Saturday, 11 February 2012

MIMPI


Mimpi tu ada makna ke?

Mengikut kata orang dulu-dulu ada sesetengah mimpi tu membawa makna yang baik dan buruk bergantung tentang apa yang dimimpikan. Selalu juga saya saya menonton drama Korea di Astro ONE 393 sehingga saya tahu sekiranya seseorang ibu di Korea mimpikan sebuah taman dipenuhi pohon buah-buahan atau apa saja pokok yang sedang berbuah lebat menandakan seseorang terutama anak sendiri akan mengandung. Pernah juga dengar orang kata mimpi tengah malam sebelum waktu subuh itu mimpi yang benar serta punya alamat tertentu sama ada baik atau buruk. 

Manakala mimpi disiang hari atau selepas subuh itu hanya mainan syaitan. Kebanyakan mimpi yang kita alami adalah mainan tidur itu yang selalu kita dengar, syaitan yang menganggu ketika kita tidur. Biasanya orang akan kata usah percaya pada mimpi. Tapi dalam Islam sekiranya seseorang mimpi bertemu junjungan kita Nabi Muhammad saw, alim ulama kata mimpi itu adalah benar kerana syaitan tidak mampu menyerupai Nabi, beruntung sungguh mereka yang bermimpi bertemu baginda kan.

Bagi golongan remaja dan bagi kebanyakan kita sudah tentu pernah mengalami mimpi basah. Itu menandakan perubahan usia dari kanak-kanak ke remaja. Percaya atau tidak saya yang dah mencapai usia 43 tahun, beberapa tahun lalu masih "giat" mengalami apa yang dikatakan mimpi basah ni, cuma mimpi ini semakin berkurangan sejak setahun yang lalu. Kenapa ya? Ya mimpi basah versi saya opsss… pernah juga mimpi basah yang normal juga hehehehe..

Bagaimana pula boleh muncul mimpi bagi sesetengah pesakit hiv yang baru mula menelan ubatan seperti Stocrin? Apa sangkut paut ubatan sehingga boleh menghasilkan mimpi buruk? Otak memainkan peranan besar dalam menghasilkan mimpikan. Kepenatan serta cara kehidupan seharian juga mempengaruhi bentuk mimpi yang kita alami di malam hari.
Betul ker mimpi itu hanya mainan tidur? Harap-harap begitu lah hendaknya. Dalam diri ini memang saya cuba elakkan daripada mempercayai tentang alamat mimpi-mimpi tersebut. Saya cuba menganggap ianya tidak lain hanya mainan tidur.


Malam tadi saya bermimpi sebatang dari gigi saya tercabut, mula nya saya tidak ingat tentang mimpi itu tapi selepas solat suboh semasa baring hendak menyambung tidur kembali dan ketika mulut sedang sibuk membaca surah Yassin tiba-tiba saya teringat kembali tentang mimpi pada malam tadi. Ternampak juga kelibat arwah bapa dalam mimpi saya itu. Biasa lah mimpi ni selalunya tidak logik kadang-kadang melompat-lompat hingga kita sendiri tidak faham apa yang kita mimpikan.

Selalu saya dengar orang tua berkata sekiranya kita mimpi gigi tercabut alamatnya akan ada berita buruk yang akan berlaku. Kebiasaannya orang kata akan ada kematian orang–orang terdekat. Ada yang kata kalau gigi atas tercabut maka akan ada orang yang lebih tua dari kita akan mati dan kalau yang bawah pula biasanya orang yang lagi muda akan jalan…... Ada pula yang kata kalau gigi atas tercabut akan ada orang terdekat yang akan mati manakala gigi bawah orang jauh akan pergi meninggalkan kita. Amboi banyaknya alamat yang orang dulu-dulu tahu ya… hmmmm entah betul ke tidak ni? Sekiranya tiada kematian akan ada sesuatu berita burak bakal kita alami. Argahhhh betul ker ni. Saya cuba tidak mahu mempercayainya.

Tiba-tiba saya terkenang kembali kisah hampir 7 tahun dulu ketika saya menetap di selatan tanah air. Saya mengalami mimpi hampir seluruh gigi atas dan bawah saya gugur tercabut. Mimpi berlaku sebelum subuh senang cakap tengah malam. Bila terjaga ketika itu saya menjadi risau, cepat-cepat saya ludah 3 kali ke kiri badan dan beristigifar seperti yang diajar Rasulullah. Itu yang saya buat kalau termimpikan sesuatu yang buruk hehehehe.

Kemudian saya mencanangkan mimpi saya pada kawan sekerja kerana saya pernah dengar kalau kita beritahu orang tentang mimpi buruk kita maka mimpi buruk itu tidak akan berlaku. Selang beberapa hari selepas itu saya mendapat berita dari mak di kampong memberitahu tentang peceraian adik perempuan saya yang baru seminggu berkahwin, ya saya baru saja balik dari kampong untuk majlis perkahwinan itu. 

Alkisah cinta adik perempuan saya selama 7 tahun berkecai hanya dalam seminggu. Di talak dihadapan mak pak mertua sendiri secara tidak sengaja ..... Kisahnya semasa suaminya menyambung pelajaran di "oversea" sebelum mereka bernikah, ia digoda pelajar wanita disana. Walaupun pelajar wanita itu tahu mereka sudah bertunang tapi ia tetap mengoda, sehingga malam selepas bernikah wanita iatu sanggup menghantar sms menyuruh boyaferen ia itu menceraikan adik perempuan saya.

Diganggunya adik saya lagi mengunakan SMS. Ohhhh........... panjang kisahnya dah boleh buat film yang box office. Apa pun saya sebagai abang tentu kesiankan nasib adik perempuan saya ni. Nasib baik seluruh ahli keluarga mak pak mertua ia menyebelahi dan masih menyayangi adik saya sampai kini kerana mereka sendiri tahu tentang kisah sebenarnya. Lama juga ia merana. Alhamdulillah sekarang adik perempuan saya sudah pun mendirikan rumahtangga dan bahagia nampaknya.

Awak ada hiv Naj Mi

Oppsss berbalik tentang mimpi saya 7 tahun yang lalu, tidak lama selepas saya dapat berita tentang perceraian adik perempuan saya, saya dapat satu lagi berita yang membuatkan saya menjadi tidak tentu hala. Keputusan klinik BP Health mengesahkan saya hiv positif. Kisah ini sudah pun saya ceritakan di dalam entry yang lalu. So saya kembali berfikir apakah ada kaitan antara mimpi gugur seluruh gigi dengan dua berita buruk yang saya terima selepas itu? Adakah hanya kebetulan.

Ya malam tadi saya bermimpi lagi tentang gigi saya tercabut, tidak pasti dan jelas sama ada gigi bahagian atas atau yang bawah, yang pasti memang gigi saya dah rongok, apa maknanya ni? Langsung saya tak dapat menyambung tidur lagi, so saya buka lappy dan terus menulis entry ini, biar semua orang tahu yang saya mimpi gigi tercabut malam tadi. Apa pun saya masih percayakan mimpi itu hanya mainan tidur. Apa yang akan berlaku selepas ini hanya lah kebetulan belaka kan....kan..kan

Harap-harap kali ini juga benar ia hanyalah mainan tidur.

Wallahualam

17 comments:

  1. ya mimpi itu hanya mainan tidur.

    ReplyDelete
  2. Sejak start makan ubat ni, psychonuts selalu nightmare memalam.. Selalu sangat mimpi berlari tanpa ada arah tujuan... Bangun tido je jadi penat ngan moody...selalu gak sebelum tidor, doa selawat mintak dijauhkan nightmare2 ni sebab kdg2 jadi moody satu hari sebab kes mimpi.. Walhal mimpi tu bukan leh kita amik serius sangat kan.. Huhu

    ReplyDelete
  3. Ya ker psychonuts
    mimpi berlari tanpa tujuan ohhh elok lah kalu siang tak pernah jogging kita jogging malam ya hehe...Kalau mimpi yang best-best macam kita holiday ker, mimpi pi mekah ker kan best, tapi risau kalau mimpi kena kejar hantu kak limah tentu penat ya... hehehe. Apa pun tak lama lagi ok lah tu kan....

    Apa pun saya tak sabar nak rasa macam mana orang lain rasa selepas ia orang telan pil stocrin. Dapat mimpi yang bukan2 katanya.

    Kena basuh kaki sebelum tido....

    ReplyDelete
  4. Semoga Najmi dapat mimpi yg indah2 ye..macam mimpi nak kawin ke..mimpi

    sedang tawaf diQaabah ke..amin..suka baca entry ni..takut juga kalau mimpi
    dikejar hantu kak limah..kita bako je..kita bako je..saya penah mimpi dimasukan
    dalam neraka..i am a sinner..Ya Allah..

    ReplyDelete
  5. Anonymous,

    Alhamdulillah insyaallah, ya paling best kalau mimpi berada di Mekah tawaf misalnya, terlepas juga rasa keinginan nak jejak kaki kat sana kan.. entah ada peluang ke tidak... hanya Allah yang menentukan...

    Mimpi dimasukkan ke neraka.... tentu ada hikmah besar disebalik mimpi tu... yang saya rasa hikmah yang baik buat awak.... :)

    ReplyDelete
  6. Saya teringin dan bercita-cita nak mimpi bertemu dengan Baginda Rasullullah SAW..
    tapi siapalah saya nak diberi mimpi macam tu kan....
    Naimi nak dapat mimpi macam tu ke...?? Apa pun kita kena DOA kan.? moga ada rezeki
    dapat mimpi berjumpa dengan Baginda Rasullullah SAW ye..:) Amin..Amin Ya Rabbi.

    Saya doakan moga adik Najmin terus bahagia hingga akhir hayat ye..seronoknya baca N3
    ni...sempoii jerr..'wat saya senyum sorang2...huhu..:)

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  7. Anonymous syukran jazillan

    Sudah tentu saya berkeinginan mimpi bertemu Rasulullah... tapi bila fikirkan tentang diri ni...hmmmmm entah lah... Rasulullah pun tak nak pandang kut hehehe... insyaallah mudah2an saya juga ingin bertemu beliau.....:)

    Adik saya dah bahagia hidupnya, sudah berkahwin beberapa tahun lalu tapi masih belum dikurniakan anak.... doakan untuknya ya...:)

    ReplyDelete
  8. Ye...insyaAllah saya doakan moga adik dan keluarga Najmi bahagia sentiasa... dan moga semuanya dalam
    rahmat Allah hendaknya...Amin

    :-)

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  9. Saya juga hiv..cuma nak berkongsi sedikit..saya dah 2 kali mimpi gigi tercabut semua..saya pun x faham kenapa 2 kali mimpi yg sama..dl ms sihat x pernah lak mimpi gigi tercabut..bila hiv, dpt lak mimpi cmtu..nak ckp dpt berita buruk terhdp org2 terdekat xde lak

    ReplyDelete
  10. Anonymous

    Mimpi hanya mainan tido...kalau sesuatu berlaku itu hanya kebetulan sahaja....:)

    ReplyDelete
  11. Macamni, saya seorang pelajar.. Pagi2 tadi saya dah bangun, lepas tu saya online sekejap dan terasa mengantuk.. jadi saya sambung tidur, dalam pukul 9pagi saya terus bangun sebab saya bermimpikan gigi depan saya patah.. mimp ni macam sambungan mimpi yang dulu.. dulu saya bermimpi gigi depan ni rasa sakit2 sikit.. tapi tadi saya bermimpi gigi depan saya tercabut.. apa maksudnya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12am

      Salam, mimpi tu hanya mainan tidur, kalau ada yang mengaitkan dengan sesuatu peritiwa dan berlaku kepada diri kita itu hanya kebetulan sahaja. Yang abg tahu mimpi yang boleh dipercayai hanya berlaku ketika watu malam, tengah malam, pada ketika itu kalau kita mimpi buruk apabila terjaga kita bangun dan ludah 3 kali disebelah kiri kita, tetapi kalau mimpi pukul 9 pagi rasanya tak membawa maksud apa2..yang penting pandangan abg pada hari ini mimpi itu hanya mainan tidur jangan ambil kisah sangat mengenainya ya...abaikan

      Delete
  12. Baru je terjaga daripada tidur.tadi bermimpi gigi depan atas patah tapi tak semua.cuma separuh je.

    ReplyDelete
  13. Salam . Saya bermimpi berkenaan seorang lelaki yg ingin membunuh saya jika saya tidak mahu menidurinya . Sebelum ini sy bermimpikan lelaki yg sama ttp dia hanya mencederakan saya dan saya sndiri tidak brp ingat mimpi sebelum ini . Ttp mimpi kalini agak menakutkan . Saya berada dlm satu rumah dengannya . Saya menasihatinya ttg sesuatu dan kemudiannya dia menyatakan isi hatinya tiba tiba yg dia sukakan saya dan mahu meniduri saya . Saya terkejut . Saya terlalu takut sehinggakan saya memberitahunya bahawa nnti saya akan beri . Kemudian dia meminta utk saya berjanji . Maka saya berjanji . Setelah itu, saya segera pergi mandi tp yg aneh ya saya tidak membawa apa apa brg mandian . Saya hanya membawa diri dan tuala tak silap saya . Tiba tiba saya terjumpa satu bilik (entah kenapa spt bilik tidur dan juga bilik air dalam masa yang sama) dan terdapat bakul mandi di lantai . Saya segera masuk bikik air itu . Tiba tiba saya ternampak satu retakan di lantai dan saya dpt melihat seorang gadis yg berbaju tetapi tidk berseluar ygvsedang dkm keadaan tidak sedar . Saya yakin ketika itu wanita tersebut sdg pengsan dan spt baru sahaja dirogol . Says juga yakin wanita itu terjatuh di antara retakan tersebut cuma yg saya nampak retakan itu terlalu kecil utk wanita itu terjatuh dalamnya . Tapi entah . Mimpi tk logik sikitlah part tu td . Selepas tu lelak td cuba mencari saya dan saya segera bersembunyi di dlm bikik tersebut dan tiba tiba...... SAYA TERJAGA ! ASTAGHFIRULLAHALAZIM DAN ALHAMDULILLAH KERANA SAYA TERJAGA . SAYA TERLALU TAKUT AKAN MIMPI TERSEBUT SEHINGGAKAN SAYA MENGGIGIL SEJURUD SAJA BAGUN TADI . SAYA TERJAGA JAM 8 PAGI TEPAT . SAYA MIMPI SELEPAS SAHAJ MENUNAIKAN SOLAT SUBUH . HMM . TLG LAH . SAYA TAKUT MIMPI SEBEGINI .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain, jangan difikirkan sangat tentang mimpi tu. Saya juga banyak kali mimpi yg bukan2, tp saya abaikan..kalau ain fikirkan sangat nsnti boleh dpt penyakit lain pulak seperti murung, tidak berkeyakinan mungkin juga anxiety disorder.

      Sebaiknya lepas subuh elak dr tidur, kalau terpaksa sebab kerja shif ke, baca al fatihah, 3 qul supaya diri kita terhindar dr mimpi yg bukan2

      Delete
  14. saya nak kongsikan mimpi saya dimana saya telah mimpi diwaktu malam semua gigi saya tercabut...saya sangka kan orang tua saya yang akan pergi tersangat la sedih dan saya ceritakan pada isteri saya. selang 3 bulan mimpi ini jadi kenyataan namun yang pergi bukan orang tua saya tapi isteri ku yang tercinta semoga allah merahmati isteriku. al fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saya sempati dengan apa yg telah berlaku, semuanya berlaku secara kebetulan dan sudah takdir dari Allah yang maha berkuasa....Al Fatihah buat arwah isteri saudara...semoga arwah ditempatkan bersama dengan mereka yang beriman disana..

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST