Tuesday, 27 March 2012

PERIA, MAGGIE MEE DAN NYAMUK

PERIA
Tau tak tentang buah peria, ya buah yang mengerutu permukaannya itu, ya buah yang  pahit tu. Tahu tak tentang khasiat ia alahhhaiiii…… cari sendiri lah “google jer” hehehe.  Saya mula tahu tentang khasiat buah peria yang amat pahit ni sejak +ve. Kan dulu bila mula-mula +ve punyalah rajin membaca bab-bab sumber makanan khasiat ni. 

Selain bawang putih, buah peria mempunyai tinggi nilai khasiatnya terutama bagi mereka yang mengidap kencing manis. Mak saya juga pengidap kencing manis kadang-kadang tinggi kadang-kadang rendah bacaan kencing manis tu. Apa pun kencing manis mak masih terkawal alhamdulillah elok-elok ajer hingga ke hari ini.  Sebagai anak memang tidak pernah lupa mendoakan yang terbaik buat mak. Kalau di pasar ada orang jual buah peria, kakak akan belikan, mak selalu rebus buah peria tu buat ulam makan dengan nasi. Saya pun tumpang sekakilah. Apa pun air rebusan buah peria mak akan simpan kan untuk saya, kerana air rebusan buah peria antara minuman amalan yang saya amalkan. 

Jika dulu masa mula-mula disahkan +ve saya rajin beli buah peria hancurkan dan minum air pekat perahan perai, ya Allah teramat lah pahitnya, tapi saya tetap minum. Saya minum bukan kerana nak sembuh dari hiv tapi lebih kepada mengelakkan dari terkena penyakit lain kerana khasiat buah peria agak menarik.

Segala petua yang saya amalkan seperti makan bawang putih, minum air kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih, jus tomato, air halia dan sebagainya itu, saya mempraktikkan dan membayangkan seolah-olah saya ini seperti orang lain yang hidup tanpa hiv dalam masa yang sama seorang yang amat mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan. Saya amalkan kerana nak elakkan dari terkena penyakit-penyakit lain bukan nak sembuh dari hiv ya…… dan tidaklah melampau-lampau sangat hehehe 

Kalau melampau makan pun bila tiba sebulan atau seminggu sebelum darah nak diambil dan diuji, haaa masa ni segala petua ini akan lebih kerap saya amalkan. Apa pun saya percaya ramai mereka yang +ve hiv sama seperti sayakan, kita akan buat experiment keatas tubuh badan kita sendiri untuk memastikan CD4 kita semakin naik dan virol load semakin turun kan.  

Apa pun experiment yang saya buat biasanya dari sumber semulajadi bukan experiment dengan pil-pil jamu atau tonik-tonik minuman yang berlambak-lambak dipasaran sana tu. Memang saya tidak percaya product-product tu semua dan masih berpegang pada nasihat doctor supaya jangan amalkan pengambilan makanan dan minuman kesihatan tambahan lain tu. Doktor kata ada kes pesakit CD4 menurun, bila ditanya dan dicheck rupanya ia amalkan sejenis minuman tonik. Bila ia stop minum kiraan CD4 semakin baik. 

Haaa tulah antara sebab pentingnya ujian darah kita diambil dan diuji sekurang-kurangnya 6 bulan sekalikan. Memantau kesihatan diri perlu dipraktikkan setiap 6 bulan sekali atau kurang-kurang satu tahun sekali bukan saja yang PLHIV tapi juga yang non PLHIV. Bagi orang sihat tak salah kalau nak minum tonik tongkat Ali atau tonik Pak Tani tak salah kalau nak telan Jamu Mak Dara jika yakin pada sesuatu product tu, tapi bagi kita yang +ve dan terutama PLHIV yang sudah memulakan ubatan Haart elok sangat hentikan amalan minum tonik atau jamu-jamu itu.

Bagi saya sumbar asli oklah, tapi kalau tiba-tiba CD4 menurun tentu ada tak kena dengan salah satu sumber asli yang saya amalkan tukan. Alhamdulillah setakat ini semuanya ok.


MAGGI MEE vs SPAGHETTI
Lagi satu tentang maggie mee, elok sangatlah kita hentikan makan mee segera ni. Banyak sangat kajian buruk tentang maggie mee ni, terutama mee nya tu, perencah ia alahaiii tentu banyak ajinamoto. Maggie mee tu dah sah disalut dengan sejenis lilin, tu pasallah ia keras dan bila direndam air panas akan menjadi lembik, tapi salutan lilin tu masih ada, tu yang bahaya amat susah nak hadam. Dengar citer ambil masa seminggu lebih kalau nak hadam mee maggie tu dalam perut. 

Saya dapat tahu ni pun sejak menjadi hiv +ve ni hehehe. Dulu masa travel berbulan-bulan terutama di China maggie meelah menjadi alas perut walau dimana saja terutama semasa didalam train. Dan dah menjadi amalan orang-orang di China kalau berjalan maggie mee mesti ada dalam beg. Lagi satu makanan segera ni amat mudah disediakan tapi ingat mudah memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa yang panjang juga.

Tapi masalah sekarang saya ni dah mula gila makan spaghetti alahhhh macam iklan tv anak chef Wan tu, iklan sause Prago tu. Rendam dan didihkan spaghetti, tos kan dan campur dengan sos…. Mak oiiii sedap giler hehehe. Try sekali dah ketagih bukan apa saya risau pulak  tentang spaghetti yang keras tu, tidak tahu lah sama ada spaghetti ni sama seperti mee maggie yang bersalut lilin tu ke tidak. Kat luar plastic tertulis 100% drum wheat. No Artificial Colourings Flavourings Or Preservatives. Tak guna juga kalau tak makan mee maggie tapi melantak pulak benda ni. Apa pun dalam suka melantak benda ni kena berpada-pada juga dan yang penting saya sulam dengan banyak minum air kosong. Kalau sebulan yang lalu berat badan saya 67 kg tapi sekarang dah naik 70kg, okey lah…tu....


NYAMUK
Saya juga nak bercerita tentang gigitan nyamuk pulak, kalau sebelum ini kena gigit oleh mak nyamuk, bapak nyamuk atau tok nyamuk sekali pun badan oker aje tapi sejak beberapa tahun yang lalu saya perasan setiap kali kena gigit nyamuk badan menjadi gatal dan bengkak (bintan) kecil. Gatal selama beberapa jam kemudian hilang. Kalau berbual dengan kenalan, kawan atau saudara di tempat banyak nyamuk misalnyalah contoh ditaman permainan atau diluar rumah, habis tangan, badan serta kaki saya gatal dan bengkak dan tidak senang duduk bila digigit nyamuk. Sedangkan rakan, kawan atau saudara yang berbual dengan saya ditempat yang sama pun dah tentu kena gigit nyamuk juga kan tapi ia orang ok jer siap ketawa bila saya kata gatal kena gigit nyamuk.

Lama juga saya fikir kenapa ya, pernah dulu bertanya pada doctor tapi jawapannya tidak jelas sehinggalah saya buat kesimpulan sendiri. Jika seseorang mempunyai system immun yang sangat rendah sudah tentu CD4 pun akan kurang  maybe dalam 200 seperti saya sekarang ni maka masalah gatal dan bengkak akibat gigitan nyamuk pasti akan berlaku. Bagi mereka yang kuat system immun dan sudah semestinya tinggi CD4 dalam darah mereka maybe melebihi 500, maka sudah tentu gatal dan bengkak tidak akan terjadi walau seribu nyamuk mengigitkan.

Tertanya-tanya juga adakah PLHIV diluar sana yang mempunyai CD4 rendah pun, adakah mereka mengalami bengkak seperti yang saya alami setelah digigit nyamuk ni???

Dirumah kadang-kadang pasang jugak ubat nyamuk, tapi bau asap nya sampai melekat pada badan dan baju. Bila saya “google” mencari tentang ubat nyamuk rupa-rupanya banyak keburukan pada manusia jika kita salah cara mengunakannya. Asap ubat nyamuk kalau kita hidu dikatakan lebih teruk berganda-ganda kesannya pada paru-paru manusia daripada asap rokok diibaratkan satu lingkaran ubat nyamuk bersamaan dengan 100 batang rokok. Ya pernah saya pasang ubat nyamuk waktu malam tapi tidak boleh tidur akibat bau asapnya walaupun ubat nyamuk diletak diluar bilik, rasanya ramai budak-budak bujang yang duduk ramai-ramai masih nyalakan ubat nyamukkan begitu juga mereka yang tinggal di kampung-kampung  ni kan…. So bagi saya sekarang ni, saya masih tetap pasang dan nyalakan ubat nyamuk sekali sekala tapi saya pastikan tidak menyala terlalu lama.  Saya patah dan pendek-pendekkan lingkaran ubat nyamuk itu dan elak kan dari menghidu asap tu terlalu lama. Haiii nyamuk bahaya, asap pun lagi bahaya.

Yang jenis spray pun sama tapi masih ok daripada jenis lingkaran, kejap je lepas hilang bau nyamuk datang balik. Yang jenis pakai letrik pun ok tapi bau yang kita hidu kita tak perasan pun bahaya juga. Yang paling baik pakai baju tangan panjang dan tidur guna kelambu ya. Saya kadang-kadang pun gantung kelambu jugak.

Kalau gigitan datang dari nyamuk biasa tak mengapalah, tapi kalau ia datang dari nyamuk ades pembawa virus denggi, tahu sajalah jawabnya…Sebenarnya yang salah bukan nyamuk itu tapi manusia kerana menyediakan tempat yang selesa untuk nyamuk membiak. Buang sampah merata-rata hingga menyebabkan longkang tersumbat, biarkan air bertakung dan kawasan perumahan yang tidak bersih. Nyamuk amat suka tempat-tempat seperti ini tempat terbaik tempat jagaan untuk anak-anaknya. Seekor nyamuk bertelur sehingga 300 biji, hanya selepas 7 hari jadilah ia seekor nyamuk dewasa yang boleh hisap darah dan membiak. Begitulah seterusnya, menghisap darah untuk meneruskan kelangsungan hidup generasi akan datang.

Sebenarnya nyamuk bukan serangga penghisap darah untuk mengisi perut yang lapar. Baik nyamuk betina dan nyamuk jantan kedua-duanyu menghisap manisan bunga, buah-buahan dan mineral sebagai makanan utama. Tapi kenapa kita kerap nampak nyamuk menghisap darah hingga kenyang? Satu-satunya alasan mengapa nyamuk betina saja yang menghisap darah kerana darah mengandungi protein yang diperlukan untuk perkembangan dan pertumbuhan telurnya. Nyamuk jantan memang tidak menghisap darah dan hayatnya tidak panjang iaitu selama 10 hingga 20 hari saja. Maknanya lepas mengawan nyamuk jantan akan mati. Maka tugas menjaga telur terletak pada tangan nyamuk betina. Nyamuk betinalah yang menghisap darah dan menjaga telur. Begitulah kelangsungan putaran hidup seekor nyamuk. Perlu kita tahu ibu nyamuk menghisap darah bukan untuk dirinya tapi untuk anak-anaknya. Inilah namanya menyabung nyawa demi anak walaupun akhirnya si ibu sendiri kadang-kadang tewas akibat tamparan manusia.

Rupanya didalam kehidupan ini semua ibu telah dijadikan Allah mempunyai perasaan sama iaitu kaya dengan kasih sayang. Baik haiwan mahu pun serangga kecil juga dibekalkan dengan naluri keibuan. Nyamuk yang kadang kala kita anggap pencekik darah yang kecil tu pun penuh dengan naluri keibuan yang sanggup pertaruhkan nyawa untuk setitik darah.

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa saja seperti nyamuk hingga kesuatu yang lebih dari itu (kerana perbuatan itu ada hikmahnya) iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang kafir pula mereka akan berkata “Apakah maksud Allah membuat perbandingan ini?  

Dengan perumpaman ini banyak orang yang disesatkan Allah dan dengan perumpamaan itu banyak orang yang diberikan Nya pertunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik. (Surah Al-Baqarah – 26)

Apa pun hiv tidak berjangkit melalui gigitan nyamuk ya, kena ingat tu. Pernah beberapa tahun dahulu terbaca dalam sebuah akhbar tentang seorang pesakit hiv bangsa cina yang dikurung dan kena tidur diluar rumah di Johor Baharu hanya kerana kaum keluarganya bimbang gigitan nyamuk pada pembawa hiv boleh memindahkan virus hiv pada mereka pula. Salah ya, kajian yang diguna pakai hingga sekarang bahawa hiv tidak dipindahkan melalui gigitan nyamuk. Jangan bimbang.

Wallahualam

14 comments:

  1. assalamualaikum
    salam perkenalan

    satu perkongsian yang menarik
    mempunyai banyak informasi yang berguna
    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Catatan yang menarik, ringkas dan berinfo.... heheheeeeee semoga hari2 Naj Mi akan lebih ceria.....

      Delete
  3. sy nk komen sikit la psl gigitn nyamuk tu...sbbnyer saya pon bengkak n bintn jgk kalau digigit...dn dlm fmly sy,walaupon ramai lg org lain dtempat yg same duduk dgn saya,nyamuk akn bertubi2 gigit sy.org lain rilex je,tak kena gigit pon,sy yg menggaru sbb kena gigit byk...tpi wallhuallam la darah kita manis ke? Mmg dari kecik mcmtu,sayalah yg slalu kena gigit pacat kalau g ke area sawah sana,pdhal sepupu2 pon ikut juga..

    Tu gmbr awk kena gigit nyamuk ke tu?

    ReplyDelete
  4. Salam najmi semoga sentiasa dalam rahmatNya.

    saya sokong kata-kata najmi tentang ini.

    "Saya minum bukan kerana nak sembuh dari hiv tapi lebih kepada mengelakkan dari terkena penyakit lain kerana khasiat buah peria agak menarik."

    HIV tidak boleh di sembuhkan tapi tidak bermakna kita tidak boleh uruskan kesihatan kita kan..dan yup makanan secara semula jadi berkali ganda lebih baik dari makanan suplement. Suplement dah di proses sudah tu mahal pula.

    Budak-budak yang ada kekurangan enzim G6PD di larang sama sekali meggunakan ubat nyamuk bahayanya hingga boleh menyebabkan kematian, kelambu adalah cara terbaik dan juga pokok ubat nyamuk yang mampu menghalau ubat nyamuk secara semula jadi. wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peria boleh bantu mengelakkan penyakit.... kena cuba walaupun sebenarnya benda nie paling susah saya nak telan dalam jenis2 sayuran.... untuk kebaikan lepas nie kena cuba

      Delete
  5. amboi panjang lebar entry hari ni. berinformasi.
    saya pun suka makan peria. buat masak lemak + udang kering memang best !

    ReplyDelete
  6. akupositif 83, Waqar Syamil,
    Thanks banyak-banyak.

    Tchr shda
    Ha ahh agak-agak darah tchr shda tu manis bak madu kut. Seingat saya sebelum +ve memang tidak ada masaalah tentang gigitan nyamuk ni. Masuk hutan ke gunung ke kawasan pendalaman semua ok jer. Tapi sekarang kalau sekali digigit kesan gatal berterusan beberapa jam... :)manis lagi ker darah saya ni ya hehehe

    Anonymous one
    Sebenarnya jalan terbaik guna kelambu, saya pernah juga guna kelambu dalam satu jangka yang lama dulu atau pun pasang air cond aje dlm bilik, tapi aircond saya jarang on kalau ke empat2 bilik on air cond alamat nanti bil letrik naik hehehe

    AHP
    cd4 AHP sgt rendah tetapi tanpa apa2 masalah berkaitan gigitan nyamuk dsbnya. Haaaaa ini yang saya nak tahu adakah PLHIV lain juga alami seperti saya. Kalau saya ke masjid masuk selangkah hujung kaki dah kena gigit, lepas tu tengkuk kadang-kadang tu dahi pun gatal digigit. Rimas nak garu akibat kesan gatal tu. Orang lain saya tengok oker aje...

    shahirahkhairudin
    saya pun sekarang suka peria, apa yang mak masak saya makan habis... :)

    ReplyDelete
  7. naj mi, saya dulu pun masa d permulaan diagnose, hari2 sy blander peria n minum aairnya..rasa nak muntah pun ada jgk tika minum jus peria yg dikisar sendiri.

    ReplyDelete
  8. Azam saya dulu minum sampai muntah hehehe... memang pahit tapi kalu minum rebusan air peria lebih ok kan...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, salam perkenalan.

    Info yang sangat menarik. Terima kasih atas perkongsian yang diberikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam P.H.Y
      Terima kasih kerana singgah membaca :)

      Delete
  10. citer pasal nyamuk ni teringat kisah raja namrud dlu...huhu...takottt

    ReplyDelete
  11. Anonymous

    Ya saya pun ingat tentang Raja tu dulu...kalau tak silap nyamuk masuk dlm telinga Raja tu kan sehingga membawa maut kalau tak silap...Ada pengajaran dr kisah tu...:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST