Sunday, 26 February 2012

KESAN STAVUDINE - d4T DALAM HAART PADA WAJAH

Tahukah anda apa itu "Lipoatrophy"? 


Gejala ini telah memberi kesan pada diri saya hari ini. Saya cuba bandingkan photo saya yang kurus ketika belum menelan ubatan HAART dengan keadaan diri saya sekarang walaupun berisi tapi wajah memang menunjukan tanda-tanda Lipoatrophy. 

Gejala ini yang saya rasa boleh membuatkan kita PLHIV berasa rendah diri dan kurang berkeyakinan untuk bertemu masyarakat. Termasuklah diri saya ini, orang lain saya tak tahu lah.

Selama ini saya rasa jika tubuh badan kita turun maka sindrom seperti ini akan muncul dan sudah semestinya akan dialami oleh semua orang. Tapi saya silap, cuba anda bandingkan non-PLHIV atau PLHIV yang belum memulakan HAART yang bertubuh kurus dengan anda seorang PLHIV yang telah lama menelan stavudine (salah satu drug dalam HAART) anda akan dapat melihat perbezaannya. Ya semua ubatan ada kesannya, sekiranya para doktor telah tahu kesan tersebut perlulah elak penggunaan ubatan tersebut melainkan kalau dah terpaksa sangat kan. 

Walau bagaimana pun entry ini juga sekadar renungan pada kita semua, malah saya tetap bersyukur dengan segala yang saya terima hingga kini dari hospital kerana saya tahu saya sememangnya tiada pilihan. 

Haaaa mereka yang non-PLHIV cuba pi periksa muka saudara mara or adik beradik atau kawan-kawan disekeliling, kalau ada tanda-tanda seperti ini cuba tanya 'awak ada hiv ya....' hahaha tapi jangan pulak bila ngadap muka atuk yang dah umur 75 tahun kata ia ada hiv pulak tau. 

Hmmm..risau jugak saya kalu ada orang yang saya kenal terbaca entry ini dan syak pulak saya ni, kerana pernah ada saudara mara saya yang kata wajah saya dah cengkung sangat. Dan jawab saya pada mereka banyak puasa sunat .....ishh.... ishh.... ishh...


ARKIB : 02/12/2009
WHO arah pesakit AIDS henti guna stavudine
Stavudine

GENEVA 1 Dis. - Semua negara perlu menghentikan penggunaan stavudine, sejenis ubat anti-AIDS kerana ia memberikan kesan sampingan 'jangka panjang dan sukar dipulihkan' terhadap pesakit HIV termasuk gangguan saraf dan badan menjadi susut, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) semalam.

Dalam perubahan besar pada garis panduan itu, WHO turut menyarankan supaya mereka yang menghidap HIV, termasuk wanita mengandung, agar mengambil ubat anti-AIDS lebih awal untuk hidup lebih lama dan lebih sihat.

Buat pertama kalinya, WHO menasihatkan wanita yang positif HIV dan bayi mereka untuk mengambil ubat tersebut semasa menyusu badan bagi menghindar kedua-dua ibu dan anak terdedah kepada virus yang boleh menyebabkan AIDS.

Stavudine, yang turut dikenali sebagai d4T, dipasarkan sebagai Zerit oleh pembuat ubatan, syarikat Bristol-Myers Squibb Co. di Amerika Syarikat (AS) dengan versi generik dibuat oleh syarikat Cipla Ltd, Aurobindo Pharma Ltd dan Strides Arcolab Ltd, yang berpusat di India.

Stavudine boleh didapati secara meluas di semua negara membangun sebagai terapi peringkat pertama, yang sangat murah dan mudah untuk digunakan, menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Menurutnya, ia bagaimanapun menyebabkan gangguan saraf yang mengakibatkan rasa kebas dan kesakitan yang amat sangat di bahagian tangan dan kaki termasuk boleh mengurangkan lemak badan yang dikenali sebagai lipoatrophy atau badan menjadi susut, sehingga kurang bermaya dan mencacatkan.

WHO menyarankan kesemua negara perlu menghentikan penggunaan stavudine sebagai pilihan terapi peringkat pertama dan beralih kepada alternatif lain yang kurang bertoksik seperti zidovudine (AZT) atau tenofovir (TDF). "Kedua-dua bahan ini merupakan alternatif ubat yang kesannya adalah sama," katanya.

Zidovudine mula dikilangkan oleh syarikat GlaxoSmithKline Plc yang mana patennya tamat tempoh pada tahun 2005. Aurobindo dan Ranbaxy Laboratories, juga merupakan pembuat ubat versi generik itu di India manakala Tenofovir pula dipasarkan oleh Gilead Sciences di bawah label Viread. - Reuters


Seperti yang saya alami

Saya pernah memotong keratan akhbar diatas berkenaan Stavudine dahulu dan pernah menunjukkan keratan tersebut pada pembantu doktor hiv/aids di hospital sini hampir dua tahun dulu. Bertanya tentang kesasihan berita diatas. Sememangnya saya agak bimbang kerana saya telah pun mula menelan ubatan HAART atau Fixed-Dose Combination + Antiretroviral iaitu SLN30 yang mengandungi

1 Stavudine (d4T) - 30mg
2 Lamivudine (3TC) - 150mg
3 Nevirapine (DWN) - 200mg

ketika itu …………… dan sehingga lah ke hari ini.

Jawapan Kak Zaiton (nurse merangkap pembantu doktor yang menyelia pesakit hiv/aids) ketika itu lebih kurang begini, "Kita di Malaysia memang tidak ada banyak pilihan ubatan seperti mereka di barat, memang berbeza antara HAART di negara kita dengan disana" Siap Kak Zaiton sebut kan beberapa jenis ubatan lain yang digunakan di barat, malah katanya kita kena lah bersyukur…..…. tak dapat saya nak tangkap dan ingat nama ubatan yang disebutkan tu., kalau tahu pun buat apa dah tentu mahal siottt.....


Pada masa itu saya hanya cuba fikir yang positif aje. Saya fikir maybe kerana persaingan antara pengeluar yang mementingkan keuntungan saja sehingga fitnah menfitnah serta buruk memburuk antara satu sama lain berlaku. Dan saya rasa maybe juga kerana Stavudine ni sebenarnya kesannya baik dan dijual pulak dengan harga yang berpatutan serta laris pulak tu maka ada syarikat pengeluaran lain yang dengki, so mereka buat fitnah. 
 
Saya tidak pulak panjangkan persoalan ini atau menunjukan keratan akhbar tersebut pada doktor ketika itu. Samaada terlupa atau berkemungkinan saya sudah cukup puas hati dengan jawapan yang Kak Zaiton berikan sehingga rasa tak perlu bertanya lagi pada doktor ketika itu. Mungkin juga doktor yang memeriksa saya ketika itu adalah doktor penganti (saya tak ingat), kalau doktor penganti baik jangan tanya mereka bukan pakar sangat dalam persoalan hiv/aids ini. Kesimpulannya disini Kak Zaiton maybe belum tahu atau menerima surat hitam putih tentang kesan stavudine lagi ketika itu.

So persoalan ini berakhir dan berlalu begitu sahaja dari dalam fikiran saya selama lebih dua tahun.

Lipohypertrophy Facial Atrophy due to stavudine - photo dari 


Itu yang berlaku kira-kira 2 tahun dahulu ya pada ketika awal permulaan saya menelan ubatan HAART. Tetapi beberapa hari lalu persoalan ini muncul kembali didalam kepala saya.

Empat bulan yang lalu ketika appointment saya dengan doktor, ia ada kata nak tukarkan jenis ubatan HAART yang saya telan bagi memudahkan untuk saya berpuasa dan katanya salah satu jenis ubatan yang saya telan iaitu Stavudine boleh mengurangkan lemak badan terutama pada muka sambil diarahkan kedua tangan kemukanya seolah-olah menunjukan wajah berubah. Saya hanya mengangguk kepala dan tidak syak apa-apa pun ketika itu. Malah disarannya pada saya ubatan yang hanya dimakan sehari sekali iaitu Tenvir EM dan Stocrin. 

Punyalah seronoknya saya (ketika itu) pada 4 bulan yang lalu, waalau bagaimana pun saya terpaksa menunggu ubat ditukar pada temujanji yang akan datang pulak.

Selepas empat bulan berlalu saya sekali lagi bertemu janji dengan doktor pada 8 January 2012 yang telah pun berlalu. Oleh kerana doktor yang asal tiada dan diganti pula dengan doktor penganti maka saya terpaksa lagi menunggu 6 bulan akan datang lagi untuk menukar ubatan HAART saya.

What does HIV Lipodystrophy look like, tapi perut dan ponggong saya tak macam tu ya hehe


Rupa-rupa yang dimaksudkan doktor 4 bulan yang lalu ialah pengurangan lemak badan yang dikenali sebagai lipoatrophy  seperti yang tertulis dikeratan akhbar diatas. Patutlah wajah saya berubah seolah-olah sama seperti beberapa pesakit hiv yang lain yang saya perhatikan ketika menunggu untuk diperiksa doktor pada 8 January 2012 yang lalu.

Ya beberapa hari lalu saya mula teringatkan kisah keratan akhbar yang saya potong dan simpan tapi malangnya keratan itu hilang entah kemana dan tetiba teringat nak Google mencari…. Waaa... lahhh….. hanya sekali tekan sudah terpampang tulisan yang sama seperti keratan akhbar diatas di screen computer ini. Nak sangat saya sharekan maklumat ini kembali bersama semua yang sudi di blog ini.
 
Jika ada PLHIV yang terbaca entry ini dan yang telah memulakan rawatan ubatan HAART, teringin sangat nak saya tanya siapa antara anda yang pada ketika ini masih menelan ubatan sama seperti saya? Atau yang masih menelan Stavudine? Kerana pada fikiran saya, terasa seolah-olah hanya saya seorang dikalangan anda semua yang menelan Stavudine ini. Yang selalu saya dengar anda semua menelan antaranya Stocrin yang saya sendiri tidak pernah tahu tentangnya sebelum ini (tapi dah tahu sekarang ini). Atau mungkin hanya hospital saya disini saja yang masih memberi Stavudine  pada pesakit hiv/aids.


Saya mengadap cermin menolak kulit muka yang telah jatuh akibat tarikan graviti ini keatas kembali. Wajah nampak cengkung adakah sebahagian daripada kesan Stavudine dan kepala berfikir lagi dan menjawab, ya sudah semestinya. 

Semasa sedang saya menaip entry ini saya mengadap ke cermin sekali lagi, ya sah wajah saya saling tidak tumpah seperti yang anda semua lihat didalam photo-photo yang tertara didalam entry ini. Tiba-tiba terfikir........Apa kata aku buat “plastic surgery” tarik kulit keatas biar lebihan kulit dipotong dan ditegangkan balik?? Saya pernah bergurau dengan kawan menyuruh ia sponser, nak tau apa ia kata, dosa tau buat kosmetik surgery hehehehe…..kalau nak tahu saya nak cucuk setiap kali ambil darah pun seriau dalam hati, ini kan pulak nak kelopek kulit tegangkan muka…. maaf…….

Tapi memang terdapat juga treatment buat PLHIV yang mengalami masaalah ini untuk mengembalikan wajah seperti sediakala tu kat luar negara lah, kat sini entah ada ke tak dan yang pasti tentu mahal cost nya kan…..hmm…….

Agak-agak perlu tak kita buat? Kalau yang masih muda mengalami kesan seperti ini dan berhadapan dengan satu pekerjaan yang memerlukan kita mengadap orang ramai sentiasa, pada saya tidak salah selagi ianya tidak melibatkan unsur-unsur haram. Kalau tanya orang kuat agama tentu dilarangnya dengan alasan, "jangan mengubah ciptaan Allah". Tapi dalam kes sebegini macam mana ya?

Other factors that have been associated with the development of lipodystrophy are the person's age, duration of HIV infection have begun treatment with very low CD4 counts and genetic factors.

Facial lipoatrophy in a treatment-experienced HIV-infected man before 3 treatments with polylactic acid. (Photos provided courtesy of Peter Engelhard, MD.)

Facial lipoatrophy in a treatment-experienced HIV-infected man after 6 months 3 treatments with polylactic acid. (Photos provided courtesy of Peter Engelhard, MD.)

 

Agak-agak kalau rajin baca lah info bawah ni, saya boleh lah faham sikit-sikit tapi terpeleot juga mata dan terseliuh jugak lidah bila membacanya. 

William William E HIV associated facial lipoatrophy
It’s easy to weigh down medical information in a lot of mumbo-jumbo, but HIV specialist Dr. Joel Gallant, of Johns Hopkins University School of Medicine, has a knack for putting things in short, simple words. Without listing all the studies involved, he explained which HIV drugs cause problems and which ones don’t in a lipoatrophy chat last November for TheBody.com. Lipoatrophy is thinning of the face, arms, and legs, which can be caused by HIV medications. Following is a shortened version of Gallant’s answers to the people who attended the chat. Most of the generic drug names have been removed.—Enid Vázquez

The best thing you can do is to take medications that don’t cause lipoatrophy, which is easy enough to do if you’re starting therapy for the first time, without any drug resistance. I have lots of patients with lipoatrophy, but they’re all people who’ve been on therapy since back in the 20th century. I’m not seeing new development of lipoatrophy anymore, because we now have better treatment options. Don’t let the fear of lipoatrophy dissuade you from taking antiretroviral therapy if you need it!

If you have no drug resistance and can take anything you want, then combinations that are unlikely to cause body shape changes would be either Truvada or Epzicom plus either Sustiva, Viramune, or Reyataz (preferably boosted with Norvir). However, you’re unlikely to get lipoatrophy with any protease inhibitor, as long as you’re using Truvada or Epzicom, as the association between fat accumulation and protease inhibitors is not as direct as the association between lipoatrophy and thymidine analogs (like AZT [brand name: Retrovir; also known as zidovudine] and d4T [brand name: Zerit; also known as stavudine]).

The drugs that are known to cause lipoatrophy are [Zerit], AZT (whether it is in the form of Retrovir, Combivir, or Trizivir), and possibly also [Videx]. Drugs that are not believed to cause it are [Epivir], [Emtriva], tenofovir (whether it is in the form of Viread or Truvada), and abacavir (whether it is in the form of Ziagen or Epzicom). Because you’re [the person asking the question] on Combivir, you could still be losing fat due to AZT. If your resistance pattern (or lack of it) will allow you to switch to Truvada or Epzicom, that could help a lot.

We have head-to-head trials that show a clear difference. For example, after three years, people on [Zerit] got lipoatrophy, while those on [Viread] didn’t. And we also know that switching from [Zerit] or AZT to either [Viread] or [Ziagen] allows fat to return, which makes it pretty unlikely that either of those drugs causes lipoatrophy.

If you’ve switched from Zerit to either Viread or Ziagen (rather than to AZT), then your fat should start coming back, but it can take a long time, and there’s no guarantee that it will be completely restored. If you’ve got the money, Sculptra injections seem to be the most effective way to deal with facial fat loss.

It may be the case that you regain fat at about the rate that you lost it.

It sounds like you [the person asking the question] need to get off the AZT, if you can do so without jeopardizing your virologic [viral load] response. Everyone knows now that [Zerit] causes lipoatrophy, but we often forget that AZT does it too, but just at a slower rate. Getting off AZT won’t make everything all right again, but it could halt further loss of fat, and may allow fat to return… slowly. You’re now on drugs that are less likely to cause fat accumulation [Viread, Combivir, and Viramune], but that doesn’t mean that what happened to you on previous regimens will go away.

With fat accumulation, the things to do are to (1) eat a low-fat diet; (2) exercise regularly, especially with aerobic exercise; (3) keep your lipids, and especially triglycerides, under control; and (4) treat insulin resistance, if you have it. Insulin resistance is diagnosed by fasting insulin levels and/or glucose tolerance tests.

[Question: Is eating too much sugar a contributing factor to lipo?] It could definitely contribute to fat accumulation, but probably not to lipoatrophy. If you have fat accumulation, you need to avoid insulin resistance and hyperglycemia [high blood sugar] if possible.

The link between antiretrovirals and fat accumulation isn’t as strong as the link with lipoatrophy, but drugs that cause high triglycerides and insulin resistance may be the ones that cause the problem the most. Protease inhibitors cause those problems, but Reyataz seems to be an exception, so the regimen they’re recommending [Reyataz/Trizivir] is probably pretty safe from a fat accumulation perspective.

We don’t have a lot of information on Videx, because for many years it was usually combined with other drugs that cause lipoatrophy (AZT and d4T). However, there is reason to believe that Videx could cause lipoatrophy. In addition, there are several concerns about combining Viread and Videx, including CD4 decline and easy selection of resistance, especially when combined with Viramune or Sustiva. So you have several reasons to discuss this with your doctor.

We know that lipoatrophy is reversible if you stop the drugs that cause it. The reversibility is slow and may not be complete, but that’s better than nothing.

Editor’s Note: TheBody.com has a lipodystrophy section, www.thebody.com/lipo/index.html.

Syukur kerana saya dikurniakan Hiv.

4 comments:

  1. salam,hai...en naj mi
    saya suka baca info2 yg ada dlm blog ni n blog AHP...
    stiap entries ditulis sgt bermaklumat,berhemah,hemat dan matang...suke sy baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Ya ker, terima kasih banyak-banyak tchr shda
      Baca lah selalu ya...:)

      Delete
  2. Satu perkongsian yang bagus dan saya pun tak tau nak komen apa.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST