Wednesday, 30 May 2012

10 PEKARA SEKADAR RENUNGAN

Ada beberapa pekara yang menarik perhatian ketika menjalani kehidupan harian yang saya alami, nampak dan perhatikan. Sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama disini.

Pertama, kepala rasa lega bila rambut yang panjang mencecah kebahu sudah pun dipotong pendek. Berangin rasanya. Susahnya nak jaga rambut yang panjang asyik gugur bertaburan dilantai bilik. Saya pernah menyimpan ramput sehingga mencecah paras perut ala-ala Amy Search satu ketika dulu hanya kerana menyahut cabaran dari kawan sekerja, memang terasa penat untuk menjaga rambut panjang pada hari ini tetapi agak mudah menjaga ketika waktu muda dulu. Sebaik pulang dari makan angin beberapa hari lalu, terus saya potong rambut sependek mungkin dan terperasan pula terdapat dua tompok seolah-olah sopak putih sebesar duit sepuluh sen diatas dahi kiri dan disebelah mata kiri. Maybe kurap kut. Alhamdulillah selepas disapu ubat nampaknya semakin berkurangan.


Kedua, pagi ini ketika menunggu dibilik sementara menanti dipanggil untuk pemeriksaan gigi diklinik pergigian, saya terpandang dipapan kenyataan tentang asap rokok yang menjadi penyebab kepada barah mulut. Asap rokok mengandungi 4000 bahan kimia. 200 beracun dan 63 penyebab kanser. Antara kandungan asap rokok ialah;


Stearik (bahan lilin)
Nitrobenzena (gasoline)
Aseton (penanggal cat)
Sianida (racun berbisa)
Naftalena (ubat gegat)
Metanol (bahan api)
Arsenik (racun anai-anai)
Ammonia (pelarut lantai)
Toulena (pelarut industri)
Butana (cecair pemetik api)
Kadmium (bahan bateri kereta)
Vinyl Klorida (membuat plastic)
Karbon Monoksida (asap kereta)
D.D.T (racun perosak)

Daripada 84 pesakit barah mulut (di Malaysialah tu) 26.2% adalah kerana merokok, 33.3% kerana minum alcohol dan 54.8% kerana mengunyah sireh. Walaupun berada ditempat ketiga tetapi bilangan mereka yang merokok masih tinggi. Senang cakap merokok tu memang merbahaya untuk kesihatan tubuh badan kitakan. Bagi perokok yang telah disahkan positif hiv sebaik mungkin berhentilah ya, pelahan-lahan pun tak apa asal berhenti, demi kesihatan tubuh badan kita juga.


Ketiga, saya terbaca satu fakta ringkas dalam sebuah akhbar baru-baru ini;

Malaysia
Mencatatkan kejayaan lebih baik
berbanding negara membangun lain
di ASEAN dari segi
mengurangkan insiden penyakit berjangkit.
Sebagai contoh, pada 1990 bilangan kes


Malaria
Ialah 289.5 per 100,000 orang sebelum menurun kepada 18.6 pada 2011.

Bagi jangkitan
HIV
pula, bilangan kes pada 2000 ialah 21.7 per 100,000 orang sebelum menurun kepada 12.2 orang pada 2011.


Keempat, saya senyum sendirian bila terjumpa dan melihat photo dibawah ini. 



Kelima, rakan saya yang berada di NY kata saya ni “alien” hanya kerana saya beritahu mereka dua malam yang lalu yang saya mengalami “wet dream” (versi saya lah). Mereka kata saya tipu almaklumlah umur pun dah lanjut, tapi masih bermimpi basah. Maybe kerana masih membujang dan aktiviti sedemikian telah lama ditinggalkan, dalam masa yang sama hati ketika ini terpaksa pula berperang melawan nafsu yang tak pernah hilang. Tanpa dijemput ia pun datang dalam mimpi. Yang pasti malas betol nak mandi wajib...



Keenam, saya tertarik dengan tajuk dalam akhbar hari ini yang bertajuk;

“Lelaki China jual daging manusia”.
2012/05/30
BEIJING: Polis di barat daya China menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh lebih berbelas-belas kanak-kanak dan remaja lelaki sebelum memotong anggota tubuh mangsa dan menjual daging mereka kepada pelanggan yang tidak sedar ia daging manusia, menurut laporan semalam. 

Zhang Yongming, 56, a chess-playing farmer, was detained earlier this month in Nanmen village, in southwest China’s Yunnan province.

Pihak polis membuat penemuan ngeri itu semasa menyiasat kehilangan sekumpulan remaja lelaki di wilayah Yunnan sejak beberapa tahun lalu, menurut laporan media China dan Hong Kong. Suspek utama dikenali sebagai Zhang Yongming, 56, yang ditahan dua minggu lalu di kampungnya di Nanmen, Yunnan. Dia mulanya disiasat beberapa bulan lalu atas pembunuhan seorang pemuda berusia 19 tahun penghujung April dan beberapa lagi orang lain yang hilang, lapor laman web Guangxi News.

Police in southwest China have detained a man suspected of murdering more than a dozen boys and young men, chopping up their bodies and selling the flesh to unsuspecting consumers, reports said Friday.

Ketika anggota polis memeriksa rumah Zhang, mereka menemui telefon bimbit lelaki itu, kad bank dan bukti lain, menurut web berita itu yang turut melaporkan bahawa lebih berpuluh-puluh remaja lain hilang dari kampung sama sejak beberapa tahun lalu. Zhang dikatakan suka menyendiri dan tidak pernah bercakap dengan jirannya. Dia pernah dipenjara 20 tahun kerana membunuh dan dikenali di kampungnya sebagai ‘raksasa pemakan daging’. Penduduk juga memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka sering melihat beg plastik hijau mengandungi tulang putih tergantung di rumahnya. 

 
Akhbar Hong Kong, The Standard melaporkan anggota polis menemui biji mata manusia yang diawetkan dalam botol ‘seperti arak ular’ dan beberapa cebisan daging manusia tergantung dipercayai untuk dikeringkan sebaik mereka memasuki rumah Zhang. – AFP  


Ketujuh, Berkaitan tongkat ali yang dikatakan ada bahan anti - HIV, keratan akhbar dibawah pernah disiarkan beberapa tahun lalu. Baca, renungkan dan fikir lah sendiri ya. Nak percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing. Apa pun sehingga kini HIV/AIDS masih tidak ditemui ubat penyembuh tetapi ubatan untuk melemahkan virus didalam darah sehingga membuatkan virus tidak atau kurang aktif atau tidur jawabnya ada - iaitu HAART (Highly Active Anti-Retroviral Therapy)



Kelapan,Berdasarkan kepada Global Adult Tobacco Survey 2011, jumlah rakyaat Malaysia yang


Merokok 
setiap hari ialah
32.1%
atau
4.7 juta orang.

4,250 responden
yang terlibat dalam kajian ini,


99.2% mengaku
sedar tentang risiko akibat merokok.

83.5% responden
pula bersetuju jika merokok
menjadi larangan
disemua restoran di negara ini.



Kesembilan, Rakyat China Paling Ramai Dijangkiti Aids/HIV23 January 2012.

Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan China, Program Bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mencatatkan seramai

780,000 orang rakyat di China terbabit dengan penyakit Aids/HIV

dan  

154,000 daripadanya ialah penyakit Aids. 

28.6 peratus daripadanya ialah wanita.


Kesepuluh, 

 

Kedua-dua photo diatas menceritakan tentang dua kisah yang berbeza tetapi berlaku disebuah negara yang sama iaitu Iran. Photo pertama bagaimana gigihnya anggota polis wanita di Iran yang sedang menjalani latihan, manakala photo kedua seorang wanita yang tenang bersedia untuk bertemu Allah. 


 



10 comments:

  1. Salam, dari rambut panjang sampai kerambut pendek. Entah bila boleh bersua muka? Pepe pun hope you are always in good condition and health k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Mizan,
      Maybe kena tunggu rambut saya jadi panjang, pendek, panjang dan pendek kembali kut. Apa pun sekiranya saya rasa cukup bersedia untuk bertemu dan berbual dengan sahabat yang lain kemungkinan pada ketika itu saya mengunakan nickname yang lain, kerana saya tidak mahu dikenali sebagai NajMi, maybe tanpa dijemput saya terus menghadirkan diri disatu2 perjumpaan, seminar berkaitan PLHIV tanpa diketahui org lain, saya tak nak rasa tidak selesa bila bertemu dan membayangkan apa yang difikirkan anda semua setelah tahu kisah latar belakang saya yg buruk tu, pada ketika itu kalau anda boleh agak atau kenali saya, terpulang aje lah.... :)...insyaallah satu hari nanti.....:)

      Delete
  2. ooh..baru saya tahu orang lelaki berumur jarang wet dream.thanks for the info.

    ReplyDelete
  3. Saya nak highlight (betul ke ejaan ni? Lame tak masuk sekolah kekdahnya) yang pertama...gambar naj mi ker tu dari sisi? Nmpk mcm hensem...hihi...jgn marah
    Yg ke 2 pasal wet dream tuh...hihi, habis basah lencun mcm dlm gmbar kartun tu ker? Pon jgn marah...
    Gurau jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AHP,
      :)

      darkangel,
      :)

      Waqar Syamil,
      :)

      Tchr shda,
      Saya lah tu, dari sisi memang nampak cantik tapi kalau dari depan memang tak hensem langsung....:)

      Delete
  4. oooh that's naj mi...really nak sangat jumpa Naj Mi in person. Dari bentuk penulisan dan komen, Naj Mi matang dan reasonable. Sejarah lama tu tutup buku, saya respect Naj Mi sekarang dan selamanya walaupun dia tukar nick name Mi Naj. Kalau nak jumpa kena tunggu rambut panjang balik, pendek lepas tu panjang balik rasanya saya dah tak larat...kena jaga cucu masa tu.

    ReplyDelete
  5. Mak Wardah,

    Takpa jaga cucu, saya nak tengok cucu tu nanti insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously...your answer really made proud of it. InsyaAllah together we met with my grandchildren but if possible earlier would be better.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST