Wednesday, 8 February 2012

1a - TEMUJANJI SAYA DENGAN DOKTOR PADA 8 JANUARY 2012

Seawal 5.30 pagi saya dah bangun, alhamdulillah tidak ada rasa gementar atau takut dihati ini untuk mengambil keputusan ujian darah pada hari ini. Selalunya dulu perasaan risau ni akan wujud tiap kali nak ambil keputusan ujian darah dan berjumpa doktor. Risau akan resultnya, juga risau takut terserempak berjumpa dengan orang yang dikenali di hospital ini. 

Suasana dipagi hari kelihatan bulan penuh di langit

Apa pun kali ini saya rasa lebih rilek dan saya cuba elakkan dari memikir pekara yang bukan-bukan. Sempat mengerjakan solat sunat Tahajjud, Taubat dan Hajat sebelum masuknya waktu subuh dan sempat membaca surah Yassin serta berdoa pada Allah supaya dipermudahkan segala-galanya pada hari ini.
Pada pukul 6.30 pagi saya keluar rumah menunggang basikal menuju ke hospital yang biasanya mengambil masa lebih kurang 20 minit. Tapi kali ini saya mengayuh lebih tenang sengaja tidak mahu tergesa-gesa. Hari semakin cerah terpandang bulan penuh di langit menandakan kita sekarang berada di pertengahan bulan dalam kalendar Islam Takwim. Ya hari ini 15 Rabiul Awal. Ya setiap kali saya memandang bulan saya akan teringatkan bahawa bulan ini juga pernah direnung dipandang malah dibelah dua oleh junjungan kita Nabi Muhammad saw. Ya pandangan kita sama. Ya setiap kali. Bulan kali ini seolah-olah mengekori saya, sekali sekala menyorokkan diri dicelah-celah pohon pokok dan dibelakang bangunan. Mata saya terus mencari-cari kelibat bulan disepanjang kayuhan. 

Saya tiba di hospital lebih kurang pukul 7.15 pagi. Sebelum masuk ke dalam bangunan Hospital Pakar disini saya mencari kelibat bulan sekali lagi, ya saya nampak saya renung dan berfikir sejenak timbul perasaan seronok melihat bulan penuh yang terang seolah-olah berhenti ditempatnya sama seperti berhentinya ia dari mengekori saya sejak dari rumah lagi.

Saya cuba pastikan saya orang pertama yang dipanggil doktor nanti kerana itu saya perlu berdiri dihadapan pintu bilik mendaftar sebelum pukul 7.30 pagi kerana pintu ini akan dibuka tepat pada pukul 7.30 pagi. Ketika sampai di pintu bilik pendaftaran, sudah ada ramai yang menunggu hmmm.... semuanya cina.  Bilik mendaftar ini bukan dikhaskan untuk pesakit hiv sahaja tapi kepada beberapa pesakit penyakit yang lain. Maknanya kita tidak tahu siapa sakit apa ketika berada dibilik ini. 
Suasana dibilik pendaftaran serta kotak no 11 bertanda warna oren yang diburu

Tepat 7.30 pagi lampu bilik dibuka, pintu ditarik pekerja serta merta ditolak  mereka yang sedia menanti di luar termasuk lah saya. Bergegas kami masukan kad pendaftaran (kad appointment) dalam kotak yang disediakan, siapa masukkan kad dulu maknanya ia akan dipanggil doktar dulu. 

Alhamdulillah saya menjadi orang yang ke tiga memasukan kad dalam kotak no 11 bertanda dengan warna oren khas untuk pesakit hiv/aids. Ramai yang tahu kewujudan akan kotak no 11 bertanda oren ini tapi mereka tidak tahu makna nombor serta makna warna oren disini, kerana terdapat beberapa kotak yang juga mewakili penyakit yang lain. Ramai yang tidak ambil tahu sebenarnya.......Lega.

Saya duduk dipenjuru bilik menanti di panggil nurse untuk diambil bacaan tekanan darah dan berat badan. Wi Fi di sini agak baik dan laju jugak so sementara menunggu saya check dan wish selamat pagi pada rakan-rakan Facebook dan menonton Youtube. Suka sangat saya menonton dan mendengar video klip lagu "Satu Malaysia", berulang kali saya menonton sementara menunggu nama dipanggil. 

Setelah tekanan darah diperiksa BP  121/76, P 72 dan berat badan diambil 67.4kg. Saya begerak menuju bilik dibelakang bilik pendaftaran ini, ada sebuah lorong sempit dan menanti dihujung lorong ini sebuah bilik bernombar 11. Bilik 11 khas untuk pesakit hiv/aids yang akan meriah dikunjungi ramai tiap kali datangnya hari rabu dan khamis, ya hari rawatan untuk pesakit hiv/aids.

Tiada ramai pesakit ketika itu hanya saya dan 2 lelaki cina. Saya melayan handphone dan tidak hiraukan apa-apa yang berlaku disekeliling lorong sempit itu. Masa berlalu dan nama saya dipanggil Kak Zaiton seorang pembantu perubatan merangkap pembantu doktor dan baik sangat orangnya. Seperti biasa sebelum kami bertemu doktor kami perlu berjumpa dengan kak Zaiton atau beberapa pembantu yang lain untuk diinterview tentang perkembangan diri dan bersoal jawab jika ada sebarang masaalah untuk direkodkan dalam file supaya senang kerja doktor nanti. Doktor biasa lah datang dalam pukul 9.30 pagi tapi hari ini agak lewat. 

Boring juga menunggu. 
Mulanya kosong - Bertambah ramai - Pintu no 11 - Ruang bilik meja ketika bertemu doktor

Nombor saya berbunyi menyala memanggil saya masuk ke bilik no 11 lebih kurang pukul 10.30 pagi ketika itu. Menunggu hampir 3 jam sejak saya tiba di hospital. Rupa-rupanya Dr Ker Hong Bee yang mengendalikan pesakit hiv/aids tidak ada, menanti seorang doktor lelaki cina yang saya tidak kenali. Hati rasa tak seronok hehehehe… Apa pun tidak ada apa yang nak saya bertanya pada doktor ini malas nak bertanya kadang-kadang iaorang ni sekadar menganti tugas tapi banyak yang iaorang tak tahu. 

Pernah dulu saya bertanya sesuatu pada seorang doktor penganti aduhhh….......panjang lah pulak storynya nanti kalau nak diceritakan kat sini. Setelah doktor lelaki cina ni bertanya sedikit sebanyak soalan dan check denyutan nadi serta pergerakan jantung serta melihat keadaan dalam mulut saya, terus selesai tidak sampai 5 minit. Saya pun tidak kisah dah lama menunggu rasanya perut pun dah berbunyi.

Lapar.

Apa pun saya bersyukur semuanya dipermudahkan oleh Allah. Sejak keluar rumah hingga selesai semuanya mudah. Alhamdulillah CD4 saya meningkat sebanyak 28 menjadi 202. Teringat ketika CD4 saya dulu pernah jatuh sehingga kurang 200 membuatkan saya enggan lagi berjumpa doktor, ketika itu rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur berdekatan Chow Kit Road. Akibat dari perasaan takut dan tidak cukup ilmu pengetahuan serta agak jahil ketika itu memyebabkan kiraan CD4 saya terus turun sehingga 12, itu pun saya tahu lepas setengah mati selama hampir 10 hari terlantar kat hospital disini.

Kalau sekiranya ketika kiraan CD4 saya dulu dibawah 200 dan saya telah memulakan rawatan HAART tentu keadaan agak berbeza sekarang ini. Apa pun semua yang berlaku adalah kerana Allah. Sekali lagi bagi mereka yang hiv+ve dan telah dinasihat doktor untuk memulakan HAART nasihat saya dengar cakap doktor. Memang lah kita semua mengharapkan peningkatan CD4 yang besar dan tinggikan seperti rakan Luka Rafiqa tapi bagi saya meningkat sikit lebih baik daripada tidak meningkat langsung lebih teruk jika ia mula menurun.

Untuk rekod bacaan CD4 dan kolesterol jahat saya pada :

16-12-2009 - CD4 12
26-05-2010 - CD4 80   meningkat 68 - kolesterol 5.6 mmol/L
13-10-2010 - CD4 106 meningkat 26 - kolesterol 5.4 mmol/L
13-04-2011 - CD4 126 meningkat 20 - kolesterol 6.1 mmol/L
28-09-2011 - CD4 174 meningkat 48 - kolesterol 5.8 mmol/L
08-01-2012 - CD4 202 meningkat 28 - kolesterol 5.1 mmol/L
*Boderline High Cholesterol 5.2 – 6.2 mmol/L

Manakala bacaan “Viral Load” saya yang lalu ialah 59 copies dan keputusan hari ini ialah bawah 20 copies. Alhamdulillah sangat.

Setelah selesai mengambil ubat saya begerak pulang sekitar pukul 11.30 pagi. Hampir pukul 12.00 tengahari mengayuh basikal dibawah pancaran matahari yang terik sambil melayan muzik dari Café Del Mar. Ya kali ini matahari pula yang mengiringi saya pulang kerumah bersama. Bezanya kali ini mata saya memang mengelak-ngelak kan dari melihat matahari tu hehehe….Aduhhhh…..Panas…….

SEDIKIT SAMBUNGAN KISAH JUMPA DOKTOR PADA 8 JANUARY 2012 DISINI 

18 comments:

  1. wow..tahniah,..

    detailnya.... padat dengan info yg menarik..

    ReplyDelete
  2. Thanks Azam.... tunggu result awak pulak sehari dua lagi kan...harap dipermudahkan semua urusan awak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul... harap2 result bgs. 13hb ni AA dah mula menggendong ubat seumur hidup. :)

      Delete
  3. Masa baca ni AO baca semalam cuma malas nak tekan keyboard untuk tulis komen hehe.. memang feeling habis la baca entry ni sebab semalam AO baca lepas tengok bulan hehe... taniah naj mi sebab dapat keputusan yang baik, Insyallah doakan lagi bagi terbaik keputusan. Semoga hajat nak ke tanah suci di permuahkan.

    Mesti best kan perasaan naik basikal pagi2 gelap2 teringat AO masa zaman sekolah dulu.

    ReplyDelete
  4. Ohhh Bulan.... teringat lirik lagu Yuna ya...hehe best naik basikal saya memang dah tak da pilihan AO oiii.

    Apa pun saya pun doa yang terbaik buat semua juga buat Azam 13hb nanti biar segala urusan ia dipermudahkan Allah.

    ReplyDelete
  5. 1st time menjengok blog Najmi ni , suka sedih semuanya bercampur baur menjadi satu.

    Tahniah , anda kuat semangat menempuh hidup ini.

    Abg juga berharap mahu punya semangat sepertimu.

    Fareez Fauzi

    ReplyDelete
  6. Abg Fareez baru ternampak komen abg disini... terima kasih banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih dan gembira bila baca perutusan naj mi dalam blog ini.
      Nampaknya anda begitu tabah dan kuat melalui ritangan hidup ini. Sama2 kita berdoa ya untuk kebaikan masing. Abg kagum kerana ketabahan naj mi tue.

      Tahniah cd4 makin meningkat dari masa ke masa.

      Cuma berbeza kita di sini sebab abg masih lgi belum memulakan HAART sebab last January 2012 masih lagi menunjukkan bacaan yang agak baik cd4 1722
      Next visit pada bulan August nanti.

      Sebelum makan ubat HAART tu abang akan berusaha sedaya upaya menjaga tahap kesihatan yang terbaik. Jaga makan , banyak bersenam (3 kali seminggu saja) , banyak makan sayur , buah dan ikan , ambil multivitamin + mineral , vitami C , bawang putreh , hbbatussauda , delima , madu dan lain2 lagi. Semua ini perlukan ketekunan dan tak boleh MALAS. Abang akan buat yg terbaik utk diri abang selagi dapat sebelum memulakan HAART.

      Fareez fauzi

      Delete
    2. Wahhh tingginya abg Fareez punya CD4 alhamdulillah syukur sangat, ya kita kena rajin buat macam yang abg lakukan seperti senaman, makan makanan yang berkhasiat multivitemin dll. Kerana kebijaksanaan abg menjaga tubuh badan lah cd4 abg masih tetap di paras yang tinggi. Saya tak pernah terfikir nak dapat atau boleh dpt bacaan CD4 setinggi tu. Saya hanya makan apa yang ada dirumah, nak beli vitamin, hbbatussauda , delima , madu dan lain2 lagi memang tak mampu. Excersice tu ada lah juga sikit2. Insyaallah jika abg terus amalkan seperti apa yang abg buat sekarang insyaallah abg akan terus sihat kuat hingga 100 tahun nanti.

      Delete
  7. Membaca kisah2 tuan membuat sy sedikit mendpt kekuatan.. Terima kasih tuan..

    ReplyDelete
  8. Anonymous,
    Begitu lah yang saya harapkan supaya sikit sebanyak dapat memberi kekuatan untuk bangkit semula, insyaallah Allah akan bersama awak juga.

    ReplyDelete
  9. sye bkn songsang tp x slah kn sye bce blog nieb,, n abg nk tw da 3 mlm sye bce blog nie sebelum tido kdg2 gugur sendiri air mata nie tiap kali bce abg kuat utk mghadapi smua nie ,, doa sye moga Allah berkati n kuat kn lgi smgt abg Amin .

    ReplyDelete
  10. shalan Only,

    Terima kasih kerana singgah membaca, ya tak semestinya songsang aje yang boleh baca dan blog ini bukn untuk songsang tapi kepada semua orang tak kira wanita, lelaki, tua atau muda.

    Saya cuba menulis atau sharekan info yang boleh kita semua renungkan dan diambil ikhtibar yang mana baik ambil yang tak lupakan sahaja.

    Thanks... abg sihat sahaja hingga hari ini :)

    ReplyDelete
  11. ermm.. blood test yg kali ke-3... result belom amek lg wlupun date temujanji dgn kaunselor dah lepas.. aku takut lah nak g amek...

    ReplyDelete
  12. Akmal Rizal....

    Jangan risau... awak kena juga ambil result tersebut, lebih cepat tahu lagi bagus supaya diri awak tak stress memikirkan tentang kemungkinan keputusan tersebut.... Jika kali pertama dan kedua resultnya non reactive, kemungkinan besar keputusan ke 3 juga non reactive, lain lah kalau dlm masa tersebut awak masih ada terlibat dengan aktiviti berisiko... kalau ada terlibat awak kena ulangi ujian dari mula kembali.....

    Jangan risau... nasihat saya pi ambil aje result tu ok...... :)

    ReplyDelete
  13. maaf..saya ingin brkongsi & tnya pendapat..saya bakal brkahwin kali kedua & saya juga pasangan telah melakukan hubungan seks tnpa kondom selama 3 bulan berulangkali & pernah alami pendarahan ketika seks.. ...kami tlh buat ujian hiv & hasilnya pasangan saya negatif..saya pula positif utk 2 kali rapid test..saya dsarankan utk ujian elisa mggu depan..saya terfikir jika pasangan saya yg lalu ada kisah yg saya tidak tau slpas berkahwin..sekarang saya runsing..sekiranya saya positif, bagaimana pasangan itu negatif sedangkan saya positif & kami telah brhubungan seks selama 3 bln tanpa kondom..adakah terdapat kes seperti ini ?

    ReplyDelete
  14. Salam Anonymous,

    Ada kala ujian HIV boleh berlaku kesilapan, saya saran kan agar tunang jalani lagi ujian HIV. Puan menyatakan yang puan akan melangsungkan perkahwinan kali ke 2, tidak mustahil jangkitan pada puan telah berlaku melalui suami terdahulu, cuma simptom HIV tidak berlaku pada diri puan dulu atau maybe puan tidak perasan simptom2 tersebut dulu.

    HIV hanya boleh berjangkit melalui beberapa cara utama, seks tanpa pelindungan dg seorang positif HIV, pemindahan darah (cucuk jarum) dan melalui susu ibu kepada bayi.

    Tiada cara lain, sekiranya puan sah positif HIV pasti telah dijangkiti melalui cara2 tersebut. Jika masih was2 tanya pandangan doktor tentang pekara ini...

    Atau jalani lagi ujian HIV 3bulan selepas ujian pertama..sekiranya masih positif puan kena menerima hakikat yang puan telah dijangkiti melalui cara yang puan tidak sedari dulu...

    Maaf saya tidak pasti sama ada ada kes seperti ini atau tidak..

    Tidak mustahil pasangan puan positif walaupun melakukan seks tanpa pelindungan dg pasangan yang ada HIV, kemungkinan sistem imun atau tahap kesihatan bakal suami itu ditahap yang sangat baik, dan jika dia melakukan seks dalam keadaan zakarnya tiada luka risiko dia dijangkiti agak rendah maybe zereo (walaupun masih boleh dijangkiti bergantung bagaimana cara dia melakukan seks tersebut)

    Wallahuallam.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST