Sunday, 11 March 2012

LESBIANS, GAYS, BI-SEXUALS AND TRANSGENDER


RAMAI JADI SONGSANG
Muka depan akhbar Mingguan hari ini terpampang tajuk “Ramai jadi Gay”. Tiga daripada 10 lelaki terjebak gejala seks songsang. Mereka ini golongan split identity (pelbagai identity) iaitu sebelah pagi ia boleh jadi imam kemudian tengah hari meliwat orang (nak saya tambah dan sambung sikit disini bila malam ia pula akan diliwat orang) 

Pandangan saya tentang ini? 
Saya tahu ramai songsang diluar sana akan ada rasa bangga bila membaca atau mendengar berita sebegini kerana kebanyakan mereka sudah tentu tidak ada rasa bimbang langsung tentang berita peningkatan gejala ini, kerana mereka akan rasa lebih seronok apatah lagi bila mendapat tahu rakan senaluri semakin ramai dan seolah-olah semakin diikhtirafkan. Jika saya bukan PLHIV hari ini kemungkinan saya pun tidak kisah  tentang soal ini. Alhamdulillah saya dikurniakan HIV kerana HIV mengubah hidup dan cara pemikiran saya terutama tentang segala apa yang berkaitan tentang songsang.

Fakta dan berita sebegini kita tidak boleh sorokkan atau hanya ditolak dan disapukan kebawah karpet sahaja, kerana ramai terutama ibubapa yang tidak sedar bahawa anak mereka sendiri  terlibat dengan gejala songsang ini. Kita semua kena buka mata dan menerima hakikat yang berita ini adalah benar. Pengalaman saya sendiri mengatakan bahawa berita ini adalah benar malah kemungkinan lebih teruk berlaku daripada apa yang anda dan masyarakat luar sangkakan.

Berdasarkan pengakuan golongan ini (saya sendiri rasa memang ada benarnya), mereka mendakwa daripada 10 lelaki tiga adalah gay, ini tidak termasuk pondan dan lesbian. Dalam tiga tulah juga tergolongnya songsang yang telah berkahwin dan kerana mereka jugalah penyebab ramai suri rumah yang duduk dirumah juga boleh menerima kesan buruk akibat perbuatan mereka.  

Saya senyum bila baca “pagi jadi imam bila tengah hari meliwat” hahaha maksudnya lebih kepada bila pagi ia adalah seorang yang baik tetapi bila tengah hari dah jadi jahat pulak dah. Itu bagi menunjukkan rahsia perangai seseorang songsang yang cepat berubah. Dulu saya sendiri pernah mendengar "true story" dari mulut rakan saya sendiri kisah seorang imam masjid yang songsang. Nak saya citer lebih detail ke???

Panjang juga temubual wartawan akhbar dengan Hushim Salleh Kaunselor Berdaftar yang telah mengendali lebih 1,000 songsang dalam akhbar tersebut. So perlu kah masyarakat terus berdiam diri atau hendak menafikan berita begini hanya untuk menyedapkan hati masing-masing? Atau buat tidak tahu saja kerana masaalah ini tidak mungkin berlaku dalam keluarga kita?

Saya tertarik bila Hushim berkata, “Penyakit ini boleh dipulihkan tetapi gay ini ia soal jiwa dan ketagih, kita kena pulih dengan pendekatan agama dan terapi kaunseling tetapi dalam tempoh yang agak lama”.

Saya memang bimbang kalau mati dalam keadaan masih aktif dengan kegiatan songsang. Di Singapore dulu pernah saya dengar songsang yang mati ketika berada dalam bilik dibuah club ketika sedang "bercaklingpong"

Pernah juga dulu seorang songsang meluahkan rasa sedihnya pada saya dengan menunjukan photo boyfriend ia yang baru mati akibat kemalangan jalanraya. Saya tidak tahu apa yang ia fikir masa itu, adakah ia hanya bersedih sahaja. Apa yang saya fikir ketika itu ialah macam mana kalau ia belum sempat nak bertaubat? Apa yang berlaku di alam kuburnya? Tentu ia meraung pohon dikembalikan untuk hidup sekali lagi keduniakan. Ini jugalah yang menyedarkan saya bahawa saya dan kita semua pun boleh mati bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. 

Syukur kerana saya di “poke” Allah. Ya Allah matikan aku dalam khusnul khatimah, inilah antara doa yang saya pohon pada Allah setiap hari.

 ARKIB : 11/03/2012  
Penyakit rosakkan bangsa
MUKADIMAH Alaf ini Malaysia dikejutkan dengan gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang lantang menuntut pengiktirafan atas nama hak asasi selepas mendapat inspirasi daripada pemimpin tertentu.

Malah tanpa segan silu, gerakan ini yang disokong pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang keahliannya rata-rata orang Melayu, cuba menganjurkan Seksualiti Merdeka dan kini menuntut hak tersebut di mahkamah.

Melihat kebangkitan LGBT bukan sahaja mengancam asas kekeluargaan malah mengundang kemurkaan Allah, wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan NIZAM YATIM menemubual Kaunselor Berdaftar, HUSHIM SALLEH, dari firma Hushim Motivational & Counselling Consultancy (HMCC) yang telah mengendali lebih 1, 000 golongan songsang.

Menurut HUSHIM, kerajaan perlu menangani isu LGBT dengan cepat dan tegas kerana penyakit sosial tersebut telah merebak menjadi barah dalam masyarakat memandangkan pengamalnya terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli politik.

Katanya, individu yang terlibat dan mengamalkan budaya songsang ini adalah manusia yang sakit jiwa selain mempunyai perwatakan pelbagai personaliti (split identity) yang sentiasa berubah-ubah serta berpegang kepada prinsip liberalisme.

MINGGUAN: Kenapa memilih golongan yang mengamal gaya hidup songsang sebagai subjek kajian dan kepakaran kaunseling saudara?
HUSHIM: Sebagai kaunselor saya terfikir apa nak jadi dengan bangsa dan kaum Melayu ini. Saya tengok makin hari makin bertambah. Malah sebelum gerakan LGBT nak dilancarkan saya sudah diberitahu oleh lelaki-lelaki gay dan biseksual, bahawa mereka akan menubuhkan persatuan bagi mendesak kerajaan.

Mereka nak kerajaan iktiraf kehidupan songsang, maknanya perkahwinan sejenis dibolehkan. Sebab itu apabila LGBT dilancarkan pada tahun lepas saya tidak hairan kerana sebagai kaunselor saya dah tahu lebih awal. Tapi mungkin kerana saya ini cuma orang biasa, maklumat itu hanya berada dalam ruang lingkup saya.

Sebagai seorang kaunselor, bapa dan individu muslim saya bertanggungjawab untuk bercakap kerana penyakit ini telah mula merosakkan bangsa kita. Amalan songsang ini dilaknat Allah dan penyebab paling cepat untuk kita diturunkan bala. Mungkin sesetengah pihak menganggap perkara ini sengaja digembar-gemburkan tetapi saya bercakap demi bangsa dan agama tanpa sebarang kepentingan peribadi.

Gaya hidup LGBT selalu dikaitkan dengan sekolah berasrama sebagai titik permulaan kepada kehidupan songsang mereka, adakah dakwaan itu benar?
HUSHIM: Berdasarkan kes yang saya kendalikan memang benar sekolah berasrama merupakan permulaan kepada penularan budaya songsang tetapi sekolah pondok dan agama juga tidak terkecuali. Mungkin ramai yang marah dengan kenyataan saya tetapi melihat kepada masalah LGBT pada hari ini, kita perlu jujur.

Kalau ibu bapa hari ini merasakan mempunyai anak lelaki lebih selamat berbanding anak perempuan, ia meleset sama sekali. Kebarangkalian anak-anak lelaki hari ini terjebak ke dalam kancah gaya hidup songsang sangat tinggi jika kita tidak peka dengan perubahan sikap anak-anak.

Perlukah dihapuskan sekolah berasrama satu jantina?
HUSHIM: Tidak perlu hapuskan, cuma kita perlu perbanyakkan program berbentuk kesedaran kepada pelajar tentang bahaya LGBT. Sebab di Malaysia, hendak bercakap benda macam ini, kita biasanya malu. Ibu bapa malu nak cakap perkara ini dengan anak, cikgu dalam kelas pun malu nak bercakap.

Satu lagi minta maaflah, kita ini terlalu banyak sangat letak bawah karpet. Kalau sekolah itu berlaku kes melibatkan isu LGBT, pengetua cuba tutup. Cakap tiada apa yang berlaku, sekolah ini okey, tetapi di luar sana orang sudah bercakap, meleleh bernanah sudah orang bercakap.

Apa punca yang menyebabkan LGBT ini menular dan apakah golongan ini boleh dilabel sebagai orang berpenyakit?
HUSHIM: Minta maaf cakap kerana dari pengalaman saya mengendalikan kes, orang agama sendiri terlibat sebagai gay. Mereka ini golongan split identity, maknanya sebelah pagi dia boleh jadi imam kemudian tengah hari meliwat orang. Pengetahuan agama tidak cukup jika tiada iman, sebaliknya kelebihan ilmu agama itu diguna untuk mengaburi mata orang ramai.

Amalan dilaknat ini berlaku kerana tabiat. Mereka yang terjebak seronok dengan kenikmatan luar tabie berbanding hubungan seks dengan isteri. Sebab itu Allah melarang dalam al-Quran kerana apabila seseorang sudah terjebak, gay dan biseksual ini umpama ketagih dadah. Mereka menjadi ketagih walaupun sudah beristeri.

Dari segi ilmu kaunseling memang benar orang yang terlibat dengan budaya LGBT adalah orang sakit. Mereka sebenarnya sakit jiwa walaupun dikurnia mental yang bijak. Kalau jati diri kita tetap, tarikan pada jantina berbeza tetapi orang macam ini tidak. Gay ini pula terbahagi kepada tiga golongan iaitu homoseksual, heteroseksual dan biseksual.

Homoseksual dia memberi dan menerima. kebanyakan terdiri daripada lelaki-lelaki macho. Heteroseksual pula hanya memberi sahaja manakala biseksual paling bahaya kerana mereka tidak pernah puas dan boleh berada dimana-mana sahaja dalam masyarakat. Gay adalah manusia yang paling susah dikesan kerana mereka berperwatakan seperti sesumpah.

Mereka boleh jadi sesiapa sahaja sama ada ahli politik, golongan profesional atau pelajar dan fahaman kumpulan ini adalah hak asasi serta liberalisme. Sebab itu, jika kerajaan akur kepada tuntutan kumpulan LGBT, negara kita akan hancur dan tidak mustahil suatu hari nanti Perdana Menteri kita mungkin seorang gay.

Apakah penyakit jiwa ini boleh diubati?
HUSHIM: Penyakit ini boleh dipulihkan, tetapi gay ini dia soal jiwa dan ketagih. Kita kena pulihkan melalui pendekatan agama dan terapi kaunseling tetapi dalam tempoh yang agak lama.

Sejauh mana seriusnya ancaman LGBT terutama dalam konteks sosial dan akidah di Malaysia pada hari ini?
HUSHIM: Saya berpengalaman mengendalikan kaunseling kepada golongan ini sejak 20 tahun lalu. Lima tahun kebelakangan ini saya dapati gay dan biseksual meningkat begitu mendadak dan berdasarkan pengakuan golongan ini, mereka mendakwa daripada 10 lelaki di bandar, tiga adalah gay manakala di luar bandar dua adalah gay. Ini tidak termasuk pondan dan lesbian. Sebab itu, saya harap semua pihak jangan pandang remeh benda ini. Saya sanggup berdebat demi mempertahankan fakta ini.

Kelompok LGBT kini menular di institusi pengajian tinggi dan malangnya, rata-rata yang terlibat adalah Melayu. Mereka bergerak menggunakan laman sosial untuk mengumpul kekuatan sehinggalah lahir apa yang kita panggil hari ini sebagai LGBT. Mereka inilah yang akan jadi pemimpin masa depan.

Soalnya apa akan jadi jika golongan muda yang dianggap sebagai pemimpin masa depan ini kelak adalah gay? Bukankah pada masa itu segala tuntutan LGBT ini akan diiktiraf kerana pemimpin negara kita pada masa itu juga pengamal dan penyokong kepada budaya laknat ini.

Inilah yang saya panggil sebagai barah dalam masyarakat sebagaimana disebut dalam al-Quran surah as-Syuraa ayat 165-166, malah Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda: “Sesungguhnya perkara yang paling Aku takutkan atas umatku adalah perbuatan kaum Luth (homoseksual),”.

Berdasarkan trend semasa, saya tidak menolak kemungkinan dalam masa beberapa tahun lagi jika kerajaan tidak tegas dalam menangani isu LGBT akan lahir ahli politik atau ahli Parlimen dari kalangan gay. Hari ini pun kita sudah dihidangkan dengan bukti-bukti yang mewajarkan kebimbangan itu kerana terdapat ahli politik menyokong LGBT.

Apakah faktor sokongan politik dan kemunculan ahli politik yang dianggap sebagai ikon oleh golongan LGBT telah menyemarakkan barah ini?
HUSHIM: Dahulu isu LGBT ini tidak terlalu menonjol kerana beberapa sebab antaranya, kemudahan teknologi maklumat terbatas tetapi kini semua akses itu di hujung jari. Berbanding dahulu, masyarakat Malaysia kini berfikiran liberal. Berapa ramai orang Melayu yang sokong LGBT? Siapa yang fail petisyen di mahkamah?

Kalau melihat kepada perkembangan semasa, terdapat individu berpengaruh yang menjadi ikon kepada kumpulan LGBT sehingga menyemarak gerakan songsang ini. Sebab itu pemimpin politik kena bersih daripada isu-isu moral dan setiap pemimpin tidak boleh mengamal budaya sebegini.

LGBT juga dilihat sebagai ancaman kepada asas kekeluargaan, apakah peningkatan kes perceraian di Malaysia turut disumbang oleh budaya songsang ini?
HUSHIM: Saya sangat optimis yang peningkatan kes perceraian turut disumbang masalah ini. Umpama dalam kes terbaru yang saya kendalikan, seorang isteri yang masih muda mendakwa dirinya sentiasa diliwat dan hasil siasatan mendapati suaminya seorang biseksual. Mereka kini dalam proses perceraian. Sebelum ini pun banyak kes serupa saya kendalikan.

Apa yang perlu dilakukan kerajaan bagi mengekang LGBT?
HUSHIM: Kerajaan kena letakkan masalah ini sebagai satu keutamaan kerana selain memporak-peranda sistem kekeluargaan, agama Islam juga terancam. Saya tengok hari ini, yang memperjuangkan LGBT ramai orang Melayu.

Bagi saya kerajaan kena buat satu modul bagi menghalang LGBT habis-habisan di peringkat awal sejak sekolah rendah lagi. Selain itu, yang paling bahaya peringkat sekolah menengah sebab mereka ini akan pergi ke universiti. Di universiti sudah ramai. Saya cakap terus-terang, di universiti sudah ramai puak-puak ini.

Tapi di Malaysia, kita bertindak kadang-kadang mengikut musim. Kita tak serius dan tidak tegas. Kita terlalu banyak retorik dan berpolitik dalam soal ini, tidak kira apa fahaman politik kita. Sedangkan Ini soal masa depan anak-anak kita.

Adakah perlu pendekatan seperti pusat pemulihan penagih dadah?
HUSHIM: Boleh diguna pakai kaedah macam ini dan saya fikir bagus kalau ada institusi khusus macam kita buat pemulihan dadah tetapi sekarang tak ada. Kita hanya ada pusat ibu mengandung anak luar nikah yang dibuat oleh NGO. Saya menyokong penubuhan pusat seperti ini dan kerajaan mesti buat. Kalau kita tidak tangani, Allah akan turun bala yang amat dahsyat. Tunggulah kerana ini ada dalam al-Quran.

Komen terhadap pihak yang mempertikai undang-undang menyekat LGBT?
HUSHIM: Kalau kita mengucap dua kalimah syahadat, kita orang Islam dan kita membaca al-Quran kita tidak akan bercakap macam itu. Sebab bila kita bercakap macam itu, seolah-olah kita menyokong. Sedangkan kita tahu LGBT ini menyalahi hukum Islam yang dijelas dengan terang dalam al-Quran.

Saya tetap tidak bersetuju dengan pandangan menyatakan kita kena beri peluang kepada puak-puak ini. Al-Quran sudah nyatakan terang-terang, ini bukan buku yang ditulis oleh Stephen R. Covey atau Edward de Bono. Tak takutkah kita kepada hukum Allah? Kalau pun nak bercakap, rujuk dulu al-Quran.

Ingatlah ini dosa besar. Kita perlu hayati hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Empat golongan yang berada dalam kemurkaan Allah pada pagi dan petang iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan; perempuan yang menyerupai lelaki; penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat.”
Girl yang jelita sopan santun bertudung pun jangan sangka tidak ada yang songsang ya, ramai juga kalangan mereka yang berada disekeliling kita, hanya sesama mereka sahaja yang mengenali antara satu sama lain dan tidak mudah kita mengenali  mereka seperti kita mengenali "tomboy"
 

ARKIB : 23/12/2011
Melayu ramai homoseksual?
Semakin ramai golongan muda lelaki Melayu dikesan menjadi pengamal homoseksual sekalipun mengetahui perkara itu ditegah agama dan mendedahkan mereka kepada jangkitan virus HIV. Presiden Majlis AIDS Malaysia, Tan Sri Mohd. Zaman Khan berkata, penularan seks luar tabii semakin serius dan tidak tertumpu kepada negeri-negeri di pantai Barat sahaja tetapi berlaku di negeri-negeri lain termasuk Kelantan.

Beliau menambah, jika dahulu pengamalnya melakukannya secara sembunyi tetapi kini mereka semakin berani menonjolkan diri sehingga menubuhkan kelab-kelab gay. Perkara itu ujarnya, sangat membimbangkan lebih-lebih lagi trend jangkitan HIV dan AIDS dalam negara telah berubah daripada jangkitan akibat perkongsian jarum suntikan kepada transmisi aktiviti seks tidak selamat.

Beliau berkata, pergaulan dan pengaruh rakan serta sokongan padu dari kelab mereka menjadi punca utama budaya songsang ini merebak dan menyebabkan golongan ini semakin berani mengamalkan cara hidup sedemikian. Beliau tidak menolak penularan gaya hidup songsang itu dipercayai kesan daripada tindakan pihak-pihak tertentu yang giat memperjuangkan amalan berkenaan atas nama hak asasi dan kebebasan.

“Kita lihat kes pemuda Melayu yang berkahwin dengan pasangan gay di Dublin, Ireland baru-baru ini dengan lengkap bertanjak dan berbaju Melayu. Apa maknanya ini? Bagi saya ini sengaja hendak memalukan bangsa Melayu sahaja,” katanya.

Sumber : Utusan Online

Kita sebagai orang Islam yang menjadikan Rukun Islam ini sebagai pegangan dalam hidup, maka JANGANlah ada walau sekelumit perasaan pun wujud dalam hati kita hendak menyokong pertubuhan seperti LGBT (Lesbians, Gays, Bisexuals and Transgender) ini. Tujuan pertubuhan seperti ini yang sudah tentu semua orang tahu antara agenda mereka adalah hendak menghalalkan perkahwinan sejenis dan sudah tentu menghalalkan segala perbuatan dan aktiviti songsang. Sudahlah genjala ini semakin berkembang dalam senyap ini hendakkan pengikhtirafannya pulak. Alamat negara kita akan jadi macam negara Thailand lah nampaknya.

Kesan sejarah Nabi Luth, nak ke kita jadi seperti ini?
Semua agama menentang perkahwinan sejenis yang merupakan salah satu antara agenda LGBT, antaranya ialah seorang pemimpin kanan Katolik di London Kardinal Keith O’Brien menyifatkan rancangan Perdana Menteri Britain David Cameron untuk membenarkan perkahwinan sejenis adalah sebagai “gila”. Perkahwinan sejenis akan menghapuskan keseluruhan asas kekeluargaan iaitu ibubapa untuk setiap anak. Begitu juga penolakan budaya yang cuba diserap oleh pertubuhan LGBT oleh beberapa ketua agama dan pemimpin NGO Buddha dan Hindu di Malaysia. Bagi agama Islam sudah tentu menolaknya 100%.

Sekiranya dah diikhtiraf pertubuhan ini, sudah tentu kegiatan songsang akan berkembang sehingga keluar bandar malah ke kampung-kampung. Mahukah kita semua pekara seumpama ini aktif berlaku di sekitaran kehidupan kita? Kita terutama orang Islam janganlah hendaknya terpengaruh dengan agenda orang yang cuba hendak meruntuhkan akhlak masyarakat di negara kita ini. Ingat hidup kita bukannya lama sangat didunia ini, dosa yang lain pun berlambak tidak bertebus ini kan pulak nak menyokong pertubuhan yang sudah tentunya dilaknati oleh Allah swt. Jangan ada sebesar lubang jarum pun muncul niat dalam hati kita hendak menyokong pertubuhan seperti ini.

Wajah melayu yang memperjuangkan LGBT
Saya percaya ramai juga remaja melayu tidak kira lelaki atau perempuan yang tidak beberapa kisah tentang wujudnya pertubuhan seperti ini malah ada dikalangan mereka yang menyokongnya, kerana itulah beberapa wajah orang melayu yang keluar masuk mahkamah dipergunakan untuk menjayakan agenda pertubuhan ini.

Terus terang saya kata kiranya saya bukan PLHIV ketika ini kemungkinan saya pun tidak beberapa kisah sangat tentang soal ini. Tetapi alhamdulillah kerana HIV itulah yang mengajar saya supaya berfikir memilih yang mana baik dan yang mana buruk. Jadi saya pergunakan blog ini untuk mengajak semua sama-sama kita menolak pertubuhan seperti ini, walau apa jua alasan yang diberi oleh mereka, supaya selamat kita semua didunia dan diakhirat.

Ingat Nabi Muhammad saw tidak mengaku umat pada hambanya yang mengamalkan cara hidup songsang, mudah-mudahan Allah maafkan lah kesilapan saya yang lalu dan mudah-mudahan junjungan kita Nabi Muhammad menerima saya sebagai salah seorang hambanya yang menerima syafaat dipadang mahsyar kelak. Terasa malu hendak menziarahi makam baginda di kota Madinah sekiranya saya berpeluang menjejaki kesana suatu hari nanti. Segan. Adakah baginda tidak suka pada saya ya? Ya kerana segala perbuatan saya yang lalu.


Tidak kira sama ada anda songsang atau tidak, saya minta agar janganlah kita menyokong pertubuhan seperti ini dan apa jua yang berkaitan tentang songsang. Kalau anda yang songsang hendak teruskan perbuatan sumbang anda biarlah dosanya itu antara anda dengan Allah sahaja, tapi sekiranya dalam masa yang sama anda menyokong pula pertubuhan seperti ini, maka sekiranya pertubuhan ini berjaya memesongkan akidah serta meruntuhkan akhlak anak cucu kita dimasa akan datang maka anda yang menyokong sama ada dalam diam atau tidak akan sengsaralah nanti anda didalam kubur dan diakhirat kelak. Kerana semua mereka yang menyokongnya pada hari ini akan menyebabkan anda dipertanggungjawabkan kelak di akhirat nanti.

Ishh ish… saya tidak bijak nak bercakap soal agama tapi dalam persoalan ini amat jelas. Marilah kita semua berdoa pada Allah dalam solat mohon Allah gagalkan pertubuhan ini dari terus berkembang di Malaysia mahu pun diseluruh dunia. Adakah anda pernah mendoakannya? Demi Allah hati saya cukup risau memikirkan tentang pekara ini.

Sabda Rasulullah saw : Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan (kuasa) yang dia ada, kalau tidak mampu cegahlah dengan lisan (memberi nasihat, penulisan blog dsb) kalau tidak mampu maka cegahlah dengan hati (berdoa semoga Allah memberi hidayah kepada mereka).

Syukur kerana saya dikurniakan HIV



5 comments:

  1. Alhamdulilah. najmi gembiranya saya membaca artikel ini. Ini adalah kenyataan tegas dan sekaligus membawa kami semua untuk berfikir ke arah kebaikkan. Saya juga melihat berita ini di TV saya no komen mohon di jauhkan anak cucu kita dan saudara mara kita amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya AO,
      mudah-mudahan begitu lah hendaknya, dijauhkan segala yang tidak elok tu kan. Amin :)

      Delete
  2. Ya Allah ya Rabbi...kembalikan lah hati- hati insan yg Kau uji ini dengan cahayaMu..
    berikanlah hidayahMu..Kasih dan keampunanMu...kembalikan hati-hati mereka
    sujud mengagungkanMu..gagalkanlah segala yang meruntuhkan agamaMu...Amin..
    doa saya juga moga Najmi diberi peluang melangkah kekota Mekah dan Madinah ye... :-)

    Amin..ya Rabbi...

    ReplyDelete
  3. Anonymous,

    Alhamdulillah sehingga hari ini hati saya tetap digoda syaitan untuk melakukan pekara buruk, tapi mulut saya tak henti2 memohon pelindungan. Saya kerap meminta supaya di jemput ke Mekah dalam keadaan yang cukup bersedia dan insyaallah mudah2an doa Anonymous pada saya di makbulkan Allah.... ) Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...moga segalanya dipermudahkan Allah ...
      Teruskan menulis ye Naj Mi...:-)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST