Thursday, 7 June 2012

10 SELEBRITI YANG MENGIDAP HIV - PART 1

Virus Human Immunodeficiency (HIV) boleh menyerang sesiapa sahaja - tua dan muda, kaya atau miskin, yang terkenal dan juga mereka yang tidak dikenali. Mangsa-mangsa yang tidak terkenal dan ternama yang dijangkiti tidak diendahkan oleh masyarakat, tetapi tidak bagi golongan selebriti yang sentiasa mendapat perhatian dunia. Ini adalah senarai 10 selebriti teratas yang diketahui mempunyai atau telah mempunyai virus yang dikenali sebagai HIV, termasuk orang-orang yang telah meninggal dunia (sama ada dari AIDS atau sebab lain).

Dan kebanyakan mereka didalam senarai ini telah dijangkiti HIV pada ketika zaman awal kemunculan penyakit ini dulu, pada ketika stigma terhadap PLHIV begitu menebal dan kuat dikalangan masyarakat dunia dan pada ketika ubatan seperti HAART (yang kita telan hari ini) belum ditemui, jika ada ubatan yang dapat mengawal penyakit ini dari merebak dalam tubuh badan pada ketika itu pun harganya amat dan tersangat mahal.

1) Rock Hudson 


Seorang pelakun Hollywood lelaki yang sangat terkenal, seorang selebriti pertama Amerika yang telah diagnosis mengidap HIV/AIDS dan yang telah mengumumkan pada orang awam ketika itu. Memang tidak disangkalkan lagi, dia adalah salah seorang bintang filem yang paling popular dan terkenal di zamannya. Orang ramai mendapat kejutan dua kali apabila ia telah mendedahkan bahawa beliau mempunyai AIDS malah ia beliau juga mengaku seorang gay. Pada tahun 1985, Rock Hudson meninggal dunia pada usia 59.


2) Freddie Mercury


Penyanyi utama kumpulan rock “Queen” yang terkenal dengan kebolehan vokal dan karisma beliau. Kematiannya membawa kepada tertubuhnya Yayasan Amal Mercury Phoenix anti-AIDS dan Freddie Mercury Tribute Concert untuk Kesedaran AIDS. Beliau meninggal dunia pada tahun 1991 pada ketika usia 45 tahun dan telah disenaraikan kedalam Rock and Roll's Hall of Fame pada tahun 2001.


3) Liberace


Flamboyant Las Vegas, seorang penyanyi dan pemain piano yang terkenal dengan gaya pakaian dan kehidupan yang mewah yang amat dikenali sekitar tahun 70-an dan 80-an, Liberace adalah seorang selebriti yang menjadi tarikan utama di Las Vegas pada ketika itu. Pada tahun 1987, beliau meninggal dunia akibat komplikasi dari AIDS.


4) Arthur Ashe


Salah satu pemain tenis terhebat sepanjang zaman, beliau adalah orang pertama Afrika-Amerika untuk memenangi Grand Slam sebanyak tiga kali. Ashe juga menjadi salah seorang aktivis sosial yang mengetuai bantahan awam terhadap apartheid di Afrika Selatan; beliau dijangkiti HIV melalui pemindahan darah semasa pembedahan jantung. Beliau meninggal dunia pada tahun 1993 pada usia 49.


5) Isaac Asimov

Penulis fiksyen sains terkenal dan ahli biokimia. Dua hasil karya beliau telah dijadikan filem dan telah mencapai kejayaan iaitu  I, Robot dan Bicentennial Man. Beliau juga sangat terkenal kerana penulisan buku-buku sains, ia dijangkiti HIV kerana permindahan darah semasa pembedahan jantung.


6) Earvin "Magic" Johnson


Salah seorang pemain bola keranjang (NBA) terhebat sepanjang zaman, Beliau begitu tangkas ketika bermain digelanggang perlawanan. Sejak beliau mengumumkan diri dijangkiti virus HIV pada orang awam, Johnson terus bergiat bersama dalam usaha menyebarkan maklumat yang betul tentang bahaya serta cara pencegahan HIV / AIDS serta seks selamat.


7) Greg Louganis


Pemenang pingat emas Olimpik dalam acara terjun. Beliau adalah seorang atlet yang paling cemerlang pada tahun 1984 dan telah memenangi pingat emas Olimpik berturut-turut dalam kedua-dua acara terjun 3 meter dan 10 meter. Berikutan pengumuman status HIV beliau pada tahun 1995, Louganis telah digugurkan oleh kebanyakan penaja korporat yang menaja beliau sebelum itu. Sejak bersara dari acara sukan, Louganis telah menceburi bidang lakunan Broadway.


8) Tommy Morrison


Seorang peninju dan seorang juara dunia, lebih dikenali dengan peranannya sebagai Tommy Gunn di dalam film Rocky V. Pada tahun 1996, ia telah mendedahkan diri sebagai seorang HIV positif dan terus besara dalam bidang tinju. Pada ketika ini, beliau meneruskan kerjayanya dalam Mixed Martial Arts dan cuba untuk kembali meneruskan keriarnya dalam bidang tinju.


9) Ryan White 


Remaja ini telah diusir dari sekolah tinggi hanya kerana telah dijangkitan HIV yang beliau perolehi dari darah yang tercemar semasa menerima rawatan. Beliau yang merupakan seorang hemophiliac, menjadi seorang kanak-kanak contoh untuk kempen kesedaran tentang HIV / AIDS pada ketika orang ramai tidak mengetahui sangat tentang penyakit itu. Ryan White menjadi rakan kepada ramai selebriti termasuk Michael Jackson yang telah mencipta lagu "Gone Too Soon" khas untuk beliau serta semua mangsa AIDS remaja yang lain. Beliau meninggal dunia pada 1990 pada ketika usia muda 18 tahun.


10) Esteban De Jesus


Seorang juara tinju dunia (a world lightweight champion) dari Puerto Rico. Terkenal dengan trilogi bersama Roberto Duran, mempunyai kehidupan yang penuh kontroversi, masalah serta skandal. Dihukum penjara seumur hidup kerana kesalahan membunuh, dia berubah menjadi pendakwah dan mula menukar kehidupannya menjadi lebih baik. De Jesus telah mendapat HIV dan meninggal dunia akibat AIDS pada tahun 1989.


Syukur kerana dijangkiti hiv pada hari ini, pada ketika banyak ubatan yang mampu menolong memperbaiki kualiti kesihatan hidup muncul dipasaran, pada ketika harga ubatan untuk penyakit ini semakin mampu dibeli (oleh kerajaan) malah mampu dibeli bagi ramai individu. Kita sepatutnya banyak bersyukur pada Nya.


4 comments:

  1. pembakar semangat..... terus berjuang yer sahabat

    ReplyDelete
  2. saya amat berharap, masyarakat kita akan berjaya menghilangkan stigma pada plhiv. tapi itu juga bermaksud waktu disaat stigma itu hilang..plhiv semakin bertambah.

    ReplyDelete
  3. assalam

    saya menjumpai blog atau coretan saudara ketika search internet.

    mohon izizn follow blog ini.

    ReplyDelete
  4. Waqar Syamil,
    :)

    darkangel,
    hmmm ya saya pun setuju dengan apa yang awak katakan tu... logik nya memang itu yang akan berlaku kut..wallahuallam

    airelfatta,
    sila kan :)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST