Saturday, 31 March 2012

KHUNSA DAN PEMBEDAHAN JANTINA

Semalam saya berbual dengan seorang rakan, ia beritahu saya kawannya yang dipanggil “Ujang” sudah pun mendirikan rumahtangga. Riak wajahnya ketika bercerita memang menampakkan yang ia terkejut kerana Ujang satu ketika dulu seorang “mak nyah” tegar yang kalau dilihat dari susuk tubuh akibat pengambilan hormon nampak semuanya naik dan terangkat.  Photo dalam kad pengenalan pun berhias ala-ala mak nyah. Alhamdulillah kerana Ujang masih berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga. Penampilan diubah kembali menjadi asal dan nasib baik ujang tidak sampai nak operation menukar jantina dulu, kalau tidak tentu Ujang akan meroyan hingga ke hari ini dan sudah tentu akan menjadi seperti watak utama dalam filam “Anu dalam botol” tu.... 

Ujang bukan seorang khunsa.

Reza Saat Kecil Gunakan Kelamin Wanita, Besar Berganti Pria
Tribunnews.com - Selasa, 28 Februari 2012 13:24 WIB

TRIBUNNEWS.COM,WATAMPONE - Reza warga warga Desa Paccing, Kecamatan Patimpeng, Kabupaten Bone, Sulawesi Selatan, ternyata saat kecil menggunakan kelamin wanita untuk buang air namun ketika dewasa dia menggunakan kelamin pria.

Menurut Pamannya, Andi Hamdan, Selasa (28/2/2012) di Watampone mengatakan, Reza terlahir dengan memiliki kelainan pada alat kelaminnya. Karena tingkat ekonomi keluarganya rendah sehingga kelainan tersebut dibiarkan saja.

Awalnya, Reza diberi nama Damayanti karena sewaktu kecil Reza menggunakan alat kelamin wanita untuk buang air. Dayanti pun didandani sebagaimana layaknya anak perempuan sejak lahir bahkan menginjak sekolah dasar.

Namun, lanjut Hamdan, saat beranjak dewasa, Damayanti merasakan kelainan akan statusnya sebagai perempuan. Pasalnya, Damayanti justru merasakan ireksi dengan alat kejantanannya utamanya saat sedang berada di dekat pacarnya.

Pria kelahiran 2 Juni 1991 tersebut hingga kini masih berstatus perempuan dalam daftar kartu keluarganya. Reza juga memiliki saudara kembar bernama Mujianto yang kini telah berkeluarga dan tinggal di Kalimantan.

Di Malaysia pun apa kurangnya, kuasa Allah sesiapa pun tidak mampu menolaknya seperti kisah adik Muhammad Nabil Mustaqim ini yang pernah tersiar dalam akhbar beberapa tahun dahulu.

KANGAR: Seorang bayi didapati dilahirkan tanpa memiliki alat kelamin dan mempunyai kecacatan lain pada anggota badannya. Muhammad Nabil Mustaqim bin Rodzake yang dilahirkan pada 10 Ogos tahun lalu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) juga tidak memiliki ibu jari tangan kanan, telinga kanan dan cacat pada kelopak mata.

Dia diberi nama berdasarkan jantina lelaki kerana ujian DNA mengesahkan bahawa bayi itu lebih bersifat kelakian.
Sehubungan itu timbul kerisauan yang amat mendalam dihati kedua ibu bapa bayi malang ini.

"Saya sayu memikirkan masa depannya jika dia makin membesar tanpa kemaluan dan tekanan emosi yang pasti dialaminya," kata ibu bayi berkenaan, Zatul Bazamah Abd Rahman, 26, dari Kampung Batu Lima dekat sini.


Beliau turut berkata pada masa ini anaknya membuang air kecil melalui dubur secara semula jadi.
Beliau merayu agar pakar-pakar perubatan dapat membantu mengatasi fenomena luar biasa yang dialami anak keduanya itu. Bayi itu kini menerima rawatan pakar di HTF dan Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar dan mereka sedang memerhati perkembangan bayi berkenaan.

"Kami diberitahu bahawa anak kami perlu menunggu sehingga dia lebih dewasa untuk menentukan kaedah rawatan yang sesuai untuk jantinanya. Bagi kecacatan lain, kami diberitahu ia boleh diatasi dengan pembedahan plastik selepas bayi kami berumur empat tahun," kata Zatul Bazamah.


Namun suaminya, Rodzake Namis, 34, berharap proses rawatan dapat dilakukan semasa usia anak mereka masih kecil kerana bimbang tentang kesan emosi yang bakal dialami apabila anak mereka sudah agak dewasa. BERNAMA


Ini antara kisah pengajaran yang menunjukan betapa Allah itu maha berkuasa keatas segala apa yang berlaku. Bagi diri saya tersangat bersyukur kerana dilahirkan cukup sifat sempurna segala anggota dan bersyukur Allah tidak memilih saya menjadi seperti Reza.

Reza sebenarnya tergolong dalam apa yang dikatakan sebagai khunsa atau dalam istilah perubatanya “hermaphroditism”. Seseorang yang dilahirkan kerana jantina yang tidak jelas, iaitu mirip pada lelaki atau perempuan. Kadang-kadang terdapat dua jantina dan berkemungkinan terdapat rahim, ovary, testis dan zakar. Kebiasaannya bila sudah meningkat dewasa barulah ketara kecenderungan dan dapat dikesan jantinanya. Sekiranya ini berlaku kena lakukan intervensi dan kajian ultrasound serta radiologi terhadap tubuh badan dan anggota seksualnya.

Berbeza pula halnya dengan golongan mak nyah atau transekual yang dilahirkan lelaki dan mempunyai alat kelamin lelaki, tapi perilaku dan naluri lebih mirip kepada perempuan. Untuk menentukan mak nyah ini samaada mempunyai masaalah perubatan atau tidak kajian kromosom dan hormone hendaklah dilakukan dan sekiranya ada kena buat intervansi mengikut kaedah perubatan. Sekiranya tiada Cuma dari segi psikologinya persepsi dan mindanya yang beranggapan dirinya perempuan dan ingin menjadi perempuan maka kena ubah situasi yang lumrah padanya.

“Masyarakat dan orang paling terdekat seharusnya berperanan memberi keyakinan dan rangsangan untuk mereka berubah. Namun apa yang paling penting sekali ialah individu iti sendiri perlu ada keyakinan untuk berubah” – Dr Syed Hassan Syed Ahmad Almashoor, Pensyarah Jabatan Psikiatri, UITM.

Dalam alam perubatan, pada dasarnya kromosom lelaki normal ialah XY manakala perempuan normal pula ialah XX. Bagi setengah golongan lelaki pula mempunyai genetic XXY. Dalam keadaan ini lelaki berkenaan mempunyai satu lagi kromosom X sebagai tambahan. Justeru perilakunya agak mirip sebagai seorang perempuan. Individu ini juga dikenali sebagai “Klinefelter”

Begitu juga dengan hormone, perwatakan lelaki dari segi suara, fizikal dan gerak geri dan kecenderungan kepada wanita banyak dipengaruhi oleh hormone testeron. Sekiranya hormone testeron seseorang itu rendah ia boleh mempengaruhi perilaku lelaki tersebut mirip kepada wanita.

Anugerah kelakian yang tidak kembali

Saya terbaca lapuran khas dalam majalah Al Islam tentang seorang mak nyah bernama Noni (bukan nama sebenar) 34 tahun. Noni bercerita sejak ia berada dalam kandungan ibunya lagi sehinggalah ia dilahirkan ibunya beria-ia hendakkan seorang anak perempuan, sehingga membesarkannya sama seperti perempuan, dipakai kan celak malah dibelikan rantai dan gelang emas untuk dipakai. Ibunya seolah-olah langsung tidak boleh menerima hakikat bahawa dirinya adalah seorang lelaki.

Di sekolah Noni berkawan rapat dengan rakan perempuan, berlanjutan sehingga berkerja di sebuah kilang, Noni semakin menjadi-jadi sifat keperempuanannya bila dikelilingi ramai kawan yang serupa. Noni juga mempunyai kekasih hati seorang lelaki ketika itu, tapi hubungan tidak lama.

Noni ke Kuala Lumpur untuk bekerja tetapi nasibnya tidak baik sehingga ia terpaksa melacur. Melacur buat Noni rasa gembira dengan pendapatan yang agak tinggi sehingga ia sanggup terbang ke Thailand untuk melakukan pembedahana jantina. Dengan kos RM6.000 untuk pembedahan jantina serta RM4,000 kos membesarkan buah dada, Noni merasakan nikmat kepuasan yang tidak terhingga dalam hidupnya. Aktiviti pelacuran semakin ligat.

Satu hari Noni mendapat berita tentang kematian bekas teman lelakinya akibat Tibi. Terkejut dengan berita tersebut sehingga Noni mula kembali berfikir tentang soal mati yang bila-bila masa boleh  datang. Termenung ia sekejap. Perasaan apa yang telah menyelusup dalam tubuhnya ketika itu?

Dalam diam ia mula mencari cahaya yang selama ini padam demi mengejar nafsu yang bergelora. Ia mula belajar membaca Al Quran, solat dan mendengar CD agama. Noni kembali sedar nyawanya bila-bila boleh diambil oleh malaikat Izrail.

Cuma satu yang tidak dapat Noni kembalikan, anugerah “anu” yang telah hilang.

Saya cuba menonton sehingga habis video dibawah ini, tetapi biasanya tak mampu nak habiskannya. Rasa ngilu pulak bila menonton. Video operation jantina seorang lelaki yang hendak menjadi wanita. Ngiluuuu……


 
Male to Famale
 
Michael Brownstein, MD, of the San Francisco Medical Society discusses different types of gender reassignment surgery. In a common procedure for male-to-female reassignment surgery, a curved incision is made around your scrotal sac and the testes removed. An incision is made up the length of the penis, the skin removed, and the penile tissue cut away. The surgeon retains the head of your penis to form a clitoris. The surgeon removes your urethra (urine tube) and attaches it below the new clitoris, with a catheter (plastic tube) to keep it open while it heals. The surgeon makes an opening behind where the testes had been to form a vagina, and the skin that was removed from the penis (and sometimes some scrotal skin) is inverted and sutured into a tube, which is then placed inside the new vaginal opening to create the vagina. Skin from the scrotum forms new labia.


Bawah ini pula kisah anak perempuan Cher yang nak tukar jantina menjadi lelaki. Hmmm tak da peliknya dah dunia sekarang inikan. Bayangkan daripada tidak ada apa-apa boleh dapat apa (anu) yang ia nak melalui operation tu.

Chastity Bono, Cher’s Daughter to have Sex Change Operation

Chastity Bono, daughter of the legendary Sonny and Cher has decided to have sex reassignment surgery to become a man. 40 year old Chastity Bono has spent years making the decision to have the sex change operation and over the past year has already begun the process by taking hormones.

Bono’s publicist, Howard Bragman, released a press statement Thursday saying:

“Yes, it’s true. Chaz, after many years of consideration, has made the courageous decision to honor his true identity. He is proud of his decision and grateful for the support and respect that has already been shown by his loved ones. It is Chaz’s hope that his choice to transition will open the hearts and minds of the public regarding this issue, just as his ‘coming out’ did nearly 20 years ago.”

Bono likens the different ways to do the surgery to getting a car — there’s “real basic” and then “more and more options” — which is why he’s been studying his finances to get the option that he wants.

“The doctor I want to use is in Belgrade. It’s going to be a little cheaper there. Probably $25,000, maybe $45,000, I really don’t know,” he says. Bono has been opening up more to the media as of late, telling People in a new interview that after breaking up with girlfriend of six years Jennifer Elia and calling off their engagement in December, he’s ready to hit

Female to Male

 
The first steps in female-to-male gender reassignment surgery are removal of the breasts, uterus and ovaries, and closing the vagina. You may have liposuction on the buttocks, hips, and thighs for a more masculine shape. You can choose to use a prosthesis to give the appearance of a penis, or you can have a "micropenis" created (metoidioplasty). The male hormones increase the size of the clitoris, and the clitoris and urethra (or the clitoris alone) can be cut out and lengthened to form a small (4 to 7 cm) penis. If the urethra (urine tube) is included in the penis, you can stand to urinate, but you can't obtain an erection. The last option, phalloplasty creates a larger penis but requires that skin be cut from a donor site on your body (often your arm) to create a new penis. The skin is rolled in a tube around a plastic catheter so a new urethra will form. The surgeon sutures the penis into place, attaching to the nerves of the clitoris to provide some sensation. In a later stage, you can have a penile prosthesis inserted, usually an inflatable prosthesis, so you can achieve an erection. Your labia forms the scrotum to hold testicular prostheses.


Tiga kisah diatas adalah berbeza tentang kecelaruan jantina yang boleh kita jadikan pengajaran. Tetapi bagaimana pula golongan lelaki macho yang mempunyai naluri sex terhadap kaum sejenis? Nak kata kurang hormone testeron tapi lagak macho dan kalau kromosom X nya terlebih kenapa orang sekeliling tidak perasan sehingga ada kaum wanita tergila-gila golongan ini. Alhamdulillah sekarang setelah mendapat hiv saya semakin tahu dan semakin faham sebab kenapa ditakdirkan begini. Semuanya kehendak Allah yang sedang menguji keimanan seseorang hambanya. Sekarang saya reda dengan keadaan naluri ini.

Saya juga dengar kalau sudah sekali buat operation seseorang itu akan ketagih untuk melakukannya lagi, lagi dan lagi. Sama seperti mereka yang cucuk botox atau membuat pembedahan plastikkan serta mereka yang membuat tattoo dibadan kebanyakannya mereka akan menjadi ketagih. 

Maknanya disini kita kenalah selalu bersyukur dengan apa yang kita ada dan segala yang Allah kurniakan. Jika ada yang sudah terlajak dan dah terpotong habis "anu" tu pun masih boleh terus mohon ampun dari Allah, kerana Allah tu maha pengampun.


Firman Allah dalam surah al Imran ayat 135 dan 136 yang bermaksud,

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat pada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang telah mereka lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”

“Orang-orang yang sedemikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi oirang yang beramal”


Tuesday, 27 March 2012

PERIA, MAGGIE MEE DAN NYAMUK

PERIA
Tau tak tentang buah peria, ya buah yang mengerutu permukaannya itu, ya buah yang  pahit tu. Tahu tak tentang khasiat ia alahhhaiiii…… cari sendiri lah “google jer” hehehe.  Saya mula tahu tentang khasiat buah peria yang amat pahit ni sejak +ve. Kan dulu bila mula-mula +ve punyalah rajin membaca bab-bab sumber makanan khasiat ni. 

Selain bawang putih, buah peria mempunyai tinggi nilai khasiatnya terutama bagi mereka yang mengidap kencing manis. Mak saya juga pengidap kencing manis kadang-kadang tinggi kadang-kadang rendah bacaan kencing manis tu. Apa pun kencing manis mak masih terkawal alhamdulillah elok-elok ajer hingga ke hari ini.  Sebagai anak memang tidak pernah lupa mendoakan yang terbaik buat mak. Kalau di pasar ada orang jual buah peria, kakak akan belikan, mak selalu rebus buah peria tu buat ulam makan dengan nasi. Saya pun tumpang sekakilah. Apa pun air rebusan buah peria mak akan simpan kan untuk saya, kerana air rebusan buah peria antara minuman amalan yang saya amalkan. 

Jika dulu masa mula-mula disahkan +ve saya rajin beli buah peria hancurkan dan minum air pekat perahan perai, ya Allah teramat lah pahitnya, tapi saya tetap minum. Saya minum bukan kerana nak sembuh dari hiv tapi lebih kepada mengelakkan dari terkena penyakit lain kerana khasiat buah peria agak menarik.

Segala petua yang saya amalkan seperti makan bawang putih, minum air kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih, jus tomato, air halia dan sebagainya itu, saya mempraktikkan dan membayangkan seolah-olah saya ini seperti orang lain yang hidup tanpa hiv dalam masa yang sama seorang yang amat mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan. Saya amalkan kerana nak elakkan dari terkena penyakit-penyakit lain bukan nak sembuh dari hiv ya…… dan tidaklah melampau-lampau sangat hehehe 

Kalau melampau makan pun bila tiba sebulan atau seminggu sebelum darah nak diambil dan diuji, haaa masa ni segala petua ini akan lebih kerap saya amalkan. Apa pun saya percaya ramai mereka yang +ve hiv sama seperti sayakan, kita akan buat experiment keatas tubuh badan kita sendiri untuk memastikan CD4 kita semakin naik dan virol load semakin turun kan.  

Apa pun experiment yang saya buat biasanya dari sumber semulajadi bukan experiment dengan pil-pil jamu atau tonik-tonik minuman yang berlambak-lambak dipasaran sana tu. Memang saya tidak percaya product-product tu semua dan masih berpegang pada nasihat doctor supaya jangan amalkan pengambilan makanan dan minuman kesihatan tambahan lain tu. Doktor kata ada kes pesakit CD4 menurun, bila ditanya dan dicheck rupanya ia amalkan sejenis minuman tonik. Bila ia stop minum kiraan CD4 semakin baik. 

Haaa tulah antara sebab pentingnya ujian darah kita diambil dan diuji sekurang-kurangnya 6 bulan sekalikan. Memantau kesihatan diri perlu dipraktikkan setiap 6 bulan sekali atau kurang-kurang satu tahun sekali bukan saja yang PLHIV tapi juga yang non PLHIV. Bagi orang sihat tak salah kalau nak minum tonik tongkat Ali atau tonik Pak Tani tak salah kalau nak telan Jamu Mak Dara jika yakin pada sesuatu product tu, tapi bagi kita yang +ve dan terutama PLHIV yang sudah memulakan ubatan Haart elok sangat hentikan amalan minum tonik atau jamu-jamu itu.

Bagi saya sumbar asli oklah, tapi kalau tiba-tiba CD4 menurun tentu ada tak kena dengan salah satu sumber asli yang saya amalkan tukan. Alhamdulillah setakat ini semuanya ok.


MAGGI MEE vs SPAGHETTI
Lagi satu tentang maggie mee, elok sangatlah kita hentikan makan mee segera ni. Banyak sangat kajian buruk tentang maggie mee ni, terutama mee nya tu, perencah ia alahaiii tentu banyak ajinamoto. Maggie mee tu dah sah disalut dengan sejenis lilin, tu pasallah ia keras dan bila direndam air panas akan menjadi lembik, tapi salutan lilin tu masih ada, tu yang bahaya amat susah nak hadam. Dengar citer ambil masa seminggu lebih kalau nak hadam mee maggie tu dalam perut. 

Saya dapat tahu ni pun sejak menjadi hiv +ve ni hehehe. Dulu masa travel berbulan-bulan terutama di China maggie meelah menjadi alas perut walau dimana saja terutama semasa didalam train. Dan dah menjadi amalan orang-orang di China kalau berjalan maggie mee mesti ada dalam beg. Lagi satu makanan segera ni amat mudah disediakan tapi ingat mudah memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa yang panjang juga.

Tapi masalah sekarang saya ni dah mula gila makan spaghetti alahhhh macam iklan tv anak chef Wan tu, iklan sause Prago tu. Rendam dan didihkan spaghetti, tos kan dan campur dengan sos…. Mak oiiii sedap giler hehehe. Try sekali dah ketagih bukan apa saya risau pulak  tentang spaghetti yang keras tu, tidak tahu lah sama ada spaghetti ni sama seperti mee maggie yang bersalut lilin tu ke tidak. Kat luar plastic tertulis 100% drum wheat. No Artificial Colourings Flavourings Or Preservatives. Tak guna juga kalau tak makan mee maggie tapi melantak pulak benda ni. Apa pun dalam suka melantak benda ni kena berpada-pada juga dan yang penting saya sulam dengan banyak minum air kosong. Kalau sebulan yang lalu berat badan saya 67 kg tapi sekarang dah naik 70kg, okey lah…tu....


NYAMUK
Saya juga nak bercerita tentang gigitan nyamuk pulak, kalau sebelum ini kena gigit oleh mak nyamuk, bapak nyamuk atau tok nyamuk sekali pun badan oker aje tapi sejak beberapa tahun yang lalu saya perasan setiap kali kena gigit nyamuk badan menjadi gatal dan bengkak (bintan) kecil. Gatal selama beberapa jam kemudian hilang. Kalau berbual dengan kenalan, kawan atau saudara di tempat banyak nyamuk misalnyalah contoh ditaman permainan atau diluar rumah, habis tangan, badan serta kaki saya gatal dan bengkak dan tidak senang duduk bila digigit nyamuk. Sedangkan rakan, kawan atau saudara yang berbual dengan saya ditempat yang sama pun dah tentu kena gigit nyamuk juga kan tapi ia orang ok jer siap ketawa bila saya kata gatal kena gigit nyamuk.

Lama juga saya fikir kenapa ya, pernah dulu bertanya pada doctor tapi jawapannya tidak jelas sehinggalah saya buat kesimpulan sendiri. Jika seseorang mempunyai system immun yang sangat rendah sudah tentu CD4 pun akan kurang  maybe dalam 200 seperti saya sekarang ni maka masalah gatal dan bengkak akibat gigitan nyamuk pasti akan berlaku. Bagi mereka yang kuat system immun dan sudah semestinya tinggi CD4 dalam darah mereka maybe melebihi 500, maka sudah tentu gatal dan bengkak tidak akan terjadi walau seribu nyamuk mengigitkan.

Tertanya-tanya juga adakah PLHIV diluar sana yang mempunyai CD4 rendah pun, adakah mereka mengalami bengkak seperti yang saya alami setelah digigit nyamuk ni???

Dirumah kadang-kadang pasang jugak ubat nyamuk, tapi bau asap nya sampai melekat pada badan dan baju. Bila saya “google” mencari tentang ubat nyamuk rupa-rupanya banyak keburukan pada manusia jika kita salah cara mengunakannya. Asap ubat nyamuk kalau kita hidu dikatakan lebih teruk berganda-ganda kesannya pada paru-paru manusia daripada asap rokok diibaratkan satu lingkaran ubat nyamuk bersamaan dengan 100 batang rokok. Ya pernah saya pasang ubat nyamuk waktu malam tapi tidak boleh tidur akibat bau asapnya walaupun ubat nyamuk diletak diluar bilik, rasanya ramai budak-budak bujang yang duduk ramai-ramai masih nyalakan ubat nyamukkan begitu juga mereka yang tinggal di kampung-kampung  ni kan…. So bagi saya sekarang ni, saya masih tetap pasang dan nyalakan ubat nyamuk sekali sekala tapi saya pastikan tidak menyala terlalu lama.  Saya patah dan pendek-pendekkan lingkaran ubat nyamuk itu dan elak kan dari menghidu asap tu terlalu lama. Haiii nyamuk bahaya, asap pun lagi bahaya.

Yang jenis spray pun sama tapi masih ok daripada jenis lingkaran, kejap je lepas hilang bau nyamuk datang balik. Yang jenis pakai letrik pun ok tapi bau yang kita hidu kita tak perasan pun bahaya juga. Yang paling baik pakai baju tangan panjang dan tidur guna kelambu ya. Saya kadang-kadang pun gantung kelambu jugak.

Kalau gigitan datang dari nyamuk biasa tak mengapalah, tapi kalau ia datang dari nyamuk ades pembawa virus denggi, tahu sajalah jawabnya…Sebenarnya yang salah bukan nyamuk itu tapi manusia kerana menyediakan tempat yang selesa untuk nyamuk membiak. Buang sampah merata-rata hingga menyebabkan longkang tersumbat, biarkan air bertakung dan kawasan perumahan yang tidak bersih. Nyamuk amat suka tempat-tempat seperti ini tempat terbaik tempat jagaan untuk anak-anaknya. Seekor nyamuk bertelur sehingga 300 biji, hanya selepas 7 hari jadilah ia seekor nyamuk dewasa yang boleh hisap darah dan membiak. Begitulah seterusnya, menghisap darah untuk meneruskan kelangsungan hidup generasi akan datang.

Sebenarnya nyamuk bukan serangga penghisap darah untuk mengisi perut yang lapar. Baik nyamuk betina dan nyamuk jantan kedua-duanyu menghisap manisan bunga, buah-buahan dan mineral sebagai makanan utama. Tapi kenapa kita kerap nampak nyamuk menghisap darah hingga kenyang? Satu-satunya alasan mengapa nyamuk betina saja yang menghisap darah kerana darah mengandungi protein yang diperlukan untuk perkembangan dan pertumbuhan telurnya. Nyamuk jantan memang tidak menghisap darah dan hayatnya tidak panjang iaitu selama 10 hingga 20 hari saja. Maknanya lepas mengawan nyamuk jantan akan mati. Maka tugas menjaga telur terletak pada tangan nyamuk betina. Nyamuk betinalah yang menghisap darah dan menjaga telur. Begitulah kelangsungan putaran hidup seekor nyamuk. Perlu kita tahu ibu nyamuk menghisap darah bukan untuk dirinya tapi untuk anak-anaknya. Inilah namanya menyabung nyawa demi anak walaupun akhirnya si ibu sendiri kadang-kadang tewas akibat tamparan manusia.

Rupanya didalam kehidupan ini semua ibu telah dijadikan Allah mempunyai perasaan sama iaitu kaya dengan kasih sayang. Baik haiwan mahu pun serangga kecil juga dibekalkan dengan naluri keibuan. Nyamuk yang kadang kala kita anggap pencekik darah yang kecil tu pun penuh dengan naluri keibuan yang sanggup pertaruhkan nyawa untuk setitik darah.

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa saja seperti nyamuk hingga kesuatu yang lebih dari itu (kerana perbuatan itu ada hikmahnya) iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang kafir pula mereka akan berkata “Apakah maksud Allah membuat perbandingan ini?  

Dengan perumpaman ini banyak orang yang disesatkan Allah dan dengan perumpamaan itu banyak orang yang diberikan Nya pertunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik. (Surah Al-Baqarah – 26)

Apa pun hiv tidak berjangkit melalui gigitan nyamuk ya, kena ingat tu. Pernah beberapa tahun dahulu terbaca dalam sebuah akhbar tentang seorang pesakit hiv bangsa cina yang dikurung dan kena tidur diluar rumah di Johor Baharu hanya kerana kaum keluarganya bimbang gigitan nyamuk pada pembawa hiv boleh memindahkan virus hiv pada mereka pula. Salah ya, kajian yang diguna pakai hingga sekarang bahawa hiv tidak dipindahkan melalui gigitan nyamuk. Jangan bimbang.

Wallahualam

Thursday, 22 March 2012

PENINGKATAN HIV/AIDS DIKALANGAN SURIRUMAH

Tidak semua yang saya tonton anda akan tonton, tidak semua yang saya google anda pun akan google. Atas prinsip ini saya berkongsi sebuah artikel pengakuan PLHIV disini untuk renungan kita bersama, kerana saya percaya tidak semua yang saya baca anda diluar sana pun akan bacakan. 


Marlia HIV positif bahana suami

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
Gambar WAHIDA ZAINAL
ARKIB : 20/03/2012

PERTAMA kali berjumpa dan berjabat tangan dengan Marlia (bukan nama sebenar) langsung tidak terlintas di hati penulis wanita lewat 30-an ini menderita HIV positif. Daripada riak wajahnya tiada tanda-tanda sedang menanggung derita kerana dia kelihatan sihat malah sempat melebarkan senyuman saat bersua muka. Benar ujarnya, tiada siapa akan mengesyaki dia dijangkiti virus HIV sejak enam tahun lalu kerana seperti insan lain dia menjalani rutin harian seperti biasa.

Malah kata Marlia, dia sering menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan oleh Rumah Soleha tempat dia tinggal sekarang bersama anak perempuannya yang berusia tujuh tahun. Dia juga tidak kekok untuk bergaul dan berbual dengan orang ramai.

"Setiap hari saya menjalani kehidupan seperti orang biasa iaitu mengambil dan menghantar anak pulang dari sekolah kemudian melakukan kerja-kerja rumah di sini. Kini tiada lagi rasa rendah diri berbanding sebelum ini dan tidak ada jurang dengan orang lain kerana saya juga seperti mereka. Apa yang membezakan adalah saya sakit, tetapi mereka tidak tahu saya ada virus ini kerana keadaan luaran yang sentiasa nampak sihat," luah Marlia. Ujarnya, mental memainkan peranan penting untuk dirinya kuat menghadapi dugaan di samping sentiasa mengingati Allah.

"Jangan selalu fikir mengenai sakit kerana ia akan membuat diri tertekan sebaliknya saya berazam untuk teruskan hidup demi melihat anak membesar di depan mata," katanya. Imbas Marlia, dia mengetahui dijangkiti virus HIV selepas menjalani ujian darah saat mengandung anak yang ketiga.

"Selepas disahkan saya HIV positif, terasa dunia seperti gelap seketika kerana tidak dapat menerima diri dijangkiti HIV daripada arwah suami. Arwah suami adalah penagih dan saya hanya menyedari dirinya mengambil dadah selepas kami berdua berkahwin. Dahulu saya kerja kilang, tetapi gaji yang diperolehi setiap bulan tidak pernah mencukupi kerana sebahagian wang terpaksa diberikan suami untuk membeli dadah," jelas Marlia.

Marlia berkata, selepas melahirkan anaknya itu, dia terpaksa menumpang teduh di rumah kakak angkatnya sehinggalah dia diterima tinggal di Rumah Soleha pada tahun 2009.


"Apabila tinggal disini hidup saya semakin tenang dan terurus malah bersyukur kerana anak saya sudah berumur tujuh tahun dan dapat bersekolah seperti kanak-kanak biasa. Akibat masalah kewangan dan tekanan penyakit yang sedang dihadapi ketika itu, seorang anak saya terpaksa diserahkan kepada ibu mertua dan seorang lagi kepada sahabat lama," ujarnya.

Walaupun dirinya tabah dan kuat menghadapi dugaan, tetapi dia tetap akur dengan pandangan masyarakat dan terpaksa merahsiakan perkara sebenar walaupun kepada keluarga sendiri.

"Tambahan dari awal perkahwinan keluarga tidak merestui dan sejak itu kami terputus hubungan malah tidak berhubung sehingga hari ini. Biarlah perkara ini menjadi rahsia dan saya tidak mahu membebankan mereka jika tahu keadaan saya sekarang.

"Memang tidak dinafikan orang ramai masih takut untuk berkawan dan mendekati orang seperti kami, tetapi tiada apa yang perlu mereka risaukan kerana virus ini tidak berjangkit sekadar bersentuhan kulit. Semangat untuk teruskan hidup sentiasa ada terutama apabila melihat segelintir masyarakat yang sihat dan masih mahu berbual dengan golongan seperti kami," katanya.
Sumber Utusan Online


Tidakkah kita rasa sedih bila membaca tentang anak-anak Marlia yang terpaksa dibesarkan olah orang lain tu? Saya sendiri pada mula-mula disah hiv+ve dahulu berfikir bahawa hiv/aids hanya untuk kaum lelaki sahaja. Kalau yang wanita hanya pelacur sahaja yang berpeluang mendapat jangkitan. 

Pertama kali ketika menerima rawatan di hospital disini saya sendiri memang rasa agak terkejut melihat kelibat beberapa wanita pertengahan umur bertudung yang keluar masuk berjumpa doktor. Sudah tentu saya tahu status mereka tapi saya cuba tidak melihat tepat wajah mereka. Kalau saya sendiri pada mula berjumpa doktor dulu pun ada rasa segan, malu dan takut apatah lagi mereka surirumah inikan. Sudah tentu saya sempati, kesian dan macam-macam yang saya fikirkan ketika itu. Rupa-rupanya hiv tidak mengenal mangsa.

Saya dapat tahu peningkatan surirumah yang dijangkiti hiv semakin meningkat terutama di negeri Cek Siti Wan Kembang sehingga membimbangkan kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata bahawa pada 2009 sebanyak 616 kes baru penghidap HIV direkodkan iaitu jumlah tertinggi di negara ini.

“Daripada jumlah itu 16 peratus daripadanya adalah wanita dan daripada jumlah 16 peratus itu pula, 40 peratus merupakan suri rumah. “Suri rumah ini tidak bersalah dan mendapat jangkitan HIV yang sudah tentunya daripada suami sendiri,” katanya.

Wan Ubaidah berkata golongan lelaki terutama suami agar tidak melanggan pelacur manakala golongan muda menjauhi hubungan seks luar nikah itu. “Statistik juga menunjukkan penyebaran virus ini di seluruh negara adalah berpunca daripada hubungan seks tetapi di Kelantan punca utama penyebaran virus ini adalah melalui jarum suntikan,” katanya.

Akhbar pada 16 September lalu melaporkan jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. 
BERNAMA 20 Oktober 2011

So apa peranan kita dalam usaha menghentikan peningkatan hiv/aids ini? Saya percaya sesiapa sahaja yang prihatin dapat melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri. Bagi pengendali blog mereka boleh menyebarkan segala maklumat yang bermanafaat untuk dikongsikan bersama dengan khalayak pembaca. 

Bagi yang membaca pula moga kita semua dapat berfikir serta mendapat pengajaran serta kefahaman baru berkaitan hiv/aids. Semoga kita semua sama-sama memainkan peranan dengan cara sendiri dalam menghentikan peningkatan hiv/aids daripada terus meningkat bukan saja dikalangan suri rumah malah dihentikan terus peningkatan di negara Malaysia.


Thursday, 15 March 2012

PEROGOL YANG DI PANCUNG KEPALANYA

Ngeri........rasanya bila mula-mula melihat photo disebelah ini. Kemudian timbul pulak rasa simpati. Selepas itu bila difikir-fikir kembali kemungkinan layak jugak perogol ini dipancungkan kepalanya jika sekiranya ia telah merogol menyeksa dan membunuh mangsa kan, lebih malang kalau mangsa yang dibunuh dan dirogol itu seorang kanak-kanak. 

Orang didalam photo diatas ini dikatakan seorang perogol, kemaluannya telah dipotong dan disumbatkan kedalam mulut kemudian kepalanya dipancung dan nampak seperti telah dipamerkan pada orang ramai. Di negara mana? wallahualam saya sendiri pun tidak pasti. Sama ada dia dikerat kepalanya oleh orang ramai yang sedang marah atau dia menjalani hukuman yang sah mengikut undang-undang negara tersebut, juga saya tidak pasti.

Tentu teruk sungguh perbuatan lelaki yang dipancungkan ini kan tetapi adakah sama teruknya jika dibandingkan dengan perbuatan sipembunuh dan perogol adik Nurin Jazlin beberapa tahun lalu. Pembunuh Nurin masih bebas diluar sana. Patutkah si pembunuh Nurin jika ditangkap kita hukumkan saja seperti ini. Tentu ramai yang  berpendapat agak kejamkan terutama mereka yang tidak mengalami sendiri rasa derita yang amat perit seperti yang dialami oleh kedua ibubapa Nurin Jazlin dulu. Walau bagaimana pun kita masih ada undang-undang negara dan sudah tentu perlu kita patuhi.


Dua tiga hari lepas sekali lagi kita dikejutkan dengan berita pembunuhan adik Nurul Nadirah. Agak-agak kalau kita tanya pada ibubapa adik Nurul Nadirah hukuman apa yang patut kita jatuhkan pada si pembunuh itu. Saya percaya kalau sesiapa saja yang ditanya dan yang sedang marah, kita tunjukkan pulak photo perogol yang dah dipancung itu tentu hukuman inilah yang mereka akan katakan yang paling setimpal.

Di Malaysia kes kanak-kanak yang diculik dan hilang entah ke mana boleh tahan juga banyaknya seperti yang dilapurkan. Dengar cerita memang ada sindiket culik kanak-kanak ni dan dengar cerita mereka kemungkinan dibawa ke Thailand untuk dijadikan sebagai peminta sedekah dan lebih teruk dengar cerita mereka akan dikudungkan tangan atau kaki semata-mata untuk menimbulkan rasa simpati orang yang melihat. Pernah juga dengar organ dalaman mereka digunakan untuk tujuan tertentu. Wallahualam.



Masih ada kes kanak-kanak yang hilang sehingga kini masih tidak ditemui, adakah mereka juga telah dirogol, dibunuh dan mayat mereka telah dicampakkan entah kemana. Bayangkan sekiranya kanak-kanak itu masih bernyawa dicampak kedalam hutan atau kedalam lombong. Sungguh malang jika itu yang berlaku. 

Saya melihat anak saudara perempuan saya yang berumur 4 tahun dan seorang lagi 10 tahun, risau perut bila memikirkan keselamatan mereka kerana kes seperti Nurin Jazlin dan Nurul Hadirah boleh juga berlaku pada kita semuakan. Minta dijauhkan Allah. Moga mereka yang melakukannya perbuatan seumpama ini terutama yang masih berkeliaran bebas diluar sana akan menerima balasan setimpal dari Allah.

Kes bunuh dah jadi macam biasa pulak. Ingat lagi kes Datuk Sosilawati dan rakannya yang dipukul dibunuh dengan kejam dan dibakar. Aduhhh bayangkan perasaan orang-orang terdekat yang menderita sedih yang amat sangat apabila menerima berita tentang anak atau ibu mereka yang dibunuh itu. Kalau nak disenaraikan kes bunuh ini memang panjang. 

Kes rogol dan meliwat kanak-kanak bawah umur pun banyak jugak, saya dapat tahu bila terbaca senarai kes yang panjang dalam sebuah blog tadi, senarai itu antara kes yang telah dilapurkan, bagaimana pula dengan kes-kes yang berlaku dan tidak dilapurkan sudah tentu akan senyap berlalu begitu sahaja.

Al Fatihah buat adik Nurul Nadirah dan semua kanak-kanak yang menjadi mangsa bunuh diluar sana. Entahlah selepas kes Nurul Nadirah ni entah siapa pula yang akan menjadi mangsa.


Dibawah ini saya "share" kan photo penuh orang yang kena pancung seperti diatas tu, kalau agak-agak rasa ngeri jangan la tengok ya........

Photo perogol yang dipancung kepala dibawah ini sekadar tatapan dan renungan buat kita semua. Kalau rasa ngeri tengok aje dengan sebelah mata kalau masih lagi  tetap ngeri, pejam dua-dua mata.






Sunday, 11 March 2012

LESBIANS, GAYS, BI-SEXUALS AND TRANSGENDER


RAMAI JADI SONGSANG
Muka depan akhbar Mingguan hari ini terpampang tajuk “Ramai jadi Gay”. Tiga daripada 10 lelaki terjebak gejala seks songsang. Mereka ini golongan split identity (pelbagai identity) iaitu sebelah pagi ia boleh jadi imam kemudian tengah hari meliwat orang (nak saya tambah dan sambung sikit disini bila malam ia pula akan diliwat orang) 

Pandangan saya tentang ini? 
Saya tahu ramai songsang diluar sana akan ada rasa bangga bila membaca atau mendengar berita sebegini kerana kebanyakan mereka sudah tentu tidak ada rasa bimbang langsung tentang berita peningkatan gejala ini, kerana mereka akan rasa lebih seronok apatah lagi bila mendapat tahu rakan senaluri semakin ramai dan seolah-olah semakin diikhtirafkan. Jika saya bukan PLHIV hari ini kemungkinan saya pun tidak kisah  tentang soal ini. Alhamdulillah saya dikurniakan HIV kerana HIV mengubah hidup dan cara pemikiran saya terutama tentang segala apa yang berkaitan tentang songsang.

Fakta dan berita sebegini kita tidak boleh sorokkan atau hanya ditolak dan disapukan kebawah karpet sahaja, kerana ramai terutama ibubapa yang tidak sedar bahawa anak mereka sendiri  terlibat dengan gejala songsang ini. Kita semua kena buka mata dan menerima hakikat yang berita ini adalah benar. Pengalaman saya sendiri mengatakan bahawa berita ini adalah benar malah kemungkinan lebih teruk berlaku daripada apa yang anda dan masyarakat luar sangkakan.

Berdasarkan pengakuan golongan ini (saya sendiri rasa memang ada benarnya), mereka mendakwa daripada 10 lelaki tiga adalah gay, ini tidak termasuk pondan dan lesbian. Dalam tiga tulah juga tergolongnya songsang yang telah berkahwin dan kerana mereka jugalah penyebab ramai suri rumah yang duduk dirumah juga boleh menerima kesan buruk akibat perbuatan mereka.  

Saya senyum bila baca “pagi jadi imam bila tengah hari meliwat” hahaha maksudnya lebih kepada bila pagi ia adalah seorang yang baik tetapi bila tengah hari dah jadi jahat pulak dah. Itu bagi menunjukkan rahsia perangai seseorang songsang yang cepat berubah. Dulu saya sendiri pernah mendengar "true story" dari mulut rakan saya sendiri kisah seorang imam masjid yang songsang. Nak saya citer lebih detail ke???

Panjang juga temubual wartawan akhbar dengan Hushim Salleh Kaunselor Berdaftar yang telah mengendali lebih 1,000 songsang dalam akhbar tersebut. So perlu kah masyarakat terus berdiam diri atau hendak menafikan berita begini hanya untuk menyedapkan hati masing-masing? Atau buat tidak tahu saja kerana masaalah ini tidak mungkin berlaku dalam keluarga kita?

Saya tertarik bila Hushim berkata, “Penyakit ini boleh dipulihkan tetapi gay ini ia soal jiwa dan ketagih, kita kena pulih dengan pendekatan agama dan terapi kaunseling tetapi dalam tempoh yang agak lama”.

Saya memang bimbang kalau mati dalam keadaan masih aktif dengan kegiatan songsang. Di Singapore dulu pernah saya dengar songsang yang mati ketika berada dalam bilik dibuah club ketika sedang "bercaklingpong"

Pernah juga dulu seorang songsang meluahkan rasa sedihnya pada saya dengan menunjukan photo boyfriend ia yang baru mati akibat kemalangan jalanraya. Saya tidak tahu apa yang ia fikir masa itu, adakah ia hanya bersedih sahaja. Apa yang saya fikir ketika itu ialah macam mana kalau ia belum sempat nak bertaubat? Apa yang berlaku di alam kuburnya? Tentu ia meraung pohon dikembalikan untuk hidup sekali lagi keduniakan. Ini jugalah yang menyedarkan saya bahawa saya dan kita semua pun boleh mati bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. 

Syukur kerana saya di “poke” Allah. Ya Allah matikan aku dalam khusnul khatimah, inilah antara doa yang saya pohon pada Allah setiap hari.

 ARKIB : 11/03/2012  
Penyakit rosakkan bangsa
MUKADIMAH Alaf ini Malaysia dikejutkan dengan gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang lantang menuntut pengiktirafan atas nama hak asasi selepas mendapat inspirasi daripada pemimpin tertentu.

Malah tanpa segan silu, gerakan ini yang disokong pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang keahliannya rata-rata orang Melayu, cuba menganjurkan Seksualiti Merdeka dan kini menuntut hak tersebut di mahkamah.

Melihat kebangkitan LGBT bukan sahaja mengancam asas kekeluargaan malah mengundang kemurkaan Allah, wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan NIZAM YATIM menemubual Kaunselor Berdaftar, HUSHIM SALLEH, dari firma Hushim Motivational & Counselling Consultancy (HMCC) yang telah mengendali lebih 1, 000 golongan songsang.

Menurut HUSHIM, kerajaan perlu menangani isu LGBT dengan cepat dan tegas kerana penyakit sosial tersebut telah merebak menjadi barah dalam masyarakat memandangkan pengamalnya terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli politik.

Katanya, individu yang terlibat dan mengamalkan budaya songsang ini adalah manusia yang sakit jiwa selain mempunyai perwatakan pelbagai personaliti (split identity) yang sentiasa berubah-ubah serta berpegang kepada prinsip liberalisme.

MINGGUAN: Kenapa memilih golongan yang mengamal gaya hidup songsang sebagai subjek kajian dan kepakaran kaunseling saudara?
HUSHIM: Sebagai kaunselor saya terfikir apa nak jadi dengan bangsa dan kaum Melayu ini. Saya tengok makin hari makin bertambah. Malah sebelum gerakan LGBT nak dilancarkan saya sudah diberitahu oleh lelaki-lelaki gay dan biseksual, bahawa mereka akan menubuhkan persatuan bagi mendesak kerajaan.

Mereka nak kerajaan iktiraf kehidupan songsang, maknanya perkahwinan sejenis dibolehkan. Sebab itu apabila LGBT dilancarkan pada tahun lepas saya tidak hairan kerana sebagai kaunselor saya dah tahu lebih awal. Tapi mungkin kerana saya ini cuma orang biasa, maklumat itu hanya berada dalam ruang lingkup saya.

Sebagai seorang kaunselor, bapa dan individu muslim saya bertanggungjawab untuk bercakap kerana penyakit ini telah mula merosakkan bangsa kita. Amalan songsang ini dilaknat Allah dan penyebab paling cepat untuk kita diturunkan bala. Mungkin sesetengah pihak menganggap perkara ini sengaja digembar-gemburkan tetapi saya bercakap demi bangsa dan agama tanpa sebarang kepentingan peribadi.

Gaya hidup LGBT selalu dikaitkan dengan sekolah berasrama sebagai titik permulaan kepada kehidupan songsang mereka, adakah dakwaan itu benar?
HUSHIM: Berdasarkan kes yang saya kendalikan memang benar sekolah berasrama merupakan permulaan kepada penularan budaya songsang tetapi sekolah pondok dan agama juga tidak terkecuali. Mungkin ramai yang marah dengan kenyataan saya tetapi melihat kepada masalah LGBT pada hari ini, kita perlu jujur.

Kalau ibu bapa hari ini merasakan mempunyai anak lelaki lebih selamat berbanding anak perempuan, ia meleset sama sekali. Kebarangkalian anak-anak lelaki hari ini terjebak ke dalam kancah gaya hidup songsang sangat tinggi jika kita tidak peka dengan perubahan sikap anak-anak.

Perlukah dihapuskan sekolah berasrama satu jantina?
HUSHIM: Tidak perlu hapuskan, cuma kita perlu perbanyakkan program berbentuk kesedaran kepada pelajar tentang bahaya LGBT. Sebab di Malaysia, hendak bercakap benda macam ini, kita biasanya malu. Ibu bapa malu nak cakap perkara ini dengan anak, cikgu dalam kelas pun malu nak bercakap.

Satu lagi minta maaflah, kita ini terlalu banyak sangat letak bawah karpet. Kalau sekolah itu berlaku kes melibatkan isu LGBT, pengetua cuba tutup. Cakap tiada apa yang berlaku, sekolah ini okey, tetapi di luar sana orang sudah bercakap, meleleh bernanah sudah orang bercakap.

Apa punca yang menyebabkan LGBT ini menular dan apakah golongan ini boleh dilabel sebagai orang berpenyakit?
HUSHIM: Minta maaf cakap kerana dari pengalaman saya mengendalikan kes, orang agama sendiri terlibat sebagai gay. Mereka ini golongan split identity, maknanya sebelah pagi dia boleh jadi imam kemudian tengah hari meliwat orang. Pengetahuan agama tidak cukup jika tiada iman, sebaliknya kelebihan ilmu agama itu diguna untuk mengaburi mata orang ramai.

Amalan dilaknat ini berlaku kerana tabiat. Mereka yang terjebak seronok dengan kenikmatan luar tabie berbanding hubungan seks dengan isteri. Sebab itu Allah melarang dalam al-Quran kerana apabila seseorang sudah terjebak, gay dan biseksual ini umpama ketagih dadah. Mereka menjadi ketagih walaupun sudah beristeri.

Dari segi ilmu kaunseling memang benar orang yang terlibat dengan budaya LGBT adalah orang sakit. Mereka sebenarnya sakit jiwa walaupun dikurnia mental yang bijak. Kalau jati diri kita tetap, tarikan pada jantina berbeza tetapi orang macam ini tidak. Gay ini pula terbahagi kepada tiga golongan iaitu homoseksual, heteroseksual dan biseksual.

Homoseksual dia memberi dan menerima. kebanyakan terdiri daripada lelaki-lelaki macho. Heteroseksual pula hanya memberi sahaja manakala biseksual paling bahaya kerana mereka tidak pernah puas dan boleh berada dimana-mana sahaja dalam masyarakat. Gay adalah manusia yang paling susah dikesan kerana mereka berperwatakan seperti sesumpah.

Mereka boleh jadi sesiapa sahaja sama ada ahli politik, golongan profesional atau pelajar dan fahaman kumpulan ini adalah hak asasi serta liberalisme. Sebab itu, jika kerajaan akur kepada tuntutan kumpulan LGBT, negara kita akan hancur dan tidak mustahil suatu hari nanti Perdana Menteri kita mungkin seorang gay.

Apakah penyakit jiwa ini boleh diubati?
HUSHIM: Penyakit ini boleh dipulihkan, tetapi gay ini dia soal jiwa dan ketagih. Kita kena pulihkan melalui pendekatan agama dan terapi kaunseling tetapi dalam tempoh yang agak lama.

Sejauh mana seriusnya ancaman LGBT terutama dalam konteks sosial dan akidah di Malaysia pada hari ini?
HUSHIM: Saya berpengalaman mengendalikan kaunseling kepada golongan ini sejak 20 tahun lalu. Lima tahun kebelakangan ini saya dapati gay dan biseksual meningkat begitu mendadak dan berdasarkan pengakuan golongan ini, mereka mendakwa daripada 10 lelaki di bandar, tiga adalah gay manakala di luar bandar dua adalah gay. Ini tidak termasuk pondan dan lesbian. Sebab itu, saya harap semua pihak jangan pandang remeh benda ini. Saya sanggup berdebat demi mempertahankan fakta ini.

Kelompok LGBT kini menular di institusi pengajian tinggi dan malangnya, rata-rata yang terlibat adalah Melayu. Mereka bergerak menggunakan laman sosial untuk mengumpul kekuatan sehinggalah lahir apa yang kita panggil hari ini sebagai LGBT. Mereka inilah yang akan jadi pemimpin masa depan.

Soalnya apa akan jadi jika golongan muda yang dianggap sebagai pemimpin masa depan ini kelak adalah gay? Bukankah pada masa itu segala tuntutan LGBT ini akan diiktiraf kerana pemimpin negara kita pada masa itu juga pengamal dan penyokong kepada budaya laknat ini.

Inilah yang saya panggil sebagai barah dalam masyarakat sebagaimana disebut dalam al-Quran surah as-Syuraa ayat 165-166, malah Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda: “Sesungguhnya perkara yang paling Aku takutkan atas umatku adalah perbuatan kaum Luth (homoseksual),”.

Berdasarkan trend semasa, saya tidak menolak kemungkinan dalam masa beberapa tahun lagi jika kerajaan tidak tegas dalam menangani isu LGBT akan lahir ahli politik atau ahli Parlimen dari kalangan gay. Hari ini pun kita sudah dihidangkan dengan bukti-bukti yang mewajarkan kebimbangan itu kerana terdapat ahli politik menyokong LGBT.

Apakah faktor sokongan politik dan kemunculan ahli politik yang dianggap sebagai ikon oleh golongan LGBT telah menyemarakkan barah ini?
HUSHIM: Dahulu isu LGBT ini tidak terlalu menonjol kerana beberapa sebab antaranya, kemudahan teknologi maklumat terbatas tetapi kini semua akses itu di hujung jari. Berbanding dahulu, masyarakat Malaysia kini berfikiran liberal. Berapa ramai orang Melayu yang sokong LGBT? Siapa yang fail petisyen di mahkamah?

Kalau melihat kepada perkembangan semasa, terdapat individu berpengaruh yang menjadi ikon kepada kumpulan LGBT sehingga menyemarak gerakan songsang ini. Sebab itu pemimpin politik kena bersih daripada isu-isu moral dan setiap pemimpin tidak boleh mengamal budaya sebegini.

LGBT juga dilihat sebagai ancaman kepada asas kekeluargaan, apakah peningkatan kes perceraian di Malaysia turut disumbang oleh budaya songsang ini?
HUSHIM: Saya sangat optimis yang peningkatan kes perceraian turut disumbang masalah ini. Umpama dalam kes terbaru yang saya kendalikan, seorang isteri yang masih muda mendakwa dirinya sentiasa diliwat dan hasil siasatan mendapati suaminya seorang biseksual. Mereka kini dalam proses perceraian. Sebelum ini pun banyak kes serupa saya kendalikan.

Apa yang perlu dilakukan kerajaan bagi mengekang LGBT?
HUSHIM: Kerajaan kena letakkan masalah ini sebagai satu keutamaan kerana selain memporak-peranda sistem kekeluargaan, agama Islam juga terancam. Saya tengok hari ini, yang memperjuangkan LGBT ramai orang Melayu.

Bagi saya kerajaan kena buat satu modul bagi menghalang LGBT habis-habisan di peringkat awal sejak sekolah rendah lagi. Selain itu, yang paling bahaya peringkat sekolah menengah sebab mereka ini akan pergi ke universiti. Di universiti sudah ramai. Saya cakap terus-terang, di universiti sudah ramai puak-puak ini.

Tapi di Malaysia, kita bertindak kadang-kadang mengikut musim. Kita tak serius dan tidak tegas. Kita terlalu banyak retorik dan berpolitik dalam soal ini, tidak kira apa fahaman politik kita. Sedangkan Ini soal masa depan anak-anak kita.

Adakah perlu pendekatan seperti pusat pemulihan penagih dadah?
HUSHIM: Boleh diguna pakai kaedah macam ini dan saya fikir bagus kalau ada institusi khusus macam kita buat pemulihan dadah tetapi sekarang tak ada. Kita hanya ada pusat ibu mengandung anak luar nikah yang dibuat oleh NGO. Saya menyokong penubuhan pusat seperti ini dan kerajaan mesti buat. Kalau kita tidak tangani, Allah akan turun bala yang amat dahsyat. Tunggulah kerana ini ada dalam al-Quran.

Komen terhadap pihak yang mempertikai undang-undang menyekat LGBT?
HUSHIM: Kalau kita mengucap dua kalimah syahadat, kita orang Islam dan kita membaca al-Quran kita tidak akan bercakap macam itu. Sebab bila kita bercakap macam itu, seolah-olah kita menyokong. Sedangkan kita tahu LGBT ini menyalahi hukum Islam yang dijelas dengan terang dalam al-Quran.

Saya tetap tidak bersetuju dengan pandangan menyatakan kita kena beri peluang kepada puak-puak ini. Al-Quran sudah nyatakan terang-terang, ini bukan buku yang ditulis oleh Stephen R. Covey atau Edward de Bono. Tak takutkah kita kepada hukum Allah? Kalau pun nak bercakap, rujuk dulu al-Quran.

Ingatlah ini dosa besar. Kita perlu hayati hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Empat golongan yang berada dalam kemurkaan Allah pada pagi dan petang iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan; perempuan yang menyerupai lelaki; penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat.”
Girl yang jelita sopan santun bertudung pun jangan sangka tidak ada yang songsang ya, ramai juga kalangan mereka yang berada disekeliling kita, hanya sesama mereka sahaja yang mengenali antara satu sama lain dan tidak mudah kita mengenali  mereka seperti kita mengenali "tomboy"
 

ARKIB : 23/12/2011
Melayu ramai homoseksual?
Semakin ramai golongan muda lelaki Melayu dikesan menjadi pengamal homoseksual sekalipun mengetahui perkara itu ditegah agama dan mendedahkan mereka kepada jangkitan virus HIV. Presiden Majlis AIDS Malaysia, Tan Sri Mohd. Zaman Khan berkata, penularan seks luar tabii semakin serius dan tidak tertumpu kepada negeri-negeri di pantai Barat sahaja tetapi berlaku di negeri-negeri lain termasuk Kelantan.

Beliau menambah, jika dahulu pengamalnya melakukannya secara sembunyi tetapi kini mereka semakin berani menonjolkan diri sehingga menubuhkan kelab-kelab gay. Perkara itu ujarnya, sangat membimbangkan lebih-lebih lagi trend jangkitan HIV dan AIDS dalam negara telah berubah daripada jangkitan akibat perkongsian jarum suntikan kepada transmisi aktiviti seks tidak selamat.

Beliau berkata, pergaulan dan pengaruh rakan serta sokongan padu dari kelab mereka menjadi punca utama budaya songsang ini merebak dan menyebabkan golongan ini semakin berani mengamalkan cara hidup sedemikian. Beliau tidak menolak penularan gaya hidup songsang itu dipercayai kesan daripada tindakan pihak-pihak tertentu yang giat memperjuangkan amalan berkenaan atas nama hak asasi dan kebebasan.

“Kita lihat kes pemuda Melayu yang berkahwin dengan pasangan gay di Dublin, Ireland baru-baru ini dengan lengkap bertanjak dan berbaju Melayu. Apa maknanya ini? Bagi saya ini sengaja hendak memalukan bangsa Melayu sahaja,” katanya.

Sumber : Utusan Online

Kita sebagai orang Islam yang menjadikan Rukun Islam ini sebagai pegangan dalam hidup, maka JANGANlah ada walau sekelumit perasaan pun wujud dalam hati kita hendak menyokong pertubuhan seperti LGBT (Lesbians, Gays, Bisexuals and Transgender) ini. Tujuan pertubuhan seperti ini yang sudah tentu semua orang tahu antara agenda mereka adalah hendak menghalalkan perkahwinan sejenis dan sudah tentu menghalalkan segala perbuatan dan aktiviti songsang. Sudahlah genjala ini semakin berkembang dalam senyap ini hendakkan pengikhtirafannya pulak. Alamat negara kita akan jadi macam negara Thailand lah nampaknya.

Kesan sejarah Nabi Luth, nak ke kita jadi seperti ini?
Semua agama menentang perkahwinan sejenis yang merupakan salah satu antara agenda LGBT, antaranya ialah seorang pemimpin kanan Katolik di London Kardinal Keith O’Brien menyifatkan rancangan Perdana Menteri Britain David Cameron untuk membenarkan perkahwinan sejenis adalah sebagai “gila”. Perkahwinan sejenis akan menghapuskan keseluruhan asas kekeluargaan iaitu ibubapa untuk setiap anak. Begitu juga penolakan budaya yang cuba diserap oleh pertubuhan LGBT oleh beberapa ketua agama dan pemimpin NGO Buddha dan Hindu di Malaysia. Bagi agama Islam sudah tentu menolaknya 100%.

Sekiranya dah diikhtiraf pertubuhan ini, sudah tentu kegiatan songsang akan berkembang sehingga keluar bandar malah ke kampung-kampung. Mahukah kita semua pekara seumpama ini aktif berlaku di sekitaran kehidupan kita? Kita terutama orang Islam janganlah hendaknya terpengaruh dengan agenda orang yang cuba hendak meruntuhkan akhlak masyarakat di negara kita ini. Ingat hidup kita bukannya lama sangat didunia ini, dosa yang lain pun berlambak tidak bertebus ini kan pulak nak menyokong pertubuhan yang sudah tentunya dilaknati oleh Allah swt. Jangan ada sebesar lubang jarum pun muncul niat dalam hati kita hendak menyokong pertubuhan seperti ini.

Wajah melayu yang memperjuangkan LGBT
Saya percaya ramai juga remaja melayu tidak kira lelaki atau perempuan yang tidak beberapa kisah tentang wujudnya pertubuhan seperti ini malah ada dikalangan mereka yang menyokongnya, kerana itulah beberapa wajah orang melayu yang keluar masuk mahkamah dipergunakan untuk menjayakan agenda pertubuhan ini.

Terus terang saya kata kiranya saya bukan PLHIV ketika ini kemungkinan saya pun tidak beberapa kisah sangat tentang soal ini. Tetapi alhamdulillah kerana HIV itulah yang mengajar saya supaya berfikir memilih yang mana baik dan yang mana buruk. Jadi saya pergunakan blog ini untuk mengajak semua sama-sama kita menolak pertubuhan seperti ini, walau apa jua alasan yang diberi oleh mereka, supaya selamat kita semua didunia dan diakhirat.

Ingat Nabi Muhammad saw tidak mengaku umat pada hambanya yang mengamalkan cara hidup songsang, mudah-mudahan Allah maafkan lah kesilapan saya yang lalu dan mudah-mudahan junjungan kita Nabi Muhammad menerima saya sebagai salah seorang hambanya yang menerima syafaat dipadang mahsyar kelak. Terasa malu hendak menziarahi makam baginda di kota Madinah sekiranya saya berpeluang menjejaki kesana suatu hari nanti. Segan. Adakah baginda tidak suka pada saya ya? Ya kerana segala perbuatan saya yang lalu.


Tidak kira sama ada anda songsang atau tidak, saya minta agar janganlah kita menyokong pertubuhan seperti ini dan apa jua yang berkaitan tentang songsang. Kalau anda yang songsang hendak teruskan perbuatan sumbang anda biarlah dosanya itu antara anda dengan Allah sahaja, tapi sekiranya dalam masa yang sama anda menyokong pula pertubuhan seperti ini, maka sekiranya pertubuhan ini berjaya memesongkan akidah serta meruntuhkan akhlak anak cucu kita dimasa akan datang maka anda yang menyokong sama ada dalam diam atau tidak akan sengsaralah nanti anda didalam kubur dan diakhirat kelak. Kerana semua mereka yang menyokongnya pada hari ini akan menyebabkan anda dipertanggungjawabkan kelak di akhirat nanti.

Ishh ish… saya tidak bijak nak bercakap soal agama tapi dalam persoalan ini amat jelas. Marilah kita semua berdoa pada Allah dalam solat mohon Allah gagalkan pertubuhan ini dari terus berkembang di Malaysia mahu pun diseluruh dunia. Adakah anda pernah mendoakannya? Demi Allah hati saya cukup risau memikirkan tentang pekara ini.

Sabda Rasulullah saw : Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan (kuasa) yang dia ada, kalau tidak mampu cegahlah dengan lisan (memberi nasihat, penulisan blog dsb) kalau tidak mampu maka cegahlah dengan hati (berdoa semoga Allah memberi hidayah kepada mereka).

Syukur kerana saya dikurniakan HIV



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST