Wednesday, 30 May 2012

10 PEKARA SEKADAR RENUNGAN

Ada beberapa pekara yang menarik perhatian ketika menjalani kehidupan harian yang saya alami, nampak dan perhatikan. Sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama disini.

Pertama, kepala rasa lega bila rambut yang panjang mencecah kebahu sudah pun dipotong pendek. Berangin rasanya. Susahnya nak jaga rambut yang panjang asyik gugur bertaburan dilantai bilik. Saya pernah menyimpan ramput sehingga mencecah paras perut ala-ala Amy Search satu ketika dulu hanya kerana menyahut cabaran dari kawan sekerja, memang terasa penat untuk menjaga rambut panjang pada hari ini tetapi agak mudah menjaga ketika waktu muda dulu. Sebaik pulang dari makan angin beberapa hari lalu, terus saya potong rambut sependek mungkin dan terperasan pula terdapat dua tompok seolah-olah sopak putih sebesar duit sepuluh sen diatas dahi kiri dan disebelah mata kiri. Maybe kurap kut. Alhamdulillah selepas disapu ubat nampaknya semakin berkurangan.


Kedua, pagi ini ketika menunggu dibilik sementara menanti dipanggil untuk pemeriksaan gigi diklinik pergigian, saya terpandang dipapan kenyataan tentang asap rokok yang menjadi penyebab kepada barah mulut. Asap rokok mengandungi 4000 bahan kimia. 200 beracun dan 63 penyebab kanser. Antara kandungan asap rokok ialah;


Stearik (bahan lilin)
Nitrobenzena (gasoline)
Aseton (penanggal cat)
Sianida (racun berbisa)
Naftalena (ubat gegat)
Metanol (bahan api)
Arsenik (racun anai-anai)
Ammonia (pelarut lantai)
Toulena (pelarut industri)
Butana (cecair pemetik api)
Kadmium (bahan bateri kereta)
Vinyl Klorida (membuat plastic)
Karbon Monoksida (asap kereta)
D.D.T (racun perosak)

Daripada 84 pesakit barah mulut (di Malaysialah tu) 26.2% adalah kerana merokok, 33.3% kerana minum alcohol dan 54.8% kerana mengunyah sireh. Walaupun berada ditempat ketiga tetapi bilangan mereka yang merokok masih tinggi. Senang cakap merokok tu memang merbahaya untuk kesihatan tubuh badan kitakan. Bagi perokok yang telah disahkan positif hiv sebaik mungkin berhentilah ya, pelahan-lahan pun tak apa asal berhenti, demi kesihatan tubuh badan kita juga.


Ketiga, saya terbaca satu fakta ringkas dalam sebuah akhbar baru-baru ini;

Malaysia
Mencatatkan kejayaan lebih baik
berbanding negara membangun lain
di ASEAN dari segi
mengurangkan insiden penyakit berjangkit.
Sebagai contoh, pada 1990 bilangan kes


Malaria
Ialah 289.5 per 100,000 orang sebelum menurun kepada 18.6 pada 2011.

Bagi jangkitan
HIV
pula, bilangan kes pada 2000 ialah 21.7 per 100,000 orang sebelum menurun kepada 12.2 orang pada 2011.


Keempat, saya senyum sendirian bila terjumpa dan melihat photo dibawah ini. 



Kelima, rakan saya yang berada di NY kata saya ni “alien” hanya kerana saya beritahu mereka dua malam yang lalu yang saya mengalami “wet dream” (versi saya lah). Mereka kata saya tipu almaklumlah umur pun dah lanjut, tapi masih bermimpi basah. Maybe kerana masih membujang dan aktiviti sedemikian telah lama ditinggalkan, dalam masa yang sama hati ketika ini terpaksa pula berperang melawan nafsu yang tak pernah hilang. Tanpa dijemput ia pun datang dalam mimpi. Yang pasti malas betol nak mandi wajib...



Keenam, saya tertarik dengan tajuk dalam akhbar hari ini yang bertajuk;

“Lelaki China jual daging manusia”.
2012/05/30
BEIJING: Polis di barat daya China menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh lebih berbelas-belas kanak-kanak dan remaja lelaki sebelum memotong anggota tubuh mangsa dan menjual daging mereka kepada pelanggan yang tidak sedar ia daging manusia, menurut laporan semalam. 

Zhang Yongming, 56, a chess-playing farmer, was detained earlier this month in Nanmen village, in southwest China’s Yunnan province.

Pihak polis membuat penemuan ngeri itu semasa menyiasat kehilangan sekumpulan remaja lelaki di wilayah Yunnan sejak beberapa tahun lalu, menurut laporan media China dan Hong Kong. Suspek utama dikenali sebagai Zhang Yongming, 56, yang ditahan dua minggu lalu di kampungnya di Nanmen, Yunnan. Dia mulanya disiasat beberapa bulan lalu atas pembunuhan seorang pemuda berusia 19 tahun penghujung April dan beberapa lagi orang lain yang hilang, lapor laman web Guangxi News.

Police in southwest China have detained a man suspected of murdering more than a dozen boys and young men, chopping up their bodies and selling the flesh to unsuspecting consumers, reports said Friday.

Ketika anggota polis memeriksa rumah Zhang, mereka menemui telefon bimbit lelaki itu, kad bank dan bukti lain, menurut web berita itu yang turut melaporkan bahawa lebih berpuluh-puluh remaja lain hilang dari kampung sama sejak beberapa tahun lalu. Zhang dikatakan suka menyendiri dan tidak pernah bercakap dengan jirannya. Dia pernah dipenjara 20 tahun kerana membunuh dan dikenali di kampungnya sebagai ‘raksasa pemakan daging’. Penduduk juga memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka sering melihat beg plastik hijau mengandungi tulang putih tergantung di rumahnya. 

 
Akhbar Hong Kong, The Standard melaporkan anggota polis menemui biji mata manusia yang diawetkan dalam botol ‘seperti arak ular’ dan beberapa cebisan daging manusia tergantung dipercayai untuk dikeringkan sebaik mereka memasuki rumah Zhang. – AFP  


Ketujuh, Berkaitan tongkat ali yang dikatakan ada bahan anti - HIV, keratan akhbar dibawah pernah disiarkan beberapa tahun lalu. Baca, renungkan dan fikir lah sendiri ya. Nak percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing. Apa pun sehingga kini HIV/AIDS masih tidak ditemui ubat penyembuh tetapi ubatan untuk melemahkan virus didalam darah sehingga membuatkan virus tidak atau kurang aktif atau tidur jawabnya ada - iaitu HAART (Highly Active Anti-Retroviral Therapy)



Kelapan,Berdasarkan kepada Global Adult Tobacco Survey 2011, jumlah rakyaat Malaysia yang


Merokok 
setiap hari ialah
32.1%
atau
4.7 juta orang.

4,250 responden
yang terlibat dalam kajian ini,


99.2% mengaku
sedar tentang risiko akibat merokok.

83.5% responden
pula bersetuju jika merokok
menjadi larangan
disemua restoran di negara ini.



Kesembilan, Rakyat China Paling Ramai Dijangkiti Aids/HIV23 January 2012.

Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan China, Program Bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mencatatkan seramai

780,000 orang rakyat di China terbabit dengan penyakit Aids/HIV

dan  

154,000 daripadanya ialah penyakit Aids. 

28.6 peratus daripadanya ialah wanita.


Kesepuluh, 

 

Kedua-dua photo diatas menceritakan tentang dua kisah yang berbeza tetapi berlaku disebuah negara yang sama iaitu Iran. Photo pertama bagaimana gigihnya anggota polis wanita di Iran yang sedang menjalani latihan, manakala photo kedua seorang wanita yang tenang bersedia untuk bertemu Allah. 


 



Friday, 18 May 2012

RED RIBBON - PITA MERAH


Simbol Pita Merah digunakan secara internasional untuk melambangkan perang terhadap AIDS. Setiap peringatan hari Aids pada 1 Disember, kita selalu menggunakan simbol Red Ribbon (Pita Merah) sebagai lambang keperdulian terhadap penyebaran HIV dan AIDS. Sejak bila si Pita Merah mulai diperkenalkan dan dari mana datang ideanya?


The Red Ribbon, sebuah pita merah yang melilit, memiliki beberapa erti dan makna. Tapi paling banyak dikenal sebagai simbol solidaritas terhadap masyarakat yang hidup dengan HIV/AIDS. Project Pita Merah ini diciptakan oleh artis-artis Caucus New York untuk Visual AIDS pada tahun 1991. Kolaborasi yang luar biasa ini percaya bahawa ianya sangat penting untuk :

+ Tetap dikenal bukan sebagai individu dan untuk menghargai Visual AIDS Artist Caucus sebagai suatu kesatuan dalam penciptaan Projek Red Ribbon dan untuk tidak mendaftarkan salah satu individu sebagai pencipta dari Projek Red Ribbon

+ Tetap membiarkan hak ciptanya secara percuma, supaya tak ada individu atau organisasi yang mengambil keuntungan menggunakan red ribbon.

+ The Red Ribbon seharusnya dipergunakan sebagai sebuah simbol kesadaran, bukan sebagai alat komersial dan hak cipta.


"The ribbon has never been copyrighted in the United States, to allow it to be worn and used widely as a symbol in the fight against AIDS."


Para seniman pencipta yang membentuk Visual AIDS Artis Caucus, berharap agar ciptaan ini menjadi sebuah visual simbol untuk menunjukan keperduliannya kepada orang-orang yang hidup dengan AIDS dan perhatian kepada mereka. Terinspirasi oleh simbol Pita Kuning sebagai penghargaan kepada Tentara Amerika yang terlibat dalam perang teluk, warna merah dipilih sebagai ”ikatan darah dan semangat – bukan hanya kemarahan tetapi juga cinta.”


Pertama kali diperkenalkan kepada khalayak umum oleh Jeremy Irons pada Tony Awards 1991, kemudian simbol pita itu mulai digunakan sebagai simbol keperdulian terhadap AIDS, menjadi sebuah alat aksesoris fashion dikalangan selebritis.


The red ribbon quickly became renowned as an international symbol of AIDS awareness, and has been worn at the Oscars, Emmys and Grammys; celebrities, musicians, athletes, artists and politicians have worn the ribbon on talk shows, TV programs, movies, political conventions, sporting events and music videos.

Simbol Pita Merah ini berlanjut menjadi sebuah kekuatan untuk meningkatkan perhatian masyarakat terhadap HIV/AIDS dan digunakan sebagai alat untuk meningkatkan Dana Amal terhadap pelayanan dan penelitian AIDS.


Friday, 11 May 2012

FIDYAH PUASA BUAT PLHIV

22 Mei 2012 bersamaan dengan 1 Rejab 1433

Beberapa tahun dulu saya sentiasa mengira hari menanti detik kedatangan bulan Rejab, kerana bila masuk sahaja bulan Rejab saya akan cuba melipat gandakan amalan seperti solat sunat dan puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis. Puasa sunat paling kerap saya lakukan dulu dan pernah melakukan puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis hampir sepanjang tahun hanya kerana bimbang akan tiba suatu hari nanti  yang saya tidak akan dapat merasai nikmat pahala melakukan amalan puasa wajib didalam bulan Ramadhan lagi. 

Bila tiba bulan Rejab saya juga akan cuba pastikan diri hadir bersolat secara berjemaah di masjid pada setiap waktu solat kerana antara tujuan utama adalah untuk mendapat keredhaan, keberkatan dan hidayah dariNya serta dimakbulkan segala doa terutama semasa doa yang dipanjatkan ketika tibanya 10 malam terakhir dibulan Ramadhan dan sudah tentu antara doa utama saya ialah semoga amalan yang dibuat bersungguh-sungguh dalam bulan tersebut akan berterusan selama-lamanya, bukan hanya setakat tiga bulan itu sahaja. Selain dari itu tujuannya adalah kerana saya mahu mengejar untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar, ya saya berusaha mendapatkan Lailatul Qadar sejak bermula datangnya bulan Rejab.

Tetapi itu dulu selalunya sukar untuk kita pertahankan amalan yang baik itu agar berterusan. Sejak dua tahun yang lalu selepas saya mula menelan HAART, saya tidak lagi mengendahkan atau mengambil berat sangat tentang kedatangan bulan Rejab serta Syaaban ini. Walaupun tidak menanti kedatangan bulan ini seperti dulu, tetapi apabila masuk sahaja bulan Rejab dan sebaik sahaja saya menyedari telah datangnya bulan ini secara automatik saya akan cuba meraikannya sebaik mungkin. Ya sekurang-kurangnya buat apa yang baik sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang sangat dinanti-nantikan itu. Penghulu segala bulan. Bukan buat persediaan baju raya ya, tetapi persediaan mempertingkatkan amalan ibadat kita.


Saya terkenangkan tentang bulan Rejab ini secara tiba-tiba setelah terpandangkan wajah bulan penuh dilangit beberapa hari lalu ketika duduk sendirian diwaktu malam termenung di Padang Polo disini. Melihat bulan antara hobi saya. Ya sejak kebelakangan ini dugaan syaitan amat kuat datang dari setiap sudut, saya cuba pertahankan dan hampir-hampir juga tersungkur. "Sukar sungguh untuk diri ini mengawal diri sendiri daripada terus menzalimi tubuh badan sendiri". 

Mengadap blog juga sudah terasa hilang nikmatnya, sedikit bosan, penat dan hilang rasa ghairah tidak seseronok seperti sebelum ini, hampir-hampir mahu merobohkan sahaja dan berlalu pergi. Bulan penuh menandakan kita sedang berada dipertengahan sesuatu bulan dalam kalender Takwim, tiba-tiba menyedarkan diri saya tentang hampirnya sudah kita dengan kedatangan bulan Rejab ini. 

Insyaallah kedatangan awal bulan Rejab kali ini akan saya sambut bukannya di Semenanjung. Insyaallah mudah-mudahan saya dan kita semua dapat pertingkatkan amal ibadat disepanjang bulan Rejab, Syaaban, Ramadhan tahun ini dan berterusan kebulan-bulan yang akan datang disepanjang hayat kita semua. Amin.

للهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan - Hadis riwayat Ahmad dan at-Tabrani, daripada Anas 


Selepas bulan Rejab kita akan masuk kebulan Syaaban selepas Syaaban kita akan berpuasa dibulan Ramadhan, selepas Ramadhan yeaahhhhh Hari Raya :) Bercakap tentang puasa, bagi kebanyakan PLHIV yang telah memulakan rawatan HAART kebanyakan mereka terpaksa meninggalkan terus amalan puasa yang wajib ini termasuklah diri saya, tidak ramai yang berani hendak berpuasa kerana peraturan pengambilan ubatan HAART pada setiap 12 jam setiap hari yang perlu kita patuhi sepanjang hayat. Puasa yang kita tinggalkan itu perlu digantikan, ya digantikan dengan Fidyah.

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya dibulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya.

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib diganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan. Bagi PLHIV yang terpaksa menelan HAART setiap 12 jam sekali setiap hari mereka hanya perlu membayar fidyah sahaja (macam mana nak ganti puasa kalau seumur hidup terikat dengan waktu untuk menelan HAART kan).

"Orang sakit yang tiada harapan sembuh juga sama hukumnya seperti golongan uzur mengikut pendapat tiga imam ini iaitu Imam Syafie, Hanafi dan Maliki. Antara penyakit itu ialah leukemia, kanser usus, AIDS (yang dah start HAART saja ya, yang belum start HAART jangan mengada-gada kalau sihat masih wajib berpuasa seperti biasa), meningitis (jangkitan selaput otak), pneumonia (jangkitan paru-paru), pyelonephritis (jangkitan saluran kencing) dan septisemia (pemusnahan tisu akibat bakteria didalam saluran darah)" - Sumber - soal jawab agama bersama Ustaz Zamanuddin Jusoh - Berita Harian

Saya pernah terbaca kisah PLHIV yang perlu mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada seorang doktor yang beragama Islam sebelum ia dibenarkan untuk tidak berpuasa dan hanya perlu membayar fidyah sahaja, dengan lain kata kebenaran tidak boleh berpuasa terletak pada keputusan seorang doktor yang beragama Islam. So kalau doktor kita tu bangsa cina atau india camna?

Sudah dua kali saya membayar fidyah kerana tidak dapat berpuasa sempurna dalam bulan Ramadhan sejak menelan HAART pada Januari 2010. Sebenarnya saya tetap berpuasa tidak makan dan tidak minum seperti orang lain, cuma saya terpaksa menelan ubat setiap hari ketika tibanya pukul 10 pagi, menelan dengan seminimum air. Tidak berpuasa lah tu dan takda pahala lah kan. Tetapi saya teruskan juga berpuasa tidak makan dan minum dan seperti biasa. Malah setiap hari saya tetap akan berbuka puasa dimasjid bersama-sama dengan mereka yang lain.

Mula-mula mencari info tentang fidyah dalam internet macam-macam cara yang saya jumpa dan memang berbeza pulak dari segi jumlah cupaknya itu. Kemudian timbul pulak rasa was-was, risaulah pulak bagaimana nak sempurnakan dan bagaimana cara menyampaikan fidyah pada orang yang terpilih itu, adakah macam orang akad nikah atau sama caranya seperti kita membayar zakat dibulan Ramadhan bersalaman dan sebagainya tu.

Nak mencari orang yang terpilih atau layak menerima fidyah pulak satu masaalah, pernah saya ke masjid berdekatan hospital besar disini bertanyakan seorang yang nampak seperti bijak pandai dalam bab agama, ia seorang yang selalu berada dimasjid ini ya kalau tidak salah saya ia salah seorang imam masjid kerana pernah mengimamkan sembahyang dimasjid tersebut. Saya bertanya padanya dimana boleh saya cari orang yang layak menerima fidyah, ia jawab dengan yakin hantar saja beras ke rumah anak yatim. Rumah anak yatim yang ia sendiri uruskan dan terletak tidak jauh dari masjid ini. Ada pendapat yang pernah saya dengar sebelum itu mengatakan bahawa anak yatim yang tinggal dirumah anak yatim tidak layak menerima fidyah. So saya “konfius”. Selama hampir setahun saya cuba mengatasi masaalah ini sendirian, nak tak nak saya terpaksa juga percepatkan membayar fidyah bagi diri saya sebelum terlambat.

Sebenarnya cara membayar fidyah adalah sangat mudah, tetapi terasa amat berat bagi saya yang sememangnya tidak ada ilmu yang cukup pada ketika itu. Ya sangat mudah bila kita sudah tahu akan sesuatu pekara itu tetapi amat berat bagi mereka yang sememangnya tidak tahu.  

Sempat saya bertanya Timbalan Mufti negeri Perak tentang cara bayar fidyah, sebaik selesai solat Jumaat dimasjid belakang rumah. Ringkas jawabnya, kita hanya perlu ada niat dalam hati bahawa beras yang dihulurkan ketangan orang yang layak itu adalah penganti puasa yang telah kita tinggalkan itu. Cukup. Jangan pikir banyak-banyak dah.


Saya berpegang pada penjelasan Ustaz Farid Ravi Abdullah yang tersiar dalam sebuah akhbar yang mengatakan membayar fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan adalah  sebanyak satu cupak  yang bersamaan dengan 567 gram.

Sehari puasa yang ditinggalkan bersamaan dengan secupak beras = 567g
567g x 30 hari puasa yang ditinggalkan = 17010 g  (1000g = 1 kg)
17010g dibahagikan dengan 1000g = 17.01kg
Beras dijual sekampit 10kg lebih kurang RM25. (bagi yang mampu belilah beras yang lebih mahal) 
Bermakna Fidyah sebulan puasa yang perlu saya bayar sebanyak dua kampit beras x 10 kg. Lebihan 3 kg itu kita anggap saja sebagai sedekah.

Cara yang sama juga diterangkan oleh salah seorang ahli masjid di masjid yang lain disekitar tempat tinggal saya. So saya yakin dengan cara ini. Jika anda yang membaca dan sekiranya terdapat kesalahan dalam tulisan saya ini, tolong beritahu saya agar saya boleh perbetulkan.

Setelah yakin dan tidak ada perasaan was-was lagi, saya telah ke rumah ketua kampong untuk bertanyakan padanya penduduk setempat dibawah kawasannya yang layak menerima fidyah. Ya saya menerima beberapa senarai nama kebanyakannya ibu tunggal yang hidup serba kekurangan dan saya memilih seorang yang tinggal tidak jauh selang beberapa buah rumah dari rumah ketua kampong itu sendiri. Ia adalah adik perempuan rakan saya sendiri ketika dibangku sekolah rendah dulu, yang juga seorang ibu tunggal. Beliau tinggal bersama ibunya bersama dengan beberapa orang anaknya.


FIDYAH IKUT HARI
ARKIB : 30/07/2010

Soalan:
Mohon penjelasan lanjut mengenai fidyah, antaranya, kewajipan membayar fidyah, siapakah yang wajib membayar fidyah?

Jawapan:
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud: ...dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin...(al-Baqarah: 184).

Berdasarkan dalil di atas, fidyah puasa hukumnya wajib disempurnakan mengikut bilangan hari. Fidyah puasa (tebusan) adalah denda ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun kerana sengaja melewatkan puasa qada bulan Ramadan. Ia merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian iaitu sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin.

Sabda Rasulullah SAW, "Bagi orang yang meninggal dunia dan tidak berpuasa selama sebulan hendaklah dikeluarkan fidyah dan berikan kepada fakir dan miskin". (riwayat Al-Tirmizi)

Sebab seseorang dikenakan fidyah adalah seperti berikut;

1) Tidak mampu berpuasa, kebiasaannya keadaan ini berlaku ke atas orang yang telah lanjut usia. Tidak semua yang mereka yang berumur mampu berpuasa. Ini kerana tua juga merupakan satu penyakit.

Ibn Abbas berpendapat bahawa ayat 184 daripada surah al-Baqarah itu adalah rukhsah (kelonggaran) kepada mereka yang telah berumur (tua). Walaupun puasa adalah wajib, namun bagi mereka yang telah lanjut usianya yang tidak mampu berpuasa maka boleh berbuka dengan membayar fidyah setiap hari satu cupak (567 gram).

Sekiranya seseorang yang telah lanjut usianya tidak mampu berpuasa dan juga tidak mampu mengeluarkan fidyah atau membayar fidyah maka mengikut pandangan ulama tidak berdosa. Mazhab al-Hanafiyyah menyuruh orang yang tidak membayar fidyah supaya beristighfar serta memohon keampunan Allah SWT atas ketidakmampuannya membayar fidyah, sedang Allah swt berfirman yang bermaksud: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…"(al-Baqarah: 286)

2) Sakit yang tidak mungkin sembuh. Mereka yang disahkan sakit dan tidak akan sembuh tidak diwajibkan puasa. Firman Allah SWT yang bermaksud: …dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama…(al-Haj: 78)

3) Perempuan yang hamil dengan syarat dibimbangi keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan fidyah dan juga wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan.

4) Ibu yang menyusukan anak dengan syarat dia berasa bimbang puasa akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya. Maka wajib baginya mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah.

5)  Orang yang telah meninggal dunia. Hutang puasa bagi mereka yang meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan - Sumber : Utusan Malaysia


Melambatkan qada puasa

Mereka yang melambatkan qada puasa sehingga melangkah ketahun berikutnya dikenakan denda membayar fidyah berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan. So nasihat saya buat PLHIV yang tidak dapat berpuasa pastikan fidyah kita dilunaskan sebelum tahun berganti ke tahun berikutnya.

Alhamdulillah sebelum saya memulakan HAART dua tahun dulu, saya sempat tolong mengantikan puasa untuk arwah bapa yang meninggal dunia pada ketika hari memasak iaitu sehari sebelum menjelangnya 1 syawal pada tahun 2009. Diakhir hayat dalam bulan puasa arwah selalu sakit-sakit (anda boleh membaca dalam entry saya bertajuk “Mati”). Tidak ada ahli keluarga yang teringat tentang masaalah ini, alhamdulillah saya diperingatkan Allah tentang tanggungjawab yang perlu saya buat keatas arwah bapa. Yakin hati saya untuk melunaskan puasa arwah bapa selama seminggu. Sebenarnya saya rasa kemungkinan arwah telah meninggalkan ibadat puasa hanya dalam tiga atau empat hari saja akibat sakit yang datang secara tiba-tiba, tetapi saya gantikan sebanyak 7 hari supaya tidak ada yang terlepas.

Rasulullah saw pernah bersabda melalui hadis Aisyah RA bermaksud, “Barang siapa yang meninggal dunia sedangkan ia masih mempunyai kewajiban berpuasa, maka hendak lah digantikan oleh ahli keluarganya (walinya) - (Bukhari, Muslim dan Ahmad dalam Musnadnya)

Pernah seorang lelaki datang menemui Rasulullah bertanya, “Wahai Rasulullah, ibu saya meninggal dunia sedangkan ia masih mempunyai hutang puasa selama sebulan itu bagi pihaknya”

Maka sabda Rasulullah yang bermaksud, “Seandainya ibumu mempunyai hutang, apa kah kamu akan menbayar hutangnya?

Maka jawab lelaki itu, “Ya”

Maka Rasulullah bersabda, “Hutang kepada Allah adalah lebih perlu untuk dibayarkan” - (Riwayat Ahmad)



 
Wallahuallam. Syukur kerana saya dikurniakan HIV



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST