Sunday, 12 February 2012

1b - TEMUJANJI SAYA DENGAN DOKTOR PADA 8 JANUARI 2012

SAMBUNGAN dari  TEMU JANJI SAYA DENGAN DOKTOR PADA 8 JANUARY 2012

ANTI RETROVIRAL TELAN UBAT SEHARI SEKALI?

Lama juga saya berpeluang berborak dengan pembantu doktor pakar penyakit hiv/aids Kak Zaiton pada pada 8 january 2012 yang lalu di hospital pakar disini.

Setelah selesai ia bertanya soalan tentang keadaan diri saya dan merekodkannya, kami berbual-bual tentang beberapa pekara lain termasuk tentang masaalah pesakit hiv yang hendak berkahwin dengan pasangan yang non-plhiv. Dari riak lenggok cara ia bercakap ia lebih banyak tidak mengalakkan dari berkahwin. 

Mendengar penerangan ia ada betulnya juga, tapi bagi Kak Zaiton kalau ada yang nak berkahwin terpulang tapi kena faham dan tahu segala tentang hiv supaya perkahwinan nanti selamat. Dia yang dah bergelumang lama menguruskan pesakit hiv bertahun-tahun tentu faham dan tahu seluk belok perangai pesakit hiv yang ia jumpa.

Kemudian saya bertanya tentang ubatan HAART yang pernah DR Ker Hong Bee beritahu pada saya dulu. Kemungkinan doktor akan menukarkan ubatan saya kepada ubatan yang hanya di makan sekali sehari sahaja. 

Dulu doktor beritahu bagi mempermudahkan saya untuk berpuasa dan juga bagi mengelakkan lemak terus diseduk hingga menyebabkan muka cengkung dan tubuh badan kurus bertulang akibat kesan ubat Stavudine.

SLN30
Sudah lebih 2 tahun sejak saya memulakan HAART, saya menelan SLN30 atau di panggil Fixed-Dose Combination + Antiretroviral. Didalam SLN30 terdapat 3 jenis ubat yang digabungkan iaitu,


1 Stavudine - 30mg 
2 Lamivudine - 150mg
3 Nevirapine - 200mg

Sebelum saya diberi ubatan SLN30, saya terlebih dulu diberi 3 jenis pil berbeza seperti diatas Stavudine, Lamivudine dan Nevirapine untuk di makan selama beberapa bulan sebagai permulaan senang kata sebagai percubaan. Doktor kata lain orang lain kesan sampingannya. Sekiranya ketiga-tiga jenis ubatan ini serasi dengan tubuh badan saya baru lah saya diberi SLN30, jika tidak serasi akan diberi ubat jenis yang lain.

Ya tubuh badan saya serasi dengan ketiga jenis ubatan diatas, maka ubatan saya ditukar kepada SLN30, iaitu sebiji ubat yang masih mempunyai isi kandung ke tiga-tiga jenis seperti diatas, cuma ia digabungkan menjadi satu sahaja.

Semua ubatan ada kesan sampingannya, begitu juga dengan 3 ubatan diatas. SLN30 dikatakan boleh memberi kesan pada liver atau hati pesakit dan sepekara lagi Stavudine boleh membuatkan tubuh badan menjadi kurus hilang lemak dikulit dan menyebabkan wajah dimuka cengkung walau pun pada hakikatnya tahap kesihatan kita baik. 

Saya rasa cengkung seperti yang dimaksudkan itu telah pun berlaku pada diri saya ini. Dan pada ketika saya sedang menunggu untuk untuk berjumpa doktor pada hari itu, saya melihat wajah kebanyakan pesakit cengkung seiras wajah saya. Dan kerana kesan Stavudine ini lah, mereka (doktor) cuba menukar ubatan yang lebih sesuai kepada pesakit.

"Pernah saya dengar dulu yang ubatan HAART di negara ini banyak yang sudah tidak diguna lagi dikebanyakan negara terutama dibarat, kerana kesan sampingannya yang agak teruk. Ubatan yang kita makan sekarang murah sangat harganya. Betul ker? Walau apa pun yang saya dengar saya tidak ambil peduli, saya tetap bersyukur yang amat sangat kerana memperolehi bantuan rawatan serta ubatan percuma ini. Lebih baik ada ubat dari tiada langsungkan. 

Tahukah kita kos tiap kali darah kita diambil untuk diuji? Berapa harga kos untuk ujian CD4? dan berapa harga kos untuk ujian Viral Load? Darah saya di hantar ke Penang untuk ujian Viral Load. Ada sesiapa yang rajin mencari dan bandingkan kos dengan hospital swasta? 

Dulu ada sekali saya ke hospital swasta untuk ujian darah hanya untuk mendapatkan kiraan CD4 sahaja dan kosnya hampir RM200. Bayangkan? So marilah kita bersyukur dengan apa yang kita semua perolehi ketika ini. Jika kita tidak bersyukur kemungkinan nikmat yang kita perolehi sekarang akan ditarik oleh Allah"
Stocrin

Saya bertanya meminta Kak Zaiton tunjukkan contoh ubatan yang hanya perlu dimakan sekali sehari itu. Ditunjukkan pada saya carta ubatan HAART dan di tunjukan juga contoh rupa bentuk ubatan sekali sehari itu. Ubatan tersebut diberi nama Tenvir-EM bersama dengan Stocrin. Ya, dua jenis ubatan yang hanya ditelan sekali sehari. Pada ketika itu mulut saya terngangga ohhhhhhh……. 

Ini lah ia stocrin seperti yang selalu saya dengar dan baca dalam blog AHP. Benarlah saya belum pernah merasa menelan ubatan ini yang dikatakan akan memberi kesan sehingga kepada halunisasi dan mimpi yang bukan-bukan. Tapi kenapa sejak mula lagi tidak diberi Stocrin ini pada saya ya????? 

Kalau tidak..........boleh lah saya bergossip dengan rakan yang lain tentang stocrin ini. Maybe dulu pernah diterangkan tentang stocrin ini pada saya, hanya saya yang tak nak ambil tahu sangat kut. Kemungkinan jugak tidak kerana memang saya langsung tidak tahu menahu tentang stocrin ni.


Apa pun seperti yang saya katakan diatas dan seperti semua orang tahu, semua ubatan mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri. Panadol juga ada kesannya kan. Kak Zaiton beritahu saya bahawa gabungan Stocrin dan Tenvir-EM ini boleh memberi kesan pada buah pinggang. Haaaa......... dalam hati saya berkata dah keluar dari mulut buaya masuk ke kandang harimau lah pulak ni…..

Oleh kerana Dr Ker Hong Bee tidak ada pada hari itu, mana lah berani doktor penganti tu nak pandai-pandai menukarkan ubatan sayakan. So terpaksalah saya terus menyambung menelan ubatan yang sama seperti sebelum ini iaitu SLN30 sekurang-kurangnya selama 6 bulan akan datang.

Kami kemudian berbual tentang blog, saya beritahu ia yang saya sekarang rajin juga menulis blog. Dan sempat juga saya ambil beberapa photo sekitar dalam bilik doktor ini. Ok itu saja yang nak saya ceritakan kerana tiba-tiba saja terkenangkan kisah perbualan saya dengan Kak Zaiton ni.

Apa pun semua yang saya tulis diatas ini hanya berpandu pada ingatan saya semata-mata, apa yang saya ingat saya tulis jika ada yang tersilap sorry ya. Dan kalau nak tahu lebih lanjut kena lah tanya pada doktor masing-masing. Okey…

1 comment:

  1. Best juga bila dapat berbual dengan orang pakar dalam hal ni kan.

    Abah -" ya tentang suami beristeri dua yang bahagia hehehe…"


    hahaha ya semoga abah sekeluarga, naj mi dan semua PLHIV dan non PLHIV di komuniti blog AHP bahagia bersama keluarga dan lebih penting bahagia di dunia yang abadi.

    bila bercakap ttg keluarga rindu adinda saya ,... bagaimana ya keadaan dia .. moga semua baik2 saja.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST