Thursday, 15 March 2012

PEROGOL YANG DI PANCUNG KEPALANYA

Ngeri........rasanya bila mula-mula melihat photo disebelah ini. Kemudian timbul pulak rasa simpati. Selepas itu bila difikir-fikir kembali kemungkinan layak jugak perogol ini dipancungkan kepalanya jika sekiranya ia telah merogol menyeksa dan membunuh mangsa kan, lebih malang kalau mangsa yang dibunuh dan dirogol itu seorang kanak-kanak. 

Orang didalam photo diatas ini dikatakan seorang perogol, kemaluannya telah dipotong dan disumbatkan kedalam mulut kemudian kepalanya dipancung dan nampak seperti telah dipamerkan pada orang ramai. Di negara mana? wallahualam saya sendiri pun tidak pasti. Sama ada dia dikerat kepalanya oleh orang ramai yang sedang marah atau dia menjalani hukuman yang sah mengikut undang-undang negara tersebut, juga saya tidak pasti.

Tentu teruk sungguh perbuatan lelaki yang dipancungkan ini kan tetapi adakah sama teruknya jika dibandingkan dengan perbuatan sipembunuh dan perogol adik Nurin Jazlin beberapa tahun lalu. Pembunuh Nurin masih bebas diluar sana. Patutkah si pembunuh Nurin jika ditangkap kita hukumkan saja seperti ini. Tentu ramai yang  berpendapat agak kejamkan terutama mereka yang tidak mengalami sendiri rasa derita yang amat perit seperti yang dialami oleh kedua ibubapa Nurin Jazlin dulu. Walau bagaimana pun kita masih ada undang-undang negara dan sudah tentu perlu kita patuhi.


Dua tiga hari lepas sekali lagi kita dikejutkan dengan berita pembunuhan adik Nurul Nadirah. Agak-agak kalau kita tanya pada ibubapa adik Nurul Nadirah hukuman apa yang patut kita jatuhkan pada si pembunuh itu. Saya percaya kalau sesiapa saja yang ditanya dan yang sedang marah, kita tunjukkan pulak photo perogol yang dah dipancung itu tentu hukuman inilah yang mereka akan katakan yang paling setimpal.

Di Malaysia kes kanak-kanak yang diculik dan hilang entah ke mana boleh tahan juga banyaknya seperti yang dilapurkan. Dengar cerita memang ada sindiket culik kanak-kanak ni dan dengar cerita mereka kemungkinan dibawa ke Thailand untuk dijadikan sebagai peminta sedekah dan lebih teruk dengar cerita mereka akan dikudungkan tangan atau kaki semata-mata untuk menimbulkan rasa simpati orang yang melihat. Pernah juga dengar organ dalaman mereka digunakan untuk tujuan tertentu. Wallahualam.



Masih ada kes kanak-kanak yang hilang sehingga kini masih tidak ditemui, adakah mereka juga telah dirogol, dibunuh dan mayat mereka telah dicampakkan entah kemana. Bayangkan sekiranya kanak-kanak itu masih bernyawa dicampak kedalam hutan atau kedalam lombong. Sungguh malang jika itu yang berlaku. 

Saya melihat anak saudara perempuan saya yang berumur 4 tahun dan seorang lagi 10 tahun, risau perut bila memikirkan keselamatan mereka kerana kes seperti Nurin Jazlin dan Nurul Hadirah boleh juga berlaku pada kita semuakan. Minta dijauhkan Allah. Moga mereka yang melakukannya perbuatan seumpama ini terutama yang masih berkeliaran bebas diluar sana akan menerima balasan setimpal dari Allah.

Kes bunuh dah jadi macam biasa pulak. Ingat lagi kes Datuk Sosilawati dan rakannya yang dipukul dibunuh dengan kejam dan dibakar. Aduhhh bayangkan perasaan orang-orang terdekat yang menderita sedih yang amat sangat apabila menerima berita tentang anak atau ibu mereka yang dibunuh itu. Kalau nak disenaraikan kes bunuh ini memang panjang. 

Kes rogol dan meliwat kanak-kanak bawah umur pun banyak jugak, saya dapat tahu bila terbaca senarai kes yang panjang dalam sebuah blog tadi, senarai itu antara kes yang telah dilapurkan, bagaimana pula dengan kes-kes yang berlaku dan tidak dilapurkan sudah tentu akan senyap berlalu begitu sahaja.

Al Fatihah buat adik Nurul Nadirah dan semua kanak-kanak yang menjadi mangsa bunuh diluar sana. Entahlah selepas kes Nurul Nadirah ni entah siapa pula yang akan menjadi mangsa.


Dibawah ini saya "share" kan photo penuh orang yang kena pancung seperti diatas tu, kalau agak-agak rasa ngeri jangan la tengok ya........

Photo perogol yang dipancung kepala dibawah ini sekadar tatapan dan renungan buat kita semua. Kalau rasa ngeri tengok aje dengan sebelah mata kalau masih lagi  tetap ngeri, pejam dua-dua mata.






9 comments:

  1. Saya pon ngeri jugak.takot tgk...

    ReplyDelete
  2. Nurunn a'lan nur25:24
    Bagaimana dgn mangsa diperkosa teraniaya dinegara kita..?
    ..dapatkah diadili dan menerima hukuman sewajarnya???

    ReplyDelete
  3. Anonymous,
    Kalau mangsa yang terainaya... perlu ada bukti sokongan yang kuat utk dpt diadili dg sewajarnya, 50-50 ada kes rasa saya dpt diadili dg baik dan sudah tentu ada kes yang tak dpt diadili dg sempurna.Wallahuallam

    ReplyDelete
  4. Dari Jais Wilayah Persekutuan hukuman perlaksanaan kesalahan jenayah Syariah bagi kes
    merogol,meliwat dan persetubuhan luar nikah seta kes pelacuran jika benar2 didapati bersalah,

    1. Denda tidak melebihi RM 5000
    2. Dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari tempoh 3 tahun
    3. Di kenakan 6 kali sebatan atau dikenakan mana-mana kombinasi hukuman itu.

    Buat masa ini hukuman yg dilaksanakan di Malaysia tidak melibatkan hukuman mati atau pancung...tetapi bagi sebahagian negara di Timur Tengah, hukuman pancung memang telah dilaksanakan sepenuhnya di khalayak ramai lagi...dasyhatkan hukuman tu...

    ...kerana mangsa rogol sama dengan ertikata telah lama mati...!!

    Apa pada pandangan Najmi dan pembaca yang lain di luar sana...patutkah hukuman mati boleh dilaksanakan bagi kesalahan jenayah rogol dinegara kita...??

    Wallahuallam....

    mmmm....sekadar ingin mengetahui respon ajer........:(

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  5. syukran jazillan

    Saya tak tahu nak komen, pancung maybe merupakan salah satu dlm undang2 hudud yang dijalankan terhadap pesalah yang membunuh. Merogol wallahuallam saya tak tahu..dlm hudud dibunuh dan digantung kan ker?

    Dinegara kita yang berbilang kaum perlu ada perancangan rapi, pendedahan terhadap konsep perlaksaanna perlu diterangkan betul2 kepada orang kafir supaya mereka dan kita semua faham.

    Wallahuallam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum....saya respon kepada pertanyaan Najmi mengenai hukuman hudud bagi kesalahan jenayah merogol,layakkah mereka dibunuh atau digantung?

      Berdasarkan kepada hukuman jenayah hudud bagi perogol dinegara kita yang didiami berbilang kaum..masih lagi perlu diperbincangkan dengan lebih adil dan relevan, perlu mengemaskinikan enekman yang sedia ada dan amat perlu kepada diskusi2 mengenainya,

      Kenyataan dari pembentangan kertas kerja sempena sambutan Hari Hudud 2011 di Kota Bahru Kelantan pada 20 September 2011,penjelasan dari bekas Mufti Perlis,
      Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin,hudud boleh dilaksanakan dalam suasana kondusif, iaitu perlu mendapat restu daripada Kerajaan Pusat dan bermatlamat untuk melahirkan masyarakat yang aman damai.

      Ini kerana sesuatu draf undang-undang syariah itu perlu menjalani beberapa perinkat di Dewan Undangan Negeri,sebelum ia diwartakan sebagai satu enakmen.
      Wallahuallam

      Disinilah keindahan hudud,dimana jika suasana kondusif diambil kira dalam perlaksanaan hukuman,hudud mencapai matlamat sebagai pencegahan,pendidikan dan keindahan siyasah syar'iyyah Islam, ia akan mencapai matlamat,tetapi jika matlamat ini tidak berjaya, hukumannya akan membawa kepada fitnah dan pandangan yang tidak baik pada Islam.

      Najmi,hanya bagi kesalahan jenayah mengedar dadah saja setakat ini yang melaksanakan hukuman mati mandatori di negara kita ini berdasarkan kesan yang terlalu merbahaya,bukan saja boleh membunuh penagih,tetapi turut menggugat ketenteraman dan keselamatan masyarakat,tidak bagi kesalahan merogol....:(

      syukran jazillan



      Delete
  6. syukran jazillan

    Terima kasih syukran jazillan....:)

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum...Najmi ada berita baik yang saya nak share kan disini, cadangan bagi meminda seksyen 367 dibawah akta Kanun Kesiksaan.

    Perogol yang merogol dibawah umur 16 tahun kebawah akan dijatuhkan hukuman penjara mandatori tidak melebihi penjara 30 tahun serta sebatan.
    Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz berkata dalam satu majlis di Padang Rengas yang mana cadangan ini akan dibentangkan pada sesi Parlimen
    akan datang.
    Tambah beliau lagi, mereka yang didapati bersalah tidak akan mendapat budi bicara lagi dan tidak boleh merujuk kepada sekyen lain bagi meringankan hukuman.

    ini berdasarkan kepada catatan kes yang meningkat kepada 6,000 kes dalam tempoh tahun 2007 hingga 2012, terdapat banyak kes rogol statatori ( jenayah persetubuhan membabitkan individu bawah umur dengan kerelaan ) dan ianya dipandang sebagai suatu jenayah pada kanak-kanak yang sangat membimbangkan dinegara kita.

    semoga dengan cadangan enekmen ini akan akan menjadi hukuman mandatori yang mana sedikit sebanyak akan terbela nasib kanak-kanak yang dirogol dibawah umur yang rata-ratanya kebanyakan mereka menjadi mangsa pembunuhan kejam ....kasihan kan pada nasib mereka yang tak berdaya ini...


    hrrmmm...kita doakan semoga ramai lagi kanak-kanak yang senasib seperti Nurin Jaslin akan mendapat pembelaan yer Najmi.

    Al Fatihah buat semua kanak-kanak yang menjadi mangsa seperti Nurin Jazlin yang malang ni..moga syurgalah tempat mereka. Amin..Amin Ya Rabbi.

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  8. syukran jazillan

    betul ker..alhamdulillah buat mangsa2 rogol bwh umur tu, saya tak tahu tentang semua itu dan saya pasti ramai orang (termasuk bakal menjadi perogol) pun tak tahu hal ini kan. apa pun itu yang terbaik lah buat masa ni.

    Kesian Nurin...perogolnya masih lepas bebas...klau dia tak mendapat balasan dr undang-undang, saya pasti dia akan atau sudah pun mendapat balasan dr Allah pada hari ini.

    Wallahuallam

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST