Friday, 13 April 2012

10 FILEM BERKAITAN HIV/AIDS

Diangkat dari berbagai kisah kejadian yang melibatkan HIV/AIDS.

Isu HIV dan AIDS telah menjadi isu global yang sampai sekarang belum ditemui penyelesaian dan ubat penyembuh. Penyebaran HIV dan AIDS semakin hari semakin meluas dan meningkat. Stigma masyarakat terhadap HIV/AIDS walaupun masih menebal tetapi kita tidak boleh nafikan ia semakin pudar dari tahun ke tahun terutama di negara sebelah barat. Insyaallah di Malaysia juga akan ada perubahan positif berkaitan tentang stigma ini. Dan saya yakin satu hari nanti seluruh masyarakat akan menganggap HIV/AIDS sama seperti penyakit biasa yang lain.

Filem juga memainkan peranan besar dalam menyedarkan masyarakat supaya lebih celik HIV/AIDS. Terdapat lima buah filem (dibawah ini) yang menceritakan tentang isu HIV/AIDS ini. Disetiap filem ini menyimpan cerita-cerita yang menarik dan boleh dikait-kaitkan dengan banyak hal yang terjadi diseluruh pelusuk dunia. Dibawah ini adalah senarai 5 filem yang berkaitan tentang permasaalahan HIV/AIDS dikalangan masyarakat yang pernah dikeluarkan. Walaupun filem ini sudah lama dikeluarkan tetapi kita masih boleh mendapat pengajaran disebalik setiap kisah didalam filem ini. Kebanyakan filem lama yang dikeluarkan dulu banyak tertumpu pada stigma masyarakat terhadap PLHIV.

***********************************************************************************************

1. Breaking the Surface : The Greg Louganis Story


Pada 2003, HBO menerbitkan sebuah drama mini seri berkaitan tentang isu HIV /AIDS dan homoseksualiti. HIV/AIDS juga boleh merebak tidak kira walau dimana malah hingga kedalam dunia sukan. Filem ini diterbitkan pada tahun 1997, mengenai seorang altlet kolam renang dalam acara terjun yang pernah memenangi tiga pingat emas di Sukan Olimpik diantara tahun 1984 hingga 1988.


Mario Lopez bersama Greg Louganis

Greg Louganis terpaksa merahsiakan status HIV beliau sehinggalah diketahui oleh masyarakat umum sebagai membawa kuman HIV ketika doktor melakukan test darah setelah Greg mendapat kecelakaan dibahagian kepala kerana terhantuk papan lompatan didalam Suka Olimpik di Seoul Korea pada tahun 1988. Dan sejak saat itu, Greg terpaksa mengaku dia adalah seorang gay. Film yang dibintangi oleh Mario Lopez ini mendapat penghargaan dari ALMA Award.


2. Philadelphia


Sebuah filem drama yang dilakonkan oleh Tom Hanks dan Denzel Washington. Filem yang dikeluarkan para tahun 1993 dan digarap oleh Jonathan Demme lebih mengutamakan isu HIV/AIDS dan hubungannya dengan isu homoseksualiti yang marak terjadi pada ketika itu di Amerika Syarikat. Kisah mengenai Andrew Beckett, seorang peguam handal yang menyembunyikan sifat homoseksualitinya dan HIV/AIDS yang dihadapi dari bosnya yang sangat konservatif terhadap homoseksualiti. Suatu ketika dirinya dipecat hanya kerana ia menghidap HIV/AIDS dan terpaksa bertarung dimahkamah untuk memperjuangkan haknya serta dalam masa yang sama terpaksa melawan penyakitnya itu sendirian.  


Andrew kemudian mengupah seorang peguam bernama Joe Miller yang sememang seorang yang mempunyai ketakutan dan mempunyai pandangan yang serong kepada golongan homoseksual dan dia harus mengatasi masalah tersebut demi membantu Andrew. Filem ini kemudian menerima banyak pujian dan penghargaan serta berjaya memenangi anugerah Oscar dalam Academy Awards untuk pelakon lelaki terbaik kerana lakunan yang dibawa oleh Tom Hanks yang dikatakan sungguh menyentuh.


3. A Mother's Prayer 


Filem drama mengenai HIV/AIDS yang agak berbeza kisahnya ini bertajuk A Mother 's Pray. Filem ini mengisahkan seorang janda yang didiagnosis mengidap HIV/AIDS dan terpaksa berjuang tidak hanya untuk mengatasi ketakutan akan penyakitnya tetapi juga berjuang untuk mencari sebuah keluarga yang dapat mengasuh serta membesarkan anaknya yang berusia 8 tahun sebelum dirinya meninggal dunia. Filem ini dibuat berdasarkan sebuah kisah benar.


Dikeluarkan pada tahun 1995 telah diarah oleh Larry Elikann dan dibintangi oleh Linda Hamilton, Kate Nelligan dan Bruce Dern, filem ini juga termasuk dalam senarai akhir pencalonan dianugerah Golden Globe pada tahun yang sama.


4. Angels In America


Pada 2003, HBO mengeluarkan sekali lagi mengeluarkan drama mini seri berkaitan isu HIV/AIDS dan homoseksualiti yang bertajuk Angels In America. Kisah terjadi ketika zaman runtuhnya kekuasaan presiden Amerika Syarikat, Ronald Reegan pada tahun 1985 dan ketika penyebaran wabak AIDS diseluruh negara di Amerika Syarikat semakin meningkat


Angels In America mengisahkan seorang ketua gereja bernama Walters yang menghidap HIV/AIDS dan ditinggalkan oleh isterinya yang bernama Lou hanya setelah Walter memberitahu bahawa dia mengidap HIV/AIDS. Kisah lain dalam drama yang sama ialah mengenai seorang peguam bernama Roy Cohn dan kisah tentang Joe Pitt seorang homoseksual dan seorang pengamal rasuah yang mempunyai peranan penting di White House dari politik sayap kanan Amerika Syarikat.  

Didalam filem ini, banyak cabang cerita tentang percintaan yang rumit sehingga ada adegan mistik ketika saat Roy setelah didiagnosiskan sebagai menghidap HIV/AIDS telah didatangi oleh “angel” bernama Ethel Rosenberg, seorang penjenayah Amerika yang telah dihukum mati dengan kerusi elektrik pada tahun 1953. Filem ini dilakonkan oleh bintang seperti Al Pacino dan Marlyn Streep


5. And the Band Played On


Yang terakhir adalah filen yang bertajuk And the Band Played on. Sebuah film drama yang diarahkan oleh Roger Spottiswoode, berdasarkan dari sebuah buku “best-selling” berjudul And the Band Played On: Politics, People and the AIDS Epidemic karya Randy Shilts. Filem ini mengisahkan tentang doktar ahli penyakit epidemik, Don Francis yang berkunjung ke sebuah desa di sekitar daerah Ebola, Zaire pada tahun 1976. Tujuannya mencari para penduduk dan doktor-doktor disana mengkaji tentang penyakit misteri terkenal ketika itu yang dikenali dengan nama demam berdarah Ebola.


Don Francis merasakan penyakit ini akan tersebar luas tetapi gagal mencari puncanya, terus membuat andaian bahawa penyakit ini adalah disebabkan oleh kegiatan seksual (homoseksual). Teori ini ditentang oleh golongan gay kerana mereka tidak mahu dijadikan sebagai kambing hitam penyebab tersebarnya virus ini. Di sisi lain, para Saintis Perancis dan Amerika Syarikat berdebat tentang siapa yang pertama mencari virus tersebut. Filem ini dibintangi oleh Matthew Modine dan Alan Alda, merupakan filem yang adaptasi cerita berkaitan tentang HIV/AIDS yang terbaik kerana penekanan kisah tentang bagaimana HIV/AIDS pertama kali dikesan.


6. 3 Needles

Pelakun "Asian American" Lucy Liu dan Sandra Oh bersatu untuk mengambil peranan dalam melakunkan watak tentang pembawa virus HIV/AIDS. Kedua-dua pelakon Asia ini membintangi filem drama yang diarah oleh pengarah Thom Fitzgerald dalam filem yang bertajuk  '3 Needles '. Ia dijangka akan ditayangkan sempena Hari AIDS Sedunia.



Filem yang menyayat hati ini berkisar tentang cerita kehidupan di tiga buah negara iaitu Afrika Selatan, Kanada dan China. Liu dan Oh diberikan peranan utama yang diketengahkan di dalam bahagian filem yang berlaku di China dan Kanada. Sebagai tambahan kepada kedua-dua pelakon Asia, pelakun lain juga termasuk Shawn Ashmore, Cory Bowles dan Steven Crowder.


7. Yesterday
  
Sebuah filem dari Afrika Selatan mengisahkan kepayahan hidup seorang wanita didalam sebuah kampung terpencil di Zululand Afrika. Kehidupan seharian beliau tidak adalah mudah - cuma ada sedikit wang, kehidupan yang tiada kemudahan moden, serta suaminya yang tinggal jauh di Johannesburg bekerja sebagai pelombong.


Jalan cerita bermula ketika ia mula didiagnosis HIV  dan terpaksa mengembara jauh untuk mencari kefahaman tentang penyakit yang dihidapinya itu. Diarahkan oleh pengarah Darrell James Roodt dan merupakan filem pertama antarabangsa yang pernah dibuat dalam bahasa Zulu.


8. Still Human



9. David Is Dying


A story about “a young, successful hedge fund manager in London whose world falls apart when he is diagnosed with HIV.” However, David’s diagnosis turns out not to be the focus of the film, but rather a device used to underscore his troubled relationship with his fiancée, Carla.


10. My Life My Damage


Berkisar tentang penyalahguna dadah dan HIV/AIDS. A young lady who lives a reckless life abroad as a drug addict is given a rude shock when she discovers that she’s HIV positive and now has to seek redemption for herself.

***********************************************************************************************

Diatas ini adalah antara 10 kisah masyarakat yang berkaitan rapat tentang HIV/AIDS yang berlaku didunia, telah pun difilemkan tetapi masih terdapat berjuta-juta “story” lain yang berbeza cerita diluar sana malah di Malaysia sahaja terdapat hampir lebih 90,000 pelbagai kisah tentang HIV/AIDS yang berbeza dari individu PLHIV yang boleh difilemkan jugakan. Itu belum termasuk kisah dan pengalaman NON-PLHIV yang hidup rapat bersama para PLHIV.

Mudah-mudahan sekiranya ada filem tentang HIV/AIDS yang mahu diterbitkan di Malaysia minta-minta ia jatuh ketangan seorang pengeluar dan pengarah yang sudah faham benar tentang seluk belok HIV/AIDS supaya cerita yang dikeluarkan kelak dapat menolong memberi kefahaman masyarakat Malaysia tentang HIV/AIDS. Tidak dinafikan ada banyak drama berkaitan HIV/AIDS yang disiar didalam TV di Malaysia tetapi kebanyakan fakta tentang HIV/AIDS tidak beberapa betul. Bukannya memberi kefahaman yang baik dan betul pada masyarakat tetapi kefahaman yang salah malah kebanyakan cerita sangat menakutkan. Saya sendiri dulu kalau tahu ada kisah HIV/AIDS yang akan disiarkan di TV gerenti saya akan alih menonton kesaluran lain.

So, sekiranya kita berpeluang menonton filem ini, pandai-pandailah kita ambil mana yang baik dan kalau yang buruk tu kita buang aje jauh-jauh


12 comments:

  1. Saya pun teringin nak tulis tentang filem dan HIV tapi saya simpan dulu buat masa sekarang akibat kekangan masa busy hehe.. thank you senarikan filem2 ni.. nnati ada masa boleh la saya tengok dan buat rujukan sikit .. untuk tambah dalam artikel saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ao sebenarnya banyak lagi tajuk filem berkaitan tentang isu ini kat luar sana, kadang2 kita memang tak tahu filem tu ada, kalau Ao jumpa mana-mana filem tentang isu ini dan Ao rasa flem tu menarik share ya...

      Delete
  2. Najmi betul tuh, kena ada pengarah dan produser drama/filem yang faham selok belok Hiv/aids, saya juga mengalihkan ke slauran lain, sebab menambahkan stress je cara diorang gambarkan pesakit ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sama lah kita ya...memang boleh menambahkan stress, kita yang sudah tahu sikit2 tentang hiv pun nanti silap haribulan boleh percaya apa aje yang iaorang paparkan tu kan.

      Delete
  3. Ada satu lagi drama korea yang sangat menyentuh hati pasal PLHIV. Bertajuk Thank You.. TV3 pernah mainkan....Sinopsis dia lebih kurang cam nie Thank You mengisahkan seorang doktor (Min Gisuh) yang ditinggalkan oleh teman wanitanya (Dr. Cha Ji Min) kerana menghidap kanser pankreas. Sebelum pergi, teman wanitanya menyuruh dia menyampaikan hajat terakhir teman wanitanya itu, iaitu berjumpa dengan seorang ibu tunggal (Youngshin) bersama anak perempuannya (Bom) yang menghidapi AIDS akibat kesilapan teman wanita Dr. Min apabila memindahkan darah pesakit AIDS kepada Lee Bom semasa Bom mengalami kemalangan. Pada mulanyer Dr Min agak sukar menerima permintaan tersebut tetapi akhirnya membuka kisah baru dalam hidupnya. Kisah yang sangat menyentuh hati berkenaan PLHIb dan keluarganya menghadapi pandangan masyarakat setelah mengetahui anaknyer pembawa HIV. Saya bagi 5 bintang cerita nie.... kalau ada masa leh tangok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh... saya ingat citer ni, dan tahu ianya kisah tentang PLHIV. Semasa drama ini ditayang kat TV saya tak beberapa nak ikut, jalan citernya pun saya ingat2 lupa. Kakak saya giler drama korea, ia ada beli bayk DVD so nanti saya selongkar bilik ia mana tau ia ada drama tu :)

      Delete
    2. saya ada drama tu... tapi 16 episode... susah nak kong si kat sini.... tapi cerita tu memang terbaik... saya suka tngok.

      Delete
    3. Tak apa kat depan rumah saya ada kedai org jual dvd kalau nak rasanya ada kat sana dan kalau teringin nak tonton saya boleh beli... kalau awak dekat boleh pinjam kan ... :)

      Delete
  4. best la naj mi perkongsian awk kali ni..

    semua filem yg awk sebut dari luar egara. kalau filem tempatan takda satu pun masuk list. bkn apa, bg azam kalau filem tempatan yg guna isu plhiv sbg jalan cerita, endingnya mesti yg tak bagus. malas nak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azam sebenarnya ada banyak lagi movie atau drama yang berkaitan tentang isu ini, tapi nak kena pandai cari ...:) Ha ah setakat ini entah masih takada filem tempatan atau drama yang mencapai standard yang bagus, rasa saya lah.....

      Delete
  5. Assalamualaikum Naj Mi,
    saya baru sahaja menjadi salah seorang peminat blog ni...dan saya mmg suka baca entry2 dari blog2 Naj mi dan blog2 rakan PLHIV...klu baca cerita2 dari sini...selalunya saya akan menangis sorang2 tanpa dpt di kesan oleh suami...mungkin saya sedih terkenangkan arwah abg saya meninggal di sebabkan penyakit ini suatu ketika dulu...-_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      W Salam...paling penting kita kena sabar..segalanya adalah dugaan Allah SWT..insyaallah tentu ada rahmat kebaikan disebalik segala dugaan yang kita terima.

      Al Fatihah buat abang puan, dikalangan PLHIV juga, ada yang mampu bertahan lama dan ada yang tidak mampu bertahan sehingga dijemput Allah lebih awal.

      Saya pasti puan lebih memahami tentang HIV/AIDS, biasanya mereka yang pernah alami pergalaman hidup bersama PLHIV pasti lebih memahami...itu yang paling penting buat kami PLHIV yang lain, sebab apabila puan memahami insyaallah sama ada secara sengaja atau tidak pasti puan akan dapat membantu menyebarkan maklumat sebenar tentang HIV kepada masyarakat lain diluar sana....

      Contoh sekiranya semasa puan berbual dg rakan yang tidak faham tentang HIV dan dia menunjukkan rasa geli hendak bersalaman dengan PLHIV, mungkin puan ketika itu boleh menerangkan maklumat betul kepada nya bahawa bersalaman tidak boleh menyebabkan jangkitan. Mudah kan...Kami sebanarnya memerlukan lebih ramai NON PLHIV yang memahami seperti puan.

      Sebenarnya macam-macam kisah yang saya terima, tetapi ada yang hanya mahu berkongsi dengan saya sahaja dan tidak mahu menjadikan kisah mereka sebagai entry dlm blog...ada yang tak terjangkau dek kepala kianyaa boleh berlaku didalam masyarakat kita.

      Apa pun terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST