Monday, 6 February 2012

SUNSCREEN

Krim Pelindung Matahari

Kadang-kadang sempat juga membelek-belek kulit muka yang dah semakin  kerepot ni depan cermin, ya memang bertompok-tompok hitam kesan pancaran matahari. Bukan apa sebelum ni tak pernah nak jaga kulit muka terutama masa ketika remaja dulu. Paling parah bila keluar travel terutama ke pulau dan pantai dulu kulit muka dibiarkan terdedah tanpa sebarang perlindungan. Maybe ada lah jugak sapu cream pelindungan tapi hanya sekadar sapu dan tidak langsung ambil berat, maksud disini perlu disapu berulang-ulang terutama bila terdedah di bawah pancaran matahari dalam jangka waktu yang lama.


Pulau antara destinasi kegemaran saya. Paling feveret ialah Phi-phi Island di Phuket Thailand. Selalu sangat ke pulau ini menyelam, snorkeling dan berjemur. Seperti saya katakan tadi kalau di pulau dan pantai saya ada sapu sunscreen ke kulit tapi hanya sekali tanpa diulang-ulang. Setiap kali selepas kita snorkeling contohnya kita perlu sapu lagi cream pelindung, tapi saya kurang lakukan nya dulu. Begitu juga ketika awal remaja dulu amat suka tanned kan kulit di Pulau Pangkor sampai legam. Entah rasa seronok pulak bila kulit menjadi golden brown hehehe. Itu dulu sekarang dah tak nak dah hehe. Teringat mak pernah kata saya antara adik beradik saya  yang keluar dari perut dengan kulit yang paling cerah tapi sekarang rasanya saya antara yang yang paling gelap kut.

Bila kembali ke kampong selepas positif hiv saya masih endah tak endah tentang kepentingan cream pelindung matahari ini. Saya keluar rumah tidak kira pagi, tengah hari atau petang. Hampir setiap hari berenang di waktu pagi dari pukul 9 hingga 12 tengahari dan kadang-kadang di sambung berenang pada sessi ke dua pula iaitu dari pukul 2 hingga ke pukul 5 petang. Terdedah sebegini banyak membuatkan kulit bertompok.

Walau bagaimana pun sejak dua menjak ini, agak-agak dalam setahun kebelakangan ini saya amat kurang mendedahkan diri pada cahaya matahari terutama bermula pukul 10 pagi hingga pukul 4 petang. Sebolehnya hanya duduk dalam kawasan dalam rumah atau bangunan yang terlindung dari sinar matahari. Perlu diingat kulit masih terdedah dengan sinar matahari walau pun kita berlindung duduk di bawah pokok. Cahaya matahari yang terlindung oleh awan tetap bahaya. Berada didalam rumah pun sinar bahaya matahari masih boleh memberi kesan pada kulit. So yang penting disini kita kena sapukan pelindung matahari setiap waktu.

Ketika ini macam-macam product yang saya guna antaranya Cetaphil Daily Facial Moisturizer  UVA/UVB Protection SPF 15, product dari jenama Banana Boat Sport Sunscreen Lotion SPF 30, Nivea Sun, Coppertone UVA/UVB Sunblock 45 serta Garnier Ambre Solaire Clear protect High SPF 30. Pernah guna Shisheido For Men hadiah dari kawan  best sangat tapi tak mampu nak beli dan diulang bila habis. Banyak juga product yang saya guna pemberian kawan kala ia pulang dari oversea. Katanya ada murah untuk dibeli kala berada di luarnegara. Cream pelindung matahari amat penting disapu kala keluar rumah. Pernah juga guna sunblock cream free dari hospital kerajaan,  ya Allah bertompok muka bila disapu, macam mana nak guna kalau nak keluar rumah.

Waktu malam saya guna Oil Free  Moisture Neutrogena tapi biasanya guna cream dari hospital yang saya rasa bagus iaitu Aqua Cream atau Aqueous Cream ada banyak yang doctor kasi ada beberapa bekas kecil serta dua bekas seberat 500gm banyak tu rasanya boleh tahan tiga empat tahun. Kalau mencuci saya guna Loreal product Men Expert dan bertukar-tukar macam-macam product hehehe tak pa lah asal boleh mencuci.
Apa yang penting nak saya tekan kan kat sini terutama bagi mereka yang masih muda penjagaan kulit amat penting bermula kala diusia muda. Cari product yang sesuai banyak pilihan boleh didapati di Guardian atau Watson. Product untuk lelaki pun banyakkan.

Kulit muka saya semakin sensetif, tidak boleh lama dibawah matahari cepat gelap. Tidak kisah lah umur pun dah hampir separuh abad. Yang penting kena tahu jaga dan ambil tahu walaupun pekara ini agak remeh bagi setengah lelaki kan. Percaya atau tidak kebanyakan lelaki  lansung tidak ambil kisah tentang pekara ini. Sekarang ni kiranya saya keluar kemana-mana saya pastikan bawa bersama pencuci muka  untuk mencuci muka sebelum mengambil air sembahyang di masjid dan cream pelindung disapu selepas solat. Remehkan tapi tu lah cara saya. Kulit bertompok kerana kecuaian dahulu masih ketara so sebaiknya saya jaga sebelum menjadi lebih parah kan.

 
Dan yang paling penting kita kena minum air kosong yang banyak, amat penting bagi tubuh badan terutama yang kuat berpeluh. Kita kena pastikan kelembapan kulit sentiasa terutama orang tua seperti saya. Orang tua kulit cepat kering hehehe……

MAAF SAYA TELAH DELETE SEBAHAGIAN BESAR TULISAN DIDALAM ENTRY INI 

2 comments:

  1. Saya pun malas nakjaga kulit ni.. saya suka bagi kulit kena cahaya matahari.. suka rasa panas tuh tapi akibatnya saya yang sedia tan ni bertambah tan.. :(

    ReplyDelete
  2. AO cahaya matahari sekitar waktu antara 8 pagi hingga 10 pg amat baik untuk badan kita kan ada vitemin D memang kita digalak berjemur diwaktu itu tapi cahaya matahari antara 10 pagi hingga 5 petang amat bahaya untuk kulit... tu yang saya tahu lah... hehe

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST