Thursday, 23 February 2012

KENAPA PUKUL 10 PAGI DAN 10 MALAM?

Setahu saya hiv/aids di Malaysia semakin meningkat, jumlah keseluruhan sejak tahun 1987 sebanyak 91,632 kes. Itu kes mereka yang tahu dalam tubuh mereka ada hiv, pernah saya terbaca bahawa jumlah mereka yang tidak menyedari diri mempunyai virus menyamai atau kemungkinan melebihi dari jumlah diatas. 


Di Malaysia jangkitan baru hiv meningkat dua kali ganda setiap tiga tahun, purata melebihi 10 orang positif hiv setiap hari. Hmmm dengar citer aktiviti sex penyumbang utama kepada peningkatan jumlah hiv bukan saja di sini malah diseluruh dunia terutamanya di sebelah Asia. Malaysia dijangka akan mempunyai pembawa virus hiv/aids seramai 128,000 orang menjelang tahun 2015 sekiranya  program-program pencegahan dan kawalan tidak dilaksanakan secara komprehensif.

Hari ini di setiap merata pelusuk negara "gerenti" terdapat seorang PLHIV yang kita sendiri tidak menyedari tentang kehadirannya. Kemungkinan anak-anak kita, adik beradik kita, saudara mara kita, jiran-jiran kita atau kawan sekerja kita adalah seorang hiv positive.

Ya mereka berada disekeliling kita semua.

Semalam ketika saya sedang asyik menonton TV, kawan berbangsa cina menalipon saya dan bercerita kisah ia yang baru keluar dari klinik setelah menjalani ujian hiv. Saya tak pasti cara bagaimana ujian yang dilakukan tapi ia mengeluarkan RM150 hanya untuk mengetahui sama ada dia +ve  hiv atau tidak. Jawapannya ia bebas dari hiv. Seperti yang selalu saya kata padanya elakkan dari melakukan aktiviti berisiko selama beberapa bulan dan jalani sekali lagi ujian yang sama.

Rakan saya ini juga mempunyai seorang kawan berbangsa india yang baru juga di sahkan hiv+, ia kata rakannya itu sentiasa sedih, murung dan hidup tak bermaya serta tidak ada keyakinan. Saya teringin nak  berjumpa dengan rakannya itu, ya rasa nak beri sikit semangat kerana kebiasaannya kita sesama kita yang +ve akan lebih memahami antara satu sama lain. Risau juga takut ia kelandasan keretapi pula perginya nanti. Tapi nampak nya ia belum bersedia nak jumpa dan saya juga menyuruh rakan saya memberitahunya berkenaan blog  Aku Hiv Positif supaya ia mendapat semangat baru bila membaca  blog tersebut.

Oppsss… panjang pulak intro nya kat atas ni yeak….

Okey tentu terdapat ramai PLHIV sekarang ini yang resah gelisah menanti bermulanya pengambilan ubatan HAART (highly active anti-retroviral therapy) dalam hidup mereka, dan sudah tentu ada dikalangan mereka  ketika ini yang hanya menunggu masa saja untuk mendapat lampu hijau dari doktor. Kebiasaannya apabila bacaan CD4 jatuh keparas sekitar bawah 200, mereka akan mula diarah doktor untuk memulakan HAART.

Setelah diarah memulakan HAART, satu lagi pekara remeh muncul dikepala. Kita terpaksa memilih waktu dan masa yang sesuai untuk kita menelan ubat. Seperti ramai yang telah tahu ubatan HAART perlu diambil setiap 12 jam sekali, bermakna sehari dua kali seumur hidup. Pengambilan ubatan yang tepat pada waktunya amat penting dalam membantu ubatan tersebut berfungsi baik didalam tubuh. Jika kejap telan kejap tak telan, kejap ingat kejap tak ingat, besar kemungkinan ubatan tersebut tidak akan dapat berfungsi dengan baik, maka terjadilah sebagaimana yang dialami oleh sepupu saya yang juga seorang hiv +ve akibat pengambilan dadah. 

Pada ketika keadaan tubuh badan yang nampak pada luarannya sangat sihat berisi, tiba-tiba rebah menjadi koma selama beberapa minggu. Ibunya beritahu ia endah tak endah tentang pengambilan ubatan HAART yang perlu ia makan. Doktor kata kuman dah sampai ke kepala, sehingga sampai pada satu ketika jelas sudah tiada harapan lagi. Tapi ajalnya masih panjang, berkat doa seorang ibu dan dengan pertolongan Allah sepupu saya kembali sembuh dan hari ini sihat seperti biasa cuma sebelah tangannya menjadi lemah dah telah di ketogerikan termasuk dalam golongan OKU (orang kurang upaya). Hmmm peringatan buat kita semua ya.......... 

Tentang diri saya ini pulak, setelah disahkan hiv +ve, saya tahu satu hari nanti saya terpaksa juga makan ubatan HAART dan tahu ubatan perlu diambil tepat pada waktunya. Pernah saya berlatih mencuba menelan pil vitamin C mengikut waktu yang saya pilih seolah-olah saya menelan ubatan HAART, kebiasanya saya selalu lupa untuk menelannya, walau bagaimana pun saya tetap terus mencuba sesuaikan diri untuk menelan pil vitamin tersebut pada masanya.

Sebelum, malah lebih-lebih lagi setelah saya diarah untuk memulakan HAART saya selalu berdoa pada Allah supaya membantu saya membuat pilihan dalam memilih satu waktu yang paling tepat dan paling sesuai, kita ada Allah yang boleh membantu dan Allah mengetahui apa yang terbaik buat diri kita tidak rugi kita berdoa malah Allah memang menyukai pada hambanya yang selalu berdoa meminta padaNya kan. Minta lah apa saja insyaallah akan dimakbulkan Nya. Akhirnya saya pilih pukul 10. Bermakna saya akan menelan ubatan HAART setiap hari pada pukul 10 pagi dan 10 malam. Kerana apa saya memilih pukul 10?


Dua tahun dulu saya ni teramat lah rajin solat jamaah di masjid setiap waktu terutama maghrib dan isyak. Kebiasaan solat isyak selesai sekitar pukul 9 malam, kalau lah ada ceramah agama pun akan hanya berlanjutan tidak sampai pukul 10 malam, jadi saya masih sempat bersedia menanti dengan tenang pukul 10 malam untuk makan ubat. Bukan apa kadang-kadang sedang asyik berada di masjid berbual dan sebagainya sukar untuk kita ingat “time” menelan ubatan terutama pada pukul  7 atau 8 malam. Kalau ada alarm pun tentu kena off semasa di masjid. Pukul 9 malam pula kemungkinan ketika itu saya masih tergesa-gesa nak balik ke rumah dari masjid. 

Setelah saya kaji selidik hehehe... terutama melibatkan aktiviti saya ke masjid dulu dan termasuk keadaan ketika dibulan Ramadhan akhirnya saya memilih pukul 10 yang merupakan waktu lapang terbaik buat saya dan paling sesuai untuk saya menelan ubatan HAART. Pukul 10 pagi juga rasanya pun amat sesuai sama ada saya bekerja atau tidak, saya rasa 10 pagi adalah yang terbaik, jika dibandingkan dengan pukul  7, 8 dan 9 pagi.
Beberapa bulan pertama kita agak resah bimbang kerana takut terlupa menelan ubat, memang semua akan cuba yang terbaik supaya tidak lupa menelan, terdapat banyak faktor yang boleh membuatkan kita terlupa tentang waktu menelan ubat, kadang-kadang lupa set alarm pada handphone, terlajak tidur sampai tengah hari dan saya sendiri pernah hampir lupa kerana sibuk menguruskan majlis perkahwinan adik dulu dan pernah terlupa membawa ubatan ketika pergi ke Sitiawan yang jaraknya memang jauh dari rumah. 

Bergegas pulang sebaik teringat tentang ubat yang lupa dibawa. Ya bagaimana pula kalau kita ke tempat atau negeri  yang lebih jauh dan terlupa membawa ubatan? Kalau kita pergi holiday ke Hong Kong misalannya dan lupa bawa ubatan, hanya teringat setelah mendarat di sana? Kan dah jadi satu masaalah. So kita kena sentiasa beringat terutama mereka yang baru menelan. Walau bagaimana pun selepas beberapa bulan dan tahun semua ini akan menjadi lebih mudah dan akan sebati dalam kehidupan harian kita semua insyaallah.

Lain orang lain kesesuaian waktunya. Pernah terdengar seorang PLHIV cina di hospital berkata ia memilih pukul 8 kerana ketika pukul 8 malam ia akan mengadap TV dirumah menonton berita dan mudah baginya untuk ingat waktu makan ubat. Kemungkinan juga angka 8 tu ada “ong ” buat dirinya kut.

Jadi bagi semua mereka di luar sana yang bakal menelan ubatan HAART pilih waktu yang paling sesuai dengan keadaan hidup seharian agar kita tidak lupa menelan ubat tepat pada waktunya. Jika belum diarah untuk menelan ubatan HAART tetapi bakal menelannya nanti satu hari nanti, cuba belajar menelan pil vitamin lain dulu mengikut waktu yang anda sendiri pilih. Sesuaikan diri dengan ubat dan waktu, supaya nanti diri kita akan lebih cukup bersedia ketika hendak memulakan HAART satu hari nanti. 

 AARTHAARHAART

7 comments:

  1. Perkongsian yang sangat-sangat bermakna bagi PLHIV yang perlu mulakan rawatan.

    ReplyDelete
  2. terbaeekkkkk...

    info terbaik buat azam dan semua rakan komuniti

    ReplyDelete
  3. AzamAli

    Terus terang idea menulis entry diatas datangnya dari awak sebenarnya. Ketika Azam kata kemungkinan akan memulakan HAART, saya terrasa nak tanya awak nak pilih pukul berapa nanti dan teringin sangat bercerita tentang pengalaman saya ketika memilih masa yang sesuai dulu.

    So begitu lah hasilnya...:)

    ReplyDelete
  4. Salam...entry yang mantop....bgus dan hebat ...pasal ambil HAART ramai juga kawan2 senasib saya yang dah mula makan...rata2 ambil dalam pukul 10pagi dan 10malam. Bukan apa, masa tu nampak lebih praktikal berbanding masa yang lain. sebbnya kadang2 ada orang yang payah bangun pagi, lebih2 masa cuti dan x kerja, kalau ambil pukul 8pg..takot bangun lambat, kol 11pg baru ambil ubat xke dah lambat jadinya....jadi kalau kol 10 tu bnyak lah masa jugak untuk tidur...kalau lewat sejam boleh lah.....apa pun terpulan pada kesesuaian diri masing2....(maap ye kalau salah sebab saya pon x mula HAART lagi)....mudahan2 info dri en.Najmi terus memberi manfaat kepada PLHIV..Good JOB

    ReplyDelete
  5. Terimakasih
    Noharasinosuke

    Ya sebenarnya terpulang pada diri masing-masing dalam memilih waktu tu, saya sebenarnya lama juga berkira2 dalam nak memilih waktu yang paling sesuai ni. Semua yang awak kata kat atas tu semuanya dah saya ambil kira terlebih dulu. Sebaik-baiknya kita kena minta juga petunjuk daripada Allah itu yang terbaik sebelum kita membuat sebarang keputusan....kan.
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..lepas ni bro najmie kena hajau saya pulak.....macam mana nak pilih waktu yang sesuai....

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST