Friday, 11 May 2012

FIDYAH PUASA BUAT PLHIV

22 Mei 2012 bersamaan dengan 1 Rejab 1433

Beberapa tahun dulu saya sentiasa mengira hari menanti detik kedatangan bulan Rejab, kerana bila masuk sahaja bulan Rejab saya akan cuba melipat gandakan amalan seperti solat sunat dan puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis. Puasa sunat paling kerap saya lakukan dulu dan pernah melakukan puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis hampir sepanjang tahun hanya kerana bimbang akan tiba suatu hari nanti  yang saya tidak akan dapat merasai nikmat pahala melakukan amalan puasa wajib didalam bulan Ramadhan lagi. 

Bila tiba bulan Rejab saya juga akan cuba pastikan diri hadir bersolat secara berjemaah di masjid pada setiap waktu solat kerana antara tujuan utama adalah untuk mendapat keredhaan, keberkatan dan hidayah dariNya serta dimakbulkan segala doa terutama semasa doa yang dipanjatkan ketika tibanya 10 malam terakhir dibulan Ramadhan dan sudah tentu antara doa utama saya ialah semoga amalan yang dibuat bersungguh-sungguh dalam bulan tersebut akan berterusan selama-lamanya, bukan hanya setakat tiga bulan itu sahaja. Selain dari itu tujuannya adalah kerana saya mahu mengejar untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar, ya saya berusaha mendapatkan Lailatul Qadar sejak bermula datangnya bulan Rejab.

Tetapi itu dulu selalunya sukar untuk kita pertahankan amalan yang baik itu agar berterusan. Sejak dua tahun yang lalu selepas saya mula menelan HAART, saya tidak lagi mengendahkan atau mengambil berat sangat tentang kedatangan bulan Rejab serta Syaaban ini. Walaupun tidak menanti kedatangan bulan ini seperti dulu, tetapi apabila masuk sahaja bulan Rejab dan sebaik sahaja saya menyedari telah datangnya bulan ini secara automatik saya akan cuba meraikannya sebaik mungkin. Ya sekurang-kurangnya buat apa yang baik sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang sangat dinanti-nantikan itu. Penghulu segala bulan. Bukan buat persediaan baju raya ya, tetapi persediaan mempertingkatkan amalan ibadat kita.


Saya terkenangkan tentang bulan Rejab ini secara tiba-tiba setelah terpandangkan wajah bulan penuh dilangit beberapa hari lalu ketika duduk sendirian diwaktu malam termenung di Padang Polo disini. Melihat bulan antara hobi saya. Ya sejak kebelakangan ini dugaan syaitan amat kuat datang dari setiap sudut, saya cuba pertahankan dan hampir-hampir juga tersungkur. "Sukar sungguh untuk diri ini mengawal diri sendiri daripada terus menzalimi tubuh badan sendiri". 

Mengadap blog juga sudah terasa hilang nikmatnya, sedikit bosan, penat dan hilang rasa ghairah tidak seseronok seperti sebelum ini, hampir-hampir mahu merobohkan sahaja dan berlalu pergi. Bulan penuh menandakan kita sedang berada dipertengahan sesuatu bulan dalam kalender Takwim, tiba-tiba menyedarkan diri saya tentang hampirnya sudah kita dengan kedatangan bulan Rejab ini. 

Insyaallah kedatangan awal bulan Rejab kali ini akan saya sambut bukannya di Semenanjung. Insyaallah mudah-mudahan saya dan kita semua dapat pertingkatkan amal ibadat disepanjang bulan Rejab, Syaaban, Ramadhan tahun ini dan berterusan kebulan-bulan yang akan datang disepanjang hayat kita semua. Amin.

للهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan - Hadis riwayat Ahmad dan at-Tabrani, daripada Anas 


Selepas bulan Rejab kita akan masuk kebulan Syaaban selepas Syaaban kita akan berpuasa dibulan Ramadhan, selepas Ramadhan yeaahhhhh Hari Raya :) Bercakap tentang puasa, bagi kebanyakan PLHIV yang telah memulakan rawatan HAART kebanyakan mereka terpaksa meninggalkan terus amalan puasa yang wajib ini termasuklah diri saya, tidak ramai yang berani hendak berpuasa kerana peraturan pengambilan ubatan HAART pada setiap 12 jam setiap hari yang perlu kita patuhi sepanjang hayat. Puasa yang kita tinggalkan itu perlu digantikan, ya digantikan dengan Fidyah.

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya dibulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya.

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib diganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan. Bagi PLHIV yang terpaksa menelan HAART setiap 12 jam sekali setiap hari mereka hanya perlu membayar fidyah sahaja (macam mana nak ganti puasa kalau seumur hidup terikat dengan waktu untuk menelan HAART kan).

"Orang sakit yang tiada harapan sembuh juga sama hukumnya seperti golongan uzur mengikut pendapat tiga imam ini iaitu Imam Syafie, Hanafi dan Maliki. Antara penyakit itu ialah leukemia, kanser usus, AIDS (yang dah start HAART saja ya, yang belum start HAART jangan mengada-gada kalau sihat masih wajib berpuasa seperti biasa), meningitis (jangkitan selaput otak), pneumonia (jangkitan paru-paru), pyelonephritis (jangkitan saluran kencing) dan septisemia (pemusnahan tisu akibat bakteria didalam saluran darah)" - Sumber - soal jawab agama bersama Ustaz Zamanuddin Jusoh - Berita Harian

Saya pernah terbaca kisah PLHIV yang perlu mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada seorang doktor yang beragama Islam sebelum ia dibenarkan untuk tidak berpuasa dan hanya perlu membayar fidyah sahaja, dengan lain kata kebenaran tidak boleh berpuasa terletak pada keputusan seorang doktor yang beragama Islam. So kalau doktor kita tu bangsa cina atau india camna?

Sudah dua kali saya membayar fidyah kerana tidak dapat berpuasa sempurna dalam bulan Ramadhan sejak menelan HAART pada Januari 2010. Sebenarnya saya tetap berpuasa tidak makan dan tidak minum seperti orang lain, cuma saya terpaksa menelan ubat setiap hari ketika tibanya pukul 10 pagi, menelan dengan seminimum air. Tidak berpuasa lah tu dan takda pahala lah kan. Tetapi saya teruskan juga berpuasa tidak makan dan minum dan seperti biasa. Malah setiap hari saya tetap akan berbuka puasa dimasjid bersama-sama dengan mereka yang lain.

Mula-mula mencari info tentang fidyah dalam internet macam-macam cara yang saya jumpa dan memang berbeza pulak dari segi jumlah cupaknya itu. Kemudian timbul pulak rasa was-was, risaulah pulak bagaimana nak sempurnakan dan bagaimana cara menyampaikan fidyah pada orang yang terpilih itu, adakah macam orang akad nikah atau sama caranya seperti kita membayar zakat dibulan Ramadhan bersalaman dan sebagainya tu.

Nak mencari orang yang terpilih atau layak menerima fidyah pulak satu masaalah, pernah saya ke masjid berdekatan hospital besar disini bertanyakan seorang yang nampak seperti bijak pandai dalam bab agama, ia seorang yang selalu berada dimasjid ini ya kalau tidak salah saya ia salah seorang imam masjid kerana pernah mengimamkan sembahyang dimasjid tersebut. Saya bertanya padanya dimana boleh saya cari orang yang layak menerima fidyah, ia jawab dengan yakin hantar saja beras ke rumah anak yatim. Rumah anak yatim yang ia sendiri uruskan dan terletak tidak jauh dari masjid ini. Ada pendapat yang pernah saya dengar sebelum itu mengatakan bahawa anak yatim yang tinggal dirumah anak yatim tidak layak menerima fidyah. So saya “konfius”. Selama hampir setahun saya cuba mengatasi masaalah ini sendirian, nak tak nak saya terpaksa juga percepatkan membayar fidyah bagi diri saya sebelum terlambat.

Sebenarnya cara membayar fidyah adalah sangat mudah, tetapi terasa amat berat bagi saya yang sememangnya tidak ada ilmu yang cukup pada ketika itu. Ya sangat mudah bila kita sudah tahu akan sesuatu pekara itu tetapi amat berat bagi mereka yang sememangnya tidak tahu.  

Sempat saya bertanya Timbalan Mufti negeri Perak tentang cara bayar fidyah, sebaik selesai solat Jumaat dimasjid belakang rumah. Ringkas jawabnya, kita hanya perlu ada niat dalam hati bahawa beras yang dihulurkan ketangan orang yang layak itu adalah penganti puasa yang telah kita tinggalkan itu. Cukup. Jangan pikir banyak-banyak dah.


Saya berpegang pada penjelasan Ustaz Farid Ravi Abdullah yang tersiar dalam sebuah akhbar yang mengatakan membayar fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan adalah  sebanyak satu cupak  yang bersamaan dengan 567 gram.

Sehari puasa yang ditinggalkan bersamaan dengan secupak beras = 567g
567g x 30 hari puasa yang ditinggalkan = 17010 g  (1000g = 1 kg)
17010g dibahagikan dengan 1000g = 17.01kg
Beras dijual sekampit 10kg lebih kurang RM25. (bagi yang mampu belilah beras yang lebih mahal) 
Bermakna Fidyah sebulan puasa yang perlu saya bayar sebanyak dua kampit beras x 10 kg. Lebihan 3 kg itu kita anggap saja sebagai sedekah.

Cara yang sama juga diterangkan oleh salah seorang ahli masjid di masjid yang lain disekitar tempat tinggal saya. So saya yakin dengan cara ini. Jika anda yang membaca dan sekiranya terdapat kesalahan dalam tulisan saya ini, tolong beritahu saya agar saya boleh perbetulkan.

Setelah yakin dan tidak ada perasaan was-was lagi, saya telah ke rumah ketua kampong untuk bertanyakan padanya penduduk setempat dibawah kawasannya yang layak menerima fidyah. Ya saya menerima beberapa senarai nama kebanyakannya ibu tunggal yang hidup serba kekurangan dan saya memilih seorang yang tinggal tidak jauh selang beberapa buah rumah dari rumah ketua kampong itu sendiri. Ia adalah adik perempuan rakan saya sendiri ketika dibangku sekolah rendah dulu, yang juga seorang ibu tunggal. Beliau tinggal bersama ibunya bersama dengan beberapa orang anaknya.


FIDYAH IKUT HARI
ARKIB : 30/07/2010

Soalan:
Mohon penjelasan lanjut mengenai fidyah, antaranya, kewajipan membayar fidyah, siapakah yang wajib membayar fidyah?

Jawapan:
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud: ...dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin...(al-Baqarah: 184).

Berdasarkan dalil di atas, fidyah puasa hukumnya wajib disempurnakan mengikut bilangan hari. Fidyah puasa (tebusan) adalah denda ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun kerana sengaja melewatkan puasa qada bulan Ramadan. Ia merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian iaitu sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin.

Sabda Rasulullah SAW, "Bagi orang yang meninggal dunia dan tidak berpuasa selama sebulan hendaklah dikeluarkan fidyah dan berikan kepada fakir dan miskin". (riwayat Al-Tirmizi)

Sebab seseorang dikenakan fidyah adalah seperti berikut;

1) Tidak mampu berpuasa, kebiasaannya keadaan ini berlaku ke atas orang yang telah lanjut usia. Tidak semua yang mereka yang berumur mampu berpuasa. Ini kerana tua juga merupakan satu penyakit.

Ibn Abbas berpendapat bahawa ayat 184 daripada surah al-Baqarah itu adalah rukhsah (kelonggaran) kepada mereka yang telah berumur (tua). Walaupun puasa adalah wajib, namun bagi mereka yang telah lanjut usianya yang tidak mampu berpuasa maka boleh berbuka dengan membayar fidyah setiap hari satu cupak (567 gram).

Sekiranya seseorang yang telah lanjut usianya tidak mampu berpuasa dan juga tidak mampu mengeluarkan fidyah atau membayar fidyah maka mengikut pandangan ulama tidak berdosa. Mazhab al-Hanafiyyah menyuruh orang yang tidak membayar fidyah supaya beristighfar serta memohon keampunan Allah SWT atas ketidakmampuannya membayar fidyah, sedang Allah swt berfirman yang bermaksud: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…"(al-Baqarah: 286)

2) Sakit yang tidak mungkin sembuh. Mereka yang disahkan sakit dan tidak akan sembuh tidak diwajibkan puasa. Firman Allah SWT yang bermaksud: …dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama…(al-Haj: 78)

3) Perempuan yang hamil dengan syarat dibimbangi keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan fidyah dan juga wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan.

4) Ibu yang menyusukan anak dengan syarat dia berasa bimbang puasa akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya. Maka wajib baginya mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah.

5)  Orang yang telah meninggal dunia. Hutang puasa bagi mereka yang meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan - Sumber : Utusan Malaysia


Melambatkan qada puasa

Mereka yang melambatkan qada puasa sehingga melangkah ketahun berikutnya dikenakan denda membayar fidyah berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan. So nasihat saya buat PLHIV yang tidak dapat berpuasa pastikan fidyah kita dilunaskan sebelum tahun berganti ke tahun berikutnya.

Alhamdulillah sebelum saya memulakan HAART dua tahun dulu, saya sempat tolong mengantikan puasa untuk arwah bapa yang meninggal dunia pada ketika hari memasak iaitu sehari sebelum menjelangnya 1 syawal pada tahun 2009. Diakhir hayat dalam bulan puasa arwah selalu sakit-sakit (anda boleh membaca dalam entry saya bertajuk “Mati”). Tidak ada ahli keluarga yang teringat tentang masaalah ini, alhamdulillah saya diperingatkan Allah tentang tanggungjawab yang perlu saya buat keatas arwah bapa. Yakin hati saya untuk melunaskan puasa arwah bapa selama seminggu. Sebenarnya saya rasa kemungkinan arwah telah meninggalkan ibadat puasa hanya dalam tiga atau empat hari saja akibat sakit yang datang secara tiba-tiba, tetapi saya gantikan sebanyak 7 hari supaya tidak ada yang terlepas.

Rasulullah saw pernah bersabda melalui hadis Aisyah RA bermaksud, “Barang siapa yang meninggal dunia sedangkan ia masih mempunyai kewajiban berpuasa, maka hendak lah digantikan oleh ahli keluarganya (walinya) - (Bukhari, Muslim dan Ahmad dalam Musnadnya)

Pernah seorang lelaki datang menemui Rasulullah bertanya, “Wahai Rasulullah, ibu saya meninggal dunia sedangkan ia masih mempunyai hutang puasa selama sebulan itu bagi pihaknya”

Maka sabda Rasulullah yang bermaksud, “Seandainya ibumu mempunyai hutang, apa kah kamu akan menbayar hutangnya?

Maka jawab lelaki itu, “Ya”

Maka Rasulullah bersabda, “Hutang kepada Allah adalah lebih perlu untuk dibayarkan” - (Riwayat Ahmad)



 
Wallahuallam. Syukur kerana saya dikurniakan HIV



13 comments:

  1. Terima kasih byk2 najmi, entri2 tuan sentiasa saya nanti2... Sgt berguna kepada semua. Saya Pon agak blurr selama ni pasal bayar fidyah puasa....

    Ceria selalu naj mie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama...sebenarnya ramai lagi yang blurr tentang fidyah ini kat luar sana tu :)

      Delete
  2. saya tabik spring!!!


    Banyak orang ambil ringan tentang bayar puasa ni, salah seorangnya saya. adeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. darkangel,
      jgn ambil ringan kalau dah berganti tahun berganda nak perlu kita bayar :)

      Delete
  3. :) terima kasih atas peringatan ... ao pun puasa ramadhan lepas ada belum berganti hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AO,
      Bagi seorang wanita, menganti puasa dah tak jadi masaalah kerana mereka dah dididik sedari awal zaman remaja kan, masaalahnya yang lelaki ni ramai yang ambil mudah tentang ganti puasa samaada ganti puasa dihari yang lain mahu pun fidyah kan :)

      Delete
  4. kawan mohon nak share ye entri ini? ramai yg x alert fidyah nih, baik yang PLHIV mahupun tak termasuklah kawan nih... he he he he

    Mr. F

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr F,
      Silakan, memang tujuan nak disebarkan pada semua. :)

      Delete
  5. Najmi kata suka tengokn bulan ye...saya juga suka tengok bulan dari masa kecil sampailah
    ke tua ni...masa kecil2 dulu siap mimpi bulan jatuh depan rumah saya tau...saya dapat
    peganglah kononnya...panas bercahaya...hihihi..tak logikkan....;)

    N3 ni menggingatkan saya supaya jangan bertangguh mengantikan puasa2 yang tertinggal...
    saya jadi takut juga...jika ditakdirkan mati..sedangkan puasa saya belum sempurna diganti...?? nak jawab apa ye depan Allah...

    Tima kasih..awak ingatkan saya....sj:)

    ReplyDelete
  6. Anonymous,

    Mimpi bulan jatuh ke riba.... saya dengar ianya suatu petanda yang baik kan.... susah orang nak mimpi seperti itu.....

    Alhamdulillah...elok sangat jagan kita tangguh puasa kita yang tertinggal... kerana esok belum tentu kita bernyawakan... siapa tang tahu kita berhutang puasa....biasanya kita tak bg tahu org lain jumlah hari puasa yang kita tinggalkan, so sebaiknya ganti secepat mungkin....:)

    Alhamdulillah puasa yang saya tinggalk tahun ni telah pun saya ganti kan.... :)

    ReplyDelete
  7. Tima kasih saya cuba ganti puasa selagi .terdaya ...doakan yer....:-)


    syukran jazillan..

    ReplyDelete
  8. 24 tahun tinggal puasa hurm mesti byk kena bayar fidyah nyer kan T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Ada cara bagimana nak ganti puasa yang ditinggalkan tu, saya tak bijak membincangkannya disini, awak cuba refer dg mana2 ustaz dan ahli bijak agama tentang hal ini.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST