Friday, 9 March 2012

4LIFE TRANSFER FACTOR - PIL YANG BOLEH TINGKATKAN CD4???

Tanpa rawatan HAART, kita boleh jadi seperti i
Petua atau langkah yang boleh diambil oleh PLHIV terutama yang masih belum menerima rawatan HAART.

Pada hari Ahad 4 Mac 2012 yang lalu saya terbaca lapuran sebuah akhbar tentang seorang PLHIV yang telah 10 tahun bergelumang dengan virus hiv tetapi masih kuat dan sihat sehingga kini malah beliau masih tidak memerlukan rawaatan HAART lagi.

Terlebih dahulu kita sebagai PLHIV rasa bersyukur atas keperihatinan pihak media kerana berterusan cuba mendidik dan menyebarkan maklumat positif tentang HIV/AIDS. Lapuran yang berterusan sepanjang tahun adalah bagus dan bukannya hanya perlu menunggu bila tibanya tarikh 1 Disember sahaja (sambutan hari HIV/AIDS Sedunia) baru hendak bercerita tentang virus ini.  

Pada saya dan pendapat beberapa PLHIV lain, lapuran yang berterusan sangat penting dalam meyedarkan masyarakat supaya lebih “celik HIV” dan lebih terbuka malah mampu mengubah minda kepada sikap "ambil peduli" yang lebih positif. Jika tiada lapuran masyarakat tidak akan tahu apa yang terjadi sekitar mereka berkaitan HIV/AIDS. 

Bagaimanapun kadang-kadang masih terdapat sesuatu lapuran yang tidak betul dan boleh mengundang salah erti dikalangan masyarakat termasuk PLHIV itu sendiri.


ARKIB : 04/03/2012
Kekuatan mental lawan virus HIV
Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my

TAKTALA bertentang mata dengan Danial (bukan nama sebenar), terdetik di hati penulis benarkah jejaka berusia pertengahan 40-an ini positif HIV seperti diakuinya menerusi perbualan telefon sebelum itu. Orangnya kelihatan sihat, kemas, berketerampilan, malah kehadirannya malam itu di sebuah restoran di ibu kota dihantar oleh pemandu peribadinya, menampakkan lagi dia bukan calang-calang orang. Benar ujarnya, tiada siapa akan syak dia dijangkiti virus HIV sejak sembilan tahun yang lalu melihat kepada personalitinya itu. Malah cerita Danial, dia sering berurusan dengan ramai orang terutamanya golongan VIP kerana perniagaannya di sebalik rahsia hitamnya itu.

"Percaya atau tidak, saya tidak pernah menjalani sebarang rawatan hospital mahupun tradisional sejak mengetahui saya dijangkiti virus HIV."

"Mental memainkan peranan penting bagi orang seperti saya. Jangan fikirkan tentang sakit yang dihidapi, hidup mesti diteruskan dan fikirkan tanggungjawab kita terutama kepada keluarga."

"Hampir 10 tahun saya disahkan positif HIV, tetapi tidak sekalipun rasa rendah diri kerana ia adalah kesilapan lalu dan kini saya boleh berbangga dengan pencapaian saya atas usaha sendiri," tegas Danial.

Imbas Danial, dia mengetahui dijangkiti HIV selepas menjalani ujian darah bersama bekas tunangnya pada 2005 ketika mereka berdua membuat keputusan untuk berumah-tangga. Tidak menangis mahupun menyesal selepas dimaklumkan oleh doktor, Danial menerimanya dengan tenang selepas mengimbas kembali apa yang pernah dilaluinya ketika mudanya dulu. Danial kemudian membuat keputusan untuk tidak menjalani sebarang rawatan yang dinasihatkan doktor kerana ia tidak akan memulihkannya tetapi hanya memastikan kesihatannya terjaga walhal dia tidak pernah berasa sakit. 


Hentikan diskriminasi
Walaupun dia dilihat tabah menempuhi dugaan besar itu, tetapi dia terpaksa akur kepada stigma masyarakat membuatkan dia kekal merahsiakan statusnya selain kepada ahli keluarga rapatnya sahaja. 

"Mentaliti orang Malaysia saya nampak suka takut yang bukan-bukan. Contohnya kalau ada wanita muda berstatus janda, semua akan takut dan risau dia akan menjadi perampas. Orang yang positif HIV seperti saya paling mereka takut malah ada yang memandang hina sedangkan virus ini bukan senang berjangkit pun. Banyak lagi penyakit lain yang perlu ditakuti tetapi kenapa perlu terlampau diskriminasi terhadap penghidap HIV?"

"Bagi saya, diskriminasi sebegini tidak adil kerana ada kalangan kami mendapatnya secara tidak sengaja seperti pemindahan darah tetapi masyarakat tetap memandang keji mereka yang dijangkiti HIV. Seperti saya, masyarakat tak tahu yang saya positif HIV dan mereka bergaul dengan saya seperti biasa. Kalau mereka tahu, adakah layanan yang sama akan diberikan?" soal Danial. 

Walaupun boleh dikatakan selesa begitu, Danial tetap merancang untuk mendedahkan rahsianya kepada umum suatu hari nanti demi mendidik masyarakat agar menghentikan diskriminasi sebegitu. Menurut Danial, dia merasakan pihak media terlalu menggembar-gemburkan virus ini seolah-olah ia adalah penghujung dunia. Dia faham semua itu satu propaganda bagi mengawal masalah sosial yang semakin meruncing namun berharap ia dihentikan bagi memberi keadilan terhadap golongan sepertinya.


Dibawah ini segala kemungkinan yang saya rasa telah saudara Danial ambil sejak mula disahkan sebagai seorang hiv +ve.
Lain orang lain cara hidupnya, apa yang saya tahu Danial seorang yang berkemampuan ada pemandu dan ada duitlah orang kata. Walaupun beliau tidak pernah menjalani sebarang rawatan dihospital ataupun secara tradisional kemungkinan beliau telah mengambil berbagai suplement vitamin yang lain sebaik setelah disahkan +ve hiv kerana beliau nampak seperti seorang yang bijak dan sudah semestinya tahu melayari internet mencari berbagai info tentang hiv/aids.

Kemungkinan supplement yang sudah tentu mahal harganya itu sikit sebanyak dapat menstabilkan bilangan bacaan CD4 beliau sehingga mampu bertahan tanpa sebarang masaalah kesihatan sehingga langsung tidak memerlukan
rawatan hospital selama hampir 10 tahun.

Kemungkinan beliau masih berterusan memeriksa bacaan CD4 dan Viral Load beliau di klinik swasta atau terbang sekejap ke Singpore untuk mengetahui tahap kesihatan beliau disana dan mengambil tindakan lain bagi memastikan tahap kesihatanya baik dan bertahan. Orang kayalah katakan. Bagi PLHIV yang belum menerima rawatan HAART mereka sememangnya boleh cuba mengambil apa-apa suplement lain bagi membantu memperlahankan jatuhnya bacaan CD4 malah kemungkinan ada dikalangan mereka yang CD4 meningkat dan boleh stabil seperti saudara Danial itu. Kos mungkin tidak menjadi masaalah buat saudara Danial.

Tetapi tidak ramai yang berkemampuan seperti Danial. Sedikit sebanyak artikel diatas boleh mempengaruhi ramai PLHIV lain untuk tidak mendapatkan  rawatan HAART dihospital. Ini akan mengancam nyawa sekiranya mereka mendapat atau menerima serta mempercayai sesuatu maklumat tanpa mengkaji terlebih dahulu. Hanya sekali membaca rencana diatas, saya sudah rasa ada yang tidak kena seolah-olah mengalakan PLHIV supaya kuatkan mental saja dan jangan fikir tentang sakit.

Saya pernah mendengar rungutan seorang nurse di hospital tempat saya menerima rawatan tentang seorang surirumah yang sepatutnya kena memulakan rawatan HAART tapi ia enggan. Sekiranya surirumah itu berkemampuan, bijak serta mampu melayari internet mengkaji dan faham tentang apa itu hiv/aids serta mampu membeli suplement mahal yang lain kemungkinan ketika ini ia juga mampu hidup seperti Danial sihat tanpa rawatan HAART lagi. Kuat kata hati saya surirumah itu tidak mampu bertahan lama.

Ini hanyalah pendapat dan segala kemungkinan yang saya rasa, kerana terdapat ramai PLHIV yang berada diluar sana masih tidak faham mudarat yang akan mereka terima sekiranya tidak mendapat rawatan segera di hospital.


Tentu ramai yang hendak menjadi seperti Danial selepas membaca lapuran itukan, 
dengan hanya kekuatan mental kita boleh lawan virus hiv itu. Wow..

Saya tidak nafikan ramai yang boleh jadi seperti Danial, nak juga kita semua tahu apa yang Danial lakukan sepanjang 10 tahun itu dan masih gagah kuat sudah tentu tinggi kiraan CD4 nya. Tentu ada sebabnya. Setahu saya CD4 akan terus turun jika kita tidak mengambil apa-apa langkah extra yang lain bagi mengawal CD4 itu dari jatuh. Lapuran diatas tidak ada langsung bercerita tentang sebab lain yang menyebabkan ia sihat melainkan kena jaga “mental”


4Life
Saya mendapat email dari seorang rakan PLHIV yang telah dijangkitan hiv sejak tahun 2006, sehingga kini kiraan CD4  beliau masih diparas yang terkawal kerana pengambilan supplement 4Life.

Saya sharekan dibawah ini sebahagian email yang dihantarkan kepada saya oleh rakan PLHIV tersebut yang mungkin sangat berguna buat para PLHIV yang berada diluar sana yang masih terpinga-pinga tentang apa tindakan yang perlu diambil bagi meningkatkan CD4 sebelum tiba masa untuk menjalani rawatan HAART satu hari nanti.

Mereka mungkin boleh cuba suplement seperti rakan kita ini kerana beliau sendiri telah pun mencuba dan diakui sendiri tahap keberkesanan supplement tersebut dalam menstabil dan meningkatkan kiraan CD4 dan memperkuatkan lagi tahap sistem immune dalam badan kita. Perlu diingat suplement ini bukan dikhaskan hanya untuk pesakit hiv sahaja tetapi boleh juga dimakan bagi tujuan penjagaan kesihatan yang lain terutamanya yang nak jaga kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.


Ok dibawah ini sebahagian email tersebut yang telah saya edit sikit:

Saya tahu saya dijangkiti pada 2007 selepas menderma darah. Rasanya dapat pada tahun 2006. Hingga kini, hampir 6 tahun pegang status ini, keadaan saya terkawal sebab saya mengambil suplement 4Life.

CD4 dari 700 meningkat hingga 1000++. Saya pernah stop makan suplement ini sebab hendak try yang lain. Tetapi CD4 turun kepada 400++. Masa tu memang selalu sakit-sakit.

Kini saya maintain mengambil supplement 4Life. Alhamdulillah kesihatan kembali baik dan CD4 kembali naik semula menjadi 800++. Saya memang nak share apa yg saya dah buat untuk slow kan virus yang ada. Tetapi tidak tahu hendak share dengan siapa, supaya orang lain pun boleh try. Mencuba itu berusaha nama nyer kan...

Saya try macam-macam supplement yang mahal (USANA) dan yang murah pun semua try. Yalah kemaruk nak bagi cure. Tapi kenyataan memang tidak boleh. Berubat kampung pun pernah, habis duit banyak dah tapi nothing happened. Last saya terjumpa flyers testimoni orang singapore (PLHIV) yang berkata ia semakin pulih selepas makan 4life. Saya pun try lah....

Saya mengambil 4Life Transfer Factor Plus (yang kuat). Saya makan 3 biji 2 kali sehari. Sebelum makan CD4 700 selepas makan CD4 meningkat 1000++. Memang gembiralah sebab CD4 sama tinggi seperti orang normal. Tetapi VIRUS masih dalam badankan? Sedih semula lah. Harga kena check kat website sebab lupa dah (mahal gak lah RM300++).

Sebab mahal saya mencuba supplement yang lain pula. CD4 kembali turun mencecah hingga  400. Memang ketaq lah...sbb takut badan naik kudis-kudis. Sebab mahal saya tetap kembali mengamalkan 4Life tetapi bertukar dari 4Life Transfer Factor Plus (yang kuat) kepada 4Life Transfer Factor Advance (sebotol RM176 ada 60 biji). Alhamdulillah CD4 naik semula 800++. 

Hingga kini saya makan 4Life Transfer Factor Advance sehari 2 biji sahaja setiap pagi. Bila beli 2 botol, automatic jadi ahli. Bulan 6 nanti saya sekali lagi akan check CD4. Setahun 2 kali jer sebab doktor kata, CD4 saya maintain tak menjunam.

Manakala seorang lagi rakan PLHIV yang lain juga memberitahu saya juga melalui email ia mengetahui tentang keberkesanan supplement 4Life ini bagi menguatkan system immune badan seseorang melalui doktor yang merawatnya. Doktor menyuruh ia mencuba product ini.  


Perlu diingat supplement ini hanya membantu menguatkan immune badan, bila kuat immune tentu CD4 pun stabil dan mungkin boleh naik tetapi virus hiv tetap masih ada didalam badan ya…Haaa begitulah pengalaman rakan PLHIV kita yang mengamalkan product ini, nak beritahu juga saya bukan agent product ini saya cuma berkongsi maklumat yang mungkin berguna buat kita semua PLHIV diluar sana. Jika anda hendak tahu lebih lanjut elok aje klik ke website 4Life tu.

Nasihat saya bagi yang belum menelan HAART boleh lah mencuba supplement ini sekiranya mampu, tetapi ingat kiranya CD4 tetap turun dan bila doktor sudah mula menasihati supaya memulakan HAART kita kena dengar cakap doktor.

Ya kita kena mencuba dan berusaha buat apa yang terbaik untuk diri kita. Suplement ini juga kemungkinan serasi dan kemungkinan juga tidak serasi dengan tubuh badan kita semua. Faktor umur juga penentu sama ada sesuatu suplement itu sesuai dengan tubuh badan kita atau tidak, tetapi tidak salah kalau kita hendak mencubakan. Jika saya sendiri berkemampuan walaupun telah memulakan HAART teringin juga hendak mencuba suplement ini mana tahu ianya serasi dengan tubuh badan saya kan.

Ingat para PLHIV semua temujanji dengan doktor perlu diteruskan, ujian darah untuk CD4 dan Viral Load perlu dilakukan jangan mengelat. Semoga kesihatan kita semua bertambah baik insyaallah.

Terimakasih kepada rakan PLHIV kita yang sudi share maklumat tentang supplement 4Life ini.

Sekiranya Danial mampu hidup sihat kuat bersama hiv selama hampir 10 tahun tanpa sebarang usaha lain dan tanpa perlu menjalani rawatan di hospital yang bermakna juga tanpa perlu ujian darahlah kut, saya rasa sungguh ajaib. 


Syukur kerana saya dikurniakan HIV

15 comments:

  1. tq for the info..

    d awal2 tahun sy didiagnose sebagai plhiv, supplement ini pernah sy ambil. skrng tidak lg. harga terlalu mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pa... Yang murah tu pun dah dekat RM200 tapi kalau mampu apa salahnya AA demi kesihatan masa depan, tentu ramai yang berada diluar sana mampukan, kalau saya yang mampu telan bawang putih hancur aje lah....hehe

      Delete
  2. ao ada komen.. tapi malas nak tulis haha boleh tak naj mi? Bukan apa takut ao salah fakta haha sebab ada seusatu yang ao dok fikir dua tiga hari ni tiba2 naj mi tulis pasal ni.. macam ada yang bertembung dan buat ao paham sesuatu. wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pa lah AO, tak semestinya apa yang saya tulis ni betul, biasanya sebelum saya post saya akan berulang2 kali check dan baca takut ada yang tak kena. Kalau ada tersilap tolong tegur aje :)

      Delete
    2. Artikel naj mi bantu ao memahami sesuatu tentang cd4 dan viral load ni cuma ao terfikir, bila viral load tinggi cd4 akan berkurang kan tapi adakah bila cd4 tinggi viral load akan berkurang?

      Delete
    3. Begitu lah logik nya, dulu yang hanya saya tahu ialah CD4 aje kena pertingkatkan, rupa-rupanya CD4 berkait rapat juga dengan Viral Load. Saya lebih faham tenang Viral Load pun melalui blog AHP, dulu bila doktor terangkan tak beberapa nak faham. Apabila Viral Load pada bacaan "tak boleh dikesan" maknanya CD4 tak ada gangguan untuk terus meningkat atau sekurang-kurangnya stabil pada bacaan yang tinggi.

      Delete
  3. isteri saya menghidap sistem immune yang menyerang sel sel yg baik , bolehkah isteri saya mengambil transfer factor ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Perlu diingat suplement ini bukan dikhaskan hanya untuk pesakit hiv sahaja tetapi boleh juga dimakan bagi tujuan penjagaan kesihatan yang lain terutamanya yang nak jaga kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

      Kenapa tidak isteri anda mencubanya sahaja. Saya sendiri tak pernah mencubanya lagi, diatas adalah kisah pengalaman rakan PLHIV yang telah mencuba pil tersebut, bukan saya.

      Delete
    2. tf bukan sahaja meningkatkan sistem imun malah mendidik sistem imun utk mengenali dan melawan musuh.

      Delete
    3. Acid Aisy Rich,

      Jika saya berkemampuan saya juga nak cuba supplemet ini, tapi apakan daya tak berkemampuan...agak mahal bagi orang seperti saya yang tidak ada pekerjaan ini huhu...

      Delete
  4. Kat mana nak beli 0177239823

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Saudara boleh cuba google, abg rasa ramai yang ada jual product ini (yang jadi pengedar) Mungkin ada pengedar yang tinggal berdekatan dengan tempat saudara....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST