Wednesday, 4 January 2012

KISAH GIGI

AMBIL DARAH

Hari ini, awal pagi lagi saya dah begerak ke hospital untuk diambil darah, walaupun datang awal, kaunter pun belum dibuka lagi tapi dah berbaris ramai orang. Semua tak sayang darah ni hehehe. Ok lah dapat numbar 18, pun kena tunggu hampir 2 jam kat situ. Kelihatan ramai orang yang dah pencen datang untuk diambil darah, biasanya kalau nampak para pakcik-pakcik yang sah datang untuk check darah kerana kencing manis, mereka ni datang kemas bersih lebih berseri kalau berkopiah putih. 

Macam ni lah kalau kita nak ke hospital tidak kiralah untuk ambil darah, jumpa doctor atau menemani si pesakit. Kita kena kemas dan bersih biar orang nampak kita tidak seperti orang sakit. Kalau dah terlantar atau sakit amat teruk tu tak boleh buat apa lah kan. Apa yang saya perhatikan kebanyakannya orang cina, ya Allah rasanya iaorang ni celek mata capai kunci motor terus datang ke hospital, dengan rambut yang kusut masai, kita yang nak duduk sebelah dia orang pun rasa tak selesa. 

Memang bangsa ni tak suka mandi pagi, ingat masa zaman sekolah dulu seorang mamat cina ni tergesa-gesa naik bas sekolah (maybe bas awam lupa pulak saya ni), geli hati tengok ia pakai baju terbalik dan keadaan rambut ia macam saya cakap celek mata capai beg sekolah terus keluar rumah hehehe. 

Di hospital tadi nampak seorang lelaki melayu dalam lingkungan 40 an juga, duduk atas kerusi roda di tolak isteri yang cantik bertudung, otak saya tiba-tiba berkata sembahyang subuh kah abang ni tadi. Kalau dilihat keadaannya seperti lepas bangun dari katil. Entah kenapa, dulu benda-benda ni tak pernah saya fikirkan tapi sejak mendapat hidayah hiv ni orang lain yang tidak solat pun saya nak ambil kisah. 

Apa pun saya fikir yang positif aje lah, mungkin abang kat kerusi roda tu dah solat. Jika tidak solat pun hati hanya mampu berdoa pada Allah, yang terbaik buat diri ia.


Part.... ambil darah ni memang saya ni gerun sikit hehehe. Sebenarnya tak sakit mana tapi “seriau” tu yang lebih. Tadi masa menunggu lagi dekat numbur nak di panggil lagi ligat mulut ni berselawat. Ternampak pulak gelagat seorang nyonya ni berpatah balik kerana darah di lengan tetap mengalir keluar walau selepas di tutup kapas pun. 

Kali ni saya kena sampai 6 biji botol kecil darah nak diambil, dalam takut-takut manja tu, nahhh kau… kena 2 kali cucuk hehehe. Satu kat pelipat lengan tangan dan satu lagi kat atas belakang tangan. Siot betoi….. nurse tu ambil darah tak cukup. Apa pun semuanya selamat. Insyaallah awal bulan Feb depan akan berjumpa doctor lah pulak.

                                            
MAK SAUDARA

Beberapa hari lalu saya temankan mak saudara (adik mak saya lah) ke hospital pakar gigi di hospital ni. Gigi ia yang dah rosak kena cabut sebelum menjalani pembedahan lutut. Hampir 5 batang yang perlu di buang. Hari itu ia hanya cabut sebatang dulu. Memang saya lah yang selalu teman kan ia kalau ke hospital.

Tentang mak saudara saya ni, dua laki bini ada penyakit. Sakit jantung, darah tinggi, sakit lutut susah berjalan macam-macam penyakit lain. So bila saya tengok mak saudara saya yang terpaksa berulang alik ke hospital sama ada di sini atau ke KL saya rasa insaf dan bersyukur kerana keadaan saya tidak seteruk mereka. 

Mak saudara saya ni dulu dah belah perut kat Hospital KL, baru-baru ni doctor kata nak belah lagi kerana kedudukan organ operation dulu dah tidak betul, so kena perbetulkan balik, kemungkinan tahun ini jugak lah kena operate. Menolong dan mengembirakan orang sakit sangat baik, Allah beri ganjaran yang besar jika kita mempermudahkan kesusahan yang menimpa hamba Allah yang lain kan. 

Pernah mendengar kuliah agama di masjid tentang beruntungnya orang yang menziarah serta orang yang menjaga orang yang sakit. Ustaz bagi contoh kalau kita ada hal mustahak pada hari ini, tiba-tiba jiran mengajak menemani ia ke hospital maka lebih afdal dan paling baik kita ketepikan hal yang mustahak tu dan kita pilih menemaninya ke hospital. Sesungguhnya pahala yang besar buat diri kita

Alhamdulillah selagi mampu selagi ada kudrat saya akan membantu mak saudara saya ni dan sesiapa saja yang lain insyaallah. Bukan apa kita ni pun bila esok dah tak larat entah siapa yang akan menolong so elok lah saya cuba membantu pada mereka yang perlukan pertolongan sekarang, kelak esok Allah membuka pulak hati seseorang lain untuk menolong saya kan hehehe. Kalau kita sombong dan tak "ringan tulang" sekarang, nanti esok takut adik beradik atau anak sendiri pun boleh lari dari kita kan. Apa tah lagi seorang yang dinamakan kawan. Allah maha berkuasa.

Macam ni lah bedah lutut ya
Tentang masalah kedua-dua lutut mak saudara saya ni pulak, maybe pada bulan April tahun ini kena operate masuk besi kut, kos besi tu pun mencecah RM17,000. Tak pa lah suami ia pesara kerajaan so “Free of Charge” lah. 

Nasib baik mak saudara ni tabah orang nya sentiasa bersemangat dan tidak ada rasa gentar di operate. Kalau saya nak ambil darah pun dah rasa “seriau” ni kan pulak belah perut. Tu pasal lah saya ni kena selalu bersyukur dan selalu kena faham tentu ada orang lain yang lebih teruk dari apa yang dialami oleh diri kita kan.

Ok berbalik tentang gigi ni, selalu juga saya baca beberapa artikel tentang gigi yang rosak antara punca timbulnya berbagai penyakit dalam badan. Senang cakap kuman-kuman kat gigi tu akan masuk ke dalam tubuh melalui kerongkong dan ke usus mengikut aliran masuk bersama makanan dan minuman serta air liur yang kita telan. Ikut logik akal betul juga kan bagi tau budak kecil pun mereka akan faham. 

Saya difahamkan juga masalah jantung berkait rapat juga dengan masaalah kesihatan gigi seseorang juga. Tapi kenapa doctor yang nak operate lutut tu nak pastikan pulak tahap kesihatan gigi seseorang pesakit tu diperingkat yang baik sebelum operation ya….??? Ok lah kita ikut jer cakap doctor, iaorang tentu lebih faham kan. Bagi yang +ve hiv kat luar sana bila doctor dah suruh mula makan ubatan Haart jangan degil dan ikut cakap doctor tu.

Ikut pengalaman saya yang tidak seberapa ni, kebanyakan orang melayu tidak mengambil berat tentang penjagaan dan  kebersihan gigi. Kadang-kadang ketika berbual bau busuk punca gigi yang rosak amat kuat sangat menganggu. Pada pendapat kita lah rasanya semua dapat tahu membezakan antara bau mulut seseorang ketika bangun tidur, bau ketika mulut kering, bau mulut seseorang yang makan makanan seperti petai, jering atau bawang putih, semua ini berbeza dengan bau dari gigi yang rosak tu kan. 

Nak saja saya sama kan macam bau “limbah” atau bau longkang bertakong. Saya paling tak tahan kalau terbau gigi busuk yang rosak seseorang ketika solat berjemaah di masjid, kalau bau mulut kering atau bau petai dan durian masih ok jugak tapi bau gigi rosak amat menganggukan solat kita, so ketika itu lah hati ni berdoa “Ya Allah hilangkan lah bau busuk mulut ia”  Minta juga dijauhi saya menjadi seperti itu, alhamdulillah buat masa ini dah tidak ada gigi saya yang rosak dalam mulut ini, mudah-mudahan berkekalan lah hendaknya.


Dulu gigi saya ni pun banyak juga yang rosak, terutama gigi geraham, tu pasal habis semua saya cabut terutama selepas disahkan positif ni. Yang sumbing pecah akibat accident dulu pun masih ada dan dapat dirasa dengan lidah. 

Pernah dulu deman kuat kerana gigi yang sakit, berdenyut-denyut yang amat sangat. Memang tak tahan. Apa pun semuanya kerana Allah. Sakit gigi kerana kecuaian kita menjaga dengan baik juga kerana Allah. 

Allah nak sedarkan kita tentang pentingnya menjaga kesihatan gigi, bila sakit baru nak jaga kalau tidak sakit tak pernah nak berjaga. Sama lah juga dengan apa jua ujian yang menimpa semua tu kerana kehendak Allah antara sebabnya ialah nak menyedarkan kita. Betoi tak.

Bagi kita yang positif HIV ni, kenalah usaha lebih sikit dan kena rajin menjaga kesihatan gigi kita semua kan.

Kehidupan Yang Positif
Di bawah ini saya selitan sedikit catatan soal jawab ringkas yang saya ambil dari buku ringkas “Kehidupan Yang Positif” yang dikeluarkan olah Majlis Aids Malaysia’ untuk renungan bersama.

Mulut dan gigi merupakan bahagian badan yang cenderung untuk mendapatkan jangkitan apabila anda HIV- positif. Ia disebabkan oleh system daya tahan badan anda yang lemah. Ini bermakna anda mungkin memerlukan penjagaan dan rawatan yang lebih kerap. Selain itu, tanda-tanda awal perkembangan HIV boleh dikesan di dalam mulut. Sebahagian yang kita sedia maklum, mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Orang biasanya beranggapan bahawa penjagaan mulut dan gigi yang sempurna adalah sesuatu kemewahan. Mulut yang sihat adalah penting untuk mengunyah dan menelan makanan. Ia adalah penting untuk mengekalkan penampilan dan keyakinan diri.


Anda akan menemui soalan-soalan yang biasa di tanya berhubung penjagaan mulut dan gigi didalam bahagian ini yang mungkin boleh membantu anda memahami kepentingan penjagaan mulut dan gigi bagi mereka yang HIV positif.

Berapa kerapkah perlu saya berjumpa doctor gigi?
Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sekali. Lebih kerap jika anda mengidap kudis dalam mulut.

Saya tidak mampu mendapatkan perkhidmatan penjagaan gigi swasta. Apa yang perlu saya lakukan?
Terdapat klinik gigi kerajaan dikebanyakan bandar. Kosnya adalah murah. Anda boleh membuat pertanyaan di klinik-klinik tersebut berkaitan kos yang dikenakan.

Bilakah saya patut pergi berjumpa pakar gigi?
Anda mungkin perlu berjumpa dengan pakar gigi untuk masaalah mulut dan gigi yang rumit. Anda perlukan surat rujukan daripada mana-mana doctor untuk berjumpa dengan pakar gigi kerajaan.

Perlu kah saya membayar untuk berjumpa dengan pakar gigi kerajaan?
Ya, tapi caj/yuran yang dikenakan adalah murah.

Perlukah saya memaklumkan kepada doctor gigi berkenaan status HIV saya?
Ia adalah keputusan peribadi anda sama ada hendak memaklumkan status anda atau tidak. Walau bagaimanapun, memaklumkan kepada doctor gigi berhubung status HIV anda akan membantu beliau mengendali dan memantau dengan lebih baik kesihatan gigi anda. Semua doctor gigi bertauliah dikehendaki mengambil langkah berjaga-jaga berhubung kawalan jangkitan yang boleh mengelakkan jangkitan HIV atau berjangkit melalui darah kepada kakitangan pergigian dan pesakit-pesakit lain.

Adakah sebarang pekara yang perlu saya pertimbangkan sebelum saya memutuskan untuk berjumpa doctor gigi?
Berikut adalah beberapa panduan yang boleh anda ikuti.
1) Pilihlah doctor gigi yang boleh dibawa berbincang, mampu menenangkan dan membuat anda berasa selesa.

2) Pilihlah diktor gigi yang memahami keadaan anda dan yang sedar berhubung kesan AIDS terhadap kesihatan mulut dan pergigian.

3) Pilihlah doctor gigi yang mempunyai pengalaman merawat pesakir HIV.

4) Pilihlah doctor gigi yang mengambil langkah berjaga-jaga berhubung kawalan jangkitan untuk mengelak jangkitan HIV  kepada orang lain dengan mengunakan:
  . Alatan perlidungan seperti sarung tangan, pelindung muka dan lain-lain
  . Membersihkan semua peralatan selepas digunakan.

5) Pilihlah klinik dimana semua kakitangannya boleh membuat anda berasa selesa.


4 comments:

  1. Salam,
    Baru je suruh suami jaga gigi dia juga, rajin2 gosok sebelum tido. tq for the info.

    ReplyDelete
  2. sama-sama, memang penting penjagaan gigi ni

    ReplyDelete
  3. it's clue ye najmi...?
    mmm...terfikir kat sini..kat hospital ni...:-)


    syukran jazillan

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST