Monday, 16 January 2012

BUAH DELIMA ATAU POMEGRANATE

Saya memang tak tahu tentang khasiat buah ni yang saya tahu setiap buah di muka bumi Allah ini sudah tentu mempunyai kebaikan untuk tubuh badan. 

Tidak pulak saya mencari tentang khasiat buah ni di internet, tak terfikir pun nak mencari sehinggalah saya membaca tentang rahsia buah delima yang di "share" kan oleh saudara Luka Rafieqa, yang saya rasa sangat menarik untuk di sharekan disini 

Buah Delima atau Pomegranate
Kelihatan penjual jus buah delima di Kashgar

Dibawah ini komen post dari Luka Rafieqa tentang Rahsia Buah Delima

Salam

Terima Kasih Abang Fareez kerana mempromosi Jus Buah Delima atau Pomegranate
 

Buah delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.
 

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.
 

Kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.
 

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.
 

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.
 

Delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyanyuk atau penyakit Alzheimer.
 

Kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.



Rahsia Buah Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, 


"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. 

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? 

Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?
Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam. Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. 


Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. 

Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.
 

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.
Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. 

Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. 

Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: 

"Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". 

Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. 

Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. 

Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. 

Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. 

Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. 

Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. 

Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. 

Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. 

Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.


Mulai sekarang kena lah saya lebih peka mencari buah delima ni, rasanya buah ni ada disekitar kita cuma nya saya saja yang tidak kenal dan tak ambil kisah tentang buah ni. 

Sebatang jalan di kampong pun ada yang dinamakan dengan Jalan Delima, tapi saya apa kisah tentang jalan tu dulu, cuma sekarang baru teringat tentangnya. Kalau jus yang dipaketkan tu rasanya banyak dipasarankan tapi kenalah rajin mencari.

Oppssss… apa pun sekarang saya dah lebih kenal dengan buah ni………Alhamdulillah.

Lagi kisah jus delima disini "NAR EKSISI JUS BUAH DELIMA"



MAAF SEBAHAGIAN BESAR ENTRY DISINI SAYA SUDAH DELETE KAN :(  

15 comments:

  1. Buah Delima memang bagus jadi ubat :)

    ReplyDelete
  2. Tu pasal lah AS saya pun baru tahu hehehe....

    ReplyDelete
  3. Buah yang sedap. Kat malaysia kalau jual pun tak merah macam ni .pink jer. Abah AO suka beli..

    :)

    owh blogspot dah letak btang reply kat semua komen kecuali blog2 yang guna custom dan juga ada yang tuko setting. :)

    ReplyDelete
  4. boleh hubungi bro fareez fauzi melalui emel utk mendapatkan harga kilang jus delima yang diimport daripada turki (kalau tak salah).

    saya mengamalkannya, alhamdulillah badan tak terasa lesu sgt kerana saya pengidap diabetes dan anemia. WA

    ReplyDelete
  5. AO - saya suka air jambu
    AHP - insyaallah kalau teringin saya cari Fareez Fauzi nanti

    ReplyDelete
  6. nak kena cari buah delima ni.

    menarik baca trip ke china tu

    -uzzi-

    ReplyDelete
  7. azam jgk amalkan jus pati delima abg fareez fauzi..

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. BOLEH , ABANG BOLEH TOLONG DAPAT JUS TU. HARGA KILANG SAJA. JGN RISAU BG CUMA TOLONG KAWAN2 DAN TAK AKAN AMBIL UNTUNG SEKADAR MAU ADIK2 ABAG SIHAT. TU AJE.

      HARGA KILANG YANG PALING MURAH YANG ABANG DAH JUMPA IALAH RM12.00 SEBOTOL TETAPI KENA AMBIL SEDOZEN(12 BOTOL) BARU DAPAT HARGA TU.

      NANTI KALU DTG KE PENANG BOLEH KITA PERGI CARI , NO HAL.

      SALAM TERAMAT SAYANG BUAT SEMUA.

      FAREEZ FAUZI

      Delete
  9. uzzi
    awak masih sempat membaca seluruh entry disini kerana sebahagian besar telah pun saya delete sekarang, bimbang pulak takut orang yang mengenali kenal saya ketika membaca nya nanti

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Salam semua,
    Macam mana yea nak hubungi abg Farezz?
    tgh mencari2 supplemen kesihatan yg menyokong kesihatan sebagai PLHIV...
    nak juga kongsi pengalaman saudara semua apa yg mereka makan..

    ReplyDelete
  12. Anonymous

    Jika awak nak hubungi abg Fareez

    cuba email kat dia

    fareez701777@hotmail.com
    (Fareez Fauzi - Penang)

    ReplyDelete
  13. Salam Abg Naj Mi, semoga sihat & dipelihara Allah SWT sll...aamiin
    Saya selalu mengikuti blog HMD ini...byk info tentang PLHIV & dilema mereka yg dpt saya ketahui, trm ksh...saya jg mempunyai seorg sahabat karib yg br didiagnosis HIV menjelang perkahwinannya..alhamdulillah, bakal isterinya yg berpengetahuan agama yg baik menerimanya seadanya... saya sokong usaha abg Naj Mi yg melakukan pendekatan secara hikmah & Islamik utk membantu para PLHIV yg kebanyakannya sgt tertekan...
    Pengetahuan agama yg baik & seorang sahabat yg memahami & sedia mendengar masalah merupakan kekuatan utama bg seseorg PLHIV utk terus bermotivasi dlm meneruskan hidup...syabas abg Naj Mi atas usaha2 itu (Y) ...

    Saya pun ada bekalkan jus pati delima & produk2 Asia Barat/Negara2 Arab serta makanan sunnah seperti Jus Delima Nar Eksisi, Minyak Zaitun (Virgin Olive Oil), Habbatus Sauda (Bijian & Pati), Cuka Kurma (Khal) & Cuka2 Epal, Delima, Madu Lebah & sebagainya...
    Semua produk halal & baik (toyyibah) inshaAllah serta asli, seperti makanan biasa jadi logiknya tiada masalah dengan pengambilan ubat-ubatan/dadah perubatan...

    Yakinlah tiada penyakit tanpa penawar & makanan sunnah sgt membantu (inshaAllah)
    Boleh hubungi saya utk harga yg terbaik... shahrul.niaga@gmail.com atau 013-515 3518


    Yg benar,
    Akhi Shah

    ReplyDelete
  14. Terima Kasih Akhi Shah,

    Semoga rakan saudara dipermudahkan kehidupannya kelak, insyaallah jika ada pembaca yang inginkan product yang dibekalkan oleh saudara mereka bolehlah hubungi saudara....:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST