Thursday, 16 February 2012

JAMAR HIV POSITIVE IKON MASYARAKAT

Jamar Rogers
Kalau ada sesiapa yang menonton rancangan The Voice musim ke dua di Astro 721 pada minggu lepas tentu ada melihat kelibat si Jamar Roger ini. Saya sememangnya menonton setiap minggu. Ia menyertai rancangan ini dan berjaya dipilih untuk membuat persembahan nyanyian dihadapan empat penyanyi terkenal iaitu Christina Aguilera, Adam Levine, Cee-Lo Green dan Blake Shelton. Dan ia berjaya melangkah keperingkat seterusnya dengan memilih untuk menyertai team Cee-Lo Green.

Jamar Rogers

Apa yang menarik disini Jamar Rogers adalah seorang PLHIV dan ia secara terbuka mendedahkan tentang status nya kepada umum. Jamar juga pernah menyertai American Idol sebelum ini tapi ia merahsiakan tentang status dirinya ketika itu kecuali kepada kawan rapatnya Danny Gokey (yang mendapat tempat ke 3 dalam American Idol musim ke 8) bersama isteri Danny.


Jamar Rogers dan BFF Danny Gokey

Jamar berkata ia mendapat suntikan semangat untuk mengejar cita-citanya menjadi penyanyi setelah melihat seorang peserta dalam rancangan Project Runway musim ke 8, Mondo Guerra juga seorang PLHIV yang berani mendedahkan diri kepada umum tentang statusnya dalam rancangan tersebut. Mondo Guerra berjaya melayakkan diri antara tiga peserta yang terakhir.

Terdapat seorang lagi peserta dalam rancangan Project Runway musim yang ke 4, juga seorang pembawa hiv iaitu Jack Mackenroth. Saya masih ingat (ingat-ingat lupa) ketika melihat salah satu episode dimana ketika bengkak atau maybe ruam muncul dibibir serta badan Jack Mackenroth keadaan diri nya menjadi kelam kabut termasuk menalipon doktor peribadi dan seingat saya ia menarik diri dari rancangan itu hanya selepas beberapa episode untuk kebaikan dirinya bagi mendapat rawatan tentang masaalah bengkaknya itu. Walau pun positif hiv  mereka sesama peserta yang lain bergaul seperti biasa berpeluk seolah-olah si Jack Mackenroth tidak berpenyakit. Bayangkan kalau di Malaysia entah-entah jurukemera, juru make-up malah pengarah pun lari kalau dapat tahu peserta ada hiv hehehe...

Mondo Guerra dan Jack Mackenroth
Ini komen dari salah satu blog yang saya sempat baca tentang si Jamar Rogers,

NBC's The Voice: 
A Superhero in the fight against HIV Stigma!
Just when I thought there would not be a break through, nationally, in the fight against stigma associated with HIV, last night at 8 pm I turned on my TV to tune in to my new favorite show NBC's The Voice and felt hope!
Jamar Rogers is a role model! He is a superhero! Last night before taking stage, Jamar openly disclosed his HIV status as well as shared that he is a recovering crystal meth addict. He showed the world that the one thing that matters most about who he is, is his voice!  

Apa yang saya nak bercerita disini ialah tentang penerimaan masyarakat di barat terhadap golongan PLHIV ini sangat baik. Walaupun masih ada “stigma” disana tapi tidak seteruk seperti kita di Malaysia dan saya rasa lama kelamaan pandangan serong masyarakat terhadap PLHIV  dibarat akan berubah 100%.


Saya percaya komuniti kita perlu ada beberapa ikon terkenal dikalangan PLHIV, ya seorang hiv +ve yang terkenal di Malaysia. Perlu ada pelakun, pengarah, penyanyi, ustaz malah dikalangan pemimpin yang +ve hiv untuk dijadikan ikon masyarakat disini. Pilih lah PLHIV dikalangan mereka yang baik kisah latar belakangnya seperti mereka yang mendapat jangkitan hiv melalui pemindahan darah atau yang mendapat hiv sejak dari lahir lagi. Jadikan mereka "star" terkenal dan disayangi ramai.

Apabila kisah mereka kerap tersiar didada akhbar atau majalah serta sering muncul  dikaca televisyen maka masyarakat akan sentiasa dapat melihat cara kehidupan dan pergaulan PLHIV ini. Mereka juga melihat PLHIV ini bersalaman, makan minum bersama, berlakun bersama, bersukan serta bergaul seperti biasa malah berkahwin dan boleh mendapat anak yang bebas hiv lagi. Secara tidak langsung dapat mendidik dengan pantas masyarakat yang sememangnya sangat jahil untuk memahami tentang hiv/aids. Masyarakat akan mula faham bahawa hiv/aids itu tidak lah seteruk yang disangka. 


Mempunyai jurucakap dikalangan artist terkenal seperti Dayang Nurfahizah, Ummi Aida dan Farhin Ahmad pun sememangnya baik dalam memberi kesedaran masyarakat tentang hiv/aids tapi kalau ada seorang dikalangan kita yang dipuja ramaikan lagi bagus..........
 
Tapi beranikah kita? 

Oppsss saya sendiri masih tidak ada keberanian seperti Jamar, Mondo atau Jack. Tak pa mudah-mudahan akan muncul seorang bintang dikalangan PLHIV di Malaysia suatu hari nanti. Seorang yang berani, bijak, cantik atau handsome dan berperwatakan yang kalau makcik-makcik nampak teringin sangat nak buat menantu............ Insyaallah....


12 comments:

  1. haha paling suka ayat ni

    "Seorang yang berani, bijak, cantik atau handsome dan berperwatakan yang kalau makcik-makcik nampak teringin sangat nak buat menantu........."

    haha paham dah situasi kat Malaysia ni kalau geng mak cik2 suka jadi fenomena haha..cntoh AF.

    Saya rasa media, kakitangan KKM dan juga ahli agama memainkan peranan penting dalam hal ini sebab sejak saya berada di kelapangan ini saya dapat rasa jurang ahli agama (tentu sekali) dan juga golongan PLHIV begitu besar, alhamdulilah kadang2 walaupun x besar saya dapat juga berada dalam kelapangan dakwah ...melihat orang berdakwah biarpun hanya di alam maya dan begitu sedikit penglibatan saya dalam hal ni namun saya dapat lihat jurang PLHIV dan ahli agama.

    Kadang2 saya juga ada cita2 nak dekatkan jurang tu tapi tengoklah nanti bagaimana. Kita cuba buat seberapa boleh yang terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana apa terdapat jurang tersebut? kerana masyarakat kebanyakannya masih tidak faham dan tidak endah tentang hiv. Ramai juga bijak pandai dalam bab agama yang masih tidak faham tentang hiv ramai yg tahu akan hakikat ini kan. Saya rasa tentu ada banyak cara bagaimana kita boleh merapatkan jurang seperti yang AO katakan tu. Setiap individu samaada PLHIV atau non PLHIV yang memahami faham tentang hiv boleh memainkan peranan masing-masing.Tidak besar kecil pun ok, yang tidak nampak depan mata cara sembunyi pun boleh. Semuanya kalau niat ikhlas akan membantu merapatkan jurang itu.

      Buat lah apa cara juga selagi termampu, insyaallah akan dipermudahkan Allah tak gitu AO....:)

      Delete
  2. kat sana majoriti non muslim, kat malaysia sebaliknya tp penerimaan masyarakat itu lebih baik terhadap plhiv berbanding masyarakat di malaysia.jika saya stay kat sana dan jadi warganegara kat sana ermm.... imaginasi, jauhnya fikiran melayang

    andai imanku lemah, nescaya aku berpaling. namun tak semudah itu kerna aku tahu menilai mana kaca mana permata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syed Qutb pernah menukilkan, “ aku pergi ke Barat, aku lihat Islam tanpa Muslim. Tetapi bila aku pergi ke Timur, aku lihat Muslim tanpa Islam.

      Delete
    2. Azam

      kalau kita terlepas kesana ketuka tubuh badan ada virus hiv rasanya iman kita masih mampun kita kawal, kalau pi sana sebagai non plhiv kalau saya memang hanyut......tak nak. Apa pun kita ambil mana yang baik buang yang buruk, seperti entry kat atas ni kita tengok dari sudut positif nya iaitu penerimaan masyarakat terhadap pengidap hiv/aids jangan kita menerima budaya songsang seperti yang diamalkan oleh Mondo dan Jack tu kan....

      AO

      tepat sekali apa yang Syed Qutb katakan tu, so dimana tempat yang aku lihat muslim dan ada Islam?.... Timur Tengah ker.... Mekah.....lah kan..... :)

      Delete
    3. Naj Mi;

      kalau azam kat sana dolu dolu confirm azam hanyut. kemungkinan dua perkara digoda atau menggoda hahahaha.....

      tapi perkataan DI, tu yg paling kerap dialami. kalau
      MENG, rasanya tidak kot. sbbnya, mau jumpa sama orang pun ndak berani. tengok la hari tu masa 1st buat gathering komuniti blog AHP, sampai jak d LCCT KL, punyalah azam berpeluh satu badan sbb 1st time jumpa rakan2 blog AHP. rasanya mcm nak suruh jak pilot tu terbangkan balik pesawat tu ke kota kinabalu hahahaha.... jumpa Mael melaka 1st time pun suda gemuruh ( dia lah komuniti blog yang azam jumpa kali pertama. kedua Luka Rafieqa dan ketiga Halim penang )...

      Delete
    4. ya dia merujuk kepada mekkah ataupun mesir.. yang pengotor .. wallahualam.

      Delete
  3. dapt hiv ni krn balasn Allah untuk manusia insaf dan berubah ke arah kebaikan. bagi anak2 yg terkena penyakit ini krn salah org lain,takda sebab kita nk mendiskriminasi mereka. mmg mereka salah krn menjalani cara hidup yg dimurkai Allah tp jika sudah insaf, kita sbg masyrakat harus menyokong dgn apa2 cara sekalipun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu fbi, tapi masyarakat di Msia tak ramai yang masih boleh menerima PLHIV seperti barat kan. PLHIV sendiri termasuk saya yang ramai menyorokkan diri dr pengetahuan org lain.
      fbi kena ingat juga ramai yang dapat hiv bukan melalui perbuatan yang dimurkai Allah, ramai yang terainaya seperti suri rumah yang mendapat dari suami yang main luar atau seorang penagih dadah dan masih ada kes yang mendapat melalui pemindahan darah, ramai anak2 kecil yang mendapat hiv sejak dari lahir lagi dan mereka ini sudah pun dewasa, semua orang terdedah dengan hiv tidak kira orang tu alim atau taat perintah Allah. Sebenarnya ini ada lah dugaan Allah pada PLHIV serta peringatan kepada seluruh masyarakat.
      Harap lebih ramai yang berfikiran seperti fbi yang tk mendiskriminasi serta akan menyokong komuniti ini :)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST