Wednesday, 15 February 2012

HARGA UBATAN HIV/AIDS (HAART)

LIFE SAVING HIV TREATMENT THREE PROBLEMS ONE SOLUTION

VIDEO di bawah ini menunjukkan masalah yang menghalang rakyat dunia daripada mendapatkan ubat HIV yang mereka perlukan.

Sejarah menunjukkan bahawa harga ubatan HIV semakin murah. Kalau dulu-dulu, masa mula-mula hiv/aids muncul, orang macam kita memang tidak mampu untuk membeli ubatan bagi merawat hiv/aids. Teramat mahal. Sebab tu ramai yang tewas kerana tidak mampu mendapatkan bekalan ubatan. Ubatan yang mahal juga adalah kerana pengeluar ubatan meletakkan harga yang teramat tinggi, tidak ada sainganlah kata kan. Apa pun pada hari ini ubatan untuk rawatan hiv/aids semakin mampu dibeli. Dahulu pesakit hiv/aids terpaksa menelan puluhan biji pil sehari tetapi sekarang kita hanya menelan sekurang-kurangnya 3 biji saja malah sebiji pun ada. Maknanya disini ada perubahan dari tahun ke tahun. Alhamdulillah kita di Malaysia PLHIV mendapat  pula bantuan ubatan HAART peringkat pertama secara percuma. 
Syukur teramat sangat.

video

Ubatan kita di sini agak berbeza dengan negara maju yang lain, mereka tidak mengunakan ubatan seperti yang kita telan sekarang,  sudah tentu mereka menelan ubatan yang lebih baik dan lebih mahal kan. Itu yang selalu saya dengar dan pernah terbaca malah dikatakan bahawa kualiti ARV (Antiretroviral) di Malaysia lebih rendah jika dibandingkan dengan negara lain seperti Thailand. Wallahualam. Apa pun saya masih tetap bersyukur dengan apa yang saya perolehi sekarang ini.


Dibawah ini harga ubatan ARV yang kita "telan", saya perolehi ketika skodeng melalui Google.  
Harga ubatan di negara Thailand berdasarkan pada tahun 2002,

• Zidovudine (AZT), ubat generik: Antivir, 300 mg kapsul, 17 THB (RM1.70) 

• Lamivudine (3TC), ubat generik: Lamivir, 150 mg pil, 10 THB (RM1.00) 

• Combivir (AZT +3 TC), ubat generik: Zilarvir, pil dengan AZT 300 mg + 3TC mg 150, 25 THB (RM2.50) 

• Didanosine (DDI), ubat generik: Divir, 60 mg serbuk, 12 THB (RM1.20)

• Stavudine (d4T), ubat generik: Stavir, 40 mg kapsul, 4,50 THB (RM4.50)
  
• Nevirapine (DWN), ubat generik: Neravir, 200 mg pil, 15 THB (RM1.50)
  
• DWN + 3 TC + d4T 30 mg, ubat generik: GPO-Vir S 30, pil, 20 THB (RM2.00) 

• DWN + 3 TC + d4T 40 mg, ubat generik: GPO - Vir S 40, pil, 22 THB (RM2.20)


Kalau tidak salah saya ubatan yang saya telan sekarang iaitu SLN30, yang berada di no 2 terakhir tu (DWN + 3 TC + d4T 30 mg) sebiji berharga RM2.00 atau 20 THB duit Thailand. Kalau sehari telan dua biji sebulan dah 60 biji, jadi sebulan harga ubatan yang saya telan berharga RM120 maka setahun dah RM1440. Itu baru saya seorang, kan ramai lagi yang dapat percuma. Bagi saya yang tak bekerja ni tentu lah mahal harganya. Apa pun kemungkinan harga ubatan diatas sudah semakin murah kerana semua harga diatas berdasarkan harga pada tahun 2002.

Di Thailand ketika ini ujian Viral Load dan CD4 di hospital swasta mencecah lebih kurang RM870 manakala di public hospital hanya RM150 (dah disubsidi kerajaan lah tu) 
Private = 8700 THB = $281.37 USD (CD4 and Viral loads tests) Public = 1500 THB = $48.51 USD (CD4 and Viral loads tests) 

Tentu lah lebih kurang sama juga dengan harga kat sini kut. Kita disini dapat menjalani kedua-dua ujian ini secara percuma lagi, bestkan. Lain lah bagi mereka yang berkemanpuan boleh pi hospital swasta, tapi rasanya yang berkemampuan pun tak nak pi swasta pasal ubatan disini lebih kurang sama jer kalau ada ubatan yang lain pun maybe berganda mahal harganya, orang kaya pun tentu kedekut tak kan nak bayar RM870 untuk ujian Viral Load dan CD4 sedangkan boleh dapat free kat hospital kerajaan. RM870 boleh pi melancung......

Bagi rakyat di Singapore yang saya tahu memang langsung tidak mendapat bantuan rawatan percuma. Pernah dengar ada rakyat yang +ve di sana terus bangkrap dan terpaksa bergolok bergadai...habis simpanan wang di bank dikeluarkan hanya untuk membeli ubatan yang sudah tentu mahal di Singapore, itu belum lagi termasuk wang yang perlu disediakan bagi ujian bacaan CD4 dan Viral Load, sudah tentu mahal berganda dari di Malaysia.

Apa pun semua ini hanya sekadar untuk renungan kita bersama. Kalau ada yang saya tersilap tulis bagi tau jer.... ya...


7 comments:

  1. Ya tentang ubat KKM xder masalah tentang kualiti KKM perlu tingkatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kualiti ubat sentiasa dipertingkatkan, tu pasal Stavudine rasanya nak di hapuskan. Rasanya lah kut :)

      Delete
  2. Salam.Kepada sesiapa yang menderita sakit HIV saya sarankan anda dapatkan rawatannya yang selamat dan berkualiti di LUQMAN AYURVEDIC HERB CENTRE. Dr Luqman merupakan satu-satunya doktor di Malaysia berjaya mengubati dan berpengalaman lebih 20 tahun merawat pelbagai penyakit kronik seperti HIV,skoliosis,strok,ekzema, masalah tulang belakang ,sakit puan@tuan dan sebagainya .Anda bolehlah membuat temu janji dahulu dengan menghubungi DR. LUQMAN-0146332307 .Untuk info lanjut bolehlah layari website dan facebook ini.
    https://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre/377645228950903

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum...saya ade menjual produk supliment dari transfer factor yang membantu meningkat paras cd4 sehingga 437%..dan boleh membantu untuk menyembuhkan penyakit hiv/aids.Insyallah.. Boleh melayari blog saya

    http://rumpailautkolegenulung.blogspot.com/2013/05/ menyembuhkan-penyakit-kanser-tahap-1-4.html

    Kenapa saya kata penghidap hiv boleh sembuh dengan mengambil supliment dari transfer factor? ini kerana produk ini meningkatkan aktiviti sel “Natural Killer” ketahap 200% – 400%. Ini adalah 10-30 kali ganda lebih tinggi kekuatan peningkatan daya imun berbanding dengan segala jenis herba atau makanan2 kesihatan yang pernah dikaji oleh sains. Sel NK adalah bahagian yang paling penting dalam sistem katahanan tubuh badan buat menentang infeksi dari penyakit. Ia meranda, mencari dan memusnahkan bentuk2 infeksi dan sel2 berpenyakit. Sel NK adalah sangat penting dalam melawan dan membunuh sel2 hiv/aids,kanser dan sel2 yang berinfeksi akibat serangan virus, kuman, kulat dsb.

    ReplyDelete
  4. Eddy

    Terima kasih dengan maklumat yang dikongsikan disini....:)

    ReplyDelete
  5. assalamualikum.. bng naj mi.. saye nak tanye kalau2x bang naj mi ade information tntang pesakit hiv kat sabah?? saye da cek darah bulan 11thun lalu.. Alhamdulillah.. -ve... tpi simptom seperti kuku berkedut ade kat saye.. saye ingat nak p cek lagi dlm bulan 3 ni.. mudah-mudahan -ve.. tpi saye nak tnye tntang rawatan HAART.. klu2x bnda buruk yng mnimpa.. start bile saye kene mulakan rawatan?? xkan nak tnggu smpai saye trlntar?? masuk ward?? xlarat nak bgun baru nak mulakan rawatan HAART tu?? saye da buntu da.. kos rawatan tuk sebulan pun saye xtaw sbb xdpat pnjelasan yang sah.. bukak google.. click sni click sna... makin takut ade.. strees bang.. abang bole tolong saye psal information tu?? sbb saye p klinik kerajaan je.. saye takut xdlayan sbb pnyakit ni.. saye ade bace kerajaan mnyediakan 2 ubat secara percuma.. 1lagi kite kne beli sndri kan.. tpi mklumat yng jelas tntang ubatan tu.. saye xjumpe kat internet..

    ReplyDelete
  6. Salam hormat.Setiap penyakit pasti ada penawarnya.Syukur kpd Allah penawar HIV sudah ditemui.Sudah ramai yang sembuh dengan izinNya.Rawatan secara Holistik (gabungan terapi blood electrification,herba anti virus,kuatkan immune system CD4)Dapatkan rawatan lanjut di Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre Gombak. 019 6676236-Dr Wan sedia membantu.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST