Wednesday, 25 April 2012

LGBT - JANGAN UNDANG BALA

Sokong LGBT? 
LESBIANS, GAYS, BI-SEXUALS AND TRANSGENDER


Jarang sekali saya tonton Glee di Astro 722, tetapi tadi tertengok sekejap dan tertonton pulak babak dua perempuan yang hampir nak bercium mulut. Mereka adalah antara watak utama dan merupakan pasangan lesbian. Glee sememang padat dengan unsur-unsur yang berkaitan tentang LGBT. 

Dua minggu lalu saya menonton rancangan "Bicara" dirangkaian TV AlHijrah pada hari Isnin pukul 10 malam. Sudah tinggal lagi 10 minit rancangan tu nak berakhir baru ter"klik" tengok rangkaian TV itu. Walaupun hanya 10 minit akhir menonton rancangan "Bicara" ketika itu, yang membincangkan tentang tajuk berkaitan PLHIV tetapi saya rasa ianya padat seronok mengikut dan mendengar perbincangan mereka yang terlibat. Sesiapa yang menerima rawatan di Hospital Sg Buluh rasanya sudah tentu kenal dengan salah seorang yang terlibat dalam perbincangan tersebut. 

Semalam pada Isnin 23 April "Bicara" membincangkan pula tentang tajuk yang berkaitan tentang tuntutan hak asasi oleh LGBT-Songsang, juga pada pendapat saya menarik jika kita duduk mendengar tentang apa yang mereka bualkan. Dan insyaallah pada minggu hadapan juga pada hari yang sama Isnin 10 malam "Bicara" masih lagi membincangkan tentang tajuk yang berkaitan tentang busuknya LGBT ini.

Saya sebenarnya malas nak ambil kisah tentang isu ini, ya tentang LGBT, tetapi dalam masa yang sama didalam hati ini ada rasa perasaan takut dan bimbang melihat tentang perkembangan LGBT ini yang menjadi-jadi di negara kita seperti yang tersiar didalam akhbar dan berita diTV.

Salahkah akhbar kerana menyiarkan tentang kegiatan LGBT ini? Adakah disebabkan politik yang menyebabkan masaalah ini semakin dibincangkan? Kalau kita sudah tahu wujudnya masaalah ini ketika ini perlukah kita diamkan diri sahaja?

Salah seorang ahli penal dalam "Bicara" berkata wujud hampir 36 buah pusat pertemuan golongan songsang di ibu kota. Yang saya tahu pun tak sampai 10 buah yang masih giat beroperasi. Lagi 26 buah tu memang saya tak tahu dan rasanya maybe ada lebih lagi daripada itu kut. Mungkin juga kerana saya dah lama meninggalkan aktiviti ini dan sudah tidak mengambil tahu lagi tentang pusat aktiviti ini so bilangannya pun saya sudah tidak tahu. Tetapi kalau 36 buah pada saya memang banyak. Itu baru di ibu kota belum lagi dikira yang ada di Johor dan Penang.

Ahli penal dalam "Bicara", Encik Hushim berkata songsang boleh berubah kembali kepangkal jalan, dalam hati saya berkata "mana boleh". Pengalaman saya dan pada pendapat saya songsang memang susah nak diubah dan sukar nak diubah oleh manusia kecuali diubah oleh Allah. Songsang memang patut dijatuhkan bala oleh Allah baru mereka nak berubah, itu pun belum tentu dapat berubah sepenuhnya. Songsang akan selamat sekiranya mereka faham sebab sebenar kejadian mereka dan kenapa mereka diberi naluri seperti itu oleh Allah. Mereka terpaksa berjuang melawan daripada terjebak dan perlu bijak menjauhkan diri dari godaan syaitan tetapi dalam masa yang sama naluri itu tetap akan ada selama-lamanya, sekali lagi pendapat saya bahawa naluri itu tidak akan hilang. 

Maka kerana itu kita kena bersangka baik pada Allah SWT yang menjadikan kita seperti ini. Kalau nak dididik dan diajar para songsang supaya kembali kepangkal jalan memang susah nak tergelak pulak saya mendengarnya. Kalau yang dah dapat bala seperti hiv maybe boleh berubah tapi kalau songsang yang sihat walafiat diluar sana nak kita suruh bertaubat..... rasa saya hanya ada 1 dalam sejuta.

Songsang yang berumur lebih 20 tahun kalau sudah terlibat memang susah nak diubah, yang perlu kita jaga sekarang ialah anak-anak yang dibawah 20 tahun. Jaga generasi ini sekarang supaya bilangan songsang akan berkurangan digenerasi akan datang. Caranya tentulah menakut-nakutkan pada mereka tentang balasan azab seksaan Allahkan dan perlu dilakukan berterusan, dan sudah tentu media massa juga memainkan peranannya disini.

Saya tertarik dengan kata-kata seorang ahli penal dalam Bicara yang berkata ketika zaman Nabi Lut dulu hanya ada G sahaja, tapi zaman sekarang sudah ada L,B dan T. Kalau dulu Allah telah menterbalikkan sebuah negeri angkara perbuatan G sahaja, cuba anda bayangkan macam mana pula bala yang Allah akan turunkan sekarang ini bila L,B dan T join sekali. Bala Allah bukan hanya diturunkan pada golongan LGBT sahaja tetapi semua yang berada disekeliling mereka. Perlukah kita diam?

Apa yang perlu kita buat sekarang ialah membendung kegiatan LGBT ini dari terus berkembang dan jangan sampai sehingga mereka akan menyangka bahawa mereka itu kuat.

Pendapat saya, amat sangat wajar akhbar dan TV memainkan peranan dengan menguar-uarkan tentang buruknya LGBT ini, kalau bukan akhbar dan TV siapa lagi yang nak hebahkan tentang keburukan pertubuhan yang dilaknat Allah ini? Dan jangan kita kata isu ini hanya berbangkit hanya ketika datangnya pilihan raya sahaja. Apa kena mengena pilihan raya dengan amalan laknat ini? Adakah kerana disebabkan datangnya pilihanraya kita perlu mengunci mulut dari menegakkan kebenaran? Kadang-kadang bila difikirkan balik elok juga datang pilihan raya supaya busuknya mereka yang nak menjadikan LGBT ini sebagai sesuatu yang halal dihebahkan pada semua. Dengar cerita mereka sudah pun meminta dengan berani supaya perkahwinan sejenis dihalalkan dinegara ini. Nauzu billahi min zalik

Macam saya katakan tadi saya malas nak ambil tahu sebenarnya tentang pertubuhan LGBT di Malaysia tetapi dalam kepala saya asyik memikirkan tentang masaalah yang akan menimpa generasi kita dimasa depan sekiranya LGBT ini kita tidak bendungkan dari sekarang. Kenapa saya fikirkan tentang masa depan anak-anak kita itu. Wallahuallam saya pun tidak tahu kenapa saya asyik fikirkannya, anak pun saya tidak ada. Yang pasti saya terus berdoa pada Allah supaya pertubuhan dan kegiatan LGBT ini tidak akan terus menular dan berkembang biak di Malaysia.

Seperti dalam rancangan TV Glee yang mendedahkan kebebasan LGBT, inilah antara anasir-anasir yang boleh mempengaruhi pemikiran anak-anak kita, sehingga satu hari nanti kebebasan yang dipaparkan dalam Glee tu akan menjadi satu pekara yang biasa buat mereka malah kemungkinan besar mereka akan terpengaruh. 



Orang bukan Islam mungkin kebanyakan mereka menganggap amalan LGBT ini suatu yang boleh diterima, tetapi nasihat saya pada anak-anak muda yang percaya bahawa "Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah", maka janganlah hendaknya kita berniat walau sebesar lubang jarum sekali pun menyokong kegiatan LGBT ini. Kalau diri kita ini sudah songsang duduk diam sahaja sudah, jangan nak tambah dosa pulak dengan menyokong LGBT ini, sokongan anda pada pertubuhan ini boleh menjadikan anda terkeluar dari agama Islam (murtad) seperti kata Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor.

"Yusuf Al Qardhawi melarang mana-mana pihak makan dan minum bersama pejuang serta pengamal LGBT atas dasar pegangan mereka yang amat bertentangan dengan perintah Allah SWT. Beliau juga berkata adakah wajar kita masih mahu berdiam diri apabila kemungkaran itu berlaku hampir dengan kita" 
Nasharudin Mat Isa ( Pengerusi Pusat Pengajian Fiqh Kontemporari)


"Puak ini sebenarnya telah melakukan bukan sahaja kebiadapan terhadap keintelektualan manusia bahkan mereka juga telah melakukan pengkhianatan kepada Islam dan tamadun manusia"  
Dr Muhammad Uthman El Muhammady (Felo Amat Utama Akademi Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam ISTAC)


"Walau apa pun alasan mereka, Islam tetap menganggap golongan LGBT sebagai kelompok manusia yang dilaknat oleh Allah SWT. Kelakuan mereka lebih buruk daripada haiwan" 
Mahmad Naser Disa (AJK Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)


"Setiap pekara yang kita lakukan seharusnya selaras dengan ajaran Islam dan dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan. Namun penyokong agenda LGBT mungkin tidak celik undang-undang sehingga meyebabkan mereka menganggap gaya hidup songsang itu sebagai pekara biasa" 
Abdul Rahim Sinwan (Timbalan Peresiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia).


‘‘Amalan sejenis LGBT ini adalah sesuatu yang keji, kotor, jijik dan dilarang serta ditegah oleh Islam.
‘‘Sesiapa juga yang menghalalkan hukum ini sama ada melalui al-Quran dan hadis juga ijma’ ulama perlu bertaubat nasuha dan kembali mengucap dua kalimah syahadah,” 
Datuk Nooh Gadot (Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor)

Mudah-mudahan Allah tahu akan niat sebenar saya ketika menulis entry ini, ini juga sebagai bukti saya pada Allah walaupun saya pernah terlibat dengan aktiviti songsang dahulu tetapi tidak ada sekelumit pun rasa didalam hati ini hendak menyokong pertubuhan dan kegiatan LGBT ini. Mudah-mudahan saya terhindar terus dari kegiatan seumpama ini dimasa hadapan dan sehingga akhir hayat.


Firman Allah SWT menerusi surah Hud ayat 113 yang bermaksud:
‘Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan’


Syukur kerana saya dikurniakan HIV

11 comments:

  1. ujian berbentuk kejiwaan ini sangat sukar untuk dihadapi. nampak sempurna di luar tapi ddi dalam siapa yang tahu. andainya hari ini ada sesetengah orang begitu hebat mencaci golongan yang diuji ini ketahuilah besok lusa tidak mustahil jika ada di kalangan ahli keluarga mereka malah jika mereka bernasib baik, mungkin org terdekat dengan mereka e.g. suami , isteri atau anak2.. maka di situlah mereka tahu tinggi rendahnya lagit. setiap yang allah beri tak kira naluri itu songsang atau normal ada hikmahnya.

    Azam teringat kata2 bijak pandai. tiap kurniaan allah itu tiada cacat celanya malah penuh dengan kesempurnaan. amat sukar untuk ditafsirkan berdasarkan pada naluri dan jiwa yang menyimpang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kdg2 saya pernah terfikir adakah ayah saya ketika remaja dulu pernah mempersendakan seseorang, tahu2 lah kan ramai remaja yang kdg2 bukan ada niat nak mencaci tetapi sekadar berseronok mempermainkan seseorang. So anaknya ni jadi seperti itu. Harap-harap tidak lah, saya cuma sekadar teringat bila selalu terbaca apa yang Azam sebutkan diatas. Wallahuallam

      Delete
  2. Menakut-nakutkan tu mungkin satu cara tapi yang lebih baik adalah mendidik dari awal. Mendidik dengan masyarakat,pandangan dan semua sumber yang ada..walaupun tak boleh nak hapuskan terus tapi boleh kecilkan jumlahnya..wallahualam.

    saya sangat menghormati pandangan naj mi tentang hal ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya AO,
      Setelah kita menakut2kan para remaja tu kemudian kita mendidik, maksud saya dilakukan seiring. Allah pun menterbalikkan sebuah negeri akibat perbuatan para songsang semata2 untuk menakut2kan serta memperingat dan diambil pengajaran kepada umat seterusnya. Kita juga sering ditakut2kan tentang azab didalam kubur supaya kita dapat menjalani hidup berlandaskan hukum Allah.

      Ya nak hapuskan memang sukar dan saya rasa nak hapuskan semua amalan ini tak mungkin akan terjadi kerana amalan ini seolah2 sudah semakin diterima masyrakat didunia, pengaruh media massa dan sebagai nya itu sangat kuat. Saya kdg2 terfikir ini adalah diantara tanda2 jelas kita berada diakhir zaman dah semakin nak berlakunya kiamat.

      Pernah saya terbaca dulu (maaf kalau silap) diakhir zaman ketika Nabi Isa diturunkan untuk menjadi penyelamat ketika itu hanya ada seramai 70,000 sahaja drp berbilion2 keseluruhan penduduk didunia yang masih taat mengikut ajaran serta hukum dari Allah bersumberkan AlQuran, yang lain tu semua hanyut ada yang warak tetapi sesat dan sebagainya. Saya tak nak jadi salah seorang yang sesat. So tak banyak yang boleh kita dapat buat dan ambil tindakan ketika ini, walaubagaimana pun kita tak boleh berputus asa kan.

      Setiap dari kita punya tanggungjawab memperingatkan orang lain tentang bahayanya LGBT ni.Kerana itu wujudnya entry ini. Satu lagi saya hanya nak bercerita dg AO disini saja-saja nak bercerita ya sekadar meluahkan isi hati ni....

      Apa yang saya tahu kebanyakan demontrasi yang dianjurkan oleh para NGO itu sebenarnya mereka menentang orang yang hendak cuba MENGHALALKAN serta menubuhkan pertubuhan LGBT. Orang yang nak jadikannya halal wajib bagi kita tentang habis-habisan. Jika diajak, saya juga nak berdemontrasi menentang LGBT ini. Hipokrit ker saya ni? Walaupun songsang saya masih tetap mengharapkan amalan ini tidak berkembang biak disini, jika dibiarkan habis anak cucu kita nanti.

      Sepanjang apa yang saya baca dan tonton bual bicara berkaitan tentang golongan songsang ini kebanyakannya (ahli panel) mengambil pendekatan seperti yang AO cakap tu... ya mendidik sebaik mungkin golongan ini terutama yang baru nak belajar mendekati aktiviti ini.

      Delete
    2. Adakah isu LGBT ini ada kaitan dg politik semasa? adakah hanya timbul kerana semata2 untuk meraihkan keuntungan politik? Bagi saya itu salah. Kalau ya sekali pun perlukah kita diamkan sahaja? Perlukah kita tunggu bila keadaan aman bila tak ada isu lain baru nak kita perkatakan kah? Bagi saya apa sahaja isu yang timbul yang yang bertentangan dengan hukum Allah tidak kira waktu masa dan bila perlu kita bangkit serta merta tentang, usah ditunggu kerana esok belum tentu kita masih bernafas dibumi Allah ni lagikan.

      LGBT diMalaysia tidak di ungkit dan diperkatakan selama ini, ia berkembang biak secara senyap dan ramai yang tidak menyedari tentang kegiatan LGBT ini. So perlukan kita senyapkan terus selama-lamanya? Isu ini hanya mula diperdebat apabila ada insan yang cuba melancarkan apa yang dipanggil sebagai "Seksualiti Merdeka". Jelas mereka semakin kuat ramai dan berani dan amat jelas matlamat tujuan Seksualiti Merdeka itu adalah cuba mengikhtirafkan golongan songsang. Oleh kerana percubaan beberapa individu yang hendak memperjuangkan atau cuba menghalalkan LGBT ini lah maka kerana itu mula muncul beberapa demontrasi menentang percubaan menghalalkannya.

      Saya sebenarnya sedih bila baca pendapat mereka yang mengatakan isu ini bermusim dan hanya berkepentingan politik. Sedih bila demontrasi yang ada kaitan memperjuangan hukum Allah diperlekehkan. Tapi apakan daya itu pendapat masing-masing setiap orang punya pendirian, setiap orang punya mata kepala melihat sesuatu itu sama ada baik atau buruk. Maybe pendirian saya disini buruk bagi mereka.

      AO,
      Sekali lagi nasihat saya pada anda yang normal semua, anda tidak boleh berkawan rapat dan tidak boleh menjadi kawan baik yang rapat dengan seseorang yang songsang seperti saya, anda hanya boleh berkawan sekadar punya niat mengubah dan mendidik tidak lebih dari itu dan jangan terlalu rapat, kerana sekiranya AO menjadi terlalu rapat dengan orang songsang seperti saya tidak mustahil amalan songsang yang selama ini ditentang akan mula diterima oleh AO. AO akan lebih bersikap terbuka nanti.

      Perubahan tidak akan berlaku secara mendadak, perubahan penerimaan akan berlaku secara slow-slow terutama bagi mereka yang tidak tinggi pengetahuan agama dan tidak kuat iman sehingga diri sendiri tidak menyedarinya yang kita sudah menerima. Berkawan masih boleh jangan terlalu rapat, itu nasihat saya, Sebab itu lah selalu kita dengar jika kita nak jadi baik kita kena pilih orang yang baik amalan akhlak kehidupannya tu kan. Lain lah sekiranya songsang yang nak kita jadikan kawan rapat tu seseorang yang jelas didepan mata kita telah berubah dan 100% menjalani kehidupan mengikut hukum Allah, kalau yang sesekali jumpa tu baik AO dan yang lain lebih berhati2. Sama juga jangan kita jadikan orang kafir sebagai kawan rapat kita kerana satu hari nanti kita sendiri akan terikut2 dengan corak kehidupan mereka. Itu yang mereka nak kan. Wallahualam

      Saya sekadar nak bercerita sahaja disini bersama AO tu aje... :) Seperti yang saya cakap ini sekadar sekelumit tanggungjawab saya dalam mempertahankan sesuatu yang haram disisi Allah. Tu sahaja. Saya pun memang masih tak sempurna masih songsang dan sedang berusaha berubah.... :)

      Delete
  3. Semoga kita semua di berikan segala kekuatan untuk menjadi HambaNya yang mukmin dan tidak selainnya...

    ReplyDelete
  4. okay..benar saya silap, naluri songsang ada yang tidak dapat di luruskan. Terima kasih sangat. Setelah baca artikel anda ini, baru saya faham. Kesilapan kita, apabila menyangka gay ini adalah penyakit yang boleh diubati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya dark angel, berpandukan pada pengalaman saya gay memang tak boleh nak hilangkan naluri keinginan tersebut. Pengalaman orang lain saya tak tahu lah. Kalau yang kata ada yang dah berubah saya memang tak percaya, yang dah kahwin sekali pun mesti masih akan curi2 tulang. Semua ni dugaan pada songsang. Jika diri kita dididik sempurna dg pengetahuan agama walau songsang camna sekali pun tentu iaorang dapat melawan dari terjebakkan.

      Bersangka baik selalu dg Allah :)

      Delete
  5. Salam..sy ingin bertanya..sy mempunyai seorang sahabat Lelaki dimana beliau sudahpun bertunang Dan beliau seorang biseksual..pernah melakukan aktiviti seks bersama 3 lelaki..sekarang sahabat sy benar2 insaf akan segala perbuatannya kerana khuatir ditinggalkan tunang yg dia sayangi..beliau juga telah melafazkan sumpah lakhnat di dalam masjid agar tidak melibatkan diri dgn aktiviti songsang lagi Dan tunang beliau masih memberi peluang pd beliau utk berubah.. Persoalannya..adakah benar golongan seperti beliau susah ingin berubah?..utk makluman, umur beliau di dlm lingkungan 20an..Dan adakah umur yg mencecah 20an ni susah utk berubah? Harap boleh beri nasihat n pendapat..thanx..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,
      Pengalaman saya seseorang gay amat sukar nak berubah menjadi normal. tentang bisexual kemungkinan boleh berubah mungkin juga sukar.... terpulang pada keazaman seseorang individi tersebut. Kawan awak baru 20an rasanya muda lagi, kemungkinan aktiviti sex beliau bersama lelaki masih diperingkat awal dah kurang pengalaman, insyallah jika ada kesungguhan untuk berubah dan hanya tumpukan pada bakal isteri maybe ia masih boleh berubah... insyaallah sekiranya kawan awak tu dah dak bergiat lama dalam aktiviti ini kuat kata hati saya ia sukar berubah. Apa pun kita doakan moga kehidupan mendatang beliau akan diredhai Allah selali... Amin...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST