Friday, 6 April 2012

ONANI - BERBAHAGIALAH MEREKA YANG MENJAGA KEMALUAN


Apa itu onani? Hukum onani? Kesan negetif onani? Ini adalah antara topik yang dibincangkan didalam majalah Al Islam keluaran terbaru April 2012. Saya memang rajin kekedai buku tetapi biasanya saya hanya tumpang membaca sahaja semua majalah keluaran terbaru disitu almaklumlah poket seluar sentiasa nipis. Semua jenis majalah dan buku saya belek. Saya tidak memilih saya baca semua jenis majalah dari majalah wanita dan lelaki, majalah kesihatan dan deko, majalah travel dan photography malah majalah tulisan cina keluaran dari Taiwan dan Hong Kong pun semua saya belek. Banyak majalah yang saya beli tetapi saya selalu beli dikedai buku 2nd hand, lebih murahkan. Walaupun murah tetapi isi sesuatu artikel terutama yang berkaitan tentang ilmu agama tetap berguna untuk dibaca. Tapi majalan keluaran terbaru Al Islam ini saya tak fikir dua kali untuk membelinya kerana tertarik dengan tajuk muka depan majalah “Solat Tahajud Penawar Penyakit”. Bila saya belek isi kandung majalah ini terdapat beberapa topik yang boleh merungkaikan satu permasaalahan yang selama ini bersarang dikepala. Banyak topik yang menarik yang saya rasa best untuk dibaca, orang lain tak tahu lah kan.
 
SOLAT TAHAJUD
Tahukah kita perintah menunaikan solat tahajud adalah wajib hukumnya keatas Rasulullah dan umatnya ketika itu. Tidak semua orang tahu apa itu solat Tahajud. Seperti yang selalu saya katakan sebelum ini tidak semua apa yang kita tahu orang lain akan tahu. Ada sesuatu pekara yang begitu mudah bagi diri kita kerana kita sudah tahu tetapi amat sukar bagi sesetengah orang lain kerana mereka tidak tahu. Contoh; kebanyakan kita boleh menghafal ayat Kursi yang pendek itu dan ianya sesuatu yang sangat mudah. Tahukah anda saya sendiri hanya mula dapat menghafal ayat ini hanya setelah umur mencecah hampir separuh abad. Setelah begelar PLHIV.

Solat Qasar dan Jamak pun saya masih tidak beberapa nak tahu melakukannya, mungkin kerana itu saya kurang nak keluar lama dari rumah. Saya sudah cuba untuk fahamkan berkenaan solat Qasar dan Jamak ini. Ya ada ketikanya saya rasa saya sudah faham sedikit, tetapi bila kurang dipraktikkan maka kefahaman tu mula hilang, lupa dan kembali was-was untuk melakukannya. Bagi sesetengah orang solat ini semudah seperti mengunyah  “kacang” amat mudah dilakukan dan pasti mereka akan barkata saya ni bangangkan. 

Kadang-kadang sifat saya sendiri memang rasa malu nak bertanya so saya kena pandai-pandailah belajar mencari sendiri, umur pun dah tua buat digelak orang pulak nanti, silap haribulan kena perli-perli oleh ustaz yang kita tanya tu. Walau bagaimana pun solat Qasar dan Jamak ini amat penting tersangat penting untuk saya faham betul-betul sekiranya cita-cita saya yang satu tu menjadi kenyataan suatu hari nanti.

So, Majalah Al Islam adalah diantara banyak bahan bacaan yang bermanafaat yang berlambak diluar sana yang sedikit sebanyak boleh membantu mengasahkan kembali ketajaman pemahaman kita tentang sesuatu ilmu seperti solat Tahajud ini. Sekiranya hari ini saya bukannya seorang PLHIV saya boleh gerenti solat tahajud antara salah satu amalan kebaikan yang memang saya tidak nak ambil tahu. Malah hiv sebenarnya telah mendorong saya untuk tentang mempelajari kelebihan solat Tahajud ini. Manusia itu mudah lupa maka mempelajari serta membaca segala ilmu yang diturunkan Allah perlu kita lakukan berterusan hingga ke akhir hayat. 

Dimasjid belakang rumah saya juga kerap kali ada sessi pembelajaran cara melakukan solat dengan betul. Mula-mula dulu saya berfikir juga kenapa nak diajar cara solat pada semua orang tua yang kerjanya hari-hari ke masjid tu. Solat yang kebanyakan dari mereka malah kita semua melakukannya hari-hari takkan tak pandai-pandai lagikan, sebenarnya pengetahuan kita tentang solat masih kurang jika kita gali walau sedalam mana sekalipun kita pasti menjumpai sesuatu yang baru.

 
“Hanya solat tahajud yang disertai niat yang ikhlas akan menghasilkan rasa senang, tenang, hening, optimistic dan persepsi positif”

Saya ada ketikanya dulu amat rajin melakukan solat tahajud. Ya suatu ketika dulu selepas disahkan menjadi PLHIV, sehingga ada orang yang berkata saya sudah menjadi  “orang masjid” kerana kekerapan menghadirkan diri kemasjid dan pernah dulu kerap timbul dihati perasaan rasa rindu untuk selalu kemasjid melakukan solat berjemaah. Solat tahajud sudah menjadi seperti solat wajib yang saya lakukan dulu. Tetapi tulah manusiakan sukar nak kita pertahankan kebaikan yang kita lakukan berkaitan amal ibadat yang baik ini supaya berterusan. Saya sekarang ini sebenarnya sudah semakin lupa dan meninggalkan amalan solat tahajud ini. Saya masih melakukannya tetapi amat kurang sekali, so bila saya ternampak tajuk besar dimuka hadapan Majalah Al Islam ini, kepala saya seperti telah diketuk ya seperti diperingatkan kembali.

Jika mengikut sunah Rasullulah melakukan semua solat sunat waktu malam seperti tahajud, tasbih, witir dan taubat termasuk dalam solat tahajud. Kerana yang dimaksudkan dengan tahajud itu adalah bangun daripada tidur. Manakala qiamullail itu pula adalah menghidupkan malam dengan beribadat.

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, atau kurangkan sedikit dari separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah AlQuran dengan “Tartill” (surah al Muzzammil ayat 1-4)

APA ITU ONANI?
Apa itu Onani? Prof. Dr Abd Karim Zaidan dalam bukunya yang berjudul “Al Mufashal” memtakrifkan onani sebagai perbuatan yang mengunakan tangan atau alat-alatan lain bertujuan mamuaskan nafsu samada dikalangan lelaki mahupun wanita. Dalam bahasa arab ia dinamakan sebagai al-istimna’ bi al-yad atau al-adat al-siriyyah.

HUKUM ONANI
Para ulama mempunya tiga pendapat apa yang penting pembaca perlu memahami hokum onani itu secara mendalam bagi memastikan tidak berlakunya kesilapan dalam mentafsiran hokum ini.

Mahzab Hanafi melihat perbuatan onani berdasarkan niat pelaku. Sekiranya seseorang itu melakuannya dengan berniat suka ria hukumnya haram. Tetapi jika niatnya untuk menenangkan syahwat yang meyelubungi akal fikirannya sehingga hampir terjerumus kekancah maksiat hukumnya haram. Bagaimanapun ingat perbuatan ini hanya dibenarkan untuk golongan lelaki ataupun wanita yang belum berkahwin bagi memelihara mereka dari perbuatan zina ketika waktu syahwat berada ditahap kemuncak.

Mahzab Hanbali hampir sama dengan mahzab Hanafi. Mereka menegaskan pasa asalnya hukum onani adalah haram. Namun sekiranya seseorang itu hampir berzina dengan perempuan yang bukan isterinya maka ketika itu perbuatan onani sangat dibolehkan sebagai langkah menghalang dirinya dari melakukan perbuatan zina yang sangat terkutuk. Walaupun perbuatan mereka itu dibolehkan atas alasan darurat namun individu yang melakukan perbuatan itu tidak akan terlepas dari dosa. Apa tidaknya? Secara logic, syahwat seseorang tidak akan bermaharajalela selagi mana ia tidak melihat dan mendengar pekara-pekara yang haram. Justeru memelihara anggota tubuh dari mendekati zina sangat penting.

Mahzab Syafie agak berlainan. Mereka sangat tegas sehingga mengharamkan onani dalam semua keadaan samaada lelaki mahupun wanita. Mereka juga meyifatkan pengharaman tersebut tidak ada bezanya dengan pengharaman liwat dan zina. Namun begitu individu yang melakukan onani tidak dikenakan hukuman had seperti mana yang dikenakan keatas penzina. Sebaliknya dikenakan takzir.

Daripada pandangan ketiga-tiga mahzab berkenaan dapat disimpulkan bahawa onani secara dasarnya HARAM.

Lain pula bila membaca berita ini 
Onani - Tidak Haram? HUKUM onani adalah haram dan berdosa. Dalam keadaan tertentu pula, ulama mengharuskannya apabila takut terjerumus dengan zina.Jika seorang isteri beronani sehingga klimaks tanpa kehadiran suami dan si isteri melakukan perbuatan itu disebabkan suami tidak mampu melakukan persetubuhan (suami ED). Tambahan isteri mempunyai keinginan seks yang kuat kerana masih muda (umur 33 tahun dan suami 51 tahun). Perbuatan onani itu demi mengelak daripada terfikir untuk bermesra dengan teman lama. 

Dalam keadaan itu, hukumnya TIDAK haram dan TAK berdosa. Bagaimanapun, melakukan onani bukan pilihan terbaik dalam menghadapi masalah yang dihadapi. Ia hanya jalan singkat dan sementara saja. Pasangan dinasihatkan supaya mencari ubat bagi menyembuhkan penyakit suami puan. 

Dalam dunia perubatan sekarang terdapat banyak ubatan di pasaran yang mampu mengembalikan kekuatan seksual. Pasangan dinasihatkan berjumpa doktor bagi menyelesaikan masalah itu.
Sumber :  @hmetro.com.my 2009/12/29


Kurang Onani Kerap Mimpi Basah

MIMPI basah atau nocturnal emission (wet dreams) tidak ada kaitan dengan kegagalan puan memuaskan keperluan seksual suami. Ia fenomena normal yang berlaku pada setiap lelaki bermula daripada umur remaja dan tidak mengira usia atau status perkahwinan.

Malah kaum wanita juga boleh mengalami mimpi basah. Ia berkaitan mimpi erotik. Kajian yang dilakukan oleh pakar dari Barat berpendapat mimpi basah akan lebih kerap terjadi kepada lelaki yang kurang melakukan onani.

Tidak ada rawatan yang perlu diberikan sekiranya seseorang itu mengalami mimpi basah ini dan ia tidak ada kaitan dengan penyakit serius.

Laporan Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin,
Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras


KESAN ONANI

1 Kesan ketika bersama isteri.

2 Mempunyai potensi untuk mati pucuk

3 Kemungkinan besar untuk mandul


Ini antara dua artikel dalam Majalah Al Islam keluaran terbaru April 2012, yang pasti perkongsian diatas tidak lengkap dan sekiranya anda hendak tahu ulasan lengkap kedua-dua topik diatas ini labur ajelah RM5 untuk membeli ya. Selain daripada dua topik diatas ada juga kisah lain yang agak menarik bagi saya seperti kisah yang berkaitan tentang amalan susuk dan cara membuangnya. Haaa....persoalan ini kebanyakan yang saya tahu, yang ramai melakukannya adalah kaum wanita dan golongan mak nyah, kaum lelaki pun ada juga yang pasang susuk tapi bilangannya tidak ramai. Ada juga artikel tentang Solat Hadiah, solat yang pernah saya cuba lakukan walaupun mudah tapi masih ada was-was ketika mahu melakukannya.


Dan lagi satu perbincangan dalam majalah ini ialah tentang mandi wajib. Saya ingat-ingat lupa maaf kalau saya silap, saya pernah terbaca kisah bakal pengantin yang di interview tidak tahu dan ada yang tidak pernah  mandi wajib dan saya percaya masih terdapat ramai golongan remaja terutamanya lelaki yang tidak tahu atau buat-buat tidak tahu tentang mandi wajib ini kan. Nak harapkan mak bapak terutama zaman sekarang mana ada malah tidak ramai mak bapak yang nak mengajarkan ilmu tentang mandi wajib ini pada anak-anak. Harapkan cikgu disekolah pun maybe sepintas lalu aje. Kebanyakan dari kita malah saya sendiri ketika remaja hanya tahu tentang kewajiban tentang mandi wajib ini hanya melalui pembacaan dalam buku atau majalah serta akhbar, tidak ramai mak bapa yang nak bincangkan tentang persoalan yang berkaitan tentang pekara seperti  ini dengan anak-anakkan. Betul tak?

Kisah amalan songsang dan sex bebas yang digembar gamburkan didalam media massa yang berterusan sering diperkatakan sikit sebanyak akan mengundang pertanyaan diminda kepala anak-anak kita yang kecil. Ada atau tidak ibubapa yang duduk menerangkan apa itu sex bebas, gay, liwat, lesbian kepada anak-anak mereka terutama yang masih bersekolah rendah. Ada atau tidak ibubapa yang menerangkan tentang hukum perbuatan melakukan perbuatan seperti liwat. Ya mungkin ada dan sekiranya ada sekali pun bilangan mereka ini tidak ramai, malah lebih ramai ibubapa diluar sana yang hanya membiarkan anak-anak mereka mencari sendiri jawapan kepada persoalan yang berkaitan pekara-pekara sensitive itu sendirian atau melalui kawan-kawan sebaya. Ya zaman sekarang kalau dibiarkan mereka mencari sendiri dalam internet alamatlah benda baik yang dicari tidak jumpa benda yang membawa keburukan pula yang mereka mudah dapat.

Wallahuaalam


15 comments:

  1. best baca entry bro najmi mlm2 weekend ni, sbb biasanya weekend mmg hampir semua blog senyap sunyi aje haha..continue d good job bro!

    ReplyDelete
  2. t.kash atas perkongsian ilmu....
    disekolah, saya tak pernah terangkan isu berkaitan sex walaupon mengajar tahap 2 (sek rendah). sbbnyer ialah saya mengikut kesesuaian pemikiran anak2 murid saya juga.

    kalau sekolah di bandar maybe oklah kot penerangan tu,tapi saya tidak pernah membincangkan hal ni secara terbuka or tertutup ngan murid2......

    tpi, terima kasih atas pandangan peribadi...

    ReplyDelete
  3. oh,lupe saya nak tanyer...gambar yg mula2 sekali tu kenapa tangan nya berdarah?apa kaitan nya dengan onani sampai berdarah?

    cerdikkah soalan saya ni?minta maaf yer kalau gambar tu sekadar hiasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tchr shda
      Ada juga budak-budak tahap 2 yang terlebih matang yang kadang2 mereka akan bertanyakan tentang sesuatu yang berkaitan tentang sex kan. Sekiranya mereka bertanya kita terutama ibubapa kena bijak menjawabnyakan. Rasanya umur selepas 12 tahun penerangan perlu diberi supaya mereka faham mana yang baik dan mana yang buruk kan.

      Tentang photo tu, rasanya ia berkaitan tentang satu accident, tetapi cara genggaman tangannya itu nampak seolah2 seperti ia melakukan ....... sehingga luka berdarah...

      Delete
  4. kupasan yang menarik, ao sendiri suka membaca tapi ikut mood lah.. ini pentingnya majalah berbentuk islamik membantu kita melihat perseptif sebenar sebagai hamba Allah.. insyallah.

    nak harap beli buku besar gedabak tentu lah jarang2 kan so majalah ringan dan santai sangat membantu sebenarnya.

    Ao setuju semua kupasan di atas terutamanya tentang solat tahajud,,, ao ada baca untuk menejamkan pemikiran juga melalui solat tahajud. wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. AO
      Betoi tu buku beso gedabak yang sudah tentu mahal harganya tu belum tentu kita nak mengadapnya sampai habiskan. So majalah seperti ini memang bagus macam AO katakan ringan dan santai :)

      Delete
  5. Mencari Kasih...
    :)

    Darkangel,
    nape tak puas hati pulak? Kita kena kawal diri sedaya upaya kalau nak buat jugak terpulanglah kan hehe :)

    ReplyDelete
  6. salam....boleh saya tahu awak ni berpenyakit HIV ke..? dan apa punca sakit HIV yg awak hidap tu...saya akui saya salah seorang MUNGKIN berpotensi keatas semua ni kerana gaya hidup bebas saya dan keluarga yg "free n open minded" saya ingin tahu sngt2 apakah punca awak kene HIV,bagai mana awak kesan kehadiran dia..dan sejujur nya saya menghadapi masaalah dalam mngenalpasti orentasi ( orientation ) saya sendiri.. jadi mungkin awak faham apa cuba saya beri tahu,....segalanya dri segi hubungan,pergaulan...dan lain2...saya tak ambil dadah atau apa2 yg merbahaya namun dari segi lain itu yg ingin saya tahu sngt2.... boleh x tolong email kan ke saya kerana saya jarang online untuk membaca artikel harap2 awak boleh sama2 bantu saya ya.... email saya

    jpsb_danial@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. W salam daniel,

      Jika saudara hendak tahu kisah tentang saya awak cuba baca entry saya yang bertajuk;

      PENGENALAN TENTANG DIRI SAYA

      dan

      SERBA SEDIKIT TENTANG SAYA

      dalam entri tersebut saya ada terangkan serba sedikit tentang bagaimana saya mendapat HIV.

      Delete
  7. Tergerak hati nak bc N3 ni sekali lagi.sbb ada kaitan dgn N3 solat ketika sakit yg saya bc lagi ptg semalam..
    sejujurnya solat Tahajjud ni lagi payah dan sukar nak dikerjakan tambahan lagi jika siangnya telah penat
    bekerja...klu dpt buat adakalanya terhoyong-hayang dan adakalanya jadi terpejam lama ketika sujud(tertido jap..huhu)
    dan adakalanya tak terbangun langsung.....sedih bila kenangkan..bilalah nak sempurna solat Tahajjud saya ni.... :-(
    Doakan saya ye....Naj Mi....

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  8. Anonymous
    syukran jazillan

    Ya agak payah buat tahajud kalau dah penat seharian kerja disiang hari ya betul.... tetapi kalau kita bangun awal sedikit dr masuknya waktu suboh insyaallah kita dapat buat sekurang2nya dua rakkaat tahajud ni...Bila dah selalu insyaallah rutin ini akan jadi biasa.

    Saya kerap bangun tahajud, tetapi sejak kebelakang ni dah kurang... manusia ni susah nak lakukan sesuatu pekara baik tu berterusan walau pun sikit kan termasuk lah dg diri saya...

    Insyaallah nak terus cuba buat tahajud lagi. Harap Allah permudahkan untuk saya dan awak lakukan..... :)

    ReplyDelete
  9. Adakah diharuskan diri saya untuk beronani jika terlalu bergelora dengan syahwat ?

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST