Followers

Tuesday, 19 June 2012

10 KESAN ANCAMAN PENYAKIT SEKS BEBAS

Kota Cap d'Agde di Perancis juga disebut kota telanjang. Di kota ini Anda bebas untuk tidak mengenakan sehelai benang pun saat bepergian. Mengenakan pakaian bersifat opsional di kota ini. Kota ini juga dinobatkan sebagai ibukota dunia naturalisme.

MALAYSIA yang dikatakan gagal sistem pendidikan, telah melahirkan ramai remaja-remaja berhubungan seks luar nikah. Di negara yang meletakkaan Islam sebagai agama bagi Persekutuan ini, amat memalukan Agama Islam itu sendiri apabila remajanya jadi begitu.

Centers for Diseases Control and Previntion ada menyebutkan terdapat 50 organisme berjangkit melalui seks bebas. Ini dia 10 penyakit umum yang patut diwaspadai. Jika setiap orang Amerika Syarikat (AS) penderita penyakit menular akibat hubungan seksual dipindahkan ke Kanada, maka jumlah mereka akan lebih dari dua kali jumlah penduduk negara tetangga AS itu.

Kira-kira 40 juta orang Amerika telah tertular penyakit akibat hubungan seksual (Sexually Transmitted Desiases atau STD). Setiap tahun, kes baru STD mencapai 12 juta. Ertinya, setiap hari ada 33,000 kes baru.

“Ini epidemi (penyakit berjangkit cepat) yang sangat meresahkan,” kata Peggy Darke, ketua American Social Health Association di Research Triangle Park, North Carolinas seperti dikutip dari Epigee, 26 Okt 09.

Sebenarnya inilah amaran dari Allah SWT, sebagai suatu anugerah peringatan kepada manusia, bagi yang mahu menerimanya. Walaupun sudah ribuan tahun berlalu wakil terakhir Nya sudah dihantar ke bumi untuk memberi peringatan kepada manusia ini.

Berikut ini 10 penyakit paling umum akibat sering tukar-tukar pasangan atau seks bebas.

Satu: Herpes Genital


Hampir 31 juta rakyat AS, satu per enam jumlah penduduk AS pernah menderita herpes genital. Herpes, yang disebabkan oleh virus Herpes Simplex type 2, adalah infeksi seumur hidup yang menyebabkan lecet-lecet pada alat kelamin yang biasanya datang dan pergi. Ada lelaki yang tidak menunjukkan gejala apa pun, tetapi mereka tetap menjangkit orang lain. Acydovir (Zovirox) adalah ubat yang diresep atau disapukan dapat meringankan gejala-gejalanya, tetapi tidak menyembuhkan. Lecet-lecet kerana herpes tersebut boleh meningkatkan lagi risiko tertular HIV melalui luka di darah.



Dua: Sifilis (Penyakit Raja Singa)


Juga dikenal dengan nama Great Imitator kerana gejala-gejala awalnya mirip dengan gejala-gejala sejumlah penyakit lain. Sifilis sering dimulai dengan lecet yang tidak terasa sakit pada penis atau bahagian kemaluan lain dan berkembang dalam tiga tahap yang dapat berlaku lebih dari 30 tahun. Secara umum, penyakit ini dapat membuat orang yang telah berumur sangat menderita, kerana dapat mengundang penyakit jantung, kerosakan otak, dan kebutaan. Apabila tidak diubati, penyakit ini juga dapat menyebabkan kematian. Kira-kira 120,000 orang di AS tertular sifilis setiap tahun.



Tiga: Gonorrhea (Kencing Nanah) atau gonore


Penyakit ini telah dikenali sejak dahulu lagi, menyerang sekitar 1.5 juta orang Amerika, lelaki mahupun wanita setiap tahun. Meskipun sering tanpa gejala, infeksi bakteria ini dapat menyebabkan rasa sakit saat buang air kecil dan mengeluarkan nanah setelah dua hingga sepuluh hari. Kalau tidak diubati, penyakit ini dapat berkembang menjadi artritis, lepuh-lepuh pada kulit, dan infeksi pada jantung atau otak. Gonore dapat disembuhkan dengan antibiotika.



Empat: Chlamydia atau klamidia

 
Kondisi ini mempunyai gejala mirip gonore, walaupun dapat juga muncul tanpa gejala. Di AS, klamidia termasuk penyakit yang paling mudah diubati, tetapi mudah juga menginfeksi, iaitu sekitar 4 juta orang setiap tahun. Penyakit ini dapat menyebabkan artritis parah dan kemandulan pada lelaki. Seperti sifilis dan gonore, penderitanya dapat disembuhkan dengan antibiotik.



Lima: Genital Wart (Jengger Ayam) atau Kutil di kelamin


Di AS, kes kutil pada alat kelamin ini mencapai 1 juta setiap tahun. STD ini disebabkan oleh sejenis virus papiloma, yang terkait dengan kanker penis serta anus (dubur). Ubatnya tidak ada, walaupun kutil yang terjadi dapat dihilangkan melalui operasi atau dibakar, atau dibekukan. Tetapi selalunya tidak lama kemudian gejala yang sama akan datang kembali.



Enam: Hepatitis B


Penyakit ini dapat berlanjut ke sirosis hati atau kanser hati. Setiap tahun kes yang dilaporkan mencapai 200,000, walaupun ini satu-satunya STD yang dapat dicegahkan melalui vaksinasi.



Tujuh: Kanker prostat

Dalam sebuah studi yang dilakukan oleh Karin Rosenblatt dari University Of Lllionis, diketahui bahawa dari 753 lelaki yang disurvei, terdapat kaitan antara kanser prostat dengan banyaknya bilangan berhubungan seksual dengan beberapa orang. Lelaki yang sering melakukan seks dengan banyak wanita berisiko 2 kali ganda terkena kanser prostat.



Lapan: Kanker Serviks (leher rahim)


Hampir 95 peratus kanser serviks disebabkan oleh Human Papiloma Virus (HPV), dan 33 peratus wanita dilaporkan punya virus tersebut, yang menyebabkan adanya sakit dileher rahim. Virus ini dapat menular melalui hubungan seksual dan lelaki pun dapat tertular oleh virus ini.



Sembilan: HIV/AIDS

Pertama kali ditemukan pada tahun 1984. AIDS adalah penyakit penyebab kematian ke-6 di dunia, baik bagi wanita mahupun lelaki. Virus yang menyerang kekebalan tubuh ini dapat menular melalui darah dan sperma pada saat berhubungan seksual. Hingga kini vaksinnya masih dikembangkan namun belum terbukti ampuh mencegah penularannya.



Sepuluh: Trichomoniasis


Dapat menyebabkan daerah di sekitar vagina menjadi berbuih atau berbusa. Ada juga yang tidak mengalami gejala apapun. Penyakit ini dapat menyebabkan bayi dilahirkan prematur jika ibunya menderita penyakit ini semasa hamil. Sangat penting mengetahui bahwa hubungan seksual bukan hanya sekedar hubungan intim. Kontak seksual seperti ciuman, oral seks dan penggunaan alat bantu seks seperti vibrator juga berisiko menularkan virus.

Kesimpulan 
Satu-satunya cara untuk mencegah penyebaran dan mengelak dari penyakit itu adalah dengan berhubungan seks melalui perkahwinan yang sah. Untuk berkahwin terdapat syarat-syarat memilih isteri atau suami yang dapat mengelakkan dari jangkitaan. Apalagi jika mereka itu adalah keluarga yang patuh kepada peraturan agama Islam dapat mengelakkan dari jangkitan penyakit-penyakit tersebut.

Penggunaan kondom dikatakan dapat mencegah penyakit HIV dan gonorrhea, tetapi kurang efektif mencegah herpes, trichomoniasis, chlamydia dan HPV. Yang jelas, itulah hukuman, ancaman dan peringatan dari Pencipta manusia ini, supaya menusia ini mengikut menu dan peraturan yang ditentukan Pencipta Yang Maha Tahu itu sendiri.

www.ibnuhasyim.com


1 comment:

  1. Me like all the contents in ur blog...would love to meet u n ahp in person..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST