Wednesday, 25 April 2012

LGBT - JANGAN UNDANG BALA

Sokong LGBT? 
LESBIANS, GAYS, BI-SEXUALS AND TRANSGENDER


Jarang sekali saya tonton Glee di Astro 722, tetapi tadi tertengok sekejap dan tertonton pulak babak dua perempuan yang hampir nak bercium mulut. Mereka adalah antara watak utama dan merupakan pasangan lesbian. Glee sememang padat dengan unsur-unsur yang berkaitan tentang LGBT. 

Dua minggu lalu saya menonton rancangan "Bicara" dirangkaian TV AlHijrah pada hari Isnin pukul 10 malam. Sudah tinggal lagi 10 minit rancangan tu nak berakhir baru ter"klik" tengok rangkaian TV itu. Walaupun hanya 10 minit akhir menonton rancangan "Bicara" ketika itu, yang membincangkan tentang tajuk berkaitan PLHIV tetapi saya rasa ianya padat seronok mengikut dan mendengar perbincangan mereka yang terlibat. Sesiapa yang menerima rawatan di Hospital Sg Buluh rasanya sudah tentu kenal dengan salah seorang yang terlibat dalam perbincangan tersebut. 

Semalam pada Isnin 23 April "Bicara" membincangkan pula tentang tajuk yang berkaitan tentang tuntutan hak asasi oleh LGBT-Songsang, juga pada pendapat saya menarik jika kita duduk mendengar tentang apa yang mereka bualkan. Dan insyaallah pada minggu hadapan juga pada hari yang sama Isnin 10 malam "Bicara" masih lagi membincangkan tentang tajuk yang berkaitan tentang busuknya LGBT ini.

Saya sebenarnya malas nak ambil kisah tentang isu ini, ya tentang LGBT, tetapi dalam masa yang sama didalam hati ini ada rasa perasaan takut dan bimbang melihat tentang perkembangan LGBT ini yang menjadi-jadi di negara kita seperti yang tersiar didalam akhbar dan berita diTV.

Salahkah akhbar kerana menyiarkan tentang kegiatan LGBT ini? Adakah disebabkan politik yang menyebabkan masaalah ini semakin dibincangkan? Kalau kita sudah tahu wujudnya masaalah ini ketika ini perlukah kita diamkan diri sahaja?

Salah seorang ahli penal dalam "Bicara" berkata wujud hampir 36 buah pusat pertemuan golongan songsang di ibu kota. Yang saya tahu pun tak sampai 10 buah yang masih giat beroperasi. Lagi 26 buah tu memang saya tak tahu dan rasanya maybe ada lebih lagi daripada itu kut. Mungkin juga kerana saya dah lama meninggalkan aktiviti ini dan sudah tidak mengambil tahu lagi tentang pusat aktiviti ini so bilangannya pun saya sudah tidak tahu. Tetapi kalau 36 buah pada saya memang banyak. Itu baru di ibu kota belum lagi dikira yang ada di Johor dan Penang.

Ahli penal dalam "Bicara", Encik Hushim berkata songsang boleh berubah kembali kepangkal jalan, dalam hati saya berkata "mana boleh". Pengalaman saya dan pada pendapat saya songsang memang susah nak diubah dan sukar nak diubah oleh manusia kecuali diubah oleh Allah. Songsang memang patut dijatuhkan bala oleh Allah baru mereka nak berubah, itu pun belum tentu dapat berubah sepenuhnya. Songsang akan selamat sekiranya mereka faham sebab sebenar kejadian mereka dan kenapa mereka diberi naluri seperti itu oleh Allah. Mereka terpaksa berjuang melawan daripada terjebak dan perlu bijak menjauhkan diri dari godaan syaitan tetapi dalam masa yang sama naluri itu tetap akan ada selama-lamanya, sekali lagi pendapat saya bahawa naluri itu tidak akan hilang. 

Maka kerana itu kita kena bersangka baik pada Allah SWT yang menjadikan kita seperti ini. Kalau nak dididik dan diajar para songsang supaya kembali kepangkal jalan memang susah nak tergelak pulak saya mendengarnya. Kalau yang dah dapat bala seperti hiv maybe boleh berubah tapi kalau songsang yang sihat walafiat diluar sana nak kita suruh bertaubat..... rasa saya hanya ada 1 dalam sejuta.

Songsang yang berumur lebih 20 tahun kalau sudah terlibat memang susah nak diubah, yang perlu kita jaga sekarang ialah anak-anak yang dibawah 20 tahun. Jaga generasi ini sekarang supaya bilangan songsang akan berkurangan digenerasi akan datang. Caranya tentulah menakut-nakutkan pada mereka tentang balasan azab seksaan Allahkan dan perlu dilakukan berterusan, dan sudah tentu media massa juga memainkan peranannya disini.

Saya tertarik dengan kata-kata seorang ahli penal dalam Bicara yang berkata ketika zaman Nabi Lut dulu hanya ada G sahaja, tapi zaman sekarang sudah ada L,B dan T. Kalau dulu Allah telah menterbalikkan sebuah negeri angkara perbuatan G sahaja, cuba anda bayangkan macam mana pula bala yang Allah akan turunkan sekarang ini bila L,B dan T join sekali. Bala Allah bukan hanya diturunkan pada golongan LGBT sahaja tetapi semua yang berada disekeliling mereka. Perlukah kita diam?

Apa yang perlu kita buat sekarang ialah membendung kegiatan LGBT ini dari terus berkembang dan jangan sampai sehingga mereka akan menyangka bahawa mereka itu kuat.

Pendapat saya, amat sangat wajar akhbar dan TV memainkan peranan dengan menguar-uarkan tentang buruknya LGBT ini, kalau bukan akhbar dan TV siapa lagi yang nak hebahkan tentang keburukan pertubuhan yang dilaknat Allah ini? Dan jangan kita kata isu ini hanya berbangkit hanya ketika datangnya pilihan raya sahaja. Apa kena mengena pilihan raya dengan amalan laknat ini? Adakah kerana disebabkan datangnya pilihanraya kita perlu mengunci mulut dari menegakkan kebenaran? Kadang-kadang bila difikirkan balik elok juga datang pilihan raya supaya busuknya mereka yang nak menjadikan LGBT ini sebagai sesuatu yang halal dihebahkan pada semua. Dengar cerita mereka sudah pun meminta dengan berani supaya perkahwinan sejenis dihalalkan dinegara ini. Nauzu billahi min zalik

Macam saya katakan tadi saya malas nak ambil tahu sebenarnya tentang pertubuhan LGBT di Malaysia tetapi dalam kepala saya asyik memikirkan tentang masaalah yang akan menimpa generasi kita dimasa depan sekiranya LGBT ini kita tidak bendungkan dari sekarang. Kenapa saya fikirkan tentang masa depan anak-anak kita itu. Wallahuallam saya pun tidak tahu kenapa saya asyik fikirkannya, anak pun saya tidak ada. Yang pasti saya terus berdoa pada Allah supaya pertubuhan dan kegiatan LGBT ini tidak akan terus menular dan berkembang biak di Malaysia.

Seperti dalam rancangan TV Glee yang mendedahkan kebebasan LGBT, inilah antara anasir-anasir yang boleh mempengaruhi pemikiran anak-anak kita, sehingga satu hari nanti kebebasan yang dipaparkan dalam Glee tu akan menjadi satu pekara yang biasa buat mereka malah kemungkinan besar mereka akan terpengaruh. 



Orang bukan Islam mungkin kebanyakan mereka menganggap amalan LGBT ini suatu yang boleh diterima, tetapi nasihat saya pada anak-anak muda yang percaya bahawa "Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah", maka janganlah hendaknya kita berniat walau sebesar lubang jarum sekali pun menyokong kegiatan LGBT ini. Kalau diri kita ini sudah songsang duduk diam sahaja sudah, jangan nak tambah dosa pulak dengan menyokong LGBT ini, sokongan anda pada pertubuhan ini boleh menjadikan anda terkeluar dari agama Islam (murtad) seperti kata Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor.

"Yusuf Al Qardhawi melarang mana-mana pihak makan dan minum bersama pejuang serta pengamal LGBT atas dasar pegangan mereka yang amat bertentangan dengan perintah Allah SWT. Beliau juga berkata adakah wajar kita masih mahu berdiam diri apabila kemungkaran itu berlaku hampir dengan kita" 
Nasharudin Mat Isa ( Pengerusi Pusat Pengajian Fiqh Kontemporari)


"Puak ini sebenarnya telah melakukan bukan sahaja kebiadapan terhadap keintelektualan manusia bahkan mereka juga telah melakukan pengkhianatan kepada Islam dan tamadun manusia"  
Dr Muhammad Uthman El Muhammady (Felo Amat Utama Akademi Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam ISTAC)


"Walau apa pun alasan mereka, Islam tetap menganggap golongan LGBT sebagai kelompok manusia yang dilaknat oleh Allah SWT. Kelakuan mereka lebih buruk daripada haiwan" 
Mahmad Naser Disa (AJK Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)


"Setiap pekara yang kita lakukan seharusnya selaras dengan ajaran Islam dan dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan. Namun penyokong agenda LGBT mungkin tidak celik undang-undang sehingga meyebabkan mereka menganggap gaya hidup songsang itu sebagai pekara biasa" 
Abdul Rahim Sinwan (Timbalan Peresiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia).


‘‘Amalan sejenis LGBT ini adalah sesuatu yang keji, kotor, jijik dan dilarang serta ditegah oleh Islam.
‘‘Sesiapa juga yang menghalalkan hukum ini sama ada melalui al-Quran dan hadis juga ijma’ ulama perlu bertaubat nasuha dan kembali mengucap dua kalimah syahadah,” 
Datuk Nooh Gadot (Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor)

Mudah-mudahan Allah tahu akan niat sebenar saya ketika menulis entry ini, ini juga sebagai bukti saya pada Allah walaupun saya pernah terlibat dengan aktiviti songsang dahulu tetapi tidak ada sekelumit pun rasa didalam hati ini hendak menyokong pertubuhan dan kegiatan LGBT ini. Mudah-mudahan saya terhindar terus dari kegiatan seumpama ini dimasa hadapan dan sehingga akhir hayat.


Firman Allah SWT menerusi surah Hud ayat 113 yang bermaksud:
‘Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan’


Syukur kerana saya dikurniakan HIV

Tuesday, 17 April 2012

AIDS - FAKTA MENGENAI PENYAKIT

AIDS : PENDAHULUAN


Manusia mendapat penyakit sebab dijangkiti oleh kuman yang menyebabkan penyakit. Manusia mendapat penyakit AIDS sebab dijangkiti oleh kuman yang menyebabkan penyakit AIDS iaitu HIV. AIDS ialah penyakit yang disebabkan oleh kuman HIV. HIV adalah sejenis virus.

Acquired Immuno Deficiency Syndrome (AIDS) adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai Human Immunodeficiency Virus (HIV). Virus HIV digolongkan didalam kumpulan virus retrovirus. Ini bermakna virus ini sangat lemah dan tidak dapat membiak dengan sendiri. Semua virus jenis retrovirus perlu masuk didalam sel perumah (didalam hal kes AIDS ialah manusia) dan mencuri bahan genetik perumah berkenan untuk membiak.

Maklumat yang ada menunjukkan virus HIV mengambil masa 8 hingga 10 tahun untuk menyebabkan penyakit AIDS. Maklumat yang ada juga menunjukkan hampir semua jangkitan HIV akan berakhir dengan AIDS. Walaupun begitu bukan semua tularan HIV menyebabkan jangkitan HIV. Ini bermakna didalam keadaan tertentu (ahli sains dan pakar perubatan masih tidak pasti apa kah keadaan "tertuntu" berkenaan), virus HIV masuk kedalam badan manusia tetapi tidak menyebabkan penyakit.

Laporan ada menunjukkan terdapat pesakit HIV kanak-kanak yang "sembuh" selepas 5 tahun dijangkiti HIV. Kanak-kanak berkenaan yang disahkan dijangkiti oleh kuman HIV selepas dilahirkan oleh ibunya yang juga dijangkiti HIV tidak menunjukkan tanda-tanda yang biasanya dialami oleh pesakit HIV kanak-kanak. Pemeriksaan lanjut menunjukkan kuman HIV tidak ditemui lagi didalam tubuh kanak-kanak berkenaan (Ref :saya akan memberikan rujukan kemudian, masa sekarang lupa!).

Laporan juga ada menunjukkan terdapat kes HIV dewasa yang telah dijangkiti selama melebihi 10 tahun tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda AIDS. Didalam satu kes yang melibatkan seorang dewasa wanita di Afrika. Kes satu lagi melibatkan penderma darah dan penerima darahnya. Jumlah sel CD4+ (yang biasanya dijadikan petunjuk keadaan kes-kes AIDS) juga berada di dalam keadaan normal.


AIDS : SEJARAH

AIDS bermula daripada akhir tahun 1970. Pada awal 1980 dimana pakar-pakar perubatan di beberapa bandar besar Amerika Syarikat telah mula menemui suatu keadaan yang ganjil. Ianya ditunjukkan oleh gejala kurang daya tahan melawan penyakit. Ia ditemui di kalangan lelaki yang dahulunya sihat.

Keadaan baru ini ditunjukkan oleh bengkak kelenjar linfa seluruh tubuh, infeksi opportunistik (selalunya radang paru-paru yang disebabkan oleh Pneumocystic carinii, mucosal candidiasis dan disseminated cytomegalovirus infection) dan Karposi sarcoma.

Pada bulan Jun 1981, penyakit ini telah menarik perhatian ramai pakar perubatan apabila Centers for Disease Control (CDC) melaporkan lima pesakit lelaki dari Los Angeles di dalam Morbidity and Mortality Weekly Report (MMWR). Selepas itu terdapat beberapa laporan dimana penyakit yang sama ditemui di kalangan lelaki homoseksual dan penagih dadah secara suntikan. Mereka-mereka ini menunjukkan sel T limfosit yang tidak bertindak balas dengan ransangan antigen dan mitogen (Sebagai pertahan utama tubuh, sel T limfosit akan menyerang semua bahan asing yang masuk kedalam tubuh samada ianya antigen atau mitogen).

Beberapa lama selepas itu keadaan menjadi lebih jelas. Penyakit kurang daya tahan ini juga melibatkan beberapa kumpulan lain. Kumpulan berkenaan ialah pendatang dari kepulauan Haiti, pesakit hemofilia (sejenis penyakit keturunan dimana tubuh secara semula jadi memusnahkan sel darah. Oleh itu darah perlu diberikan kepada pesakit untuk terus hidup), penerima darah dan pasangan seks atau anak-anak kumpulan ini juga didapati mengidap penyakit yang sama.

Oleh itu sehingga pada masa berkenaan kumpulan-kumpulan dibawah didapati mengidap penyakit ganjil ini:
  • homoseks lelaki
  • pendatang daripada palau Haiti
  • pesakit hemofilia
  • penerima darah
  • pasangan seks pesakit ganjil berkenaan
  • anak pesakit ganjil tersebut
Kajian seterusnya menunjukkan, penyakit ini disebarkan atau diperolehi melalui hubungan seks dan pemindahan darah dengan orang-orang yang dijangkiti dan disyaki disebabkan oleh agen mikrob.

Memandangkan keadaan ganjil ini adalah baru dan tidak pernah dilaporkan didalam sejarah ilmu perubatan moden, ianya di gelar Acquired Immunodeficiency Syndrome (AIDS)

Diantara tahun 1981 hingga 1983, beberapa agen mikrob telah ditemui dan dianggap penyebab penyakit AIDS ini. Pada tahun 1983, ahli-ahli sains dari Institut Pasteur Peranchis menjumpai sejenis retrovirus yang didapati daripada pesakit asimptomatik (tidak menunjukkan tanda atau simptom) yang mengalami lymphadenopathy (bengkak kelenjar linfa) seluruh badan dan tidak diketahui asal usulnya. Virus baru ini dinamakan LAV ( Lympadenopathy Associated Virus).

Berlainan dengan retrovirus lain, virus ini didapati membunuh sel CD4 limfosit didalam kultur tisu. Pakar-pakar sains lain juga mengasingkan virus yang sama didalam pesakit AIDS dalam tahun 1984. Adalah jelas selepas itu bahawa virus ini adalah agen etiologi penyakit AIDS yang semasa itu ditemui di Amerika Syarikat, Eropah dan Afrika Tengah. Virus tersebut seterusnya dinamakan Human Immunodefeciency Virus (HIV).

Pada tahun 1986, satu lagi virus ditemui yang hampir bersamaan dengan virus HIV yang ditemui pada tahun 1984. Ianya ditemui dikalangan penduduk Afrika Barat dan juga menyebabkan AIDS. Virus ini dinamakan HIV-2 dan virus yang ditemui pada tahun 1984 dinamakan HIV-1.

Sehingga sekarang AIDS didapati disebabkan oleh dua jenis virus yang hampir sama iaitu HIV-1 dan HIV-2.


AIDS : AGEN PENYEBAB (Virus HIV-1 dan HIV-2)
- Maaf, bahagian ini sangat teknikal.


Banyak hal-hal berkenaan penyakit AIDS yang masih kurang jelas. Diantaranya ialah sel apakah yang yang mula-mula diserang oleh virus HIV yang menyebabkan genjala seperti selsema diawal jangkitan?. Dibahagian manakah didalam badan yang mula-mula diserang oleh virus ini ( sel darah periferal, tisu limfa, tisu sel dendrit atau sumsung tulang)?. Apakah sel monoklonal CD4 yang diserang oleh virus berada didalam keadaan rihat atau tidak aktif?. Apakah faktor (faktor-faktor) yang menyebabkan keadaan klinikal pesakit menjadi AIDS?. Apakah kehilangan CD4 sahaja dapat menerangkan semua keadaan ini?.

Maklumat lanjut tentang virus juga menjadi masaalah kerana keadaan yang seakan-akan kelenjar limfa secara mikro sukar atau tidak boleh diadakan didalam kelalang kultur tisu. Walaupun begitu maklumat tentang virus HIV yang ada sekarang didapati dari kultur tisu atau dikiaskan berlaku didalam tubuh manusia dari analisa klinikal spesimen yang diperolehi dari pesakit yang seropisitif.

Virus HIV seperti retrovirus lain adalah virus RNA. Ianya memerlukan sejenis enzim yang dinamakan reverse transcriptase untuk menukar bentuk kepada DNA dan seterusnya membiak didalam sel tubuh manusia. Seperti retrovirus lain juga, virus HIV mempunyai bahan genetik group specific antigen yang dinamakan gag, polymerase (pol) dan envelope (env). Virus HIV-1 dan virus HIV-2 dibezakan oleh sejenis bahan genetik yang menghubungan pol dan env. HIV-1 mempunyai bahan genetik vpu, sementara HIV-2 mempunyai bahan genetik vpx.

Apabila virus HIV memasukki tubuh manusia, ia menyerang sel limfosit monoklonal CD4. Untuk menjadikan ianya berjaya hidup didalam tubuh manusia, virus ini misti melakukan satu proses yang dinamakan replication. Replication virus HIV hanya akan berjaya jika ianya dapat menghasilkan bahan progeni yang mengandungi:
  • dua salinan genon RNA 9.2 kilobase (kb) yang dirangkumi oleh nucleocapsid protin Gag;
  • enzim (pretease, reverse transcriptase-RNase, dan integrase);
  • membran lipoprotin luar dan kulit glikoprotin viral yang bersangkutan.


AIDS : RIWAYAT HIV SECARA IN VIVO
- Maaf, bahagian ini sangat teknikal

Sepanjang abad lalu, pengentahuan lanjut didalam virologi, biologi sel, immunologi dan biologi molekular telah menyebabkan pemahaman lebih mendalam jangkitan HIV secara klinikal. HIV ditularkan dari seorang keseorang melalui darah dan hasil darah, cairan faraj, air mani tetapi tidak melalui hasil biologi yang telah diperoses seperti gamma globulin. Ianya juga boleh dijangkitkan dari ibu ke anak didalam kandungan, berkemungkinan besar semasa bersalin dan proses bersalin.

Partner studies menunjukkan individu yang dijangkitan dan mempunyai tahap daya pertahanan tubuh yang teruk serta mempunyai kadar virus didalam badan yang tinggi mempunyai kemungkinan yang lebih besar menularkan jangkitan. Adalah dianggarkan kemungkinan jangkitan adalah 1 per 3 ke 4 untuk ibu ke anak, 1 per 100 ke 500 setiap hubungan seks secara liwat, 1 per 500 ke 1,000 untuk setiap hubungan seks lelaki-perempuan melalui faraj, 3 ke 4 per 1,000 setiap tusukan percutaneous darah yang dicemari.

Jangkitan primer virus HIV ditunjukkan dengan genjala sementara selalunya beserta dengan demam, bengkak kelanjar limfa, sakit tekak, ruam, sakit perut dan kadang-kadang genjala neulogi. Jika pemeriksaan darah dilakukan semasa ini, partikel virus dapat dikultur dan diasingkan. Selepas itu bilangan virus didalam tubuh berkurangkan dengan mendadak disertai oleh pembentukan antibodi kepada protin Gag dan Env. Keadaan ini selalunya berlaku didalam masa 2 hingga 4 minggu selepas genjala pertama.

Bilangan virus semasa ini boleh menjadi begitu rendah sehingga tidak dapat di asingkan dari pesakit. Jangka masa latent ini dianggarkan selama 8 hingga 10 tahun. Adalah tidak dapat dipastikan kenapakah keadaan ini berlaku tetapi teori jangkitan virus herpes diketengahkan. Virus herpes simplex yang menyebabkan penyakit kayap juga hidup secara dormant didalam sel ganglia saraf manusia sehingga satu ketika dimana virus itu aktif dan menyebabkan penyakit. Virus herpes juga dikatakan akan berada didalam tubuh seseorang seumur hidup apabila dijangkiti.


AIDS : PENGESANAN

Memandangkan masa inkubasi yang panjang (8 hingga 10 tahun), adalah tidak praktikal menunggu tanda-tanda klinikal penyakit untuk mengesahkan seseorang itu dijangkiti kuman HIV atau tidak. Secara teori bila seseorang dijangkiti virus HIV, kesan tindakbalas tubuh terhadap penyakit berlaku. Tindakbalas ini boleh dikesan dimakmal dengan melakukan pemeriksaan darah untuk mengesan antibodi terhadap virus HIV. Suatu teknik yang dinamakan Enzyme Link Immuno Assay (ELISA) digunakan. Pemeriksaan ini dijalankan dihampir seluruh dunia dan di semua pusat pengesanan HIV diseluruh Semenanjung Malaysia. Teknik ini sangat sensitif. Dengan menggunakan kaedah yang betul tahapnya ialah 99.99 peratus (Bermakna kaedah ini hanya gagal mengesan 1 kes bagi setiap 10,000 pesakit yang mempunyai kuman HIV).

Satu lagi ujian yang dijalankan dan juga mengesan kehadiran antibodi dinamakan Partical Agglutination (PA) digunakan. Cara ini didapati kurang sensitif daripada ELISA tetapi lebih spesifik. Ianya digunakan sebagai ujian kedua selepas sesuatu darah pesakit disahkan mempunyai antibodi dengan ujian ELISA.

Ujian Western Blot juga menggunakan kaedah pengesan kehadiran antibodi terhadap virus HIV. Ujian Western Blot (WB) hanya dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IPP) di Malaysia. Ini kerana ujian WB memerlukan peralatan yang khusus dan keputusan hanya boleh dibaca oleh orang yang mahir sahaja. Ujian WB pada asasnya dijalankan dengan mengesan kehadiran env protin virus HIV didalam darah. Ujian WB digunakan sebagai ujian pengesahan kehadiran virus HIV.

Satu lagi ujian yang dijalankan ialah Polimerase Chain Reaction (PCR). Ujian ini mengesan kehadiran virus HIV dengan melihat virus berkenaan dan bukan antibodi terhadap virus seperti ketiga-tiga ujian diatas. Ujian PCR dijalankan untuk kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti HIV untuk mengesahkan kehadiran kuman HIV.

Secara umumnya seseorang pesakit akan menjalani:
  • ujian ELISA sebagai saringan pertama
  • ujian PA sebagai saringan kedua
  • JIKA kedua-dua ujian diatas reaktif (menunjukkan tindakbalas positif), darah baru akan diminta daripada pesakit. Ujian ELISA dan PA kali kedua akan dijalankan.
  • ujian WB di IPP
  • ujian PCR jika berumur kurang daripada 18 bulan
Selepas doktor berpuas hati dengan semua keputusan ujian-ujian diatas, pesakit akan disahkan samada dijangkiti HIV atau TIDAK.

Memandangkan virus HIV sangat spesifik kepada manusia, ianya tidak dapat dibiakkan didalam tisu haiwan lain. Oleh itu pengesanan virus dengan menggunakan kaedah haiwan yang disuntik oleh serum pesakit yang mungkin dijangkiti virus tidak dijalankan. Walaunpun begitu kaedah kultur tisu ada digunakan didalam penyelidikan. Sepasukan pakar dari Universiti Kyoto, Jepun dapat membiakan virus HIV didalam monyet dengan melakukan sedikit perubahan struktur genetik virus berkenaan.


AIDS : TANDA KLINIKAL


Tanda-tanda klinikal AIDS bergantung kepada kriteria yang digunakan untuk mendiagnos AIDS.

Mengikut kriteria yang digunakan oleh Malaysia sekarang, tanda-tanda AIDS ialah :

i. Susut berat badan melebihi 1/3 dalam masa 1 bulan.
ii. Demam berpanjangan melebihi 1 bulan
iii. Cirit birit berpanjangan melebihi 1 bulan
iv. Batuk berpanjangan melebihi 1 bulan
v. Mendapat jangkitan kandidiasis oral
vi. Mendapat jangkitan 'Kaposi sarcoma'
vii. Mendapat jangkitan kayap yang kerap atau tidak sembuh


AIDS : RAWATAN

Tiada rawatan khusus untuk AIDS. Pengetahuan yang ada menunjukkan semua pesakit HIV akan berakhir dengan kematian.

Terdapat beberapa ubat yang dapat mengelakkan jangkitan oputunistik AIDS. Ubat-ubat ini secara teorinya dapat memanjangkan jangka hayat pesakit AIDS.

AZT adalah ubat yang mula-mula sekali dicuba terhadap pesakit AIDS. Secara teorinya AZT, sebagai penghalang enzim transcriptase, dapat menghalang virus HIV (sejenis virus DNA) menukarkan bahan genetik kepada DNA. Oleh itu ianya dapat menghalang pembiakan virus DNA. Maklumat yang ada sekarang menunjukkan AZT hanya dapat diberikan kepada orang tertentu sahaja. Mereka-mereka ialah yang mempunyai bilangan CD4+ kurang dari 400, ibu-ibu positif yang mengandung. Walaupun begitu AZT hanya didapati mempunyai kesan jangka pendik sahaja. Kesannya berkurangan semakin lama pesakit mengidap AIDS. Satu ujian klinikal mendapati pengambilan AZT dikalangan ibu mengandung dapat menggurangkan jangkitan HIV dari 30% ke 7%.


AIDS : VAKSIN

Maklumat yang ada menunjukkan vaksin AIDS berada diperingkat 'clinical trial' ( maklumat terakhir pada akhir 1995).

Beberapa masaalah besar berkenaan vaksin AIDS ialah:

i. Isu etikal. Adalah tidak etikal secara perubatan memberikan satu vaksin yang masih belum diketahui kesan nya kepada seseorang dan seterusnya mendedahkan orang berkenaan kepada penyakit merbahaya yang masih belum ada ubatnya (iaitu AIDS).

ii. Virus HIV. Adalah diketahui dengan jelas sekarang bahawa terdapat beberapa jenis virus HIV. Disamping terdapat 2 kumpulan besar iatu HIV-1 dan HIV-2, terdapat perbezaan susunan struktur genetik dikalangan HIV-1 sendiri (setiap ahli didalam kumpulan berbeza dinamakan clad ). Oleh itu virus HIV yang menyebabkan AIDS di Amerika tidak serupa dengan di Asia yang juga tidak sama dengan di Afrika. Oleh itu vaksin HIV hendaklah di bentuk untuk setiap clad yang berbeza ini.

iii. Calun. Sebagai sifat biologinya, vaksin digunakan untuk mencegah jangkitan. Oleh itu calun vaksin HIV adalah mereka-mereka didalam gulungan beresiko tinggi seperti penagih dadah secara suntikan, pelacur (dan pelanggannya) dan pengamal homoseks. Soalannya bilakan vaksin patut diberikan kepada gulungan ini. Memandangkan gulungan ini dianggap sebagai antisosial di sesetengah negara (juga di Malaysia), apakah pemberian vaksin kepada gulungan ini tidak disalah anggap sebagai menggalakkan kejadian antisosial.


Sumber : oleh Dr Ahamad bin Jusuh di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan http://reocities.com/

Friday, 13 April 2012

10 FILEM BERKAITAN HIV/AIDS

Diangkat dari berbagai kisah kejadian yang melibatkan HIV/AIDS.

Isu HIV dan AIDS telah menjadi isu global yang sampai sekarang belum ditemui penyelesaian dan ubat penyembuh. Penyebaran HIV dan AIDS semakin hari semakin meluas dan meningkat. Stigma masyarakat terhadap HIV/AIDS walaupun masih menebal tetapi kita tidak boleh nafikan ia semakin pudar dari tahun ke tahun terutama di negara sebelah barat. Insyaallah di Malaysia juga akan ada perubahan positif berkaitan tentang stigma ini. Dan saya yakin satu hari nanti seluruh masyarakat akan menganggap HIV/AIDS sama seperti penyakit biasa yang lain.

Filem juga memainkan peranan besar dalam menyedarkan masyarakat supaya lebih celik HIV/AIDS. Terdapat lima buah filem (dibawah ini) yang menceritakan tentang isu HIV/AIDS ini. Disetiap filem ini menyimpan cerita-cerita yang menarik dan boleh dikait-kaitkan dengan banyak hal yang terjadi diseluruh pelusuk dunia. Dibawah ini adalah senarai 5 filem yang berkaitan tentang permasaalahan HIV/AIDS dikalangan masyarakat yang pernah dikeluarkan. Walaupun filem ini sudah lama dikeluarkan tetapi kita masih boleh mendapat pengajaran disebalik setiap kisah didalam filem ini. Kebanyakan filem lama yang dikeluarkan dulu banyak tertumpu pada stigma masyarakat terhadap PLHIV.

***********************************************************************************************

1. Breaking the Surface : The Greg Louganis Story


Pada 2003, HBO menerbitkan sebuah drama mini seri berkaitan tentang isu HIV /AIDS dan homoseksualiti. HIV/AIDS juga boleh merebak tidak kira walau dimana malah hingga kedalam dunia sukan. Filem ini diterbitkan pada tahun 1997, mengenai seorang altlet kolam renang dalam acara terjun yang pernah memenangi tiga pingat emas di Sukan Olimpik diantara tahun 1984 hingga 1988.


Mario Lopez bersama Greg Louganis

Greg Louganis terpaksa merahsiakan status HIV beliau sehinggalah diketahui oleh masyarakat umum sebagai membawa kuman HIV ketika doktor melakukan test darah setelah Greg mendapat kecelakaan dibahagian kepala kerana terhantuk papan lompatan didalam Suka Olimpik di Seoul Korea pada tahun 1988. Dan sejak saat itu, Greg terpaksa mengaku dia adalah seorang gay. Film yang dibintangi oleh Mario Lopez ini mendapat penghargaan dari ALMA Award.


2. Philadelphia


Sebuah filem drama yang dilakonkan oleh Tom Hanks dan Denzel Washington. Filem yang dikeluarkan para tahun 1993 dan digarap oleh Jonathan Demme lebih mengutamakan isu HIV/AIDS dan hubungannya dengan isu homoseksualiti yang marak terjadi pada ketika itu di Amerika Syarikat. Kisah mengenai Andrew Beckett, seorang peguam handal yang menyembunyikan sifat homoseksualitinya dan HIV/AIDS yang dihadapi dari bosnya yang sangat konservatif terhadap homoseksualiti. Suatu ketika dirinya dipecat hanya kerana ia menghidap HIV/AIDS dan terpaksa bertarung dimahkamah untuk memperjuangkan haknya serta dalam masa yang sama terpaksa melawan penyakitnya itu sendirian.  


Andrew kemudian mengupah seorang peguam bernama Joe Miller yang sememang seorang yang mempunyai ketakutan dan mempunyai pandangan yang serong kepada golongan homoseksual dan dia harus mengatasi masalah tersebut demi membantu Andrew. Filem ini kemudian menerima banyak pujian dan penghargaan serta berjaya memenangi anugerah Oscar dalam Academy Awards untuk pelakon lelaki terbaik kerana lakunan yang dibawa oleh Tom Hanks yang dikatakan sungguh menyentuh.


3. A Mother's Prayer 


Filem drama mengenai HIV/AIDS yang agak berbeza kisahnya ini bertajuk A Mother 's Pray. Filem ini mengisahkan seorang janda yang didiagnosis mengidap HIV/AIDS dan terpaksa berjuang tidak hanya untuk mengatasi ketakutan akan penyakitnya tetapi juga berjuang untuk mencari sebuah keluarga yang dapat mengasuh serta membesarkan anaknya yang berusia 8 tahun sebelum dirinya meninggal dunia. Filem ini dibuat berdasarkan sebuah kisah benar.


Dikeluarkan pada tahun 1995 telah diarah oleh Larry Elikann dan dibintangi oleh Linda Hamilton, Kate Nelligan dan Bruce Dern, filem ini juga termasuk dalam senarai akhir pencalonan dianugerah Golden Globe pada tahun yang sama.


4. Angels In America


Pada 2003, HBO mengeluarkan sekali lagi mengeluarkan drama mini seri berkaitan isu HIV/AIDS dan homoseksualiti yang bertajuk Angels In America. Kisah terjadi ketika zaman runtuhnya kekuasaan presiden Amerika Syarikat, Ronald Reegan pada tahun 1985 dan ketika penyebaran wabak AIDS diseluruh negara di Amerika Syarikat semakin meningkat


Angels In America mengisahkan seorang ketua gereja bernama Walters yang menghidap HIV/AIDS dan ditinggalkan oleh isterinya yang bernama Lou hanya setelah Walter memberitahu bahawa dia mengidap HIV/AIDS. Kisah lain dalam drama yang sama ialah mengenai seorang peguam bernama Roy Cohn dan kisah tentang Joe Pitt seorang homoseksual dan seorang pengamal rasuah yang mempunyai peranan penting di White House dari politik sayap kanan Amerika Syarikat.  

Didalam filem ini, banyak cabang cerita tentang percintaan yang rumit sehingga ada adegan mistik ketika saat Roy setelah didiagnosiskan sebagai menghidap HIV/AIDS telah didatangi oleh “angel” bernama Ethel Rosenberg, seorang penjenayah Amerika yang telah dihukum mati dengan kerusi elektrik pada tahun 1953. Filem ini dilakonkan oleh bintang seperti Al Pacino dan Marlyn Streep


5. And the Band Played On


Yang terakhir adalah filen yang bertajuk And the Band Played on. Sebuah film drama yang diarahkan oleh Roger Spottiswoode, berdasarkan dari sebuah buku “best-selling” berjudul And the Band Played On: Politics, People and the AIDS Epidemic karya Randy Shilts. Filem ini mengisahkan tentang doktar ahli penyakit epidemik, Don Francis yang berkunjung ke sebuah desa di sekitar daerah Ebola, Zaire pada tahun 1976. Tujuannya mencari para penduduk dan doktor-doktor disana mengkaji tentang penyakit misteri terkenal ketika itu yang dikenali dengan nama demam berdarah Ebola.


Don Francis merasakan penyakit ini akan tersebar luas tetapi gagal mencari puncanya, terus membuat andaian bahawa penyakit ini adalah disebabkan oleh kegiatan seksual (homoseksual). Teori ini ditentang oleh golongan gay kerana mereka tidak mahu dijadikan sebagai kambing hitam penyebab tersebarnya virus ini. Di sisi lain, para Saintis Perancis dan Amerika Syarikat berdebat tentang siapa yang pertama mencari virus tersebut. Filem ini dibintangi oleh Matthew Modine dan Alan Alda, merupakan filem yang adaptasi cerita berkaitan tentang HIV/AIDS yang terbaik kerana penekanan kisah tentang bagaimana HIV/AIDS pertama kali dikesan.


6. 3 Needles

Pelakun "Asian American" Lucy Liu dan Sandra Oh bersatu untuk mengambil peranan dalam melakunkan watak tentang pembawa virus HIV/AIDS. Kedua-dua pelakon Asia ini membintangi filem drama yang diarah oleh pengarah Thom Fitzgerald dalam filem yang bertajuk  '3 Needles '. Ia dijangka akan ditayangkan sempena Hari AIDS Sedunia.



Filem yang menyayat hati ini berkisar tentang cerita kehidupan di tiga buah negara iaitu Afrika Selatan, Kanada dan China. Liu dan Oh diberikan peranan utama yang diketengahkan di dalam bahagian filem yang berlaku di China dan Kanada. Sebagai tambahan kepada kedua-dua pelakon Asia, pelakun lain juga termasuk Shawn Ashmore, Cory Bowles dan Steven Crowder.


7. Yesterday
  
Sebuah filem dari Afrika Selatan mengisahkan kepayahan hidup seorang wanita didalam sebuah kampung terpencil di Zululand Afrika. Kehidupan seharian beliau tidak adalah mudah - cuma ada sedikit wang, kehidupan yang tiada kemudahan moden, serta suaminya yang tinggal jauh di Johannesburg bekerja sebagai pelombong.


Jalan cerita bermula ketika ia mula didiagnosis HIV  dan terpaksa mengembara jauh untuk mencari kefahaman tentang penyakit yang dihidapinya itu. Diarahkan oleh pengarah Darrell James Roodt dan merupakan filem pertama antarabangsa yang pernah dibuat dalam bahasa Zulu.


8. Still Human



9. David Is Dying


A story about “a young, successful hedge fund manager in London whose world falls apart when he is diagnosed with HIV.” However, David’s diagnosis turns out not to be the focus of the film, but rather a device used to underscore his troubled relationship with his fiancée, Carla.


10. My Life My Damage


Berkisar tentang penyalahguna dadah dan HIV/AIDS. A young lady who lives a reckless life abroad as a drug addict is given a rude shock when she discovers that she’s HIV positive and now has to seek redemption for herself.

***********************************************************************************************

Diatas ini adalah antara 10 kisah masyarakat yang berkaitan rapat tentang HIV/AIDS yang berlaku didunia, telah pun difilemkan tetapi masih terdapat berjuta-juta “story” lain yang berbeza cerita diluar sana malah di Malaysia sahaja terdapat hampir lebih 90,000 pelbagai kisah tentang HIV/AIDS yang berbeza dari individu PLHIV yang boleh difilemkan jugakan. Itu belum termasuk kisah dan pengalaman NON-PLHIV yang hidup rapat bersama para PLHIV.

Mudah-mudahan sekiranya ada filem tentang HIV/AIDS yang mahu diterbitkan di Malaysia minta-minta ia jatuh ketangan seorang pengeluar dan pengarah yang sudah faham benar tentang seluk belok HIV/AIDS supaya cerita yang dikeluarkan kelak dapat menolong memberi kefahaman masyarakat Malaysia tentang HIV/AIDS. Tidak dinafikan ada banyak drama berkaitan HIV/AIDS yang disiar didalam TV di Malaysia tetapi kebanyakan fakta tentang HIV/AIDS tidak beberapa betul. Bukannya memberi kefahaman yang baik dan betul pada masyarakat tetapi kefahaman yang salah malah kebanyakan cerita sangat menakutkan. Saya sendiri dulu kalau tahu ada kisah HIV/AIDS yang akan disiarkan di TV gerenti saya akan alih menonton kesaluran lain.

So, sekiranya kita berpeluang menonton filem ini, pandai-pandailah kita ambil mana yang baik dan kalau yang buruk tu kita buang aje jauh-jauh


Friday, 6 April 2012

ONANI - BERBAHAGIALAH MEREKA YANG MENJAGA KEMALUAN


Apa itu onani? Hukum onani? Kesan negetif onani? Ini adalah antara topik yang dibincangkan didalam majalah Al Islam keluaran terbaru April 2012. Saya memang rajin kekedai buku tetapi biasanya saya hanya tumpang membaca sahaja semua majalah keluaran terbaru disitu almaklumlah poket seluar sentiasa nipis. Semua jenis majalah dan buku saya belek. Saya tidak memilih saya baca semua jenis majalah dari majalah wanita dan lelaki, majalah kesihatan dan deko, majalah travel dan photography malah majalah tulisan cina keluaran dari Taiwan dan Hong Kong pun semua saya belek. Banyak majalah yang saya beli tetapi saya selalu beli dikedai buku 2nd hand, lebih murahkan. Walaupun murah tetapi isi sesuatu artikel terutama yang berkaitan tentang ilmu agama tetap berguna untuk dibaca. Tapi majalan keluaran terbaru Al Islam ini saya tak fikir dua kali untuk membelinya kerana tertarik dengan tajuk muka depan majalah “Solat Tahajud Penawar Penyakit”. Bila saya belek isi kandung majalah ini terdapat beberapa topik yang boleh merungkaikan satu permasaalahan yang selama ini bersarang dikepala. Banyak topik yang menarik yang saya rasa best untuk dibaca, orang lain tak tahu lah kan.
 
SOLAT TAHAJUD
Tahukah kita perintah menunaikan solat tahajud adalah wajib hukumnya keatas Rasulullah dan umatnya ketika itu. Tidak semua orang tahu apa itu solat Tahajud. Seperti yang selalu saya katakan sebelum ini tidak semua apa yang kita tahu orang lain akan tahu. Ada sesuatu pekara yang begitu mudah bagi diri kita kerana kita sudah tahu tetapi amat sukar bagi sesetengah orang lain kerana mereka tidak tahu. Contoh; kebanyakan kita boleh menghafal ayat Kursi yang pendek itu dan ianya sesuatu yang sangat mudah. Tahukah anda saya sendiri hanya mula dapat menghafal ayat ini hanya setelah umur mencecah hampir separuh abad. Setelah begelar PLHIV.

Solat Qasar dan Jamak pun saya masih tidak beberapa nak tahu melakukannya, mungkin kerana itu saya kurang nak keluar lama dari rumah. Saya sudah cuba untuk fahamkan berkenaan solat Qasar dan Jamak ini. Ya ada ketikanya saya rasa saya sudah faham sedikit, tetapi bila kurang dipraktikkan maka kefahaman tu mula hilang, lupa dan kembali was-was untuk melakukannya. Bagi sesetengah orang solat ini semudah seperti mengunyah  “kacang” amat mudah dilakukan dan pasti mereka akan barkata saya ni bangangkan. 

Kadang-kadang sifat saya sendiri memang rasa malu nak bertanya so saya kena pandai-pandailah belajar mencari sendiri, umur pun dah tua buat digelak orang pulak nanti, silap haribulan kena perli-perli oleh ustaz yang kita tanya tu. Walau bagaimana pun solat Qasar dan Jamak ini amat penting tersangat penting untuk saya faham betul-betul sekiranya cita-cita saya yang satu tu menjadi kenyataan suatu hari nanti.

So, Majalah Al Islam adalah diantara banyak bahan bacaan yang bermanafaat yang berlambak diluar sana yang sedikit sebanyak boleh membantu mengasahkan kembali ketajaman pemahaman kita tentang sesuatu ilmu seperti solat Tahajud ini. Sekiranya hari ini saya bukannya seorang PLHIV saya boleh gerenti solat tahajud antara salah satu amalan kebaikan yang memang saya tidak nak ambil tahu. Malah hiv sebenarnya telah mendorong saya untuk tentang mempelajari kelebihan solat Tahajud ini. Manusia itu mudah lupa maka mempelajari serta membaca segala ilmu yang diturunkan Allah perlu kita lakukan berterusan hingga ke akhir hayat. 

Dimasjid belakang rumah saya juga kerap kali ada sessi pembelajaran cara melakukan solat dengan betul. Mula-mula dulu saya berfikir juga kenapa nak diajar cara solat pada semua orang tua yang kerjanya hari-hari ke masjid tu. Solat yang kebanyakan dari mereka malah kita semua melakukannya hari-hari takkan tak pandai-pandai lagikan, sebenarnya pengetahuan kita tentang solat masih kurang jika kita gali walau sedalam mana sekalipun kita pasti menjumpai sesuatu yang baru.

 
“Hanya solat tahajud yang disertai niat yang ikhlas akan menghasilkan rasa senang, tenang, hening, optimistic dan persepsi positif”

Saya ada ketikanya dulu amat rajin melakukan solat tahajud. Ya suatu ketika dulu selepas disahkan menjadi PLHIV, sehingga ada orang yang berkata saya sudah menjadi  “orang masjid” kerana kekerapan menghadirkan diri kemasjid dan pernah dulu kerap timbul dihati perasaan rasa rindu untuk selalu kemasjid melakukan solat berjemaah. Solat tahajud sudah menjadi seperti solat wajib yang saya lakukan dulu. Tetapi tulah manusiakan sukar nak kita pertahankan kebaikan yang kita lakukan berkaitan amal ibadat yang baik ini supaya berterusan. Saya sekarang ini sebenarnya sudah semakin lupa dan meninggalkan amalan solat tahajud ini. Saya masih melakukannya tetapi amat kurang sekali, so bila saya ternampak tajuk besar dimuka hadapan Majalah Al Islam ini, kepala saya seperti telah diketuk ya seperti diperingatkan kembali.

Jika mengikut sunah Rasullulah melakukan semua solat sunat waktu malam seperti tahajud, tasbih, witir dan taubat termasuk dalam solat tahajud. Kerana yang dimaksudkan dengan tahajud itu adalah bangun daripada tidur. Manakala qiamullail itu pula adalah menghidupkan malam dengan beribadat.

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, atau kurangkan sedikit dari separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah AlQuran dengan “Tartill” (surah al Muzzammil ayat 1-4)

APA ITU ONANI?
Apa itu Onani? Prof. Dr Abd Karim Zaidan dalam bukunya yang berjudul “Al Mufashal” memtakrifkan onani sebagai perbuatan yang mengunakan tangan atau alat-alatan lain bertujuan mamuaskan nafsu samada dikalangan lelaki mahupun wanita. Dalam bahasa arab ia dinamakan sebagai al-istimna’ bi al-yad atau al-adat al-siriyyah.

HUKUM ONANI
Para ulama mempunya tiga pendapat apa yang penting pembaca perlu memahami hokum onani itu secara mendalam bagi memastikan tidak berlakunya kesilapan dalam mentafsiran hokum ini.

Mahzab Hanafi melihat perbuatan onani berdasarkan niat pelaku. Sekiranya seseorang itu melakuannya dengan berniat suka ria hukumnya haram. Tetapi jika niatnya untuk menenangkan syahwat yang meyelubungi akal fikirannya sehingga hampir terjerumus kekancah maksiat hukumnya haram. Bagaimanapun ingat perbuatan ini hanya dibenarkan untuk golongan lelaki ataupun wanita yang belum berkahwin bagi memelihara mereka dari perbuatan zina ketika waktu syahwat berada ditahap kemuncak.

Mahzab Hanbali hampir sama dengan mahzab Hanafi. Mereka menegaskan pasa asalnya hukum onani adalah haram. Namun sekiranya seseorang itu hampir berzina dengan perempuan yang bukan isterinya maka ketika itu perbuatan onani sangat dibolehkan sebagai langkah menghalang dirinya dari melakukan perbuatan zina yang sangat terkutuk. Walaupun perbuatan mereka itu dibolehkan atas alasan darurat namun individu yang melakukan perbuatan itu tidak akan terlepas dari dosa. Apa tidaknya? Secara logic, syahwat seseorang tidak akan bermaharajalela selagi mana ia tidak melihat dan mendengar pekara-pekara yang haram. Justeru memelihara anggota tubuh dari mendekati zina sangat penting.

Mahzab Syafie agak berlainan. Mereka sangat tegas sehingga mengharamkan onani dalam semua keadaan samaada lelaki mahupun wanita. Mereka juga meyifatkan pengharaman tersebut tidak ada bezanya dengan pengharaman liwat dan zina. Namun begitu individu yang melakukan onani tidak dikenakan hukuman had seperti mana yang dikenakan keatas penzina. Sebaliknya dikenakan takzir.

Daripada pandangan ketiga-tiga mahzab berkenaan dapat disimpulkan bahawa onani secara dasarnya HARAM.

Lain pula bila membaca berita ini 
Onani - Tidak Haram? HUKUM onani adalah haram dan berdosa. Dalam keadaan tertentu pula, ulama mengharuskannya apabila takut terjerumus dengan zina.Jika seorang isteri beronani sehingga klimaks tanpa kehadiran suami dan si isteri melakukan perbuatan itu disebabkan suami tidak mampu melakukan persetubuhan (suami ED). Tambahan isteri mempunyai keinginan seks yang kuat kerana masih muda (umur 33 tahun dan suami 51 tahun). Perbuatan onani itu demi mengelak daripada terfikir untuk bermesra dengan teman lama. 

Dalam keadaan itu, hukumnya TIDAK haram dan TAK berdosa. Bagaimanapun, melakukan onani bukan pilihan terbaik dalam menghadapi masalah yang dihadapi. Ia hanya jalan singkat dan sementara saja. Pasangan dinasihatkan supaya mencari ubat bagi menyembuhkan penyakit suami puan. 

Dalam dunia perubatan sekarang terdapat banyak ubatan di pasaran yang mampu mengembalikan kekuatan seksual. Pasangan dinasihatkan berjumpa doktor bagi menyelesaikan masalah itu.
Sumber :  @hmetro.com.my 2009/12/29


Kurang Onani Kerap Mimpi Basah

MIMPI basah atau nocturnal emission (wet dreams) tidak ada kaitan dengan kegagalan puan memuaskan keperluan seksual suami. Ia fenomena normal yang berlaku pada setiap lelaki bermula daripada umur remaja dan tidak mengira usia atau status perkahwinan.

Malah kaum wanita juga boleh mengalami mimpi basah. Ia berkaitan mimpi erotik. Kajian yang dilakukan oleh pakar dari Barat berpendapat mimpi basah akan lebih kerap terjadi kepada lelaki yang kurang melakukan onani.

Tidak ada rawatan yang perlu diberikan sekiranya seseorang itu mengalami mimpi basah ini dan ia tidak ada kaitan dengan penyakit serius.

Laporan Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin,
Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras


KESAN ONANI

1 Kesan ketika bersama isteri.

2 Mempunyai potensi untuk mati pucuk

3 Kemungkinan besar untuk mandul


Ini antara dua artikel dalam Majalah Al Islam keluaran terbaru April 2012, yang pasti perkongsian diatas tidak lengkap dan sekiranya anda hendak tahu ulasan lengkap kedua-dua topik diatas ini labur ajelah RM5 untuk membeli ya. Selain daripada dua topik diatas ada juga kisah lain yang agak menarik bagi saya seperti kisah yang berkaitan tentang amalan susuk dan cara membuangnya. Haaa....persoalan ini kebanyakan yang saya tahu, yang ramai melakukannya adalah kaum wanita dan golongan mak nyah, kaum lelaki pun ada juga yang pasang susuk tapi bilangannya tidak ramai. Ada juga artikel tentang Solat Hadiah, solat yang pernah saya cuba lakukan walaupun mudah tapi masih ada was-was ketika mahu melakukannya.


Dan lagi satu perbincangan dalam majalah ini ialah tentang mandi wajib. Saya ingat-ingat lupa maaf kalau saya silap, saya pernah terbaca kisah bakal pengantin yang di interview tidak tahu dan ada yang tidak pernah  mandi wajib dan saya percaya masih terdapat ramai golongan remaja terutamanya lelaki yang tidak tahu atau buat-buat tidak tahu tentang mandi wajib ini kan. Nak harapkan mak bapak terutama zaman sekarang mana ada malah tidak ramai mak bapak yang nak mengajarkan ilmu tentang mandi wajib ini pada anak-anak. Harapkan cikgu disekolah pun maybe sepintas lalu aje. Kebanyakan dari kita malah saya sendiri ketika remaja hanya tahu tentang kewajiban tentang mandi wajib ini hanya melalui pembacaan dalam buku atau majalah serta akhbar, tidak ramai mak bapa yang nak bincangkan tentang persoalan yang berkaitan tentang pekara seperti  ini dengan anak-anakkan. Betul tak?

Kisah amalan songsang dan sex bebas yang digembar gamburkan didalam media massa yang berterusan sering diperkatakan sikit sebanyak akan mengundang pertanyaan diminda kepala anak-anak kita yang kecil. Ada atau tidak ibubapa yang duduk menerangkan apa itu sex bebas, gay, liwat, lesbian kepada anak-anak mereka terutama yang masih bersekolah rendah. Ada atau tidak ibubapa yang menerangkan tentang hukum perbuatan melakukan perbuatan seperti liwat. Ya mungkin ada dan sekiranya ada sekali pun bilangan mereka ini tidak ramai, malah lebih ramai ibubapa diluar sana yang hanya membiarkan anak-anak mereka mencari sendiri jawapan kepada persoalan yang berkaitan pekara-pekara sensitive itu sendirian atau melalui kawan-kawan sebaya. Ya zaman sekarang kalau dibiarkan mereka mencari sendiri dalam internet alamatlah benda baik yang dicari tidak jumpa benda yang membawa keburukan pula yang mereka mudah dapat.

Wallahuaalam


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST