Thursday, 22 March 2012

PENINGKATAN HIV/AIDS DIKALANGAN SURIRUMAH

Tidak semua yang saya tonton anda akan tonton, tidak semua yang saya google anda pun akan google. Atas prinsip ini saya berkongsi sebuah artikel pengakuan PLHIV disini untuk renungan kita bersama, kerana saya percaya tidak semua yang saya baca anda diluar sana pun akan bacakan. 


Marlia HIV positif bahana suami

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
Gambar WAHIDA ZAINAL
ARKIB : 20/03/2012

PERTAMA kali berjumpa dan berjabat tangan dengan Marlia (bukan nama sebenar) langsung tidak terlintas di hati penulis wanita lewat 30-an ini menderita HIV positif. Daripada riak wajahnya tiada tanda-tanda sedang menanggung derita kerana dia kelihatan sihat malah sempat melebarkan senyuman saat bersua muka. Benar ujarnya, tiada siapa akan mengesyaki dia dijangkiti virus HIV sejak enam tahun lalu kerana seperti insan lain dia menjalani rutin harian seperti biasa.

Malah kata Marlia, dia sering menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan oleh Rumah Soleha tempat dia tinggal sekarang bersama anak perempuannya yang berusia tujuh tahun. Dia juga tidak kekok untuk bergaul dan berbual dengan orang ramai.

"Setiap hari saya menjalani kehidupan seperti orang biasa iaitu mengambil dan menghantar anak pulang dari sekolah kemudian melakukan kerja-kerja rumah di sini. Kini tiada lagi rasa rendah diri berbanding sebelum ini dan tidak ada jurang dengan orang lain kerana saya juga seperti mereka. Apa yang membezakan adalah saya sakit, tetapi mereka tidak tahu saya ada virus ini kerana keadaan luaran yang sentiasa nampak sihat," luah Marlia. Ujarnya, mental memainkan peranan penting untuk dirinya kuat menghadapi dugaan di samping sentiasa mengingati Allah.

"Jangan selalu fikir mengenai sakit kerana ia akan membuat diri tertekan sebaliknya saya berazam untuk teruskan hidup demi melihat anak membesar di depan mata," katanya. Imbas Marlia, dia mengetahui dijangkiti virus HIV selepas menjalani ujian darah saat mengandung anak yang ketiga.

"Selepas disahkan saya HIV positif, terasa dunia seperti gelap seketika kerana tidak dapat menerima diri dijangkiti HIV daripada arwah suami. Arwah suami adalah penagih dan saya hanya menyedari dirinya mengambil dadah selepas kami berdua berkahwin. Dahulu saya kerja kilang, tetapi gaji yang diperolehi setiap bulan tidak pernah mencukupi kerana sebahagian wang terpaksa diberikan suami untuk membeli dadah," jelas Marlia.

Marlia berkata, selepas melahirkan anaknya itu, dia terpaksa menumpang teduh di rumah kakak angkatnya sehinggalah dia diterima tinggal di Rumah Soleha pada tahun 2009.


"Apabila tinggal disini hidup saya semakin tenang dan terurus malah bersyukur kerana anak saya sudah berumur tujuh tahun dan dapat bersekolah seperti kanak-kanak biasa. Akibat masalah kewangan dan tekanan penyakit yang sedang dihadapi ketika itu, seorang anak saya terpaksa diserahkan kepada ibu mertua dan seorang lagi kepada sahabat lama," ujarnya.

Walaupun dirinya tabah dan kuat menghadapi dugaan, tetapi dia tetap akur dengan pandangan masyarakat dan terpaksa merahsiakan perkara sebenar walaupun kepada keluarga sendiri.

"Tambahan dari awal perkahwinan keluarga tidak merestui dan sejak itu kami terputus hubungan malah tidak berhubung sehingga hari ini. Biarlah perkara ini menjadi rahsia dan saya tidak mahu membebankan mereka jika tahu keadaan saya sekarang.

"Memang tidak dinafikan orang ramai masih takut untuk berkawan dan mendekati orang seperti kami, tetapi tiada apa yang perlu mereka risaukan kerana virus ini tidak berjangkit sekadar bersentuhan kulit. Semangat untuk teruskan hidup sentiasa ada terutama apabila melihat segelintir masyarakat yang sihat dan masih mahu berbual dengan golongan seperti kami," katanya.
Sumber Utusan Online


Tidakkah kita rasa sedih bila membaca tentang anak-anak Marlia yang terpaksa dibesarkan olah orang lain tu? Saya sendiri pada mula-mula disah hiv+ve dahulu berfikir bahawa hiv/aids hanya untuk kaum lelaki sahaja. Kalau yang wanita hanya pelacur sahaja yang berpeluang mendapat jangkitan. 

Pertama kali ketika menerima rawatan di hospital disini saya sendiri memang rasa agak terkejut melihat kelibat beberapa wanita pertengahan umur bertudung yang keluar masuk berjumpa doktor. Sudah tentu saya tahu status mereka tapi saya cuba tidak melihat tepat wajah mereka. Kalau saya sendiri pada mula berjumpa doktor dulu pun ada rasa segan, malu dan takut apatah lagi mereka surirumah inikan. Sudah tentu saya sempati, kesian dan macam-macam yang saya fikirkan ketika itu. Rupa-rupanya hiv tidak mengenal mangsa.

Saya dapat tahu peningkatan surirumah yang dijangkiti hiv semakin meningkat terutama di negeri Cek Siti Wan Kembang sehingga membimbangkan kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata bahawa pada 2009 sebanyak 616 kes baru penghidap HIV direkodkan iaitu jumlah tertinggi di negara ini.

“Daripada jumlah itu 16 peratus daripadanya adalah wanita dan daripada jumlah 16 peratus itu pula, 40 peratus merupakan suri rumah. “Suri rumah ini tidak bersalah dan mendapat jangkitan HIV yang sudah tentunya daripada suami sendiri,” katanya.

Wan Ubaidah berkata golongan lelaki terutama suami agar tidak melanggan pelacur manakala golongan muda menjauhi hubungan seks luar nikah itu. “Statistik juga menunjukkan penyebaran virus ini di seluruh negara adalah berpunca daripada hubungan seks tetapi di Kelantan punca utama penyebaran virus ini adalah melalui jarum suntikan,” katanya.

Akhbar pada 16 September lalu melaporkan jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. 
BERNAMA 20 Oktober 2011

So apa peranan kita dalam usaha menghentikan peningkatan hiv/aids ini? Saya percaya sesiapa sahaja yang prihatin dapat melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri. Bagi pengendali blog mereka boleh menyebarkan segala maklumat yang bermanafaat untuk dikongsikan bersama dengan khalayak pembaca. 

Bagi yang membaca pula moga kita semua dapat berfikir serta mendapat pengajaran serta kefahaman baru berkaitan hiv/aids. Semoga kita semua sama-sama memainkan peranan dengan cara sendiri dalam menghentikan peningkatan hiv/aids daripada terus meningkat bukan saja dikalangan suri rumah malah dihentikan terus peningkatan di negara Malaysia.


4 comments:

  1. "Tambahan dari awal perkahwinan keluarga tidak merestui dan sejak itu kami terputus hubungan malah tidak berhubung sehingga hari ini. Biarlah perkara ini menjadi rahsia dan saya tidak mahu membebankan mereka jika tahu keadaan saya sekarang."

    bukan nak komen kutuk atau apa cuma seleoknya balik berjumpa keluarga dan mohon maaf terutamanya ibu bapa sebab redha Allah dari redha ibu bapa.

    Saya simpati terhadap surirumah yang di jangkiti daripada suami, Suami sama ada penagih dadah mahupun seorang yang suka enjoy adalah sangat tidak bertanggungjawab, lelaki tugasnya melindungi ahli keluarganya. Kelak besar nak jawab dengan Allah taala.

    Bukan HIV jer najmi, kanser rahim,ovari,serviks berpunca dari suami yang suka berfoya-foya kemudian balik bawak virus HPV penyebab utama berlakunya kanser terhadap wanita.

    Saya suka gambar last know AIDs stop AIDS.

    Wallahualam...

    p/s blog ade perubahan sikit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaaaa Tuia bukan saja hiv kemungkinan kanser rahim,ovari,serviks pun boleh dapat. Malang sungguh jika ada surirumah yang mendapat segala macam bala sebegini serentak.....

      Perubahan!! haha banyak benda yang saya tak tahu dulu, sekarang dah tahu tentang selok belok blog ni. Kadang2 mata kita sendiri rasa rimas bila mengadap blog sendiri so makin lama mungkin menjadi semakin simple aje blog ni nanti dan sekali sekala nanti nak tukar design nya pulak.

      Delete
  2. kesian.
    yang isteri ni duduk rumah, berbakti untuk suami, jaga anak anak, lepas tu tahu tahu je ada HIV. penyakit yang bukan semua masyarakat faham dan boleh terima.

    tapi itu lah. dah memang bahagian dia agaknya. sakit yang tuhan beri tu sebenarnya tanda kasih sayang Allah kepada kita. kagum sebab dia tabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya pun harap surirumah diatas akan terus tabah dan begitu juga surirumah PLHIV yang tidak berdosa diluar sana semoga mereka tetap sabar dan tabah.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST