Sunday, 30 December 2012

AIDS – JAWAPAN KEPADA KEMUSYKILAN ANDA

APA ITU AIDS?


AIDS adalah satu penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman virus (Human Immunodeficiency Virus) yang melumpuhkan keupayaan semula jadi badan dalam melawan penyakit. Dengan lumpuhnya keupayaan ini mereka yang dijangkiti kuman HIV akan terdedah kepada:

- Semua jenis kuman termasuk yang biasanya tidak membahayakan

- Beberapa jenis barah yang biasanya jarang berlaku 

Akibatnya pesakit akan sengsara, menderita dan akhirnya membawa ajal 


BAGAIMANA HIV BERJANGKIT?

Kuman HIV terdapat didalam darah, air mani dan bendalir oarng yang dijangkiti AIDS. Kuman HIV boleh berjangkit melalui cara berikut:

- Mengadakan hubungan seks dengan sesiapa jua yang dijangkiti kuman HIV.

- Seseorang wanita mengandung yang dijangkiti kuman HIV boleh menjangkiti bayi yang dikandungnya.

- Darah orang yang dijangkiti kuman HIV mencemar darah orang sihat. Contohnya berkongsi jarum suntikan semasa penagihan dadah.


TANDA-TANDA AIDS!

Pada peringkat awal jangkitan seseorang pembawa kuman HIV tidak menunjukkan apa-apa tanda. Pada peringkat dimana sistem daya tahan tubuh sudah lumpuh terdapat beberapa gejala jangkitan oportunis dan barah antaranya:

- Hilang berat badan mendadak (>10%)

- Cirit-birit atau deman berpanjangan.

- Jangkitan Pneumocystis Carini Pneumonia   

- Jangkitan Cytomegalovirus (pneumonia, brain, rentinis)

- Tibi

- Jangkitan kulat seperti Candida Cryptococcus dan Histoplasma.

- Toxoplasma (jangkitan diotak)

- Jangkitan Herpes Simplex, Herpes Zoster (kayap)

- Jangkitan Protozoa seperti Cryptococcosis, Microsporidium dan Isospora.

- Barah seperti Kaposi's Sarcoma dan Lymphoma.  

Kandidiasis adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis kulat, selalunya menyerang dibahagian mulut dan tekak (farinks).

Herpes Simplex adalah sejenis jangkitan kulit yang biasanya kelihatan seperti lepuh-lepuh pada bahagian mulut atau bahagian kemaluan.

Kaposi's Sarcoma adalah penyakit yang melumpuhkan keupayaan badan dan menyebabkan barah pada kulit atau mulut.

Bengkak kelenjar adalah sejenis penyakit yang menyerang pada bahagian leher, ketiak atau pangkal peha.


KUMAN HIV TIDAK BOLEH BERJANGKIT MELALUI CARA BERIKUT :

Banyak kekeliruan tentang bagaimana HIV berjangkit. Sebenarnya kuman HIV tidak berjangkit melalui cara berikut:

- Bersalaman

- Main bersama

- Berhimpit ditempat sesak

- Mandi dikolam renang

- Ciuman ringan

- Berpelukan

- Menggunakan tandas awam

- Gigitan nyamuk

- Berkongsi telefon awam

- Bekerja bersama pembawa dan pesakit AIDS

- Makan dan minum

Anda tidak perlu bimbang. Selagi anda tidak menagih dadah (berkongsi jarum suntikan) dan mengadakan hubungan seks dengan orang yang dijangkiti HIV, anda tidak akan dijangkiti.


ADAKAH ANDA AKAN DIJANGKITI AIDS?

Anda akan dijangkiti HIV jika anda mengamalkan hubungan seks dengan pelacur dan menagih dadah (berkongsi jarum suntikan). Anda digalakan mendapat ujian darah dimana-mana hospital terdekat


APA AKAN TERJADI APABILA UJIAN DARAH ANDA POSITIF TERHADAP HIV?

Anda akan diberi rawatan dan nasihat tentang semua pekara yang berkaitan dengan penyakit AIDS.

- Anda tidak boleh menderma darah.

- Elakkan dari mengadakan hubungan seks. Bagaimana jika anda suami isteri, gunakanlah kondom.

- Sekiranya anda seorang wanita anda dinasihatkan tidak mengandung kerana anak yang dikandung berkemungkinan besar dijangkiti kuman HIV.

- Sekiranya anda penagih dadah hentikanlah tabiat ini dengan segera.


BAGAIMANA MENCEGAH HIV/AIDS?

Anda akan diberi rawatan dan nasihat tentang semua perkara yang berkaitan dengan penyait AIDS. Hanya pencegahan sahaja yang dapat membebaskan kia daripada jangkitan kuman HIV. 

Langkah-langkah yang perlu diambil ialah:

- Hidup beriman, bertakwa dan amalkan kehidupan yang berteraskan nilai agama.

- Jauhi dadah
Kepada yang menagih, insaf dan berhentilah segera. Dapatkan bantuan daripada pihak berkuasa untuk membebaskan anda daripada dadah.

- Jangan hampiri zina
Jauhilah perbuatan terkutuk ini. Seks rambang dan hubungan seks dengan pelacur akan mendedahkan anda kepada jangkitan HIV/AIDS.

- Tingkatkan pengetahuan anda mengenai HIV dan AIDS. Ia membantu anda dan keluarga mencegah jangkitan HIV/AIDS                


Sumber : Risalah yang diambil di Hospital Besar

Unit AIDS/STD, Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Kementerian Kesihatan Malaysia


IBU BAPA PESAKIT HIV/AIDS BOLEH MELAHIRKAN BAYI SIHAT

JAKARTA, KOMPAS.com - Ibu bapa yang menghidap HIV / AIDS (Human Immunodeficiency Virus / Acquired Immuno Deficiency Syndrome) dapat melahirkan anak dalam keadaan sihat tanpa diserang virus mematikan tersebut.  

Untuk memperoleh anak yang sihat, orang tua harus menjalani program PMTC (preventif Mother to Child) di Puskesmas.

 
"Jika ibu hamil yang menghidap HIV / AIDS menerima rawatan dari doktor yang tahu tentang program PMTC, biasanya anaknya boleh negatif, kerana itu sudah pun diterima pakai dengan baik," kata doktor Inda Mutiara, Ketua Koordinator Klinik Jelia yang khusus menangani penyakit Jangkitan Menular Seksual (IMS) kepada Kompas.com, Isnin (29/10/2012).

Inda berkata, dalam program PMTC tersebut, ibu yang menghidap HIV / AIDS harus mengambil ubat antiretroviral (ARV) untuk mencegah penularan virus HIV / AIDS. Ubat tersebut harus digunakan sebagai cara menjaga kestabilan virus dan tidak menularkan kepada bayi dalam kandungan.


Menurut Inda, selain makan ubat, ibu penghidap HIV / AIDS harus melahirkan melalui proses pembedahan "caesar". Sang ibu pun dilarang memberikan ASI (susu badan) sedikitpun kepada bayi agar virus tidak dijangkiti dalam tubuhnya.


Setelah program masa kehamilah dan proses bersalin selesai, bayi juga perlu memeriksa diri melalui ujian Viral Load, Rapid, atau Elissa untuk mengetahui perkembangan virus HIV dalam darah bayi.  


"Ujian Viral Load dijalani ketika bayi berusia 18 bulan. Usia tersebut dianggap sudah boleh dilihat perkembangan virus. Selama 18 bulan tersebut, bayi juga dianggap masih memiliki kekebalan tubuh dari ibu," kata Inda. 

Seperti diberitakan sebelumnya, ketika paparan kunjungan Banad Penanggulan AIDS Dunia (UN AIDS) melawat Puskesmas Daerah Sandakan, terdapat dua ibu melahirkan yang mengidap HIV / AIDS.  

Anak kedua ibu yang masing-masing berusia 2 minggu dan 2 bulan belum diketahui positif dijangkiti HIV / AIDS atau belum. Bayi akan menjalani ujian ketika usia bayi sudah mencukupi.

Kedua-dua orang tua yang menghidap HIV / AIDS tersebut merupakan warga Sandakan dan Grogol, Jakarta Barat. Sedangkan Kerajaan Kota Jakarta Barat mensasarkan pada tahun 2015 akan datang akan menekan pertumbuhan penyakit HIV / AIDS di Jakarta Barat.  
Membawa tema 'Getting to Zero', pemkot berharap pertumbuhan virus HIV / AIDS boleh ditekan dengan sosialisasi menggunakan kondom dalam berkaitan serta setia terhadap pasangan.

Sumber : http://megapolitan.kompas.com/read/2012/10/29/15301199/Orangtua.Penderita.HIVAIDS.Bisa.Lahirkan.Bayi.Sehat

 

HIV DI FILIPINA


Bilangan kes HIV/AIDS di Filipina telah melepasi 10,000 orang - tandakan pada bulan Julai. Jabatan Pendaftaran Filipina Kesihatan HIV/AIDS menunjukkan bahawa dari tahun 1984 hingga September 2012, terdapat 10,830 kes HIV dan 1078 daripada mereka menjadi AIDS dengan 353 kematian.  

Sehingga kini, kira-kira 10 kes baru dilaporkan setiap hari. 

Sejak kes AIDS pertama telah didiagnosis pada tahun 1984, tahap HIV/AIDS di Filipina telah dianggap sebagai misteri "rendah dan perlahan." 

"However, latest statistics seem to suggest that the country's luck is running out."

Walaupun kelaziman HIV kekal di bawah satu peratus daripada penduduk umum, ia telah melanggar satu peratus di kalangan penduduk utama pada risiko yang lebih tinggi. 

Hubungan seks adalah cara yang paling biasa berlakunya jangkitan HIV, tetapi dari 2007 telah terdapat perubahan dalam trend transmisi yang utama, daripada hubungan seksual dikalangan heteroseksual sebanyak 20% kepada MSM (Men having sex with men) lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain  sebanyak 80%.  

DOH (Department Of Health) menjelaskan bahawa lelaki yang terlibat dalam seks dengan lelaki tidak semua mereka adalah homoseksual. Ia mengulangi bahawa HIV/AIDS bukanlah tentang menjadi gay tetapi tentang lelaki yang mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan dengan lelaki.
 
Pada bulan Oktober, DOH
(Department Of Health) mengumumkan keputusan kajian yang dijalankan tahun lepas yang menunjukkan rangkaian sosial dalam talian menyumbang kepada peningkatan dalam kes-kes HIV/AIDS di negara ini. Kajian ini meliputi 180 responden MSM (Men having sex with men).  

Daripada 180 responden, 124 tergolong dikalangan mereka yang menggunakan laman rangkaian talian dating dan seks, manakala 133 berkata mereka mempunyai hubungan seks dengan orang yang mereka  hubungi melalui laman rangkaian dalam talian. 

Mereka yang terlibat dalam seks adalah antara umur 14 dan 36. 

Penolong Setiausaha Kesihatan dan Pengarah Epidemiologi Kebangsaan Pusat Dr Enrique Tayag berkata, "Melalui laman rangkaian dalam talian, MSM (Men having sex with men) boleh bertemu tanpa rasa takut akibat keinginan pergaulan sosial yang negatif. 

Beliau menambah bahawa dengan Internet meningkatkan lagi kadar tingkah laku berisiko, rangkaian sosial dalam talian sekarang boleh dimasukkan sebagai antara faktor penyebab risiko HIV/AIDS berkembang.  

Senarai tingkah laku berisiko lain yang menyumbang kepada peningkatan HIV/AIDS termasuk tidak menggunakan kondom, rakan seks berganda, lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki dan pengguna dadah suntikan.

 http://www.doh.gov.ph/content/internet-prostitution-and-hivaids.html


Friday, 28 December 2012

ARIFF - ADIK KENA PENYAKIT KELAMIN - CECAIR SEAKAN NANAH KELUAR DARI ALAT SULIT


SOALAN

ADIK lelaki saya mengadu terasa sakit apabila mahu membuang air kecil, malah cecair kuning seakan-akan nanah turut keluar daripada alat sulitnya.

Dia juga mengalami demam teruk. Adik saya bercerita kepada saya, dia pernah menjalin hubungan sejenis dengan pasangannya.

Saya membuat kajian di Internet dan mendapati dia menghidap penyakit gonorrhea. Dia sudahpun membuat pemeriksaan doktor dan diberi suntikan untuk mengubati penyakit berkenaan.

Saya ingin bertanya doktor:

1. Adakah penyakit itu berkekalan dalam hidupnya?

2. Jika dia berkahwin, adakah dia tidak akan dapat melahirkan zuriat kerana penyakit itu? Ini kerana jika tidak sembuh sepenuhnya, besar kemungkinan pasangan dia akan dapat penyakit berkenaan?


3. Adakah dengan rawatan suntikan dan makan pil antibiotik akan dapat mengubati penyakit itu sepenuhnya?


ARIFF
Shah Alam



JAWAPAN 

Adik lelaki saudara melakukan seks rambang dengan kenalannya tanpa perlindungan dan kini menghidap penyakit kelamin. Jika tidak pernah menghidap penyakit kelamin sebelum ini, tentu dia mendapat penyakit daripada pasangannya.

Simptom itu jelas menggambarkan adik anda mengalami keradangan salur kencing. Jadi ada kemungkinan dia menghidap jangkitan penyakit kelamin yang menyerang salur kencing seperti jangkitan kuman gonorrhea atau kuman virus chlamidia atau ureaplasma.


Untuk penentuan jangkitan sebenar, ujian darah dapat mengesan jangkitan itu. Daripada ujian itu, rawatan lebih tepat dapat diberi. Rawatan tanpa pemeriksaan teliti tidak mencukupi.


Sebahagian besar individu yang menghidap penyakit jangkitan kelamin kerap mendapat beberapa jangkitan lain jika kebetulan pembawa jangkitan itu ada ‘multiple infections’ atau penghidap pelbagai jenis penyakit kelamin. Jadi, merawat jangkitan berkenaan tidak mencukupi.


Lebih baik untuk adik anda menjalani saringan untuk semua jangkitan penyakit kelamin berkaitan seperti saringan untuk jangkitan sifilis, kuman virus HIV, kuman virus herpes dan kuman virus hepatitis B.


Bayangkan jika dia menghidap jangkitan lain seperti HIV, tentu sukar mendirikan rumah tangga apabila perkara itu terdedah.


Jika terkena jangkitan hepatitis dan kebetulan dia pembawa kuman virus itu dan jika pasangannya (jika dia kahwin kelak) tidak mendapat suntikan imunisasi hepatitis B, pasti pasangannya juga akan terkena penyakit sama.


Sama juga dengan jangkitan herpes, pasangannya juga boleh dijangkiti jangkitan berkenaan. Berbeza seperti penyakit Chlamidia, jika tidak dikesan dari awal ia boleh menyebabkan kerosakan sistem reproduksi perempuan dan menyebabkan si isteri sukar hamil.


Begitu juga jangkitan kuman virus herpes yang boleh menyebabkan keguguran janin dan kerosakan janin dalam rahim. Jadi anda boleh membayangkan betapa serius jangkitan penyakit kelamin dan memandangkan kini ada pelbagai jenis jangkitan yang bercampur aduk, mustahak untuk mana-mana individu yang mengalami satu jangkitan yang menunjukkan simptom, menjalani ujian darah untuk saringan penyakit jangkitan kelamin lain yang mana ia mungkin tersembunyi dalam badan individu itu.


Di samping itu, beberapa jangkitan penyakit kelamin kebal daripada kebanyakan ‘antibiotik’ kerana penyalahgunaan ‘antibiotik’. Keadaan ini memberatkan risiko kesihatan jika individu yang terkena jangkitan itu masih membawa kuman terbabit tanpa mengetahui dia akan menyebarkannya kepada pasangan kemudian hari.


Kini jangkitan penyakit kelamin boleh dijangkiti melalui hubungan seks rambang dengan sesiapa dan tidak semestinya dengan pelacur saja.


Perlindungan dengan menggunakan kondom atau mencuci anggota kelamin dengan antiseptik tidak menjamin daripada dijangkiti jangkitan penyakit kelamin, kecuali bersetubuh dalam institusi rumah tangga.


Sumber : Harian Metro









CELARU NAFSU SONGSANG

BERKUCUPAN, melakukan liwat dan oral seks sesama lelaki tidak sekelumit pun dianggap jijik, malah ia bagai luahan ‘cinta luhur’ di kalangan pengamal homoseksual di negara ini.

Biarpun mencerminkan kepincangan dalam masyarakat di negara ini, kelab gay terus membuka ahlinya, termasuk pengamal homoseksual di kalangan pelajar dan golongan profesional.


Penulis turut berjaya mendekati jiwa seorang pengamal homoseksual yang hanya mahu dikenali sebagai Dani, 35, awal Januari lalu. Penulis hanya mampu beristighfar saat kata-kata terhambur keluar daripada lelaki berkumis rapi dan segak memakai kemeja yang penulis anggap menghidap penyakit jiwa celaru kronik.

Bukti kegiatan gay Melayu ini turut didedahkan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), yang turun padang melakukan penyelidikan bagi mengenal pasti sejauh mana tahap kronik masalah yang melanda masyarakat.

Beberapa pegawai terlatih Jakim dihantar ke pelosok bandar utama di Semenanjung Malaysia termasuk Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bagi mendapatkan gambaran jelas gerakan gelap kelab gay Malaysia ini.

Hasil kajian dikumpulkan amat mengejutkan apabila bilangan golongan homoseksual yang ditemui ini cukup ramai, malah ke kawasan luar bandar.

Pertemuan di sebuah hotel terkemuka diatur bagi menemukan pihak Jakim dan orang kuat kelab gay ini bagi mendekati mereka, sekali gus cuba memujuk mengikuti program pemulihan dirancang.

Malangnya hati mereka seolah-olah tertutup rapat untuk menerima sebarang pujuk nasihat. Paling dikesalkan apabila golongan dimonopoli lelaki Melayu beragama Islam mempertahankan nilai hidup songsang dianuti.

Tidak hairanlah apabila Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Saimah Mukhtar akur tugas memujuk golongan gay terlalu getir dan sukar berbanding tugas berdakwah kepada golongan pondan atau mak nyah.

Keberanian pelajar tajaan Petronas di University College Dublin (UCD) itu benar-benar menyentap jiwa ramai pihak di negara ini yang mungkin beranggapan ia hanyalah isu terpencil yang tidak harus diperdebatkan.

Lebih parah apabila puluhan laman sesawang blog gay di Internet muncul bagai cendawan bagi mempromosikan budaya gay di Malaysia secara lebih aktif.

Kebimbangan mengenai kegiatan gay ini turut dilaungkan (bekas) Presiden Majlis Aids Malaysia, Tan Sri Mohd Zaman Khan yang mendapati semakin ramai golongan lelaki muda Melayu menjadi pengamal homoseksual yang juga ejen penularan wabak virus HIV.

Golongan ini katanya, tidak lagi segan silu apabila berani menonjolkan diri dan menubuhkan beberapa kelab gay.

Baginya perkembangan gila itu sangat membimbangkan apabila trend jangkitan HIV atau Aids di Malaysia sudah berubah daripada jangkitan akibat perkongsian jarum suntikan dadah kepada transmisi aktiviti seks songsang.

Dakwaan ini disokong fakta perangkaan bagi 2010 yang mendapati jangkitan melalui hubungan seks secara heteroseksual, homoseksual dan biseksual mencatat jumlah 48.7 peratus melebihi jangkitan melalui penggunaan jarum suntikan iaitu 47.7 peratus.

Bagi bekas pegawai kanan polis itu, pengaruh rakan gay serta sokongan padu kelab gay menjadi punca utama budaya songsang ini merebak dengan pantas di luar jangkauan.

Kenyataan menakutkan ini turut disokong Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah yang mendedahkan terdapat usaha pihak yang menyokong kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang cuba mempromosikan budaya songsang di kalangan pelajar melalui penganjuran pesta tertentu.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di beberapa sekolah di Lembah Klang bimbang dengan cubaan LGBT menghasut golongan remaja.

Malah, mereka ini yang turut didalangi Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) sanggup menawarkan tempat berhibur, minuman keras percuma, pil khayal serta lokasi untuk melakukan seks secara bertukar-tukar pasangan. Golongan LGBT ini sedaya mungkin mahu mempromosikan seks bebas bermodalkan hak asasi biarpun menyedari ia bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.

Benarlah kata Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood bahawa hak asasi tajaan Barat ini cuba digunakan untuk menghalal dan meminda undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia walaupun ia jelas perbuatan selayaknya untuk haiwan.

Menurutnya, menghalalkan gejala homoseksual atau gay hanya akan merosakkan reputasi negara Malaysia di mata dunia Islam yang selama ini menganggap Malaysia sebagai serambi Islam di Asia Timur.

Walaupun bilangan golongan homoseksual ini masih dianggap kecil berbanding jumlah rakyat Malaysia seramai 28.4 juta, namun gejala kotor ini perlu dibendung daripada terus merebak di dalam masyarakat.

Jika Allah SWT tidak teragak-agak membinasakan seluruh kaum Nabi Lut dulu, perkara sama pastinya boleh berulang sekelip mata dalam pelbagai bentuk musibah bencana yang tidak terfikir oleh kita.

 
Sumber : myMetro
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
Penulis adalah Ketua Biro Harian Metro Perak
Artikel ini disiarkan pada  : 02/2/2012
 

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST