Monday, 2 January 2012

JOM KITA KE FLEA MARKET


Sunday market atau flea market atau pasar lambak ialah tempat menjual barangan baru dan terpakai. Kebiasaannya diadakan pada hujung minggu. 

Flea market berasal dari istilah Perancis pada tahun 1920 dan dah tentu ada seseorang yang berasal dari sana yang telah mencadangkan sesetengah pakaian terpakai atau barang-barang lain kita yang tidak diguna boleh dijual di pasar lambak, ya segala pakaian atau barangan yang tidak berguna pada kita tapi berguna pada orang lain. 

Ok begitu lah lebih kurang maknanya.

Naiki bas awam
Ditempat saya ni flea market memang wujud dan saya dapat tahu juga dikebanyakkan negeri lain juga ada dan bukan saja di Malaysia malah hampir setiap pelusuk bandar didunia mempunyai flea market nya yang tersendiri. Lain tempat lain lah barangan yang dijualkan.


Suasana ketika jam 11 pagi
Dulu tempatnya lain berubah-ubah tapai masih disekitaran tempat yang sama, tapi sekarang tempat berniaga sudah dipindahkan oleh kerajaan negeri ke sebatang jalan ditengah bandar disini yang dikenali sebagai "Memory Lane", dikunjungi ramai orang sehingga berasak-asak tidak kira bangsa,dan hanya dibuka setiap hari Ahad.


Tengok-tengok jangan tak tengok
Dah lama saya tak menjeguk flea market ni entah kenapa bila dah bangun lewat malas nak pergi, tapi semalam saya gagahkan juga lepas dhuha saya berangkat pergi walau pun tiba agak lewat kira-kira pukul 11 pagi tapi orang masih ramai berpusu-pusu. Peniaga disini biasanya memulakan perniagaan seawal 6.30 pagi dan perniagaan disini beransur reda sehingga jam 1 petang. 


Aik tu alat check darah tinggi ker tu?
Seperti biasa tujuan saya kesini melihat dan mencari barangan yang terpakai yang sesetengah tu sukar dicari dikedai biasa. Kadang-kadang saya beli peralatan pertukangan seperti spanar dan jika ternampak tong cat warna juga kemungkinan saya beli yang biasanya saya guna untuk menghasilkan lukisan-lukisan yang bersize besar. 

Kadang kala bila kita melihat-lihat barangan yang dilonggok dan dijual itu kita terjumpa sesuatu yang dah lama kita inginkan yang selama ini tidak pernah kita jumpa dan sukar diperolehi di kedai biasa tapi kita boleh temui disini. Sesetengah barangan masih baru dan masih first hand dan dijual dengan harga yang amat murah, pandai-pandai lah kita menawar tentang harganya. 

Banyaknya boleh buat bungkus nasi lemak ni
Saya mendapat tahu ada juga segelintir peniaga disini memperolehi barangan terpakai atau apa saja yang boleh dipakai di kawasan perlupusan sampah. Mereka mencari barang buangan yang di punggah lori sampah disitu. Oklah lebih baik dari barangan yang dicurikan.


Barangan antik pun ada tapi mahal siottt...
Tapi tidak semua barangan yang kotor dijual disini, masih ramai peniaga yang menjual barangan yang masih dalam keadaan kualiti yang baik. Barangan antik pun banyak dijual disini sehingga majalah hiburan tahun 1960an pun ada terdapat disini. Cakap saja barangan yang kita cari kemungkinan besar ada disini. 

Apa apek tu belek-belek tu???
Salah seorang yang kerap saya melihat berniaga barang antik disini ialah artist Sidek Hussien, alahhh artis yang punya penyakit bengkak atau begok yang besar kat tengkuk nya tu. Angkat topi kat ia tidak ada segan or malu berniaga barangan terpakai kat sini. Pernah nampak kelibat pengacara Jimmy Shanley membelik barangan dan bertanya tentang alat muzik lama yang antik yang dijual disini.


DVD yang dilonggokkan, masih ada yang original
Kebiasaan saya kalau kesini mesti mencari buku-buku atau magazine terpakai serta DVD yang kebanyakannya amat murah. Masih ada yang original yang dijual milik si peniaga itu sendiri, kita kena lah pandai cari kalau diri tak nak bersubahat dalam kes cetek rompak ni ya heeeeeee. Tapi hati-hati jangan sampai terpedaya dengan si penjual ubat yang tidak berdaftar disini terutama ubat kuat....bukan main meriah ia orang berbicara tentang kelebihan ubat sapu, ubat urut, ubat telan lagi tapi bagi diri kita kena pandai-pandai lah fikir mana yang baik dan mana yang boleh dibeli ok...

Penjual ubat "power"
Tentang ubat kuat ni saya juga pernah telan, saya dulu pun pernah terpedaya, nasib baik dapat hiv kalau tidak dapat saya percaya diri saya ni dah lama dah jadi arwah kerana kesan dari ubat-ubat kuat yang tak berdaftar ni, bayangkan semasa saya menerima berita yang diri ini +ve hiv di dalam bilik saya tersimpan sebalang penuh ubat kuat "Made in Indonesia", bayangkan lah sekiranya saya telan semua ubat tu berperingkat-peringkat dah lama dah jalannnnnn....... 

Tu pasal mendapat virus hiv saya anggap ianya satu rahmat kurniaan dan anugerah yang amat tinggi nilainya pada diri ini yang Allah berikan. 

Alhamdulillah sangat sangat.

Tapi ingat ya! perniagaan di bazar yang kebanyakannya perniagaan di dalam kedai setiap hari tu adalah berbeza dengan flea market. Flea market ni biasanya dibuat dijalan-jalan atau kawasan padang terbuka dan majoriti barangan adalah yang second hand, kalau semua jual barangan baru atau first hand tu dah boleh dipanggil pasar pagi atau pasar malam kan.

Pakai mask ditempat yang sesak okey..
Setiap kali ke kawasan penuh sesak ini, saya cuba pastikan hidung ditutup kalau boleh pakai topeng pelindung hidung, bukan apa kita ni dah lah +ve hiv kan amat mudah dijangkiti kuman sekitar kawasan sesak macam tu. Terbaca paper semalam tentang penyakit berjangkit TIBI. Tibi dikatakan penyakit berjangkit ke dua seleps AIDS. Pertubuhan Kesihatan Dunia menganggarkan lebih kurang 100 juta kes tibi setiap tahun. Di Malaysia tibi  menjadi penyakit berjangkit nombar satu mengatasi hepatitis dan HIV/AIDS dan Malaysia menerima ancaman tibi dari pendatang asing tanpa izin. Bayangkan tibi amat mudah berjangkit melalui batuk, bersin, ketawa atau bercakap terpercik air liur.
Tibi mudah tersebar di kawasan sesak
Kalau di Lo King pekerja asing dari Nepal, Indonesia dan Bangaladesh memang ramai, tu pasal lah sesekali risau juga hati ni, tapi kalau berjalan di kawasan sesak dengan manusia, di kawasan terbuka, kita cover hidung kita dan dalam keadaan cuaca panas rasanya masih ok kan. Saya tak nak lah takut atau fobia tak tentu pasal hingga menyekat aktiviti seharian atau kegemaran kita. 

Seperti kita semua tahu mereka yang +ve hiv amat mudah mendapat jangkitan tibi. Apa pun usah risau sangat kita berserah pada Allah, saya dulu pernah stop terus dari berjemaah dimasjid bila asyik terdengar bunyi orang batuk atau bersin dan amat risau terkurung dalam kapal terbang tapi lama-lama dah ok dah. Seperti saya katakan tadi saya berserah pada Allah dan berdoa agak diri tidak terkena jangkitan penyakit-penyakit bahaya yang lain, disamping kita cuba menjaga kesihatan diri dan melindungi diri sebaik mungkin.

Nyamuk Ades penyebab demam denggi
Oppsss... nyamuk pun boleh tahan banyaknya kat Lo King ni terutama kalau kita datang awal pagi, maybe terlepas dari persembunyian dalam kotak-kotak barang yang dibawa peniaga kat situ kut. Ya takut denggi lah pulak ni. 

Terbaca kisah adik lelaki penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi yang berusia 16 tahun, Mohd Amirul Izzat meninggal kerana demam denggi di Hospital Universiti Sains Malaysia. Muda sangat lagi kan. Hanya kerana seekor nyamuk yang kecil kita boleh tewas. 

Al Fatihah buat arwah.




6 comments:

  1. Saya kalau barang-barang antik ni bukan nak beli tapi suka tengok... melayan mata

    ReplyDelete
  2. Saya suka barang2 lama ni.. Dah kumpul2 pinggan mangkuk lama, radio lama pun saya ade satu. Tapi skang ni banyak nak pakai duit kan, so saya kena kurangkan sikit la hehe. Btw, Lo king ni kat mana Naj?

    ReplyDelete
  3. one of my peberet place.
    sejak zaman kecik kecik, selalu jugak lah datang sini.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum....Najmi ari tu saya cuba buka entry tentang flea market ni..saya ingatkan awak saja hidekan..sbb dua x buka tak dapt..entahlah mungkin masa tu line x
    baik..ni macam tergerak nak klik lagi..sbb dlm kepala ni berlegar tentang NYAMUK..
    ok.. maklumat ini benar atau tidak saya tak pasti tau...seorag doktor yg baru saya temui tu ada memberitahu bahawa nyamuk sebenarnya boleh bertindak sebagai agen menyebarkan pemindahan
    virus HIV kepada org lain..takut juga rasanya..beliau beritahu sumber bukti yg diperolehi dari salah seorang penghuni pusat serenti yg terlibat dgn menjual dadah..semasa dimasukan ke situ beliau bebas dari HIV..tetapi akhirnya mendpt HIv semenjak ditahan disitu...beliau bukan mengamalkan aktiviti songsang dan menghisap dadah...cuma ditahan kerana mengedar dadah dlm peratusan yg kecil jer...

    Najmi mungkin awak boleh dapatkan maklumat yg benar tentang fakta ini...Najmi siasat tau...harap2 itu bukan fakta yg benar kan....?

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  5. Anonymous syukran jazillan,

    Info yang awak tahu dari doktor itu sesuatu yang salah... sama seperti kisah bdudak dpt HIV bila makan buah yang ada darah PLHIV. Berita ini sengaja digembar gembur agar orang semakin takut untuk hidup dan tinggal dg PLHIV. Saya percaya kalau nyamuk boleh menyebarkan HIV pasti berjuta-juta manusia di dunia yang tak berdosa sudah dijangkiti HIV.

    Kalau benar sudah tentu sejak dulu lagi pakar sudah beritahu pekara sebenar. Nyamuk bukan penyebar HIV jangan kita ungkit sesuatu pekara yang boleh buat diri kita PLHIV semakin disisih oleh masyarakat, jangan kita perbesarkan sesuatu yang tidak benar sehingga boleh meningkatkan stigma dan diskriminasi masyarakat kepada PLHIV.

    Saya percaya kalau masyarakat percaya cerita doktor diatas pasti semua PLHIV akan di kurung disatu tempat.....Saya pasti cerita itu hanya rekaan dr mereka yang tidak bertanggung jawab. Jangan percaya dan jangan penatkan fikirankan memikir tentang pekara tersebut.

    Sampai hari ini saya nyatakan yang "Nyamuk bukan agen penyebar HIV"

    Ya entry ni saya hide kan dulu dan baru sahaja tegerak nak buka balik.... :)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST