Sunday, 29 January 2012

VITAMIN B17

B17 aprikot terapi metabolik kanser


Kanser Payudara

Entah kenapa suka sangat saya bila membaca tentang vitamin B17 ini, so saya kongsikan maklumat tentang vitamin ini disini.
Tidak dinafikan lagi bahawa kanser adalah penyakit kronik yang menggerunkan masyarakat kerana ia bukan sahaja menyebabkan penderitaan malah menjadi punca kematian.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 10 juta kes baru kanser dikesan setiap tahun. Pada 2008, sejumlah 7.6 juta orang dilaporkan mati akibat kanser. Lebih membimbangkan melalui statistik yang dikeluarkan itu, dianggarkan kadar pesakit kanser akan meningkat sebanyak 12 juta kes pada 2030.

Data Majlis Kanser Nasional (MAKNA) pula merekodkan seramai 45,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun dengan tiga daripada empat pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh.

Menurut pakar pemakanan dan perubatan dari seluruh dunia, punca peningkatan bilangan kes kanser ini dikaitkan dengan faktor pemakanan yang tidak seimbang.
Ini kerana, pada zaman teknologi serba moden dan canggih, hampir 90 peratus makanan seharian bersifat asid dan mengandungi kadar aditif yang tinggi dan kurang berzat.

Akibatnya, tubuh badan berasid seterusnya menyebabkan sistem antibodi dan imunisasi akan menjadi lemah dan boleh mengundang penyakit kronik terutamanya kanser.

Vitamin B17 Aprikot

Sebarang pencarian mengenai rawatan dan pencegahan kanser akan membawa kepada penemuan vitamin B17. Mungkin bagi sesetengah individu vitamin B17 terlalu asing dan agak sukar untuk mempercayainya, namun ia sebenarnya telah lama ditemui dan terbukti mampu membantu terapi kanser.
Vitamin B17 adalah penawar semulajadi yang terdapat pada lebih 1200 jenis tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan terutamanya biji aprikot.

Malangnya tabiat pemakanan kita hari ini telah mengetepikan dan mengurangkan penggunaan B17 yang rasanya agak pahit tetapi berkesan mencegah kanser.
Kenyataan tersebut disokong oleh bukti kejayaan hasil penemuan pada 1950 oleh pakar biokimia, Dr. Ernest T Krebs yang berjaya mencungkil rahsia kehebatan vitamin B17 dalam rawatan kanser.

Selain itu beberapa saintis perubatan yang lain juga turut memperakuinya. Antaranya, Dr. Micheal Tait, Fountain of Life Clinic, Gold Coast, Australia yang berkata: “Kanser adalah penyakit metabolik, terdapat bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan Vitamin B17 dalam makanan harian menjadi penyebab utama seseorang mendapat kanser.”
Pakar Kanser Jerman, Dr. Dean Burk pula berkata; “Di bawah mikroskop, kami masukkan B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali.”

Kanak-kanak di Lembah Hunza Pakistan
Daripada penyelidikan, biji aprikot yang menjadi makanan kaum Hunza menjadikan mereka bebas kanser,sihat dan lanjut usia sehingga lebih 120 tahun.

Hasil kajian juga mendapati haiwan liar tidak akan dijumpai mati akibat kanser sebaliknya haiwan yang dipelihara di dalam zoo kemungkinan besar akan mati akibat kanser walaupun diberi makanan yang kaya nutrient namun tidak mengandungi vitamin B17.

Jepun adalah contoh terbaik kerana merekodkan kadar kanser paling rendah di dunia. Walaupun dikatakan negara serba moden serta mempunyai persekitaran kehidupan yang kian terancam akibat kemodenan, namun negara tersebut mempunyai kadar kesihatan tinggi dengan usia mencecah 90 tahun, impak daripada pengamalan diet seimbang yang mengandungi vitamin B17.

Terapi kanser
Pakar perubatan berpengalaman dan bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM yang juga penaung produk Apricon Farmas Health, Profesor Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui biji aprikot mengandungi vitamin B17 paling tinggi berbanding tumbuhan lain dan dapat membantu mencegah dan merawat penyakit kanser.

Dalam terapi metabolik, apabila vitamin B17 bertindak balas dengan sel kanser, enzim betaglucosidase dalam sel kanser itu berupaya menguraikan elemen vitamin B17 seterusnya mematikan sel kanser.

Vitamin B17 sememangnya cukup unik kerana tugasnya hanya menyerang sel kanser dan sel-sel yang tidak normal.

Ia juga dapat membantu meningkatkan keseimbangan PH dalam tubuh, memperlahankan penyebaran kanser, mengurangkan kandungan kolestrol dan membantu merawat penyakit jantung dan diabetes.

Buah Aprik
 Bagaimanapun katanya, biji aprikot mentah yang dimakan begitu sahaja amat berbahaya kerana terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantarannya ke Malaysia dan boleh menyebabkan keracunan serta kesan sampingan yang negatif terhadap tubuh badan.

Menyedari hakikat tersebut, syarikat pengeluar barangan kesihatan, TK Farmas Solution & Industries mengeluarkan satu produk berasaskan vitamin B17 Aprikot yang dikenali sebagai 

Apricon Farmas Health.

 Apricon Farmas Health adalah produk terunggul di Malaysia dengan formulasi hebat 100 peratus biji aprikot yang dikisar halus dengan kawalan farmaseutikal tinggi tanpa sebarang campuran bahan kimia bagi mengekalkan kandungan vitamin B17 paling optimum, yang amat diperlukan oleh manusia untuk meningkatkan sistem ketahanan dan imunisasi tubuh badan.

Sementara itu, Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa berkata; “Apricon Farmas Health kaya dengan vitamin B17 dan dapat membantu meningkatkan kecergasan seseorang sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan.

Produk Apricon farmas Health tidak perlu diragui kerana telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan kini berada di pasaran. 



APRICON adalah produk makanan kesihatan anti-kanser yang dikeluarkan oleh FARMAS HEALTH. APRICON mengandungi 100 peratus aprikot kernel yang dikisar halus setelah menjalani proses sinaran UV yang kaya dengan Vitamin B17, atau dikenali juga sebagai amygdalin atau Laetrile yang mampu membunuh sel-sel kanser dan merawat pesakit kanser yang kronik.

Vitamin B17 atau Laetrile juga mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan tubuh badan serta mampu meningkatkan kecerdasan dan tahap kesihatan seseorang individu. Komponen Vitamin B17 atau Amgdalin yang terdapat dalam APRICON ini berfungsi sebagai agen kimoterapi semulajadi yang mampu melawan kanser secara efektif .

Berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan, B17 atau amgdalin yang terdapat dalam APRICON mampu merawat dan memulih masalah sistem metabolik dan menstabilkan sistem tubuh badan yang berfungsi secara tidak normal.

Keberkesanan APRICON dalam merawat dan mencegah pelbagai jenis penyakit kanser dan penyakit kronik yang lain telah jelas terbukti dan diakui ramai terutamanya para penguna yang telah menggunakan poduk APRICON ini.

Antara khasiat APRICON ialah:

1) Payudara, kanser Serviks, Kanser Otak, Kanser Hati, Kanser Tulang, Kanser Lympoma, Kanser Uterus, Kanser Perut, Kanser Prostat, Kanser Ovari, Kanser Colon, kanser Paru-paru, Kanser Usus, Kanser kulit dan lain-lain lagi
2) Mampu merawat penyakit kronik yang lain seperti penyakit Kencing Manis, Jantung, Darah Mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit kanser seperti; Leukimia, kanser Tinggi, Gout, Parkinson & Asma.
3) Mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi & Kolestrol dalam darah
4) Mengimbangkan kandungan gula dalam darah
5) Meningkatkan kesihatan mental & memori
6) Membersihkan arteri
7) Mengurangkan masalah sakit sendi
8) Membantu masalah buasir
9) Berfungsi sebagai tonic dan antioksidan yang dapat menyingkirkan toksin dalam badan.
10) Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
11) Menyelesaikan masalah haid tidak teratur dan keputihan
12) Mampu merawat masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran Uv, gatal-gatal & alahan.
13) Menyelesaikan masalah jerawat dan resdung
14) Menghaluskan kulit
15) Anti penuaan.

Sumber -  utusan online
              -  http://www.farmashealth.com.my/apricon.html

         

Friday, 20 January 2012

PENYAKIT KELAMIN (STD) - VIDEO


UNTUK PERINGATAN BUAT DIRI SENDIRI.

video

UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA........

Yang sihat diluar sana jangan ingat diri selamat, kerana penyakit seperti ini tidak mengira mangsa. Suri rumah yang 24 jam taat duduk dalam rumah pun boleh mendapat jangkitan seperti ini akibat salah sang suami, ini kan pulak para remaja yang bebas di luar sana. Menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna. Terutama para remaja yang membuka blog ini, tidak kira lelaki atau perempuan sama-sama lah kita renung photo-photo dalam video diatas, moga ada keinsafan dan diberi Allah rasa takut setiap kali kita terpandang gambar-gambar penyakit kesan akibat pergaulan bebas.


Thursday, 19 January 2012

HIV - HUMAN IMMUNODEFICIENCY VIRUS - VIDEO

video
  
TARGETING HIV REPLICATION 




Agak sukar nak kita faham kesemua istilah-istilah yang disebutkan disini, apa pun jika diulang tayang berkali-kali video diatas, sedikit demi sedikit kefahaman tu datang dengan sendiri. Video diatas ini antara yang terbaik pernah dihasilkan (memetik komen seorang yang telah menontonnya sebelum ini)


Monday, 16 January 2012

BUAH DELIMA ATAU POMEGRANATE

Saya memang tak tahu tentang khasiat buah ni yang saya tahu setiap buah di muka bumi Allah ini sudah tentu mempunyai kebaikan untuk tubuh badan. 

Tidak pulak saya mencari tentang khasiat buah ni di internet, tak terfikir pun nak mencari sehinggalah saya membaca tentang rahsia buah delima yang di "share" kan oleh saudara Luka Rafieqa, yang saya rasa sangat menarik untuk di sharekan disini 

Buah Delima atau Pomegranate
Kelihatan penjual jus buah delima di Kashgar

Dibawah ini komen post dari Luka Rafieqa tentang Rahsia Buah Delima

Salam

Terima Kasih Abang Fareez kerana mempromosi Jus Buah Delima atau Pomegranate
 

Buah delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.
 

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.
 

Kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.
 

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.
 

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.
 

Delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyanyuk atau penyakit Alzheimer.
 

Kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.



Rahsia Buah Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, 


"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. 

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? 

Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?
Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam. Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. 


Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. 

Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.
 

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.
Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. 

Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. 

Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: 

"Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". 

Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. 

Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. 

Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. 

Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. 

Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. 

Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. 

Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. 

Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. 

Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.


Mulai sekarang kena lah saya lebih peka mencari buah delima ni, rasanya buah ni ada disekitar kita cuma nya saya saja yang tidak kenal dan tak ambil kisah tentang buah ni. 

Sebatang jalan di kampong pun ada yang dinamakan dengan Jalan Delima, tapi saya apa kisah tentang jalan tu dulu, cuma sekarang baru teringat tentangnya. Kalau jus yang dipaketkan tu rasanya banyak dipasarankan tapi kenalah rajin mencari.

Oppssss… apa pun sekarang saya dah lebih kenal dengan buah ni………Alhamdulillah.

Lagi kisah jus delima disini "NAR EKSISI JUS BUAH DELIMA"



MAAF SEBAHAGIAN BESAR ENTRY DISINI SAYA SUDAH DELETE KAN :(  

Thursday, 5 January 2012

HALANG PENGIDAP HIV/AIDS BERKAHWIN

Nizar Jamaluddin

Gerakan bidas cadangan MB Perak supaya pembawa HIV dikuarantin

IPOH: Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn hari ini membidas cadangan yang dikemukakan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam bahawa pembawa HIV tidak boleh dibenarkan berkahwin dan sebaliknya harus dikuarantin untuk rawatan.

Menyifatkan idea itu sebagai primitif, Chang berkata idea seumpamanya telah dikutuk di seluruh dunia dan tidak diterima untuk menyelesaikan masalah Aids.

"Pembawa penyakit ini mesti dilayan sebagai manusia dan bukannya dipinggirkan. Ia hanya memisahkan mereka daripada masyarakat dan menyebabkan pembawa merahsiakan masalah mereka," katanya dalam satu kenyataan.


"Ini akan meningkatkan lagi jangkitan penyakit jika perkara ini disembunyikan dan pembawa tidak bersedia untuk mendapatkan rawatan secara terbuka," katanya.

Chang, yang juga Pengerusi Gerakan Perak, berkata cadangan Mohammad Nizar itu menunjukkan ketidakprihatinan dan kegagalan Menteri Besar Perak itu memahami penyakit berkenaan. Beliau berkata ia juga menunjukkan kegagalan kempen kerajaan mengenai kesedaran penyakit HIV kerana pemimpin politik sendiri masih jahil, apatah lagi rakyat biasa.

Chang menggesa para pemimpin politik mengkaji masalah dengan teliti sebelum mengemukakan cadangan yang tidak membantu dan menimbulkan perbalahan sehingga boleh menyebabkan masyarakat kembali ke Zaman Kelam. - BERNAMA 


Penjelasan Nizar Jamaluddin berkenaan isu ini;


Di kala ini sibuk wartawan dan media bertanya kepada saya pendapat mengenai mangsa aids dan pembawa kuman positiv HIV. Isu ini sengaja dibesarkan oleh akhbar khusus berbahasa Inggeris bagi menunjukkan kuno dan tidak liberalnya saya mengenai hak asasi manusia.

Saya beri tahu mereka dalam konteks pesakit AIDS dan pembawa HIV positif sahaja iaitu mereka yang masih belum berumahtangga. Saya tidak menyentuh mereka yang telah berkahwin dan mungkin mempunyai anak.

Maka untuk pesakit bujang yang sah pembawa kuman HIV, saya cadangkan di "kurung"(quarantine) dalam wad khas di hospital dan menerima rawatan dan perhatian khusus dari doktor. Ini dilakukan oleh banyak hospital di barat termasuk di Australia. Cadangan begini juga telah dicadangkan oleh Dato Seri Mufti Perak pada satu ketika dahulu dan beliau telah dikecam hebat oleh mereka yang memperjuangkan hak asasi manusia.

Pendekatan saya mudah. Jangan dibenarkan mereka berumah tangga. Ini bukan sahaja kepada orang Islam, namun untuk semua warga dean rakyat. Ini dia keadilan. Maka saya dikecam. Kononnya menyekat hak mereka untuk kahwin.

Saya tanya balik mereka yang memperjuangkan hak asasi ini adakah mereka bersetuju jika anak-anak dara mereka berkahwin dengan bakal suami yang pembawa kuman HIV atau pesakit AIDS? Memang dalam Islam segala kedaifan bakal calun (lelaki dan perempuan) mesti diberitahu dan di nyatakan. Selepas diumumkan, terpulang kepada pasangan sama ada bersetuju nak meneruskan berumah tangga atau tidak.

 Sumber penjelasan DISINI


Masjid Negeri Ipoh Perak

Ya, saya masih teringat kisah ini beberapa tahun lalu. Masih ingat dikepala, saya bersolat jumaat di Masjid Negeri di bandar Ipoh bersama-sama Nizar dulu yang ketika ia baru sahaja menjawat jawatan Menteri Besar Perak. Dan paling saya ingat kuthbah jumaat ketika itu bercerita tentang stigma terhadap pembawa HIV/AIDS, masih ingat khatib memperingatkan terutama orang-orang melayu supaya tidak meminggirkan atau takut terhadap pesakit HIV/AIDS.

Ya ketika itu sekitar akhir bulan November ketika hampir tibanya Hari Memperingati AIDS Sedunia yang disambut setiap tahun pada 1 Disember. Saya ketika itu duduk di barisan belakang. Terfikir juga bukankah Nizar duduk dibaris hadapan walaupun datang lewat tapi masih gagal mendengar kuthbah yang disampaikan, maybe kepalanya  ingat tentang pekara lain kut ketika itu.

Ya selang beberapa hari selepas itu ketika wartawan bertanya padanya berkaitan golongan pembawa virus HIV/AIDS (PLHIV) sempena Hari AIDS Sedunia,  maka jawabnya...........#*&*_+_&^%$$$##)(*%#!) seperti diatas.


Wednesday, 4 January 2012

KISAH GIGI

AMBIL DARAH

Hari ini, awal pagi lagi saya dah begerak ke hospital untuk diambil darah, walaupun datang awal, kaunter pun belum dibuka lagi tapi dah berbaris ramai orang. Semua tak sayang darah ni hehehe. Ok lah dapat numbar 18, pun kena tunggu hampir 2 jam kat situ. Kelihatan ramai orang yang dah pencen datang untuk diambil darah, biasanya kalau nampak para pakcik-pakcik yang sah datang untuk check darah kerana kencing manis, mereka ni datang kemas bersih lebih berseri kalau berkopiah putih. 

Macam ni lah kalau kita nak ke hospital tidak kiralah untuk ambil darah, jumpa doctor atau menemani si pesakit. Kita kena kemas dan bersih biar orang nampak kita tidak seperti orang sakit. Kalau dah terlantar atau sakit amat teruk tu tak boleh buat apa lah kan. Apa yang saya perhatikan kebanyakannya orang cina, ya Allah rasanya iaorang ni celek mata capai kunci motor terus datang ke hospital, dengan rambut yang kusut masai, kita yang nak duduk sebelah dia orang pun rasa tak selesa. 

Memang bangsa ni tak suka mandi pagi, ingat masa zaman sekolah dulu seorang mamat cina ni tergesa-gesa naik bas sekolah (maybe bas awam lupa pulak saya ni), geli hati tengok ia pakai baju terbalik dan keadaan rambut ia macam saya cakap celek mata capai beg sekolah terus keluar rumah hehehe. 

Di hospital tadi nampak seorang lelaki melayu dalam lingkungan 40 an juga, duduk atas kerusi roda di tolak isteri yang cantik bertudung, otak saya tiba-tiba berkata sembahyang subuh kah abang ni tadi. Kalau dilihat keadaannya seperti lepas bangun dari katil. Entah kenapa, dulu benda-benda ni tak pernah saya fikirkan tapi sejak mendapat hidayah hiv ni orang lain yang tidak solat pun saya nak ambil kisah. 

Apa pun saya fikir yang positif aje lah, mungkin abang kat kerusi roda tu dah solat. Jika tidak solat pun hati hanya mampu berdoa pada Allah, yang terbaik buat diri ia.


Part.... ambil darah ni memang saya ni gerun sikit hehehe. Sebenarnya tak sakit mana tapi “seriau” tu yang lebih. Tadi masa menunggu lagi dekat numbur nak di panggil lagi ligat mulut ni berselawat. Ternampak pulak gelagat seorang nyonya ni berpatah balik kerana darah di lengan tetap mengalir keluar walau selepas di tutup kapas pun. 

Kali ni saya kena sampai 6 biji botol kecil darah nak diambil, dalam takut-takut manja tu, nahhh kau… kena 2 kali cucuk hehehe. Satu kat pelipat lengan tangan dan satu lagi kat atas belakang tangan. Siot betoi….. nurse tu ambil darah tak cukup. Apa pun semuanya selamat. Insyaallah awal bulan Feb depan akan berjumpa doctor lah pulak.

                                            
MAK SAUDARA

Beberapa hari lalu saya temankan mak saudara (adik mak saya lah) ke hospital pakar gigi di hospital ni. Gigi ia yang dah rosak kena cabut sebelum menjalani pembedahan lutut. Hampir 5 batang yang perlu di buang. Hari itu ia hanya cabut sebatang dulu. Memang saya lah yang selalu teman kan ia kalau ke hospital.

Tentang mak saudara saya ni, dua laki bini ada penyakit. Sakit jantung, darah tinggi, sakit lutut susah berjalan macam-macam penyakit lain. So bila saya tengok mak saudara saya yang terpaksa berulang alik ke hospital sama ada di sini atau ke KL saya rasa insaf dan bersyukur kerana keadaan saya tidak seteruk mereka. 

Mak saudara saya ni dulu dah belah perut kat Hospital KL, baru-baru ni doctor kata nak belah lagi kerana kedudukan organ operation dulu dah tidak betul, so kena perbetulkan balik, kemungkinan tahun ini jugak lah kena operate. Menolong dan mengembirakan orang sakit sangat baik, Allah beri ganjaran yang besar jika kita mempermudahkan kesusahan yang menimpa hamba Allah yang lain kan. 

Pernah mendengar kuliah agama di masjid tentang beruntungnya orang yang menziarah serta orang yang menjaga orang yang sakit. Ustaz bagi contoh kalau kita ada hal mustahak pada hari ini, tiba-tiba jiran mengajak menemani ia ke hospital maka lebih afdal dan paling baik kita ketepikan hal yang mustahak tu dan kita pilih menemaninya ke hospital. Sesungguhnya pahala yang besar buat diri kita

Alhamdulillah selagi mampu selagi ada kudrat saya akan membantu mak saudara saya ni dan sesiapa saja yang lain insyaallah. Bukan apa kita ni pun bila esok dah tak larat entah siapa yang akan menolong so elok lah saya cuba membantu pada mereka yang perlukan pertolongan sekarang, kelak esok Allah membuka pulak hati seseorang lain untuk menolong saya kan hehehe. Kalau kita sombong dan tak "ringan tulang" sekarang, nanti esok takut adik beradik atau anak sendiri pun boleh lari dari kita kan. Apa tah lagi seorang yang dinamakan kawan. Allah maha berkuasa.

Macam ni lah bedah lutut ya
Tentang masalah kedua-dua lutut mak saudara saya ni pulak, maybe pada bulan April tahun ini kena operate masuk besi kut, kos besi tu pun mencecah RM17,000. Tak pa lah suami ia pesara kerajaan so “Free of Charge” lah. 

Nasib baik mak saudara ni tabah orang nya sentiasa bersemangat dan tidak ada rasa gentar di operate. Kalau saya nak ambil darah pun dah rasa “seriau” ni kan pulak belah perut. Tu pasal lah saya ni kena selalu bersyukur dan selalu kena faham tentu ada orang lain yang lebih teruk dari apa yang dialami oleh diri kita kan.

Ok berbalik tentang gigi ni, selalu juga saya baca beberapa artikel tentang gigi yang rosak antara punca timbulnya berbagai penyakit dalam badan. Senang cakap kuman-kuman kat gigi tu akan masuk ke dalam tubuh melalui kerongkong dan ke usus mengikut aliran masuk bersama makanan dan minuman serta air liur yang kita telan. Ikut logik akal betul juga kan bagi tau budak kecil pun mereka akan faham. 

Saya difahamkan juga masalah jantung berkait rapat juga dengan masaalah kesihatan gigi seseorang juga. Tapi kenapa doctor yang nak operate lutut tu nak pastikan pulak tahap kesihatan gigi seseorang pesakit tu diperingkat yang baik sebelum operation ya….??? Ok lah kita ikut jer cakap doctor, iaorang tentu lebih faham kan. Bagi yang +ve hiv kat luar sana bila doctor dah suruh mula makan ubatan Haart jangan degil dan ikut cakap doctor tu.

Ikut pengalaman saya yang tidak seberapa ni, kebanyakan orang melayu tidak mengambil berat tentang penjagaan dan  kebersihan gigi. Kadang-kadang ketika berbual bau busuk punca gigi yang rosak amat kuat sangat menganggu. Pada pendapat kita lah rasanya semua dapat tahu membezakan antara bau mulut seseorang ketika bangun tidur, bau ketika mulut kering, bau mulut seseorang yang makan makanan seperti petai, jering atau bawang putih, semua ini berbeza dengan bau dari gigi yang rosak tu kan. 

Nak saja saya sama kan macam bau “limbah” atau bau longkang bertakong. Saya paling tak tahan kalau terbau gigi busuk yang rosak seseorang ketika solat berjemaah di masjid, kalau bau mulut kering atau bau petai dan durian masih ok jugak tapi bau gigi rosak amat menganggukan solat kita, so ketika itu lah hati ni berdoa “Ya Allah hilangkan lah bau busuk mulut ia”  Minta juga dijauhi saya menjadi seperti itu, alhamdulillah buat masa ini dah tidak ada gigi saya yang rosak dalam mulut ini, mudah-mudahan berkekalan lah hendaknya.


Dulu gigi saya ni pun banyak juga yang rosak, terutama gigi geraham, tu pasal habis semua saya cabut terutama selepas disahkan positif ni. Yang sumbing pecah akibat accident dulu pun masih ada dan dapat dirasa dengan lidah. 

Pernah dulu deman kuat kerana gigi yang sakit, berdenyut-denyut yang amat sangat. Memang tak tahan. Apa pun semuanya kerana Allah. Sakit gigi kerana kecuaian kita menjaga dengan baik juga kerana Allah. 

Allah nak sedarkan kita tentang pentingnya menjaga kesihatan gigi, bila sakit baru nak jaga kalau tidak sakit tak pernah nak berjaga. Sama lah juga dengan apa jua ujian yang menimpa semua tu kerana kehendak Allah antara sebabnya ialah nak menyedarkan kita. Betoi tak.

Bagi kita yang positif HIV ni, kenalah usaha lebih sikit dan kena rajin menjaga kesihatan gigi kita semua kan.

Kehidupan Yang Positif
Di bawah ini saya selitan sedikit catatan soal jawab ringkas yang saya ambil dari buku ringkas “Kehidupan Yang Positif” yang dikeluarkan olah Majlis Aids Malaysia’ untuk renungan bersama.

Mulut dan gigi merupakan bahagian badan yang cenderung untuk mendapatkan jangkitan apabila anda HIV- positif. Ia disebabkan oleh system daya tahan badan anda yang lemah. Ini bermakna anda mungkin memerlukan penjagaan dan rawatan yang lebih kerap. Selain itu, tanda-tanda awal perkembangan HIV boleh dikesan di dalam mulut. Sebahagian yang kita sedia maklum, mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Orang biasanya beranggapan bahawa penjagaan mulut dan gigi yang sempurna adalah sesuatu kemewahan. Mulut yang sihat adalah penting untuk mengunyah dan menelan makanan. Ia adalah penting untuk mengekalkan penampilan dan keyakinan diri.


Anda akan menemui soalan-soalan yang biasa di tanya berhubung penjagaan mulut dan gigi didalam bahagian ini yang mungkin boleh membantu anda memahami kepentingan penjagaan mulut dan gigi bagi mereka yang HIV positif.

Berapa kerapkah perlu saya berjumpa doctor gigi?
Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sekali. Lebih kerap jika anda mengidap kudis dalam mulut.

Saya tidak mampu mendapatkan perkhidmatan penjagaan gigi swasta. Apa yang perlu saya lakukan?
Terdapat klinik gigi kerajaan dikebanyakan bandar. Kosnya adalah murah. Anda boleh membuat pertanyaan di klinik-klinik tersebut berkaitan kos yang dikenakan.

Bilakah saya patut pergi berjumpa pakar gigi?
Anda mungkin perlu berjumpa dengan pakar gigi untuk masaalah mulut dan gigi yang rumit. Anda perlukan surat rujukan daripada mana-mana doctor untuk berjumpa dengan pakar gigi kerajaan.

Perlu kah saya membayar untuk berjumpa dengan pakar gigi kerajaan?
Ya, tapi caj/yuran yang dikenakan adalah murah.

Perlukah saya memaklumkan kepada doctor gigi berkenaan status HIV saya?
Ia adalah keputusan peribadi anda sama ada hendak memaklumkan status anda atau tidak. Walau bagaimanapun, memaklumkan kepada doctor gigi berhubung status HIV anda akan membantu beliau mengendali dan memantau dengan lebih baik kesihatan gigi anda. Semua doctor gigi bertauliah dikehendaki mengambil langkah berjaga-jaga berhubung kawalan jangkitan yang boleh mengelakkan jangkitan HIV atau berjangkit melalui darah kepada kakitangan pergigian dan pesakit-pesakit lain.

Adakah sebarang pekara yang perlu saya pertimbangkan sebelum saya memutuskan untuk berjumpa doctor gigi?
Berikut adalah beberapa panduan yang boleh anda ikuti.
1) Pilihlah doctor gigi yang boleh dibawa berbincang, mampu menenangkan dan membuat anda berasa selesa.

2) Pilihlah diktor gigi yang memahami keadaan anda dan yang sedar berhubung kesan AIDS terhadap kesihatan mulut dan pergigian.

3) Pilihlah doctor gigi yang mempunyai pengalaman merawat pesakir HIV.

4) Pilihlah doctor gigi yang mengambil langkah berjaga-jaga berhubung kawalan jangkitan untuk mengelak jangkitan HIV  kepada orang lain dengan mengunakan:
  . Alatan perlidungan seperti sarung tangan, pelindung muka dan lain-lain
  . Membersihkan semua peralatan selepas digunakan.

5) Pilihlah klinik dimana semua kakitangannya boleh membuat anda berasa selesa.


Monday, 2 January 2012

JOM KITA KE FLEA MARKET


Sunday market atau flea market atau pasar lambak ialah tempat menjual barangan baru dan terpakai. Kebiasaannya diadakan pada hujung minggu. 

Flea market berasal dari istilah Perancis pada tahun 1920 dan dah tentu ada seseorang yang berasal dari sana yang telah mencadangkan sesetengah pakaian terpakai atau barang-barang lain kita yang tidak diguna boleh dijual di pasar lambak, ya segala pakaian atau barangan yang tidak berguna pada kita tapi berguna pada orang lain. 

Ok begitu lah lebih kurang maknanya.

Naiki bas awam
Ditempat saya ni flea market memang wujud dan saya dapat tahu juga dikebanyakkan negeri lain juga ada dan bukan saja di Malaysia malah hampir setiap pelusuk bandar didunia mempunyai flea market nya yang tersendiri. Lain tempat lain lah barangan yang dijualkan.


Suasana ketika jam 11 pagi
Dulu tempatnya lain berubah-ubah tapai masih disekitaran tempat yang sama, tapi sekarang tempat berniaga sudah dipindahkan oleh kerajaan negeri ke sebatang jalan ditengah bandar disini yang dikenali sebagai "Memory Lane", dikunjungi ramai orang sehingga berasak-asak tidak kira bangsa,dan hanya dibuka setiap hari Ahad.


Tengok-tengok jangan tak tengok
Dah lama saya tak menjeguk flea market ni entah kenapa bila dah bangun lewat malas nak pergi, tapi semalam saya gagahkan juga lepas dhuha saya berangkat pergi walau pun tiba agak lewat kira-kira pukul 11 pagi tapi orang masih ramai berpusu-pusu. Peniaga disini biasanya memulakan perniagaan seawal 6.30 pagi dan perniagaan disini beransur reda sehingga jam 1 petang. 


Aik tu alat check darah tinggi ker tu?
Seperti biasa tujuan saya kesini melihat dan mencari barangan yang terpakai yang sesetengah tu sukar dicari dikedai biasa. Kadang-kadang saya beli peralatan pertukangan seperti spanar dan jika ternampak tong cat warna juga kemungkinan saya beli yang biasanya saya guna untuk menghasilkan lukisan-lukisan yang bersize besar. 

Kadang kala bila kita melihat-lihat barangan yang dilonggok dan dijual itu kita terjumpa sesuatu yang dah lama kita inginkan yang selama ini tidak pernah kita jumpa dan sukar diperolehi di kedai biasa tapi kita boleh temui disini. Sesetengah barangan masih baru dan masih first hand dan dijual dengan harga yang amat murah, pandai-pandai lah kita menawar tentang harganya. 

Banyaknya boleh buat bungkus nasi lemak ni
Saya mendapat tahu ada juga segelintir peniaga disini memperolehi barangan terpakai atau apa saja yang boleh dipakai di kawasan perlupusan sampah. Mereka mencari barang buangan yang di punggah lori sampah disitu. Oklah lebih baik dari barangan yang dicurikan.


Barangan antik pun ada tapi mahal siottt...
Tapi tidak semua barangan yang kotor dijual disini, masih ramai peniaga yang menjual barangan yang masih dalam keadaan kualiti yang baik. Barangan antik pun banyak dijual disini sehingga majalah hiburan tahun 1960an pun ada terdapat disini. Cakap saja barangan yang kita cari kemungkinan besar ada disini. 

Apa apek tu belek-belek tu???
Salah seorang yang kerap saya melihat berniaga barang antik disini ialah artist Sidek Hussien, alahhh artis yang punya penyakit bengkak atau begok yang besar kat tengkuk nya tu. Angkat topi kat ia tidak ada segan or malu berniaga barangan terpakai kat sini. Pernah nampak kelibat pengacara Jimmy Shanley membelik barangan dan bertanya tentang alat muzik lama yang antik yang dijual disini.


DVD yang dilonggokkan, masih ada yang original
Kebiasaan saya kalau kesini mesti mencari buku-buku atau magazine terpakai serta DVD yang kebanyakannya amat murah. Masih ada yang original yang dijual milik si peniaga itu sendiri, kita kena lah pandai cari kalau diri tak nak bersubahat dalam kes cetek rompak ni ya heeeeeee. Tapi hati-hati jangan sampai terpedaya dengan si penjual ubat yang tidak berdaftar disini terutama ubat kuat....bukan main meriah ia orang berbicara tentang kelebihan ubat sapu, ubat urut, ubat telan lagi tapi bagi diri kita kena pandai-pandai lah fikir mana yang baik dan mana yang boleh dibeli ok...

Penjual ubat "power"
Tentang ubat kuat ni saya juga pernah telan, saya dulu pun pernah terpedaya, nasib baik dapat hiv kalau tidak dapat saya percaya diri saya ni dah lama dah jadi arwah kerana kesan dari ubat-ubat kuat yang tak berdaftar ni, bayangkan semasa saya menerima berita yang diri ini +ve hiv di dalam bilik saya tersimpan sebalang penuh ubat kuat "Made in Indonesia", bayangkan lah sekiranya saya telan semua ubat tu berperingkat-peringkat dah lama dah jalannnnnn....... 

Tu pasal mendapat virus hiv saya anggap ianya satu rahmat kurniaan dan anugerah yang amat tinggi nilainya pada diri ini yang Allah berikan. 

Alhamdulillah sangat sangat.

Tapi ingat ya! perniagaan di bazar yang kebanyakannya perniagaan di dalam kedai setiap hari tu adalah berbeza dengan flea market. Flea market ni biasanya dibuat dijalan-jalan atau kawasan padang terbuka dan majoriti barangan adalah yang second hand, kalau semua jual barangan baru atau first hand tu dah boleh dipanggil pasar pagi atau pasar malam kan.

Pakai mask ditempat yang sesak okey..
Setiap kali ke kawasan penuh sesak ini, saya cuba pastikan hidung ditutup kalau boleh pakai topeng pelindung hidung, bukan apa kita ni dah lah +ve hiv kan amat mudah dijangkiti kuman sekitar kawasan sesak macam tu. Terbaca paper semalam tentang penyakit berjangkit TIBI. Tibi dikatakan penyakit berjangkit ke dua seleps AIDS. Pertubuhan Kesihatan Dunia menganggarkan lebih kurang 100 juta kes tibi setiap tahun. Di Malaysia tibi  menjadi penyakit berjangkit nombar satu mengatasi hepatitis dan HIV/AIDS dan Malaysia menerima ancaman tibi dari pendatang asing tanpa izin. Bayangkan tibi amat mudah berjangkit melalui batuk, bersin, ketawa atau bercakap terpercik air liur.
Tibi mudah tersebar di kawasan sesak
Kalau di Lo King pekerja asing dari Nepal, Indonesia dan Bangaladesh memang ramai, tu pasal lah sesekali risau juga hati ni, tapi kalau berjalan di kawasan sesak dengan manusia, di kawasan terbuka, kita cover hidung kita dan dalam keadaan cuaca panas rasanya masih ok kan. Saya tak nak lah takut atau fobia tak tentu pasal hingga menyekat aktiviti seharian atau kegemaran kita. 

Seperti kita semua tahu mereka yang +ve hiv amat mudah mendapat jangkitan tibi. Apa pun usah risau sangat kita berserah pada Allah, saya dulu pernah stop terus dari berjemaah dimasjid bila asyik terdengar bunyi orang batuk atau bersin dan amat risau terkurung dalam kapal terbang tapi lama-lama dah ok dah. Seperti saya katakan tadi saya berserah pada Allah dan berdoa agak diri tidak terkena jangkitan penyakit-penyakit bahaya yang lain, disamping kita cuba menjaga kesihatan diri dan melindungi diri sebaik mungkin.

Nyamuk Ades penyebab demam denggi
Oppsss... nyamuk pun boleh tahan banyaknya kat Lo King ni terutama kalau kita datang awal pagi, maybe terlepas dari persembunyian dalam kotak-kotak barang yang dibawa peniaga kat situ kut. Ya takut denggi lah pulak ni. 

Terbaca kisah adik lelaki penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi yang berusia 16 tahun, Mohd Amirul Izzat meninggal kerana demam denggi di Hospital Universiti Sains Malaysia. Muda sangat lagi kan. Hanya kerana seekor nyamuk yang kecil kita boleh tewas. 

Al Fatihah buat arwah.




LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST