Monday, 20 February 2012

BACHA BAZI - PENARI BUDAK LELAKI

Tertonton video klip Whitney Houston tadi kat tv sedap merdu suaranya dan seperti biasa kepala ni memikirkan saat ia dijemput Allah. Memang menjadi tabiat diri ini bila mendengar sesuatu kematian tidak kira sesiapa kepala membayangkan saat mereka setelah nyawa  dicabut dari tubuh, bagaimana gamaknya Whitney Houstan atau Micheal Jackson merayu pada Nya meminta dihidupkan kembali dan berjanji akan taat semula serta mematuhi perintah Allah. 

Semua hamba Allah yang dijemput malaikat Izrail yang menjalani kehidupan sesat atau tersasar jauh ketika hidup akan meraung minta diberi satu lagi peluang untuk kembali hidup di dunia. Tapi pada ketika itu sudah terlambat kan. Tentu Whitney Houston, Micheal Jackson, Elizabeth Taylor malah maybe juga Muammar Gaddafi dan kebanyakan saudara kita yang telah pergi juga merayu minta dihidupkan kembali setelah nyawa dicabut. Bagaimanakah agaknya dengan kesudahan kita pula?
Ya Allah matikan lah aku dalam Husnul Khatimah. Amin.


Tahukah kita apa itu Bacha Bazi dalam bahasa omputih maknanya "Dancing Boys" lebih kurang maksudnya dalam bahasa melayu kita ialah "Penari Budak Lelaki". Saya tertarik dengan berita ini dan ianya bukan cerita rekaan tetapi cerita yang benar berlaku di Afghanistan dan saya baru tahu mengenainya.  

Sekadar buat renungan kita bersama.

 
Di Afghanistan, wanita dan gadis tidak dibenarkan menari di khalayak. Sebaliknya, budak-budak lelaki berumur belasan tahun boleh menari dengan berpakaian wanita dan bersolek. Biasanya yang mempunyai paras menarik dan dianggap ‘jambu’, digalakkan menjadi budak penari. Rata-rata usia mereka sekitar 10 tahun hingga 19 tahun.


Untuk siapa mereka menari? Bacha Bazi adalah khusus untuk menghiburkan khalayak lelaki. Selepas acara tarian itu, mereka kemudian akan dipilih dan dibawa pulang oleh kalangan pembesar, orang kaya dan berpengaruh untuk aktiviti seks.

Lantaran kemiskinan, ramai budak lelaki menggilap bakat menari untuk menyertai kelompok Bacha Bazi. Sebahagian lagi ditipu dan akhirnya tanpa rela terjebak dengan gejala tersebut. Tidak kurang juga dijual sebagai dagangan seks. Bukan rahsia lagi, seks sejenis terutama perbuatan sodomi menjadi tabiat ramai lelaki di negara yang penduduknya beragama Islam itu. Perit untuk diakui tetapi itulah hakikatnya.

Kisah Bacha Bazi pernah didedahkan oleh wartawan Afghanistan, Najibullah Quraishi yang kemudian memenangi anugerah kewartawanan. Pendedahan tersebut mendapat perhatian meluas media di Barat tidak lama dulu.

Gejala tersebut pernah diharamkan ketika rejim Taliban memerintah Afghanistan tetapi kembali diamalkan di beberapa wilayah tertentu tanpa diheboh-hebohkan. Amalan itu sukar dibendung memandangkan golongan elit yang mengamalkan seks sejenis dan sodomi dikatakan makin membesar.


Paling menyayat hati, sebahagian daripada budak penari itu dilaporkan menjadi mangsa rogol malah ada yang diseksa serta dibunuh. Bayangkan budak lelaki yang dalam usia persekolahan menjadi hamba kebuasan nafsu seks sejenis golongan yang berpengaruh. 


Pihak berkuasa pula cuba menafikan tetapi pendedahan yang dibuat serta pengakuan sebahagian budak yang terlibat, tidak dapat menutup realiti. 

Sumber http://www.utusan.com.my/


Pernah tak kita semua bayangkan cerita ini, saya sendiri tidak pernah terbayang benda begini berlaku di negara yang luarannya nampak sangat kuat Islamnya tu. Kenapa boleh jadi begitu ya??? 

Pashtun women in Pakistan

Penindasaan dan kekejaman pada kaum wanita dan isteri juga amat dasyat berlaku Afghanistan juga di Pakistan. Saya pernah berbual dengan beberapa orang dikedai makan di Peshawar Pakistan, sengaja bertanya kemana perginya kaum wanita. Lebih kurang begini ceritanya yang saya ingat (maaf kalau tersilap semua ini hanya berpandukan apa yang saya ingat saja ketika menulis entry ini). 

Mereka bercerita ada anak gadis yang dipukul dan dibunuh hanya kerana ia berbual dengan lelaki malah jika mengintai "jantan" dari jendela tingkap rumah pun kalau saudara lelaki tahu boleh mengundang malapetaka bahaya pada sang gadis. Kebiasaannya terjadi pada mereka yang terdiri dari kaum Pashtun terutamanya yang tinggal dipendalaman. Kaum Pashtun paling ramai terdapat di Pakistan. 

Jika kita ternampak kelibat wanita yang tidak bertutup litup di sekitar Peshawar atau mana-mana di Pakistan mereka kata wanita ini bukan dari suku kaum Pashtun. Berita keganasan begini kerap juga kita dengarkan, pernah saya terbaca kisah isteri yang dipotong hidung malah disimbah asid hanya kerana telah melakukan kesilapan kecil.

Okey berbalik semula kisah Bacha Bazi ni, rasanya benda begini pun memang dah ada berlaku di Malaysia, sama ada Mak Nyah atau Macho Man yang menari dikalayak ramai lebih kurang sama jer dengan Bacha Bazi tu, bezanya mereka di Malaysia buat dengan suka rela malah seronok lagi, tetapi di Afghanistan mereka terpaksa atau dipaksa melakukannya. 

Entahlah di akhir zaman ni boleh kah pekara sebegini kita bendung? Kesian Bacha Bazi di Afghanistan tu macam mana kita nak selamatkan mereka? Boleh ke? Jangan kita kata itu hanya soal di negara sana saja kerana pekara begini boleh terjadi pada anak-anak kita juga, ya mengikut acuan cara dan "style" kehidupan kita disini.

Bolehkah kita tolong mereka????

Jawapan dari saya, ya kita boleh tolong. Kita tolong doa pada Allah minta dihapuskan genjala Bacha Bazi yang berlaku di Afghanistan itu, moga doa kita didengari Allah dan mana tahu makbul doa kita itu nanti. Tak lupa juga tolong doakan juga buat negara kita, semoga Allah hindarkan amalan seperti ini dari terus bermaharajalela dan berleluasa. 


Syukur yang teramat sangat kerana saya dikurniakan HIV. Syukur alhamdulillah.

4 comments:

  1. Nafsu tak mengira siapa, yang malangnya orang lain di jadikan mangsa mereka. terima kasih atas pendedahan eklusif ini saya pun tak pernah tahu tentang hal ini..... semoga Allah melindungi remaja-remaja kita.



    Mereke negara beragama islam tapi masih ada budaya-budaya zaman jahiliyah yang tidak di tinggalkan.

    ReplyDelete
  2. Betoi tu AO tu yang telah didedahkan dan yang dah kita tau, mana tau ada pekara buruk yang lain yang masih belum terbongkar, ya yang masih kita tidak tahu..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST