Saturday, 23 June 2012

BERJUTA WANITA BERKAHWIN DENGAN LELAKI GAY

Chinese Women Marrying Gay Men

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh pakar terkemuka, dianggarkan 16 juta wanita di tanah besar China berkahwin dengan lelaki homoseksual.


Profesor Zhang Bei-chuan di Qingdao Universiti, seorang yang mahir tentang AIDS dan HIV, mengatakan bahawa kerana nilai tradisional keluarga di China, kira-kira 90 peratus daripada lelaki homoseksual berkahwin kerana tekanan untuk menurut kata keluarga.

"Dalam rumahtangga, isteri-isteri mereka berjuang untuk menghadapi situasi dimana suami mereka bernafsu terhadap lelaki dan cara mereka berdepan dengan masalah mereka harus diiktiraf," katanya pada Khamis lalu. 

Perkara ini berlaku kepada seorang editor majalah yang dikenali sebagai Xiao Yao, berusia 29 tahun di Xi'an, provinsi Shaanxi, yang kemudiannya bercerai dengan suami gay pada tahun 2008.

"Ramai isteri kepada lelaki gay yang saya kenali menderita kerana tidak pernah disayangi suami dan seperti saya, ada yang didera oleh suami yang mengalami tekanan," kata Xiao.
 
Xiao kini mewujudkan sebuah laman web yang dipanggil "Homeland of gay's wives", yang mempunyai 1,200 pengguna berdaftar dan menyediakan sokongan dan nasihat.

"Laman web itu membuat mereka berasa mereka tidak bersendirian dan memberi kuasa kepada mereka untuk membuat pilihan yang tepat," katanya.

Profesor Zhang mengutarakan pendapat bahawa menyediakan medium untuk membuat suara-suara isteri malang ini didengar adalah langkah pertama untuk meningkatkan kesedaran awam.

Walau bagaimanapun, sebahagian dari komuniti gay berfikir sebaliknya.


Xiao Dong, seorang gay berusia 36 tahun, yang mengetuai sebuah pertubuhan sivil dalam pencegahan dan kawalan HIV / AIDS, berkata: "Anggaran Zhang adalah tidak berasas dan saya juga merasakan ia hanya diutarakan untuk menyelidik isu ini. Sama ada untuk berkahwin atau tidak merupakan persoalan yang terlalu rumit di kalangan gay dan adalah hampir mustahil untuk menganggarkan bilangan lelaki gay berkahwin dengan pengiraan mudah", katanya.

"Meletakkan isteri gay di bawah "perhatian" mungkin menyebabkan salah faham orang awam yang akan menambah kebencian terhadap komuniti gay dan tidak membantu meredakan diskriminasi sosial yang sedia ada terhadap mereka," tambah Xiao Dong lagi.

Walau bagaimanapun,seorang lelaki gay dari Beijing yang dikenali sebagai Meng Lin secara terbuka percaya bahawa anggaran Zhang adalah munasabah.

"Saya sendiri hampir berkahwin dengan seorang wanita beberapa tahun lalu, tetapi akhirnya putus asa apabila saya mengetahui saya adalah HIV positif," kata Meng yang kini berusia 50 tahun. Beliau menegaskan, beliau telah memberitahu wanita itu bahawa dia adalah gay. Lelaki Gay dan isteri gay kedua-duanya merupakan mangsa diskriminasi dan stigma sosial, jadi kita seharusnya tidak hanya menyalahkan satu pihak," katanya.
 
Wang Zi (bukan nama sebenar), seorang lelaki gay berusia 27 tahun menyatakan bahawa dia tidak mahu perkahwinan heteroseksual, tetapi mungkin satu hari nanti dia akan dipaksa berkahwin dan menjalani hidup secara heteroseksual kerana dia tidak mahu melukakan perasaan ibu bapanya.

"Saya rela berkahwin dengan lesbian dan kami boleh terus dengan gaya hidup masing-masing dengan lebih jujur tanpa diketahui keluarga dan secara umum," katanya.

Dia mendakwa bahawa terdapat perkhidmatan mencari jodoh dalam talian disediakan untuk membantu homoseksual berkahwin.

Sumber: China Daily


"Saya rela berkahwin dengan lesbian dan kami boleh terus dengan gaya hidup masing-masing dengan lebih jujur tanpa diketahui keluarga dan secara umum," katanya." ini antara ungkapan yang saya pernah luahkan atau bualkan serta fikirkan ketika berbual sesama rakan baik saya dulu, dan saya percaya amalan ini juga berlaku disini cuma tidak ada lapuran dan pengakuan yang dibuat sahaja - Najmi


Rakyat China Paling Ramai Dijangkiti HIV/AIDS

23 January 2012. Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan China, Program Bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mencatatkan seramai 780,000 orang rakyat di China terbabit dengan penyakit Aids/HIV dan 154,000 daripadanya ialah penyakit Aids.
28.6 peratus daripadanya ialah wanita. 


Dua Filem Berkaitan Perkahwinan Songsang

"The Wedding Banquet" sebuah filem komedi arahan pengarah Ang Lee dari Taiwan. Di filemkan pada tahun 1993. Mengisahkan tentang seorang lelaki Taiwan yang tinggal di New York dan terpaksa menipu untuk berkahwin bagi memenuhi kehendak keluarganya. Kekecohan mula tercetus bila keluarganya yang tinggal di Taiwan akan terbang ke New York untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Gao Wai Tung (Winston Chao) selaku pelakun utama dalam filem ini terpaksa mencari seorang wanita yang sanggup menyamar untuk berkahwin dengannya dihadapan keluarganya nanti. Filem ini pernah saya tonton suatu ketika dulu tetapi ingat-ingat lupa, apa yang pasti ini adalah sebahagian realiti kisah benar yang terjadi di seluruh dunia sekarang ini.

Ketika menulis entry berkenaan filem ini teringat pula kisah seorang rakan saya. Pada awal bulan Mei 2012 yang lalu telah hampir 15 tahun bersekedudukan dengan suaminya di Mahantthan NY ia telah melangsungkan perkahwinan songsangnya disana. Bertambahlah seorang lagi rakyaat Malaysia yang berkahwin songsang di luar negara. 

Tidaklah sehingga ada upacara di gereja tetapi mereka hanya mendaftarkan nama sebagai pasangan hidup dipejabat pendaftaran dan makan-makanlah. Mendaftar maksudnya sudah sama tarafnya seperti perkahwinan normal lain kan. Lebih kurang sudah selamat dinikahkan lah tu. Penerimaan mak dan bapak mertuanya disana begitu baik sekali. Yang pasti curang mencurang masih akan berlaku walaupun selepas berkahwin, maksud saya jika ia terlepas ke mana-mana lain negara ia pasti akan "project" dengan orang lain. Itu antara sifat songsang.

Satu ketika dulu ketika di sekolah menengah ia ni antara yang bijak sehingga pandai menulis dan membaca dalam tulisan jawi. Mewah hidupnya di NY tinggal apartmentnya juga bernilai berjuta dan bekerja dengan sebuah bank di NY tetapi pada hari ini ia "out station" selama setahun di France, dengar khabar sebulan pendapatannya sahaja melebihi RM100,000 belum dicampur pendapatan "hubby"nya lagi.

Pernah juga saya di ajar supaya terbang ke USA dan memberitahu pihak berkuasa disana bahawa saya telah didiskriminasikan atau tidak mendapat hak oleh kerajaan kerana tidak boleh menjalani kehidupan sempurna sebagai songsang di Malaysia maka besar kemungkinan saya akan dapat jadi warganegara sana dengan mudah.

Tapi itulah bangsa cina dan orang kafir hidup mereka semata-mata hanya untuk makan (pakai dan kesenangan), tidak bagi kita yang beragama islam. Kita makan untuk hidup, bagi mendapatkan kekuatan supaya dapat beramal ibadat untuk persediaan di alam yang satu lagi.

Nak pulak rasanya saya sisipkan photo rakan saya itu disini, walaupun ia tak kisah tetapi saya pula akan rasa kisah nanti hehe. - Najmi


Filem "Brokeback Mountain" juga arahan Ang Lee menang filem terbaik Oscar kali ke 78 dulu, mengisahkan tentang percintaan dua lelaki macho walaupun dalam masa yang sama telah pun berkahwin. Filem ini di tayangkan pada 2005 dan saya masih ingat, pada ketika saya hendak menonton filem ini di sebuah pawagam di Bugis Singapore dulu, pada ketika itu lah juga saya mendapat berita bahawa saya disahkan HIV positif. Kerana ketakutan kerisauan melampau akibat didampingi kawan baru didalam darah ini, maka keinginan menonton movie ini terus terbantut, langsung tidak ada keinginan lagi sehingga lah baru-baru ini ketika saya merayau-rayau ke "flea market" disini saya terpandang DVD movie ini yang dijual berlonggok kotor hanya RM2 sahaja. Saya beli, ya saya baru sahaja menontonnya.

Terus terang sekiranya seorang songsang yang menonton filem ini tentu feeling habis, tetapi dalam masa yang sama saya sedih melihat reaksi sang isteri terutama bila melihat lakunan Michelle Williams. Sedih, seperti yang saya katakan tadi itu adalah realiti hidup hari ini. Ada dikalangan pembaca yang tahu kisah seorang rakan saya di Johor juga telah beberapa tahun berkahwin dan sekarang sudah pun menimang cahaya mata. Mudah-mudahan harapan saya agar ia hanya tumpukan sahaja pada isterinya, mudah-mudahan ia tidak makan luar lagi seperti yang dilakukannya sebelum ia berkahwin, itu yang pernah saya nasihatkan padanya dulu.

Tetapi kebanyakan songsang tetap songsang. Susah hendak jumpa songsang yang 100% berubah nafsu kepada wanita, naluri pada sejenis pasti ada, curi-curi makan pasti berlaku. Wallahuallam  

Sekali lagi saya utarakan pendapat saya tentang perkahwinan gay seperti tertulis didalam entry ini. Itu dinegara yang majoritinya "kafir", bagi kita di Malaysia kisah dan berita diatas hanya boleh kita renung dan fikirkan sahaja. Jika mampu kita halang, jika tidak mampu kita diam. Dan jangan sesekali kita meniru atau menyokong apa sahaja yang berkaitan terutama berhubung tentang perkahwinan sejenis ini. Agama Islam sah mengharamkan segala kegiatan aktiviti songsang janganlah kita terikut-ikut.

Paling baik dan mudah untuk kita lakukan, walaupun kita sendiri terperangkap dalam situasi songsang seeloknya kita diam, jika kita terlajak sekali pun kita diam sebaliknya sentiasa mohon perlindungan, petunjuk dan keampunan dari Allah sentiasa. - Najmi

28 comments:

  1. mana gmbr kwn awk tu? hu hu hu

    bnyk jg yg awk tahu ya. well done, moga ia dpt membuka mata semua org terhadap isu ini dan ambil pengajaran.

    ReplyDelete
  2. Nauzubillah...sbagai wanita, takutnye saya...

    ReplyDelete
  3. Ada orang kata saya ni narrow minded n shallow thinking about lgbt,tpi sejujurnya xpenah ade kwn dari golongan ni..jd saya tak phm perasaan mereka...tau dari media massa n baca mane2 artikel berkaitan..
    Jadi naj mi,since awak da tingglkn kehidupan lame awak,hati dan perasaan masih tiada pada perempuan yer?perkahwinan yg normal adalah sesuatu yg mustahil dalam hidup awak yer?
    Sorry to ask..cikgu suka tanyer anak murid

    ReplyDelete
  4. Azam Ali,
    Gambar ia kalau tersebar nanti orang "ter"kenal pulak diri saya ni pulak nanti..

    AHP,
    :)

    Tchr shda,
    Rakan disekeliling jangan disangka semuanya "normal" dan kemungkinan ada rakan Tchr shda sendiri yang ada HIV tapi tak kan ia nak bagi tau awak kan. Apa-apa pun boleh terjadi sesekeliling kita. Semua orang ada rahsianya yang tersendiri.

    Kahwin? ikut lojik akal rasanya TIDAK, tapi pernah juga saya mohon pada Allah beri peluang saya berkahwin dan dikurniakan anak, tapi tu dulu bila dah dapat HIV lagi banyak masaalahkan. Ada juga saudara yang nak main2kan saya nak jodohkan dg seorang sepupu perempuan, tapi tak kan saya nak setuju... gila macam mana nak mengadapnya 24 jam. Apa pun terpulang pada Allah jika jodoh saya sudah ada dan telah ditentukan Nya, tak kan saya nak tolakkan, jika Allah nak ubah 360 darjah naluri dan kehidupan saya menjadi sempurna seperti orang lain... Alhamdulillah.

    Allah boleh buat apa yang ia nak. Maybe berkahwin itu sesuatu yang tidak baik buat saya dan boleh mengainaya ramai orang yang lain kut. Sesuatu yang kita nak itu maybe ianya sesuatu yang tidak baik buat diri kita, kita tak tahu hanya Allah sahaja yang tahu. Yang pasti tentu ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

    Cikgu ni begheeett... kata orang perak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas penerangan panjang lebar...10 markah untuk jawapan tu...
      Maaf la juga kalau pertanyaan2 ku ada menyinggung perasaan mu...
      Begheeeet tu ape? Begheet = kerek ke?

      Delete
  5. Salam Naj Mi.
    Bangga dapat baca blog Naj Mi. Insan kerdil yang sentiasa meletakkan kesempurnaan org lain dihadapan, jangan bimbang kuasa Allah melebihi segala2nya. Akak gembira andai kita bersahabat kerana bersahabat dengan anda memberi ruang lebih besar untuk akak muhasabah diri.

    ReplyDelete
  6. Tchr shda,
    Begheeet tu lebih kurang maksudnya... orang yang banyak bertanya lah tak henti2 bertanya hehe.

    Mak Wardah,
    Terima kasih Mak Wardah, apa-apa pun boleh email saya kalau nak tanya apa-apa ya :)

    ReplyDelete
  7. Tuan semoga kita semua didalam rahmat dan kasih syg illahi..

    ReplyDelete
  8. perkara ni sedang menular di negara ni. Semakin ramai gay berkahwin atas kehendak keluarga.

    1. Andai dengan wanita yang normal dan dia tidak bernafsu pada wanita itu, bermaksud lelakin ini berlaku zalim, bukan sahaja menzalimi kehendak batin wanita ini, tetapi juga emosi, kerana mereka tidak mampu menyayangi wanita ini.

    2. Andainya mengahwini perempuan yang lesbian, dia menzalimi dirinyan sendiri sebagai dayus andai dia membiarkan atau menggalakkan isterinya berlaku songsang dengan orang lain.

    3. Dia menjalankan tanggungjawabnya, walau mungkin tak sepenuhnya, namun mencukupi dan tidak membuatkan wanita itu kekurangan, sesunguhnya ini bermaksud dia telah berjaya.

    Kerana perwatakan saya yang boyish, saya banyak rakan gay, dan saya juga akhirnya kenalpasti diri saya sebagai biseksual. Dan saya telah berkahwin dengan seorang lelaki gay yang menyangka saya lesbian. Seperti yang dijangka perkahwinan saya gagal. Ada persoalan difikiran saya, benarkah lelaki gay tidak mampu menyayangi wanita seperti lelaki normal menyayangi wanita? Hingga kini saya masih tiada jawapannya.

    Bagi saya, selagi manusia homoseksual, tidak mengira lesbian atau gay, termasuk didalam golongan yang haram berkahwin kecuali mereka mampu menyayangi pasangan mereka dan melaksanakan tanggungjawab.

    Saya rasa saya pun nak tubuhkan "Homeland of gay's wives" di Malaysia, sebab kes ni dah banyak berlaku.

    ReplyDelete
  9. Anonymous,
    Terimakasih kerana komen yang awak tinggalkan tu, apa pun saya tidak beberapa setuju diharamkan golongan ini dari berkahwin.

    Kalau mengikut rasa hati saya dan pandangan peribadi saya - golongan gay memang tak akan dapat berubah untuk menjadi normal dan seorang bisexual tak akan dapat mengubah naluri dari suka pada kedua-dua jantina.

    Tetapi may be juga ada individu yang berjaya mengawal nafsu, berkahwin dan terus menyayangi seorang isteri itu sahaja... tetapi kita jarang mendapat kisah benar dari mana-mana individu tentang ini kan, biasanya cerita yang curang yang selalu kita dengar.

    Persoalan pokok disini ialah didikan agama, walau kita gay atau lesbian mahupun bisexual sekali pun, jika ilmu agama mantap insyaallah kita akan tahu memilih mana baik dan mana benar. Wallahuallam :)

    ReplyDelete
  10. najmi, maaf sangat, saya tidak berkata golongan ini haram berkahwin, andai saya berkata demikian, maafkan saya, ia tidak bermaksud begitu,maksud saya, didalam islam, ada golongan yang haram berkahwin, dan antaranya ialah golongan gay dan lesbian yang sekadar ingin berkahwin atas tuntutan masyarakat, sedangkan mereka tidak berkeinginan untuk melahirkan zuriat apatah lagi untuk berkasih sayang, walaupun setelah berkahwin. Haram maksud disini adalah yang sekadar nak menzalimi diri atau orang lain.

    menzalimi diri sendiri adalah, berlaku curang walaupun telah berkahwin. Sebab dengan perkahwinan ni, pasangan bertangungjawab untuk saling sayang menyayangi.

    Maaf ya Najmi, mungkin saya tersilap kata.

    Saya biseksual, benar golongan saya berpotensi untuk curang dan risikonya amatlah tinggi. Tapi satu sahaja, kalau saling sayang menyayangi ikhlas kerana Allah, insyaAllah tuhan akan bantu.

    Yang penting niat.

    ReplyDelete
  11. Insan Fikir,
    Hahaha... saya faham maksud awak tu dan saya pun tahu ramai yang berkahwin semata-mata untuk menutup aib kelakuan yang selama ini kita buat. Kena paksa mak bapak dan menutup malu kerana asyik disindir kawan dan saudara bertanya kenapa tak berkahwin...Ya sebaiknya diri kita sendiri tahu sejauh mana kemanpuan diri, jika sekadar nak menutup malu dan mengainayakan orang lain baik jangan kahwin kan.

    Saya simpati kerana masaalah rumah tangga awak tu, mudah2an awak tak simpan dendam terhadap golongan lelaki lain, sekiranya kuat hati awak rasa mampu untuk terus mencintai dengan seorang lelaki, saya doakan awak akan dipertemukan jodoh dengan seorang yang tulin dan mampu membahagiakan awak, tetapi dalam masa yang sama diri awak juga kena dikawal dan jangan terjerumus lagi dengan hubungan sejenis sesama wanita.

    Pandai saya menasihat orang ya... hehe apa pun itu yang mampu saya komen dan terus terang diri saya ini pun belum pasti dapat saya jaga dan kawal dari terjerumus lagi dengan aktiviti sejenis ini.... Mohon perlindungan Allah. :)

    ReplyDelete
  12. Assalam..

    terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan pandangan tentang isu yg jarang mendapat pendedahan yg tulus dari orang yg berada dalam situasi ini. saya adalah seorang isteri yg berkahwin dgn seorang lelaki gay yg saya ketahui dgn sahih tentang aktiviti gaynya setelah mencapai 17 tahun usia perkahwinan. Namun perkahwinan ini, Alhamdulillah telah dikurniakan 3 orang anak lelaki yg kini sudah meningkat remaja. jiwa ni begitu pedih dan terseksa sepanjang perkahwinan..kerana tidak merasa diri ini dilayan sebagai seorang isteri, tidak boleh bermanja, berpegangan tangan, berbisik mesra atau apa apa je yg seorang isteri akan lakukan pada suami tersayang atau apa apa yg seorang isteri dambarkan dari seorang suami.

    Kami dilihat sebagai pasangan yg ideal sebab kami amat akrab hanya sebagai sahabat baik. saya diperlukan oleh suami sebagai orang yg sentiasa menyokong dan pemberi perangsang bila dia tidak berkeyakinan. Namun, jiwa saya tertekan sebenarnya kerana saya adalah seorang yg berjiwa romantik dan suka kan sentuhan dan belaian yg tidak mungkin saya perolehi dari suami saya. Saya faham suami saya juga menderita kerana nalurinya tertahan..Oleh itu saya juga berterima kasih kepadanya kerana telah memberikan saya 3 orang anak yg tampan dan pandai. Alhamdulillah, anak anak inilah kebahagian saya. Mendidik mereka untuk tidak songsang dengan membekalkan mereka dengan ilmu agama yg tinggi. Quran adalah sahabat mereka yg paling akrab kini. Alhamdulillah.

    Jiwa yg terseksa ini, saya pujuk dengan menganggap ini adalah dugaan Allah keatas saya dan menerima suami saya sebagai Hadiah terbaik dari Allah dan meyakini bahawa dialah suami terbaik utk saya yg Allah mahu saya pelajari dari dirinya atau dari perkahwinan ini. dan saya juga menganggap kehidupan dunia yg sementara ini adalah ujian yg saya perlu lulus utk kebahagiaan hakiki di akhirat. Jadi saya dapat memujuk naluri yg inginkan belaian manja dan pelukan hangat suami dengan kpercayaan saya pada qada dan qadar Allah 100 peratus dan ia adalah rukun iman yg ke 6, so wajib percaya. sebagai seorang isteri, saya sentiasa memohon pada Allah agar melindungi suami dari maksiat, memantapkan imannya, menjadi suami dan bapa soleh. saya juga memohon agar Allah sentiasa mengikat hubungan kami dengan ikatan kasih sayang yg sukar utk diputuskan kecuali ajal dan memohon Allah menguatkan iman saya agar tidak terpikat dgn lelaki lain yg cuba utk memikat saya. Tazkirah yg saya buat utk anak anak saya setiap malam Jumaat adalah juga utk membentuk suami saya dgn tidak secara langsung kerana isteri tidak boleh mengajar suami utk berubah dan itu adalah mustahil. Apa yg saya mampu buat hanyalah berdoa dan saya yakin dengan kuasa doa. Dalam konteks ini, hanya kuasa Allah sahaja yg dapat mengubah segalanya. Meletak Allah nombor 1.

    Jadi nasihat saya pada mereka yg gay dan beristeri dan pada isteri gay, supaya sentiasa mencari keredhaan Allah dan menahan nafsu dengan meletakkan bahawa nikmat dunia adalah sedikit dan sementara...so kejarlah nikmat akhirat. di dunia kita mungkin tidak dapat kecapi nikmat berkasih sayang tetapi sekiranya kita redha nikmat di syurga adalah milik kita dan ia adalah kekal dan nikmatnya berganda lipat serta berpanjangan.. so jadi orang yg wise yg mencari nikmat dan kebahagiaan hakiki.. Utk dapat kekuatan iman, ia perlu dipupuk dengan membanyakkan membaca alQuran, menghadiri ceramah agama, sentiasa mendampingi orang orang soleh, mendengar hanya yg baik (radia ikim yg terbaik) dan lidah tidak putus berzikir pada Allah sentiasa...insyaAllah, syaitan yg sentiasa ingin menggoda akan lemah, dan nafsu kita juga akan lemah juga..jauhi kita dari maksiat. insyaAllah.. wallahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam wannaBwise,

      Saya juga seperti saudari..mempunyai pasangan seorang Biseksual..saya mengambil risiko mengahwini lelaki yang mengaku mempunyai naluri terhadap kaum sejenis..hati sy terlalu hancur namum sy anggap ini adalah dugaan Allah buat sy..sy x henti berdoa agar pasangan sy berubah menjadi seorang lelaki dan suami yang beriman..sy x akan henti berdoa..sy juga mengubati hati sy sendiri dengan selalu berkata pada diri ini bahawa DUNIA INI HANYA SEMENTARA..yang KEKAL hanya di AKHIRAT kelak..insyaAllah..segala Ujian Allah buat hambaNya bukanlah satu yang sia-sia...sy berharap sy akan jadi seperti puan yang tabah n gigih mendidik anak2 supaya menjadi orang yg berguna n beriman..

      Semoga Puan dirahmati oleh Allah yang maha Esa..

      Delete
    2. Anonymous,

      Saya harap Puan wannaBwise akan membaca kiriman komen Anonymous ini....

      Saya (Naj Mi)juga berdoa agar Anonymous juga bersabar dan sentiasa diberi kekuatan serta rahmat dari Allah....:)

      Delete
  13. wannaBwise,

    Selepas 17 tahun baru saudari sedar yang suami saudari gay??? Dan sepanjang 17 tahun tu saudari menderita, ya saya faham perasaan bila bercinta dan saya rasa saya juga tahu betapa sakit deritanya bila saudari tidak dapat bermanja dengan orang yang saudari sayang yang bernama suami, bayangkan nak sentuh pun dah kena tepis tangan kita kan.

    Yang pasti saudari masih kekal hidup bersama suami hingga kinikan? saya berdoa agar saudari akan sentiasa tabah diri jiwa raga dan berdoa agar suami dapt berubah sedikit demi sedikit, yang penting suami tidak melakukan sex songsang di luar pengetahuan saudari, berdoa pada Allah adalah sehabis daya buat saudari mohon supaya suami tidak makan luar lagi kerana peluang mendapat HIV amat tinggi sekiranya ia bertukar pasangan dan tanpa perlindungan. Pengalaman saya seorang gay kebanyakannya tak suka guna perlindungan, walau pun mereka tahu akan bahaya penyakit HIV dan STD.

    Dan saya tahu terdapat ramai lagi suami gay berada diluar sana tanpa disedari oleh isteri tentang kegiatan mereka. Ada suami yang ketika isteri mengandung melakukan sex berulang dengan adik iparnya sendiri di dalam rumah mereka, isteri tak tahu apa-apa.

    Walau bagai mana pun saya tabik cara saudari menguruskan dengan baik masaalah ini dan saya sokong 100% yang kita kena berbalik kepada Allah. Nasihat saudari diatas sangat baik berguna.

    Insyaallah berkat kesabaran dan doa berterusan saudari pada Allah, memohon yang terbaik buat diri, anak dan keluarga akan dimakbulkan dan sudah pasti ganjaran yang setimpal akan diberi oleh Allah kerana kesabaran saudari selama ini, insyaallah.

    Jika saudari baca komen balas dari saya ini, saya mohon keizinan untuk disharekan coretan saudari diatas dalam entry saya akan datang supaya nasihat saudari akan lebih diketahui ramai lagi orang diluar sana dan maybe ada sedikit perubahan. Jika tidak diizinkan pun tidak mengapa.

    Terima kasih kerana berkongsi masaalah diblog ini :)

    ReplyDelete
  14. Assalam.

    Naj Mi, terima kasih kerana sokongan saudara. sepanjang 17 tahun berkahwin, saya cuma berasa pelik tetapi tidak mengesyaki apa apa. tetapi kerana kedhaifan dan kesabaran saya, Allah tunjukkan kebenarannya apabila Allah tahu saya telah bersedia menerima berita tersebut dan dapat menanganinya. sudah tentu berita itu mengejutkan (menggetar semua tubuh) tetapi ketika itu, apa yg saya fikir ialah "aku pastinya telah berbuat dosa besar hingga aku diduga dgn sesuatu yg amat berat". so saya buat solat taubat pada Allah pertama kali saya mendapat tahu...banyak buat muhasabah diri, dan berterusan membaca Quran utk mencari petunjuk. Dari kacamata saya, apa yg berlaku ini adalah kerana Allah menyayangi suami saya dan terlalu banyak jalan kebenaran yg Allah tunjukkan padanya dan dia masih ada peluang untuk pilih syurga atau neraka kerana hayat masih dikandung badan. semua ini menampakkan pada saya bahawa dunia ini adalah dugaan Allah dan akhiratlah tempat hakiki yg perlu kita kecapi, Alhamdulillah. saya bersyukur pada Allah kerana dikurniakan suami yg dgn tidak secara langsung mendekatkan diri saya pada Allah dan memperlihatkan saya tentang pentingnya kejar akhirat. ia juga mengajar saya bagaimana utk redha...

    Saudara Naj Mi yg dikasihi Allah, saya izinkan saudara share sekiranya ia boleh membantu. saya juga akan sentiasa mendoakan saudara dan suami gay diluar sana supaya sentiasa diberi kekuatan utk beristiqomah dalam mencari keredhaan Allah dan memantapkan iman. sabarlah...dan sabar itu adalah SEPARUH iman.. wallahu'alam

    ReplyDelete
  15. wannaBwise,

    Alhamdulillah sekali lagi saya doakan moga kehidupan awak sekeluarga diberkati Allah, sukar nak saya beri komen yang lebih baik kerana saya sendiri belom pernah mengalami alam perkahwinan itu sendiri, apa-apa pun syukur kerana awak kuat beralih mengingati Allah bila ditimpa musibah seperti ini, ya saya yakin doa wannaBwise akan di makbulkan.

    Thanks sekali lagi kerana sudi singgah dan meninggalkan kata nasihat seperti ini :)

    ReplyDelete
  16. Saudara Naj Mi yg dirahmati Allah, saya juga ucapkan terima kasih kerana saya akhirnya dapat luahkan perasaan saya...dan ini adalah luahan saya yg pertama setelah menanggung derita hampir 17 tahun. walaupun saya hanya sedari setelah 17 tahun, tapi derita kerana rasa tidak dicintai adalah terlalu lama apatah lagi bila masalah tidak boleh dikongsi dengan sesiapa demi menjaga maruah suami.

    Saya nak bertanya satu soalan, adakah saudara seorang yg amat mementingkan penampilan? suami saya amat menjaga penampilan. walau usianya sudah 50 tahun, tapi dia kelihatan muda dan bergaya.lebih lebih lagi dgn kulitnya yg putih dan rupa iras orang jepun. oleh kerana dia jaga bentuk badan, saya juga terpaksa menjaga penampilan kerana itu yg dia mahukan, so gym adalah tempat routine kami setiap hari (terpaksa ikut apa yg dia suka buat dan temani ke tempat yg dia suka pergi...yg baiknya, saya juga dapat menjaga penampilan dan kesihatan saya, Alhamdulillah).

    terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana saya rasa seolah olah bebanan batu yg besar yg saya pikul selama 17 tahun itu hilang setelah sebahagian masalah telah dikongsikan disini dengan orang yg memahami situasi saya. Alhamdulillah. Hope both of us and all others who face with the same problem can get the benefit from this. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, puan betapa setia seorang isteri. semoga puan diredhai Allah SWT dan Anak-anak anda juga dilindungi Nya dijauh daripada segala apa yang dialami suami puan.

      Delete
  17. wannaBwise,

    Ya ada banyak saluran, tempat dan cara bagaimana kita boleh luahkan segala isi hati kita yang terpendam tu. Selain becerita dengan teman atau melalui FB malah melalui blog seperti yang saya buat. Saya luahkan segala2nya tentang diri saya dlam blog ini sebenarnya banyak entry telah saya tulis dg detail tentang kegiatan hidupa saya tapi kerana takut sendiri saya deletekan mana yang patut hehehe.

    Kalau nak ikut saya memang menjaga tubuh badan, dulu kerap ke gym dan tubuh saya sebenarnya pernah ada muscle dulu, ya saya juga menjaga penampilan diri dan segala2nya kerana nak sentiasa kelihata menarik, semua gay pasti menjaga penampilan diri, tetapi sejak mendapat HIV ni dan tidak bekerja makan penampilan kurang saya ambil perhatian sangat. Tapi masih tetap nak bergaya lah hehehe walau pun umur dah meningkat 45.

    Tak mengapa selagi awak rasa selesa dengan cara hidup awak kini teruskan tak pa pergi lah gym menemani suami lebih baik kita selalu bersama suami dari pada dibiarkan mereka pergi sendirian. Gym pun salah satu tempat berpuaka hehehe kerana ramai gay yang strg8 act datang kesana menjaga badan dan mencari makan.

    Apa pun jalani hidup awak seperti biasa, berdoa berterusan semoga kehidupan awak lebih ceria dimasa hadapan :)

    ReplyDelete
  18. Salam Naj Mi & wannaBwise,

    Thanks kerana sharing perkara ini. Saya adalah seorang gay yang mempunyai seorang isteri yang sangat tabah, sangat indah dan istimewa pada saya. Saya sayang sangat pada beliau, tapi itulah, being gay is not an option. Kalau option tuh, dah lama saya tukar balik kepada tune str8 lebih2 lagi kalau nak berkahwin dulu. Tapi sayang saya hanyalah pada zahir sahaja. Batin saya langsung tak berkemampuan. Bukan masalah lemah tenaga batin atau apa, tetapi saya langsung tiada naluri kepada insan bergelar wanita, dan lebih mengharukan keadaan, insan itu adalah isteri saya sendiri.

    Saya cuba untuk meletakkan perasaan isteri saya sebagaimana perasaan wannaBwise. Dan seriously airmata saya jatuh berderai. And of coz jangan ditanya kenapa, kami juga berperasaan halus seperti wanita, dan saya memahaminya. Malah telah berkali2 saya cuba berfikir akan hal ini, saya akan menangis. Kerana tidak bisa membahagiakan seorang insan yang saya sayang bergelar isteri.

    SAya masih sedang mencuba untuk memberikan nafkah batin, kewajipan seorang suami kepada isterinya tanpa membayangkan beliau sebagai seorang lelaki. Saya tahu itu salah, tapi kadangkala saya terpaksa. Saya juga masih berusaha keras untuk tidak makan luar. Doakan saya.. Kenapalah perasaan ini tidak mudah untuk diubah. Susahnya ya Allah. Fikir2 balik, Naj Mi untung tak perlu fikir benda2 nih semua, tak perlu berlakon, tak perlu menzalimi orang yang disayangi, dan menzalimi diri sendiri. Tapi itulah masing2 punya bahagian masing2.

    Saya berdoa agar wannaBwise terus tabah dan kuatkan doa kepadanya. Dan saya berharap isteri saya juga setabah anda. Sebab saya tahu saya tak mampu kehilangan beliau, tapi saya kesal tak dapat memberikannya kebahagiaan seorang isteri....

    ReplyDelete
  19. Hubby Bee

    W Salam, terima kasih kerana doakan untuk saya dah Puan wannaBwise....:)

    Dan terima kasih kerana berkongsi cerita...anda seorang yang tabah, memaksa diri untuk cuba kembali ke arah naluri yang betul dengan mengambil jalan berkahwin, walau pun sukar tetapi anda masih mencuba. Anda berani menempuh dugaan alam perkahwinan bagi diri saya memang tak sanggup dan tak berani untuk berkahwin.

    Insyaallah teruskan kehidupan yang penting berdoa ke hadrat Allah agar kasih sayang anda kepada isteri kembali berubah, utuh selamanya. Jangan dikesal dengan tindakan yang anda telah ambil itu (berkahwin).

    Saya doakan kebahagian untuk anda HubbyBee.

    ReplyDelete
  20. I'm really impressed with your writing skills and also with the layout on your blog. Is this a paid theme or did you modify it yourself? Either way keep up the nice quality writing, it's rare to see a great blog like this one today.
    Also see my web site: herpes treatment genital

    ReplyDelete
  21. Howdy would you mind stating which blog platform you're using? I'm going
    to start my own blog in the near future but
    I'm having a tough time selecting between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal. The reason I ask is because your design seems different then most blogs and I'm
    looking for something unique.
    P.S Apologies for being off-topic but I had to ask!
    Also visit my weblog ... mm 093 rheumatoid arthritis

    ReplyDelete
  22. Puan wannaBwise; boleh saya tahu email puan. Saya ada persoalan yg saya harap puan ada jawapannya.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST