Tuesday, 14 February 2012

KENCING MANIS


Statistik di Malaysia menunjukkan 1 daripada 7 orang rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. Fakta yang menakutkan!!! 

Sejak tahun lalu bacaan kiraan gula (glucose) dalam darah saya meningkat tapi masih dalam lingkungan belum sampai  ke paras 7.0 mmol/L. Bermula dari kiraan 4.6 kepada 3.9 kepada 4.3 kepada 4.5 dan baru-baru ni meningkat kepada 4.9 mmol/L. Kalau kurang dari 6.1 adalah normal kan tapi kalau lebih 7.0 dah dikira  diabetes.
Risau jugak. 
video

Tadi selepas makan saya berbual dengan mak tentang kencing manisnya tu, ia antara yang mengidap kencing manis dan baru-baru ni bacaannya ialah 8.0 mmol/L, doktor kata ok lah tu….pernah jugak bacaannya tinggi sehingga 15 mmol/L. Biasanya kalau mak atau bapa ada diabetes peluang anak-anak nak dapat pun cerah kan. Dulu pernah terbaca dalam akhbar dan dari mulut doktar sendiri berkata sekarang ni hiv dan diabetes adalah sama saja, malah iaorang kata pesakit diabetes lebih payah sikit kerana kena kawal betul-betul pemakanan kan. Ya lah orang hiv pun kena jugak jaga makan minum tapi tak sepayah pesakit diabetes. Apa pun saya sedih bila tahu ada yang terpaksa menanggung dua penyakit ini sekali gus malah ada yang menanggung lebih dari dua penyakit. Dugaan dari Allah tu, kita ni pun belum tentu selamat kalau tak jaga kesihatan entah-entah boleh dapat penyakit lain yang lagi teruk kan. Alhamdulillah buat masa ni merujuk pada rekod kesihatan saya di hospital tidak ada sebarang penyakit lain termasuk tidak ada hepatitis. Hanya hiv saja, tapi pada masa akan datang tak tahu lah pulak. Wallahualam. Mudah-mudahan tak da lah.

video

Fakta-fakta tentang kencing manis di bawah mungkin dapat menarik minat kita untuk mengubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat (Data tahun 2006):
  1. 14.9% atau 3.4 juta rakyat Malaysia mengidap kencing manis.
  2. Peningkatan jumlah pengidap kecing manis adalah sebanyak 80% dalam tempoh 10 tahun (1996 hingga 2006 untuk mereka yang berumur lebih dari 30 tahun).
  3. Jumlah penduduk terlebih gemuk meningkat dari 4.4% pada tahun 1996 kepada 14% pada tahun 2006, peningkatan sebanyak 200% dalam tempoh 10 tahun.
  4. Malaysia mempunyai jumlah penduduk yang terlebih gemuk tertinggi di asia, gemuk menjadi salah satu masalah utama penyebab kencing manis.
  5. Kita makan 26 sudu gula sehari, menjadikan kita negara ke 8 tertinggi pengguna gula dunia.
  6. Dianggarkan seramai 13,000 pengidap masalah buah pinggang menjalani rawatan dialisis dan seramai 2,500 bakal menyertai mereka setiap tahun.
  7. 4 dari 5 pesakit kencing manis berakhir dengan kematian akibat serangan jantung, pembunuh no 1 Malaysia.
  8. Setiap 2 orang yang diketahui ada kencing manis terdapat 1 orang lagi yang tidak menyedari yang dia ada kencing manis, dan tidak mendapatkan rawatan sepatutnya.
  9. Peningkatan kencing manis Type 2 amat ketara di kalangan kanak-kanak seawal 10 tahun, akibat dari cara makan yang tidak sihat dan malas bergerak.
video

Fakta dunia:
  1. Setiap 10 saat 2 orang dikesan mengidap kencing manis. 
  2. Setiap 10 saat seorang mati kerana kencing manis.
  3. Setiap 30 saat, akan ada anggota yang hilang akibat kencing manis.
Mari kita ubah gaya hidup kita dengan:
  1. Hentikan minum air tin dan lain-lain minuman bergula tinggi.
  2. Hentikan dan larang anak-anak makan makanan segera.
  3. Makan banyak sayuran.
  4. Makan banyak buah-buahan.
  5. banyakkan aktiviti fizikal seperti bersenam atau beriadah untuk mengurangkan berat badan.
  6. Puasa sunat 2 hari seminggu.
Maklumat dipetik dari portal Persatuan Pengguna Pulau Pinang

2 comments:

  1. AO dah komen tapi hilang :(

    Masa duk kat hospital dulu kami run sampel untuk diabetes macam pisang goreng panas.. laju jer sampel sampai..kejab kejab sampel sampai kejab kejab sampel sampai ..macam kilang hampir beribu sampel kalau hari klinik.

    Jagalah kesihatan ..minum air kosong bukan air manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tahu maksudnya tu.... maknanya memang ramai yang ada kencing maniskan, ya betul saya sekali sekala minum juga benda2 manis ni tapi kena sulam dengan banyak air kosong, mana yang terdaya kita buat lah kan :)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST