai sahabat, kau patut tahu. dan terima kasih kerna tidak menjauh
 

EZHAR - teman baikku. Walau jarang sekali bertemu, namun kaulah tempat ku mengadu. tempat ku luahkan segala yg terbuku di benak. tempat bertukar-tukar cerita, kisah cinta dan duka, jenaka dan air mata. Terima kasih kerana perhatian dan dorongan. 

Tanpa kalian bertiga, hidupku pasti binasa. tak tahu bagaimana untuk menjalani hari2 mendatang. terima kasih semua. 


Kuatkan semangat 

9 hari telah berlalu semenjak ku di sahkan mengidap HIV. mungkin kerana lemah semangat dan terlalu memikirkan tentang penyakit ku, aku diserang demam penas. Sudah 3 hari demamku belum juga sembuh. Seluruh tubuh terasa sakit bagai direntap, belum pernah kurasakan demam seseksa ini, mungkin juga virus telah mengambil alih sistem pertahanan tubuhku. Aku kena kuat, aku tak boleh mengalah. 

Kini apa yang bermain di benakku bukanlah tentang aku, aku dah tak peduli lagi dengan apa yang akan berlaku padaku 1 hari nanti. Apa yang kurisaukan adalah APIS. Aku risau kalau-kalau dia dijangkiti sama. Walaupun hasil ujian darahnya menunjukkan dia 'clean' tapi dalam keadaan tertentu, virus ini bisa dalam keadaan 'window' @ sembunyi daripada dikesan sekurang-kurangnya 10hari @ 6 bulan dari tarikh ia menjangkiti tubuh manusia. (sungguh ironi betapa ku kini sibuk mengkaji tentang virus ini setelah dijangkiti).

Jika sesuatu terjadi pada APIS, bagaimana lagi bisa ku maafkan diri ini? pengorbanannya, kasih sayangnya ku balas dengan kesengsaraan. Sesalku akan terus menghantui diri ini hingga ke akhir hayatku. Aku bukanlah seperti APIS, bagi aku, setiap sesuatu yang berlaku, adalah ketentuan. Aku tidak pernah merencana jauh sekali memasang target untuk mencapai sesuatu dalam hidup. bagi aku, cita-cita hanya untuk kanak-kanak sekolah, sesuatu yang boleh diangan-angankan moga-moga menjadi kenyataan. Aku dah berhenti memasang angan-angan @ cita-cita bertahun lamanya, semenjak hidup ku menjadi bertambah tak keruan bertahun dulu. 

APIS.. seorang yang punyai impian besar, aku kagum dengan semangatnya, hingga kini 70% cita-citanya sudah menjadi kenyataan, akan mencapai 100% dalam masa beberapa tahun lagi jika tidak kerana aku. Daripada pekerja bawahan, dia kini memegang jawatan besar disyarikat, menjadi orang kepercayaan bos, amat rapat dengan keluarga, punya ramai teman-teman.. aku doakan dirinya terhindar dari segala penyakit. AMINNN. 


1st counselling session n more blood test 

17 Disember 2008 - tarikh ni merupakan tarikh di mana aku menghadiri sesi kaunseling wat 1st time d hospital. seorang doktor wanita berbangsa cina dengan mesra menyapaku dan mempersilakan aku duduk. Perkara pertama yang ditanya ialah bagaimana keaadaan ku. Aku rasa ok sebab dah mula terima kenyataan. Sesi ni lebih kepada pengenalan tentang virus hiv dan benda-benda yang berkaitan. Banyak jugak bercerita pasal latar belakan aku, tahap kesihatan and sejarah silam. Aku agak selesa dengan sesi ni mungkin sebab doktor yang handle kaunseling tak judge aku. So banyaklah yang diborakkan.

Tamat sessi, aku diarahkan untuk ke bahagian pengambilan darah, sampel darahku akan diambil untuk di uji kalau-kalau aku juga mengidap penyakit berkaitan. Ada 6 sampel semuanya. Sampel tu juga untuk ujian tahap virus merebak dalam tubuh dan memastikan samada virus telah merebak ke otak @ sebaliknya.


Makin Teruk

Kadar CD4 bagi manusia normal adalah antara 500-1500, untuk pesakit HIV CD4 mereka adalah 200-499. AIDS 200 kebawah, dan CD4 aku seperti yang diberitahu doktor adalah 297. Sikit saja lagi untuk sampai ke tahap AIDS. hmmm 





~LUMPUR KOTA~


3 comments:

  1. Sama2 kota doakan dia selamat n sihat...

    ReplyDelete
  2. Boleh bgi link blog tak abg najmi?nk baca dari awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. adam sauqa,

      Setakat itu aje entrinya, kemudian entri tu stop...klik kat AKU HIDUP DALAM HIV AIDS tu....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST